Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, August 7, 2012

Rindunya Durrah yang comel!


Alahai.. 4 hari bercuti.. 4 hari dia sentiasa dimataku.. tak pernah hilang dari pandangan mataku..
Tidurku akan diulit mimpi indah bersama puteri Khayla..
Lenanya si puteri pun mesti ditemani ciuman manis dan degupan nafasku

oh... rindunya ibu
Hari ni.. si comel ibu masih dalam lenanya yang indah masa ditinggalkan
terus ditidurkan dalam buaian ..
mesti sedarnya nanti tanpaku disisi..
mesti dia tercari-cari kelibatku
mesti dia terpanggil-panggil kakak dan abahnya

ohhh sayang ibu
maafkan ibu .. ibu tak dapat bersama menemani dan bermain bersama harini..
mesti dia akan tercari-cari jejariku untuk dipegang seperti selalu ketika menyusu
semestinya dia akan merangkak membuat rondaan satu rumah 
mesti dia terjerit-jerit melompat keriangan ketika diagah seperti selalu
mesti dia akan memanggil-manggil.. kakkkk, abahhhh.. 
mesti dia akan terus meniti, berdiri dan memanjat sofa-sofa di rumah pengasuhnya seperti kebiasaannya di rumah

ohhhh.. manja ibu..
sungguh ibu amat rindu
cepatlah masa berlalu
supaya aku cepat pulang memeluk dan mencium puteriku ini..
supaya aku terus menerus dapat mendukung dan membuaikan puteri ibu dalam dakapan
supaya aku masih lagi berpeluang mendengar gelak tawa si comel ibu penyeri hati kami semua.

12.22 pm



No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini