Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, May 24, 2012

Sejuk hati ibu..

mmm.. dah lama aku tak bangun malam2... bangun untuk buat susu amna, bangun untuk tukar pampers amna, bangun sebab amna nangis2 gatal ekzema..

mmmm... biasanya, dan selalunya mr hubby yang buatkan.. dia pantang dengar amna merengek or menangis malam2.. dia akan terus buatkan susu or tukarkan pampers or tukarkan bajunya yang basah tertumpah susu or seluarnya basah akibat pampers yang dah penuh. Dia juga yang akan gosok2 badan amna yang gatal2  waktu malam.. dialah yang akan peluk erat amna kalau dia nangis malam2.. Dia akan tidurkan amna dan selimutkan kami semua waktu tido..

malam tadi, hubby tak dapat balik. Kami tido berempat. Aku tidurkan mereka, selimutkan mereka dan salam peluk cium sebelum tidur.

malam tadi juga Amna nangis, seluar dan bajunya basah sebab pampers bocor kut. Aku pun dengan perasaan yang saaangaaaaaat malassss, maklumlah dah lama tak kena bangun malam... mamai2 bangun pimpin amna ke bilik air. Bersihkan badannya kemudian buatkan susu, pakaikan pampers semula. Selesai pakaikan baju, amna pun bercakap...dengan suara yang perlahan.. maklumlah mamai bangun tido lagi,

'terima kasih ibu'
mmmmmmm aku senyum

pastu aku pun bagi susu. amna pun dengan suara yang masih serak2 basah
'terima kasih ibu'

ohhhh.... tak sangka aku.  aku tak mengharapkan pun ucapan terima kasih tu.  Tak pernah pun mengharapkannya apatah lagi ketika di waktu malam begitu.   aku pun terus memeluknya... ohhh sayang, terubat hati ibu yang malas amat tadi. Sejuk hati ibu mendengarnya...

I luv u sayangku!


No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini