Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, June 25, 2012

CRR

focus!! dah pukul 2pm. atleast 2 subjek siap today!
dah.. close all tenet....pls!

by!

Panjangkanlah..

Semasa kami main sama2.. gelak sama2.. golek sama2... lari sama2.. borak sama2... ketawa sama2..aku tak putus2 berdoa di dalam hati..

Ya Allah.. betapa bahagianya kami kala ini.. Terima kasih atas pinjaman sementaramu ini yang entah bila akan diambil semula olehmu.. Aku yang daif ini cuma ingin memohon.. agar Engkau panjangkanlah kebahagian dan kasih sayang kami ini hingga ke akhirat. Engkau panjangkanlah tempoh untuk kami bersama2 mengharungi kehidupan di dunia indah ciptaan mu ini untuk bekalan kami di kemudian hari.

Panjangkanlah rezeki untuk kami.. panjangkanlah rasa cinta kami kepadaMu..

Amin..

main patung-patung..

 Sunday

Sementara tunggu abah balik keje, kami main2 kat luar rumah.
Kakak hasya n amna kayuh basikal, baby kejar mereka.. hahaaa seronokkkk sangat..

kakak hasya lumba berkayuh ngan amna, sape cepat sampai kat ibu dia menang...  maka untuk bagi amna menang, aku pun lari ke arah amna yang masih kt belakang sedangkan kakak dah terlajak dari aku.. tapi kira amna menang sbb dia sampai dekat aku.. ha haa haaa

kakak lumba sapa berjalan paling cepat sampai kat ibu dia menang.. tapi bila kakak dah nak sampai kat aku, aku pun tukar, sapa lambat sampai kira menangg... hahaa automatik kiranya amna menanggg... hahaaa syok sungguhhh!! tak apa, ibu kan pengadil hik hik.. keputusan n peraturan di tangan aku..heheee

kakak kata jom main patung patung.. masa aku kecik dulu game ni main 'tol keras' (kan kannn). Ok bilang...
1..2....3... semua keras dan diam!... tiba2 durrah khayla gelakkk ha haaa .. pastu kami pun sama2 gelakkk ha haaa..!
Ok semula.. 1...2....3..... keras!! dan durrah khayla... ehhhh gelak lagi..!! owhh agah ibu yekk... aku kontrol lagi sambil jeling amna.. diam tp mulut mcm nak sengih2.. jeling kakak.. kah kahhhh tiba tibaaa kami gelak sama2 sebab tak tahan tengok durrah khayla yang berterusan gelak tengok kami jadi patung!!

ha haaa haaaa enjoyyyy d holiday walaupun 2 hari stay kat rumah je. tak g mana2 pun..

TQ Allah..

rindu!!

2 hari kami stay kat home sweet home.. Bergolek bagai dalam rumah, kat pondok .. main kejar2 sambil main basikal... ohh rindunya kat si comel ibu durrah khayla..

mmmmmmmmmmm rase nk cium pipi bamm bamm tu.. nak gomol jek pipi comel tu.. nak cium cium tangan halus tu.. nak peluk erat erat!!..

ohhh rindunya!! take care daling ibu. petang nanti kita main lagi yek.. muahh!!

Friday, June 22, 2012

Ikhlas?

Ikhlaskah kalau sesuatu perkara tu kita dapat dengan percuma tapi kemudian dijual semula pada orang lain dengan tujuan uwang semata atau manfaat bersama mungkin..?? Ohh bagiku.. inilah peluang untuk kita buat amal jariah free.

Contohnya.. anak-anakku dapat baju free dari sedara mara (hehee...ni contoh yek.. kami tak de lagi dapat baju free ni melainkan hadiah semata2 yang melambak2 hehe. TERIMA KASIH) . Pastu bila anak kami dah besar dan dah tak muat baju tu.. maka takkan kami nak simpan je baju tu kan..

Maka, walaupun baju tu masih cantik dan bagus kualitinya, InsyaAllah kami takkan sekali-kali ada niat untuk jual baju tu dengan harga yang sangaaat murah (maybe seringgit sehelai) dengan tujuan untuk lariskan jualan dari membazir bagi free pada mereka2 yang mungkin tak nak ..Ye lah.. mungkin juga kalau kita bagi free pada mereka2 yang mungkin bagi kita dia memerlukannya, mungkin juga mereka tak guna atau buang atau simpan sebagai pekasam jek.. TAPI .. ianya lagi bagus kalau kita niat dengan sedekah.jer. Itu niat kita.. selesai. Urusan seterusnya samada mereka guna ke tak itu terpulang pada mereka

Thats my ten sen .. maybe lain orang lain pandangannya..

Surat khabar.. nak sedekah kat apek suratkhabar?? ohhh mestilah tidak sebab kami dah keluarkan duit untuk beli suratkhabar tu.. dan ianya lagi bagus kalau kita dapat sedikit benefit jual suratkhabar tu walaupun kadang2 dapat RM1.50sen je (yang kakak teka dapat 50 ringgit sebab bleh wat makan2 kt pizza hut)
Lagipun suratkhabar tu bukan barang free.. kami beli tau ngehh ngeh..

Wallahualam..

Take it positively!

'Tidak usahlah kita mencela kembali orang yang mencela kita. Mereeka yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang mempunyai akhlak terpuji. 

Ia disandarkan dengan beberapa hadis.'

-Kehidupan ringkas tapi signifikan-

Wednesday, June 20, 2012

Permudahkanlah...

1. Bila aku terpaksa cari students yang tak muncul2 juga walaupun due date cuma tinggal lg 2-3 hari.

Dah kol banyak kali (perlu ke mention brape kali?), doh kol banyak number (perlu ke bgtamu number apa?) tp x dapat2 juga..  Bila waktu dah hampir sampai kemuncak, bila orang sibuk bertanya mane hilang ini budak.. bila dia masih juga gagal dicari dan dihubungi.. maka?? Adakah aku perlu mencarinya hingga ke lubang cacing? opsss melampaulah tu.. cari ke rumah dia je dah la.. Ohhh tak perlu! Aku tak nak anugerah pensyarah paling bagus or paling hebar or paling berkaliber or paling bertanggungjawab or paling bagus. Tak perlu itu semua. Hidup tak perlu anugerah yang melambung. Cukup dengan sekadar perhatian, ucapan ringkas 'terima kasih'. Thats all.

Dan pagi ni, yesss Allah dah permudahkan aku. Alhamdulillah.. ini budak yang hilang at least muncul. Aku masih cuba mencari jalan penyelesaiannya.. membantu sebaik mungkin tanpa mengharapkan sebarang award. Cukup sekadar ucapan terima kasih sebagai penghargaan yang entah belum tentu dapat?

2. Apabila semalam aku duk membebel bebel bebel pasal aku yang terpaksa ambil cuti dan cuti lagi. Dan apabila pagi tadi aku dimaklumkan yang aku mayb cuma perlu ambil cuti sekurang2nya sehari jek or mybe tak perlu sbb.... sebab Allah dah memudahkan jalan untukku.

Ahhh bebelan di pagi hari untuk menaikkan semangat bekerja! Go rtny..! simple things......redah jer!

Permudahkanlah urusanku di pagi hari yang indah ini... amin!

Tuesday, June 19, 2012

entahlah..

entahlah.. dah seminggu lebih takde mood nak update entry.
mybe sebab byk cite menggannggu emosi dari sebaliknya.. so better kita duk diam2 je kan..
espc pasal aku terpaksa bercuti lagi
adusss.. cuti pun dah tak banyak lg yg tinggal.. nk simpan untuk school holiday lg.. jalan-jalan.. cuti-cuti.. beraya... lom masuk cuti emegency, cuti terpaksa ..

aritu aku dah terpaksa bercuti separuh hari, pastu terpaksa lagi cuti 3 hari + hubby pun terpaksa ambik 1 hari, kali ni mybe aku kena ambil cuti lagi 2 or 3 hari.. aduihhhhh penat main lagu ni..
camne.. ape nak buat. bila kate cuti dah tak banyak tinggal ... dikatenya dia pun terpaksa cuti jg sbb ..........

camne aku nak ceria... stresss adela
aritu dah habiskan cuti2 tu tanpa apa2 benefit pun.. sia2 je
kali ni, pun sama.. cuti tapi tak buat apa2, kids kan sekolah.. hubby pn keje..
or boleh tak kalau kami start berholiday
ataupun aku berholiday dengan durrah khayla jer... aikkkkk mesti tak best langsung kan!
berholiday mestilah ada 5 orang, baru complete!
macam hasya addini.. setiap ari minggu mesti nak g main taman.. tapi mesti ada 5 orang... mesti g sama-sama 5 orang walaupun yang main cuma 2 orang..!

wallahhh... callooooooo
aku hanya mendoakan yang terbaik dari Allah
agar Dia mempermudahkan segala perancangan kehidupan kami
kan Dia Maha Mengetahui

cheersssssssss r.t.n.y!!!

Wednesday, June 13, 2012

Girls talk

Semalam Durrah Khayla tido awal.. aku tak tau nak buat apa lepas dia tido.
Sambil lepak2 baring tengok tv.. ehhh ada kakak kat sebelah aku.. aku pun peluk dia..

'mmmmmmm ibu rindu kat kakak masa kakak kecik2 dulu.. Masa dulu kan, ibu selalu peluk kakak, main dengan kakak, bawa kakak g jalan. 
mmmmmmmm nanti bila dah sekolah menengan kakak nak sekolah duduk asrama ker? tak yah lah ye.. duduk sekolah kuantan pun ok sekolah SMART ke.. nanti hari2 ibu bleh peluk kakak 
tapi nanti bila dah masuk universiti, camne.. kakak kena duk asrama sebab jauh..nanti ibu rindu camne?
mmmmmmmm haaaa.. kakak belajar kat ikip jela blehhh.. lagi senang pergi kelas dengan ibu.. nanti ibu ajar kakak.. ibu bagi A+++ ...


'yeaaaa ok!! kakak belajar kt tempat ibu je lahh.. kakak suka...!

owhhh kakak.. ibu sayanggg sangat kakak. Ibu doakan yang terbaik untuk kakak. Semoga Kejayaan selalu bersamamu.

Perkenankanlah Ya Allah...

Amna bercerita

Balik sekolah .. dalam kereta.. cepat2 amna bercerita

'ibu.. tadi kawan amna A dan B patah gigi kat sekolah.. pastu kan.. cikgu k bagitau nanti diorang kena pakai gigi palsu polident'

haa? gigi palsu polident? kah kahh kh kah hhh lawakkk sungguh laa cikgu pun..!!
pastu balik rumah dia cerita lagi kat hubby...
adushh gelakkk sakan kami satu rumah

biasanya kalau gg patah cuma keluar cite simpan bawah bantal nanti jadi duit kan..
aku pun update sket cite tu ikut cite kartun Cloe Closet diorang.. letak bawah bantal nanti jadi ratu gigi yang cantikkk sangat..

tapi kali ni... kah kahhhh kahhh kena pakai gigi palsu... gigi palsu polident lagi.. adushhh gelakkk gelakkk

Alahai my Encik Ayu..

Semalam.. aku duk bizi kemas barang addinies untuk ke sekoalah..
Encik Ayu pun ada sekali menyibukk dan menyampuk
'beg sekolah agama kakak tu... mmmm... kena salin jadual jugak ker'

aku...??? erkkkk
'yea betul... dah 6 bulan yeak...' 

huhuuuuu sib baik baru 6 bulan.. kalau 6 tahun lagi haru kannnn huuuuuuuuuuuu
alahai my encik AYU

Special request..!

1. 100 x 5 = 500 (2 years)
2. (275 x 2) + (173 x 2) = 896 = 900 3D2N + tickets +++++
3. 500 lagi
4. 1000 lagi... or less or 500 je or less pun takpe

TOTAL 1900 (min) to 2400 - 3000 nett

amacam darlinggg?
hadiah besday boleh..? tahun ni or taun depan or depan depann lagi ,,
untuk cuci-cuci mata

Gud luck all frens!

Status fb sekarang ni rata-rata tulis gini..
stress
tensennn
moga dipermudahkan
doakan kami 
how's u
ape cite dah
kat mane dah
tak leh tido
tido tak lena
lom tido lagi
tido mimpi t-test

dan macam-macam lagi laah

Yeaa.. begitulah aku setahun yang lepas..
dengan bebanan keja lagi..
aku tetap sama macam diorang..
tetap meneruskan perjuangan dengan harapan yang sangat besar agar dipermudahkan dan berjaya
Alhamdulillah.. berkat doa bonda, keluarga dan kawan-kawan.. aku BERJAYA!

Insyaallah .. kalian juga akan berjaya
Kuatkan semangat, banyakkan berdoa
Kalian akan rindu pada kenangan-kenangan 'indah' kala ini seperti aku yang menrindukannya sekarang! (heheee rindu keerr)

Gudluck untuk junior2 perjuanganku di UiTM dan juga untuk rakan2 opis yang nampaknya juga sedang bertungkus-lumus untuk segulung master.. HADIAH istimewa untuk keluarga kan..

GUDLUCK!!! All the best

Wednesday, June 6, 2012

Happy 9th annyversary...

Small celebration je..


















Ya Allah..terima kasih atas pemberian terindah dalam hidupku ini. Semoga ikatan perkahwinan kami kekal berpanjangan dan diberkati oleh Mu sentiasa. 
Dear hubby.. terima kasih kerana menerimaku seadanya dan menjadi yang teristimewa dalam hidupku


  • Selamat hari lahir buat puteri sulung ku...Hasya Addini....semoga jadi anak yg solehah,taat perintah Allah dan kedua ibu & abah...juga Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke9 buat isteriku Engku Artini....semoga kasih dan sayang kita kekal hingga keakhirat...amin.
    -petikan fb hubby-
    I Luv U dear..!

My BIG Day - Hadiah 2

Masa aku tamat degree tahun 2000, bonda hadiahkan sebentuk cincin yang sangaat cantik untukku. 
Mestilah aku sangattt gumbira dapat hadiah cincin.

So now, bila aku tamat pengajian master, aku pun pikirlah nak bagi hadiah yg sangaaat istimewa untuk bonda. Puas pk dan pk.. mula tu nak bagi duit je tp duit bukan barang.. aku nak sesuatu yang buatkan bonda suka sangatt dan sangat bermakna untuknya..
maka akhirnya aku pun decide nak bagi sesuatu berupa emas...hehee..

wanita dan emas kan - memang akan cair bila dapat hadiah ni ... betul tak? lagi-lagi untuk orang terengganu. Lagipun emas takkan hilang nilainya malah akan makin tinggi nilainya kan..
so hopefully bonda suka sangat2.

Mula tu aku plan nak bagi bila dah lepas naik pentas... nak suh adik bagi hadiah ni kat bonda ..
tapi masa sesi bergambar kat kg aritu, tiba2 bonda kata ada hadiahhhhh!!!
wahhh xcitednya!!

Jeng jenggg... hadiah??

Bonda kate... "kecil je hadiah ni tapi..... "
haaaa aku pun mcm boleh agak jer


Tq bonda... owhh aku tak pernah mengharapkan apa2 hadiah or balasan pun dari bonda.
Aku cuma nakkan doa restu dari bonda..
tak sangka bonda akan bagi hadiah yang sungguh bermakna ni

Oleh kerana bonda dah bagi hadiah.. maka aku pun terus bagi hadiah aku untuknya,,

jeng jengg jengg.. 

hadiah untuk mak pun mesti ada juga..  

bonda duk tengok hadiah dia, aku duk tengok hadiah aku.. masing2 masih  xcited dan happy sangat!

tolong pakaikan untuk mak... hadiah terima kasih untuk mak

Add caption

pakaikan untuk bonda pulak..

jeng jengg... nampak..? nampak??

yes.. hadiah untuk bonda2ku
dan
bling-bling berlian from bonda untukku. (owhhh i loiikeee sangat2!! tiap masa mesti pakai sekarang ni)

Bonda tak habis2 tanya beli kat mana, berapa harga..
Mak pun sibuk tanya berapa harga..
okeh beli kat pasar payang..
harga..? tak ternilai dengan kasih sayang dan pengorbanan bonda.-bonda. 

TQvm bonda2ku..

Dann
tak lupa untuk My mr loba lobaa hehee..
untuk dia yang ku cintai...chewahhh


wave 3...

mmm mula tu nak kasi kasut bola.. tp dh ada dah
mmm.. nak bagi jam.. tak specel jek
pastu nak beli basikal idaman dia.. haa yang ni mmg aku suke
tp.. masa nak beli hadiah tu laa henpon dia rosak.. (rosak atau dirosakkan...hik hikk)
then tukar decide nak beli
ipad or tab or tipon..
pusing punya pusing.. my mr loba loba dah jatuh cinta pada wave ni...
then.. oklah..

yang ni hadiah untuk konvo + annyversary + birthday skali tau..
3 in 1 ekekekeee... jangan mare!

(ntah kenapa tiba2 panggil mr loba-loba plak. maybe sbb teringatkan karakter mr loba-loba ni dengan hubby 2-3 hari ni.. ceria semacam jerk..klakar pun ada)



My BIG Day - Hadiah 1

Ini antara bunga-bunga yang aku dihadiahkan oleh mereka-mereka yang sangat bermakna dalam hidupku..
(Yang tak bagi bukan maksudnya tak bermakna yek.. hehee.. kan ada yang merajuk kecik hati kan.. sory jgn terasa yek..)
Semua-semua disekelilingku yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan padaku adalah mereka yang bermakna yang bermakna dalam hidupku (even klik 'like' je .. hehe)
 Cantikkk sangat.. sayangnya tak boleh zoom.. takde dlsr /dslr/ dslr ekekeee...
yang ni from busu

 yang ni pun cantikkkkkk!! merah menyala!!
yang ni from bonda
 Bunga matahari yang akan sentiasa kembang mekar berseri-seri
from frens mazurai

Yang ni mestilah dari Mr Hubby n doters yang tercinta!! comelnya bear tuuuu!!

From abang atan n family
 cantikkkk


 Kad besar dari kids!! yang ni kira sempena hari ibu + hari konvo hehee.
tak kisahlah .. ibu sukaaa sangat tauuuuuu!
kad ni diorang beli sorok2 kat jusco bukit raja.. heheee... dah plastik n kad tu beso sangat2 kan.. hehee mane boleh sorok kan.. cuma diorang tak kasi aku tengok n intai.. hehee.. ye laaa 

Tengoklah kad ucapan dari kakak ni.. hehe.. siap lukis orang lidi atas pentas tu.. hik hik hikk.. comel betul!!
bunga kecil tu kan adalah hadiah yang kakak janjikan hari tu.. baca sini ekkk

Yang ni pulak kad ucapan sempena hari ibu... comel sungguhhh!! especially bab idea dia
 Yang ni pulak hadiah dari adik amna.. (yang sebenarnya kakak yang lukis kut.. heheee)
Tq sayang,, ibu hargai sangat2!!
terima kasih juga kepada semua yang berikan hadiah termasuklah bunga printed pada kain..hehe (yang ni hadiah dari Cik Da n family) dan juga hadiah bermakna dari Mekah (dari Ayah teh n Cik teh & family)

LUV U alll muahhh!!

My BIG Day - Part 3

VVIP yang datang on my BIG Day ..

Abang Atan , Kak Zai n kids Farah, Faqihah n akim
Masa tunggu acik dalam dewan.. lama diorang tunggu kat luar.. sian mesti panas kan..

Mereka bawa bunga kiriman bonda n ciksu juga.. ohhh tqvm.. acik suke sangattt!!

Mestilah jugak bunga dari my bro sekeluarga juga!!

Terima kasih byk2 sudi datang memeriahkan konvo acik yek..
Acik doakan lepas ni giliran farah, faqihah n akim n abang haziq jugak yek.. LUV u all!!!

My BIG Day - Part 2

My VVIP..

Big Boss no.1 n Big Boss no.2

Princess setia tunggu ibu keluar dewan.. dah get ready with flowers n card tu.. hehee tq dear!

Yeaaa ibu dah datangg..!! happy convocation ibu!
(Masa ni muka dah tak berseri2 dah.. dah kelam kelabu asap rasenya huhuuu... ye lah duduk dalam dewan dari 8 am till 3 pm.. mau tak berasap hehee.. tapi tetap happy sesangat!!)

Smilee!

B.. tengok camera b... ishh sibuk nak peluk ibu je! eh bunga mana..?

haa... baru nampak bunga.. yeahh!!
B.. tarik rambut kakak amna yek.. hehee


gambar dengan mak pulak..
ohye dalam plastik tu kad from princess! 

tq lalingg.. luv u muahh!!

tima kasih mak sudi datang..! tima kasih jugak sebab mendoakan kejayaanku!

Masa ni dah hantar jubah.. hubby suh posing kat sini jap.. ok jugak

bb?? ohhh dah lentok heheee

tq tq  by by sudah... konvokesyen! lepas ni puteri2 ibu pulak yek.. insyaallah!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini