Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, May 16, 2012

Susu untuk puteri..

14 Mac 2012

Kehadiran si comel sangat dinantikan.. penuh kesabaran oleh si ibu yang telah berpenat lelah menanggung keperitan, kesakitan selama 9 bulan mengandungkan si puteri ini.

Pakar dan doktor telah mengesahkan si comel ini bermasalah.. mengalami 'anenchephaly' .. di mana peluang untuk hidup selepas dilahirkan amat rendah. Rekod-rekod lepas menunjukkan peluang itu hanyalah sekitar 24 jam. Malah ada doktor yang menyarankan untuk membuat DNC sahaja memandangkan baby tiada peluang untuk hidup dan tidak perlu membebankan si ibu untuk mengandungkannya selama 9 bulan..

Tapi sungguh ikhlas hati si ibu, mengambil kata putus untuk memberi peluang kepada zuriatnya itu bermain-main dalam kandungannya, bermesra bersamanya melalui gerakan dan tendangan comelnya di dalam perut mulusnya, dan memberikan ruang kepada si comelnya mendengar bisikan dan suara2 indah ibunya. Si ibu ini juga membiarkan puteri comelnya ini mendengar degupan jantungnya setiap masa, setiap detik supaya dia mengerti dan memahami .. dia tidak keseorangan, dia sentiasa ditemani ibunya yang sangat menyayanginya..

Kebanyakan ibu yang mengandung amat menantikan saat dan waktu untuk melahirkan. Melahirkan bermaksud 'a bundle of joy'. Seperti ingin cepat-cepat melahirkan dan memegang bayi comel kan. Tapi, lain bagi ibu ini.... Melahirkan bererti hilanglah sudah detik-detik indah bersamanya.. Melahirkan bererti akan putuslah segala ikatan kasih sayang yang indah itu. Melahirkan bererti ... dia akan kehilangan, dia akan pergi meninggalkan ibunya. dia akan menunggu ibunya di pintu syurga.

Saat melahirkan dinantikan penuh debar.. dan Alhamdulillah semuanya selamat walaupun si ibu terpaksa menanggung kesakitan dalam tempoh yang lama. 4-5 hari mungkin.. dan dah mula sakit-sakit sejak sebulan sebelum melahirkan.. kesian si ibu..

Si comel kemudian ditahan di wad kanak-kanak dan dilengkapi dengan oksigen. Kepalanya ditutup dengan kain kerana ada sedikit pendarahan.

Detik yang dinantikan oleh setiap ibu adalah apabila dimaklumkan si comel sudah mula diberikan susu.. Owhh semua ibu nak rakam detik-detik indah pertama kali memberikan susu buat si comel. Aku terutamanya sunguh2 teruja untuk mendukung baby sejurus dilahirkan untuk memberinya susu sambil mengusap-usap lembut rambutnya, pipi mulusnya sambil membelai2 jari jemari lembutnya. Tapi, ibu ini.. dikesempatan yang masih diberikan Allah itu untuk bersama puterinya itu, maka dia cuba sedaya upaya untuk menghasilkan susu.. Hari pertama melahirkan.. susu masih belum banyak mungkin. Maka.. ibu ini cuba lagi dan lagi.. dengan niat untuk memberikan susunya.. mungkin walaupun setitik cuma, untuk puteri comelnya itu.

Berkat kesungguhan dan semangat kental ibu, Allah mengizinkan susu itu mengalir jua. Lalu si ibu .. ditemani suaminya, beriringan ke wad kanak-kanak bersama bekalan susu untuk puteri. Mungkin si ibu sungguh teruja waktu ini untuk memberikan walau sedikit jua untuk suapan dan bekalan puterinya. Mungkin si ibu inginkan puteri comelnya itu yang mungkin akan pergi dijemput Ilahi pada bila-bila masa itu.. dapat membasahkan sedikit tekak dengan susu ibunya.. dapat diberi peluang merasakan susu ibunya..

Tapi kuasa Allah jua.. Puteri dijemput dijemput Ilahi sejurus si ibu tiba di wad... hanya lewat 4 minit. Allah telah menentukan dan menetapkan puteri hanya diberikan pinjaman selama 32jam sahaja untuk menghirup udara muka bumi ini. Tempatnya adalah di Jannah.. menunggu ibunya yang sangat banyak berjasa dalam hidupnya.

Susu untuk puteri itu.. telah ditakdirkan Allah susu itu bukan untuk puteri. Sabarlah adikku..!

Semestinya puteri akan berpesan begini untuk ibunya..
"Terima kasih ummi kerana meminjamkan rahimmu untukku menumpang kasih sayangmu walaupun seketika jua. 
Terima kasih ummi kerana bersusah payah mengandungkanku dan melahirkanku walaupun pasti aku akan pergi awal meninggalkan ummi yang ku sayangi.
Terima kasih ummi kerana sentiasa berusaha dan menjagaku sejak dari dalam kandungan sehingga kulahirkan dan sentiasa mendoakan kesejahteraanku walaupun hakikatnya sangat sukar untuk diterima ummi.
Terima kasih ummi atas segalanya. Segala pengorbananmu akan ku kenang selamanya dan semoga Allah memberkati dan merahmati ummi selalu atas segala jasa baik ummi mengandung dan melahirkanku"

Semoga mereka berjumpa di Jannah.
Semoga si ibu memperoleh ketenangan di Kota Mekah nanti.. 20 Mei 2012

Kesinambungan dari kisah Arwah Tengku Puteri Nur Khadijah Bt Tengku Anif
-Kisah 1 Anenchephaly
-Kisah 2 From Kuanta With Love
-Kisah 3 Kecelaruan
-Kisah 4 Update bb comel kami
-Kisah 5 More abour Anenchephaly
-Kisah 6 Acik.. adik Ahmad dah lahir

Pusaranya..(di tengah).. Al Fatihah

8 comments:

Nora Karim said...

kak tini... sedihnya... meleleh air mata saya baca entri ni...

sesungguhnya beruntunglah si ibu krn anaknya menanti di Jannah... Subhanallah...

Engku Artini said...

betul nora.. akak pn sambil taip ni meleleh2 sedih. Balik rumah pn teringat2 wajah arwah.. sedih sangat.

Moga ibunya tabah dan tenang kembalinya dari umrah nanti. begitu juga untuk abahnya..

#5 said...

Puteriku xpernah jauh.
Dari 5bln dlm kandungan-lps tau masalahnya, daku sentiasa bsamanya tika menunggang ke kerja. Ku hadiahkannya fatihah dgn doa mg dkurniakn yg tbaik buatnye.

Kini, puteriku telah dijemput kembali...Daku tetap bsamanye dlm perjalanan kekerja. Ku maseh hadiahkannya fatihah cuma doanye bbeza-moga sejahtera di kedamaian abadi.

Moga seciput hadiahku itu sampai kepadanye, dan, sampai jua kepada insan2lain yg dihadiahkn sama.

Engku Artini said...

Alhamdulillah.. moga terus tabah menghadapi ujian Allah ini. Selamat berangkat pergi dan pulang dari umrah nanti. Didoakan beroleh apa yang dicari di sana

Aku tak setabah dirimu..

#5 said...

Budak hingusan manekan kuat/reti kalu belajo dr abg kakak (yg xberhingus dah...)

Ummi Puteri said...

Terima kasih sis kerana sudi berkongsi kasih dan suka duka kami walaupun sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sesungguhnya,ku bersyukur dengan peluang mengandungkan 'Anugerah Teristimewa' ini walaupun ummi hanya dapat mendakapmu cuma seketika saat melahirkan.Semoga permata hati yg istimewa sabar menunggu ayahbonda di sana dan kami tabah dalam menjalani kehidupan mendatang.

Ummi Puteri said...

Setahun berlalu namun masih segar dan terasa baru lagi saat2 manis mengandungkan si comel 'Puteri' dan kadang kala tendangan dlm rahim ku,adik kepada kakak 'Puteri' masih ku rasa bayangan dan ingatan padanya namun ku sedar detik 14hb Mac 2013,tendangan bayi masih ku terasa dlm rahim ku...rupa-rupanya tendangan bakal adiknya,sudah setahun berlalu...kami reda atas ketentuan dan pemergiaanya namun masih terasa saat suka duka pengalaman sepanjang mengandung dan melahirkanya walaupun beribu persoalan setiap kali temujanji Dr. apabila pemeriksaan kandungan adiknya.Semoga diri ku tabah dan kuat dalam menanti kelahiran bakal adik Puteri serta dapat menghadapi setiap dugaan hidup dan dipermudahkan proses bersalin dan selamat semuanya.Aamiiin..terima kasih buat sis dan seluruh ahli keluarga dan sahabat yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan buat kami dan 'Puteri' khasnya.Semoga kita semua diberkati.

Engku Artini said...

na.. semoga terus tabah dalam kehidupan harian dan dipermudahkan bersalin nanti. InsyaAllah selamat semuanya.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini