Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, August 8, 2012

Dihargai..

Semua orang suka dihargai walaupun tidaklah mengharapkan sangat samada dihargai atau tak. Bagiku, aku akan menghargai segala pemberian, hadiah, ucapan mahupun perbuatan yang dilakukan oleh my Addinies. Begitu juga dengan ucapan terima kasih. Walaupun aku tak pernah mengharapkan secebis ucapan berharga itu.. tapi ianya sangat beharga bagiku.. tak kisahlah sama ucapan itu adalah ikhlas atau paksaan semata.. huuhuu... (tak perlulah jika ianya dalam keterpaksaan.. aku tak ingin menyusahkan sesiapa..mahupun mengharapkan balasan)

Well... aku cuma nak ceritakan sedikit perasaan aku takkala aku rasa seperti sangat dihargai.. yeaazaaa... terasa begitu dihargai kala itu tau..

Alkisahnya begini..

Aku sedang berjalan-jalan keseorangan.. jalan dan jalan... menuju ke suatu ke destinasi. Dan dalam perjalanan yang takdelah jauh sangat pun itu... aku ternampak kelibat seseorang yang aku hormati .... mmmm dan nampaknya seolah-olah dia pun sedang berjalan keseorangan menuju ke arah bertentangan denganku. Maka aku meneruskan perjalananku seperti biasa... begitu juga dia. Hampir 6 meter (kut) jarak kami.. dia senyum.. ehh.. aku toleh kiri kanan belakangku, takde orang.. ohhh dia senyum padaku kah..? Aku pun cuba membalas senyumannya itu.. Kemudian makin hampir kami, dia terus menerus senyum padaku.. dan kemudian.. menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.. ohhhh ehhh.. aku tergaman, erkkk bukankah aku yang perlu terlebih dahulu menghulurkan salam padanya..mmmm...

Dalam keikhlasan tangan yang dihulurkan itu.. dia masih sempat bertanya khabar dan berborak ringkas dengan ringkasku.... mmmm.. ohh.seperti sedikit mengambil berat..walhal siapalah aku dalam kehidupannya kan... dan pertemuan ringkas kami ini terasa seperti aku sangat-sangat dihargai olehnya..yeaa.. siapa tak suka dihargaikan...... begitu juga aku.. begitulah aku dikala itu.. seperti di hargai dan seolah-olah berada di awangan.. (elehhh... itu pun nak kembang semangkuk ke... ehhhh mestilah.. sebab aku bukan sesiapa dimatanya.. tapi dia adalah sesuatu yang istimewa dimataku tau.. dah lama admire kt dia ..)

So.. terkadang dalam kehidupan aku, sesuatu yang ringkas itu mungkin memberikan seribu titik indah dalam perjalanan kehidupanku. Seperti kakak.. yang memberikan kad ucapan ringkas pada abahnya tempohari..
'terima kasih abah sebab selalu belikan barang barang yang kakak nak.'
mmmmmm so apakah maksud di sebalik kad tersebut...? bodek ehhh..... tapi ianya membawa seribu makna untuk abah kakak..


No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini