Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, November 30, 2012

I can walk @ 13 months

2 minggu lepas, Durrah Khayla Addini dah start bertatih. Tapi tak lama pun.. adalah dalam 2-3 hari je. Pastu dia lebih suka merangkak. Bila kami train dia bertatih..dia akan cepat2 duduk. Ok..tak perlu paksa.. nanti dia akan berjalan sendiri.

Tapi, start Monday baru ni.. balik dari rumah pengasuh.. dia terus bangun dan berjalan. Kali ni bukan bertatih..tapi berjalan. Mula tu ingatkan dia nak bertatih, tapi.. eh ehh non-stop pulak dia jalan kali ni.. dan nampaknya lebih stabil. Banyak jugalah dia berjalan malam tu.. sampai penat then terus tido..hihi. Owhhh kami pun xcited tengok dia dah mula berjalan dan tak jatuh tau..

Esok, tanya pengasuh, ajar bb jalan ke semalam. Dia kata tak. Semalam dia tak berjalan pun kat rumah. Mmmm.. pelik juga. Nampaknya bb sendiri yang tetiba rasa nak berjalan2 kut. So balik rumah pengasuh on Tuesday.. pun sama. Dia terus berjalan... ronda2 dalam rumah.. ke dapur, ke ruang tamu, ke bilik  dan merata-rata lah.. kali ni boleh kira berapa kali dia merangkak heheee... Wahhh kiranya makin ada kemajuan! Bagusss bravo2 sayang!!

Hingga semalam.. memang dia dah boleh berjalan sepenuhnya.. tak pernah jatuh, dan tak terhuyung hayang.. Cuma masih berjalan dengan perlahan dan kadang2 masih cuba untuk balancekan badan masa berdiri tu.

Ohye.. oleh kerana durrah khayla ni dikira agak lambat mula berjalan.. (lambatlah compare tu kakak2 dia semua masa umur setahun dah boleh berjalan), tapi kira cepat dapat kawal pergerakan badan dan berjalan sepenuhnya. Masa Hasya dan Amna belajar berjalan dulu, jenuh kami kena sambut dia jatuh, tengok dia berjalan, tak boleh biarkan dia berjalan sorang2 sebab konpem akan jatuh dan sebagainya. Pendek kata kena beri perhatian sepenuhnya semasa dia mula belajar berjalan. Tapi, durrah khayla ni.. ahaa.. mula2 je tengok, tapi dah tak pernah jatuh, stabil je berjalan, kira pass untuk ujian berjalan hehe. Sekarang ni pun, kami just perhatikan dari jauh je masa dia berjalan2 ni.. risau juga kut terlanggar benda then jatuh dan sebagainya. Tapi so far, alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.

Wahhh.. esok balik kampung. Rumah kampung ni biasanya banyak bendul sikt. So kena lebih hati2 ..
Caiyok2...

Thursday, November 29, 2012

Makan sampai 'seehh' kat Kg Pelet

Selesai naik feri kat penang,,,, zuppp kami terus dibawa ke sini. Makan kambing spesial kat KG PELET. wowww memang best kawww2. Hilang penat main2 atas feri tadi.. hihiii
ni pintu masuk utama
En Hulk (nama baru sebab pakai baju ijau ala-ala hulk heheee...logik kn) tengah cite pasal kesedapan makan kt sini dan rahsia meja no.40 yg kami duduk ni.. hehee betulkan 40?
tengok menu.. pilih pilih... mmg best blake
ok sudah oder kt jalan2 ronda kawasan dulu. memang luas kawasannya dan bersih. . ni kat kolam ikan
peaceeeeeeeee sambil tunggu makanan sampai!
kat sini pun ada mcm ala-ala mini zoo.. ada mcm2 spesis kambing, rabbit, ehh animals apa lg yg kita tgk aritu ekkk...?
yeaaa makanan sudah sampaiii!! 
kakak makan eskrem banana.. ibu pun powww sama hehehe.. dlm bakul tu  apa ekk... udang celup tepung ke? lupa daa maklumlah cite dah lama.. bulan mac aritu hehe

Jom makannn..
sudah makannn kenyanggg.. celebrate pulak birthday someone special kt sini. Staff bawa kek birthday sambil pasang dan nyanyi lagu happy birthday lg.. Memangg meriah sangat.. Ce teka birthday sape.. yg bertiga tu excited sungguh nk potong kek

Yeaa.. happy birthday dear Nurlina. Moga diberkati dan dimurahkan rezki oleh Allah selalu.
tengokkk ... licin kami makan.. durrah khayla sampai tertido2 tengok kami makan hehee.. sian dia x dpt join makan lagi.  Masa ni dia baru 4m+. Lain kali kita dtg sini lg yek..

Balik time.. wahh mmg best dan 'seeh' makan kt sini. Terima kasih  banyak2 En. Hulk dan isteri bawa kami ronda2 naik feri pastu makan free kt Kg Pelet ni. Jasamu ku kenang..hihii Moga dapat makan lg kt sini insy.

Wednesday, November 28, 2012

Bergumbira naik feri Penang!

Gambar2 semasa naik feri Pulau Pinang.. dah lama nak upload tp ni br berkesempatan..
Yohteh.. sila tengok puas2 gambo anda..hihiii
Ohye.. ini kali kedua kami naik feri ni.. wallllaaahh suka sangat.! Encik Ayu pun pening tengok napelah bini dia ni suka sangat naik feri ni.. apalah faedahnya ..dah naik feri ke seberang, pastu patah balik semula ke darat naik jambatan ..aduishhhh layan je laaa kannnn hihihiiiiii.. (biasalah orang darat undang, camnilah gayanya..hehee)

08 Mac 2012

Semua mood happy kan. Left : Aku, busu, yoh tehhh... my bro n  sis, tp tak taulah nape diorang gen tinggi, aku ni  tinggi tu jek.. kata orang, gen tinggi aku dah kena bagi 2 dengan orang tuuuu.. ye ker... huhuuu

smileeee




chewahhhh menikmati pemandangan sorang2... pasni dah ada peneman dahhhhh... sukelah  tuuu
Bonda pun ada.. ehhh jgn lupa ada org sakit dalam keta tu tau.. pakai kain batik je baru keluar spital hehee



Semuaa happy!
Dialog rekaan semata :
Suami : Ok dah puas naik feri...jom balik
Isteri: Nak pusing naik feri lagi skali boleh hehee
Suami : Adehhh...kerja dalam feri terus laa senang boleh naik feri hari2...
Isteri : hahahaaa

Tuesday, November 27, 2012

First impression?

Pentingkah first impression? Yess it is.!!

Kami ke bilik boss.. atas urusan kerja. Sebelum masuk bilik, kami intai dulu bos ada ke x.. intai2.. ok ada.. bos tengah mengadap pc. Bos pun terpandang kami depan pintu bilik... Kami pun mula buka pintu bilik. Ehh.. tiba-tiba.. tetiba.. ehhh.. bos ambil kopiah then pakai. Ehhh.. aku terkejut. Kenapa bos tiba-tiba. pakai kopiah. Kami bukan ahli masjid nak kutip derma hihii.. ada gaya ke kami ni.. Mmmmm aku terpikir lagi, ehh arini ari Jumaat ke .. penyebab bos tetiba pakai kopiah. Semestinya arini bukan Jumaat.. Ehh aku makin konpius.. nape yek. Takpe.. settlekan dulu urusan kerja yg perlu dibuat. 

Ok.. dah settle kerja, tetiba terpandang satu bekas tertulis "SILA AMBIL' (lebih kurang gitulaa maksudnya).. Ohh bekas berisi gula-gula.. wawww walaupun ianya hanya gula2.. aku nakkk.. 
Bos.. boleh ambil ke.. 
Ambil2.. kata bosss..
Aku pun ambil 2. Satu untuk aku, satu lagi mestilah untuk baby..

Ohhh.. bestnya pagi ni.. masuk bilik bos dapat gula-gula.. alaahh gula-gula pun seronok, mcm kanak2 je.. tapi, ianya percuma dari bos tau.. Bos anda ada bagi gula-gula percuma? takde kan...hihihiiii

Inilah gula-gula percuma yg tak dapat dibeli dimana-mana kedai
 Mmmm selesai urusan, kami berterusan bercerita kisah bos memakai kopiah... owhhh mungkin tujuan bos pakai kopiah tadi supaya dilembutkan hati untuk berurusan dengannya, dipermudahkan urusan kami dengannya.. ye lahh.. sejuk hati kami berususan dengan bos yang macam penuh ilmu agama je kann walaupun hanya berkopiah. Kesimpulannya, itulah pentingnya FIRST IMPRESSION! Apa perasaan anda jika berususan dengan majikan yang berambut panjang, kaler oren, berjambang bagai dan berpakaian selekeh. Mesti macam2 tanggapan kan walaupun mungkin hakikatnya dia sangat baik dan sangat berilmu.. Well itulah pentingnya First impression.

Tq boss kerana meyakinkan kami untuk berurusan dengan mudah hari ni.. 

Monday, November 26, 2012

Make your holiday special!

Weekend kami selalunya indah.. Owhh memang indah..Alhamdulillah !

Caranya mudah je.. jadikanlah cuti anda sebagai sebuah percutian yang indah...senang kan! Tak kiralah samada bercuti di rumah atau di luar rumah.

Cuti kami tetap indah kalau hanya duduk di rumah..sebab 'My home sweet home'.. Buatlah aktiviti berfaedah bersama ahli keluarga atau rakan serumah.

Kami akan selalu makan sama -sama terutamanya makan di pondok .. inilah aktiviti yg paling seronok skali.. yelah sape tak suka makan kan.. sambil dibuai angin pagi, sambil membaca paper, sambil mendengar celoteh anak... owhh indahnya cuti..

Kami juga suka menonton sama2, bermain basikal sama2, main masak sama2, kemas rumah sama2.. dan yang paling utama adalah solat jemaah sama2. Kami akan solat sama2.. Durrah Khayla biasanya akan bermain2 kat tepi kami solat. Kadang2 dia akan datang peluk kami sekejap pastu bergerak ke tepi. Kadang2 dia akan bermain kat tempat kami sujud, tetapi kemudian beredar ke tepi. Dia dah biasa tengok kami solat. Masa kami mula2 solat dulu, lama jugak kami terpaksa biarkan dia duduk atas riba masa kami solat, ataupun ketika dia cuba memanjat badan kami yg tengah solat..jadi kami biarkan saje.. lama2 nanti dia akan berlalu sendiri.. Alhamdulillah, sekarang dia dah terbiasa dengan rutin kami solat berjemaah. Tapi memang seronok tau solat sama2 ni.. dah sudah solat, is mengaji time.. masa ni lah.. Durrah Khayla akan sibuk untuk ngaji sama tau.. Time Amna Addini baca iqra, dia pun akan ikut sama.. aaa baaa taaa... dia pun ikut aa ba taaa... sweet sangat.. kadang2 pelat2 dia ikut baca..hihiii lucu sangat.. indah kan !





Jika kami bercuti di luar rumah, contohnya ke shopping complex, semua orang pasti akan dapat sesuatu . Aku dan suami biasanya membeli barang keperluan rumah..aktiviti wajib la kan. Anak2.. owh, pastinya bukan mainan. Mereka dah terbiasa dengan no toys at shopping complex. Toys cuma waktu2 tertentu je hehe.. jadi biasanya mereka akan pilih makanan dan buku.. Itu pun dah buat mereka pulang rumah dengan tersenyum lebar.. owhh indahnya window shoping sama2..

Jika bercuti di tempat2 peranginan or luar Kuantan, pastinya kami akan bercuti di hotel atau sekurang2nya homestay. Dan masa nilah.. Hasya Addini dan Amna Addini akan siap2 book bilik khas untuk diorang tidur. Bilik tu.. tak mau tido luar.. nak merasa suasana hotel tu.. huhu.. kalau takde bilik pun, mesti ada katil khas untuk mereka.. tak mau tido atas toto.. Hahaa.. takpe.. janji mereka gembira. Kami juga akan pastikan mereka pulang dari bercuti dengan perasaan yang sangat gembira.. Biasalah.. anak akan jadi keutamaan masa percutian kan.. dan kami pun akan pastikan kami sama2 akan pulang dengan perasaan yang sangat indah!! owhhh bestnya bercuti di Pulau Kapas, Cameron highland, Genting Highland, Pangkor, Bukit Merah, Johor Bahru, Kedah, PD, Melaka, Kulim, Pulau Tioman.. even cuti2 naik feri kt penang pun sangat best walaupun bagi sesetengah orang..alaahhh tak heran pun setakat naik feri tu.. tapi, kalau ianya diisi dengan perasaan yang indah semasa naik feri bersama keluarga, maka indahlah cuti anda itu.. kannn kannn betul tak.. try to feel it bro!

Mmmmm... bagiku... takde percutian yang sangat indah selain dari percutian di rumah.. dan menikmat pagi hari yang damai dengan melihat senyuman comel Durrah Khayla. Owhh pagi kami dikejutkan dengan senyuman dan ciuman Durrah Khayla.. comel sangat... dan semestinya ianya adalah saat percutian yang sangat indah.. Tak dapat dibeli di mana2 ...Indah sekali!

Alhamdulillah..
Isilah cuti2 anda dengan hati yang indah..

Friday, November 23, 2012

Test drive Nissan Almera vooommm!!

Sorry takde gambar masa test drive ni.. tak sempat nak bergambar dee

Semalam.. kami ronda2..window shopping ..berlima.. cuci2 mata..hehee
Tengah ronda2 tu.. tetiba ternampak pameran Almera..owhhh apa lagi..."jom darling..test drive jommm!!"
cantikkkkk cantik... aku suke..!!

Terus tengok bonet keta macam dlm iklan tv.. memang luas sangat..

Kids boleh main golek2 baring2  dalam tu..mm bagus2!! Tapi.. buat apa laa bonet besor sangat ni.. bukannya aku nak guna keta ni untuk bawa balik kg punn.. kami dah ada mpv untuk tugas2 khas holiday a.k.a balik kg. mmmmmm takkan lah sampai perlu 2 keta besar untuk balik kg kan.. huhuuu

Then, tengok seat belakang.. try duduk...wah memang selesaaa sangatt..!!


Luasnyeee..! 5 orang dewasa boleh muat ni.. tapi kan.. keta aku ni nanti cuma nak bawa anak2 pegi sekolah, balik sekolah, round2 bandar je.. macam membazir je naik keta besar2 tp untuk jadi keta pak supir je.. membazir ruang dan minyak jer.. lagipun susah kalau nak parking keta besar dekat sekolah or dekat bandar nanti... susah nak cari tempat parking, susah nak menyelit parking.. senang cite not so praktikal untuk parking berbanding kereta comelku sekarang..hahaaa dimana2 aje aku boleh parking kan kann


Puas menerai tempat duduk belakang, aku duduk seat sebelah driver..


Wahhhh very good position! Selesa, rekaan dashboard yang cantik, tempat kaki luas..ehhh jeling seat driver..a.k.a seat aku nanti laaa...haaaa tak sabar ni... ohhh terus turun kereta untuk duduk seat spesel aku nanti..kann kannn jangan jelesss ehhh hihiii

Tetiba baru turun kereta nak terjah ke tempat driver, aku terdengar suara baby menangis..ehhh alamak durrah khayla nangis.. mane diaa ehhh.. durrah...sayanggg... tetiba je rasa gelap..
'yanggg yanggg..baby nangis ni..nak susu kut..
'mmm ok ok..ehh apsal gelap ni'
'ye lahh.. malam kan.. memanglah gelap...'

Waaaaa mana almeraku.... waaaa kenapa tetiba aku duk dalam bilik gelap ni..
opsssss aku bermimpi di malam hari rupenya..ekekekeeee
tak sempat nak possing ahaaa... tak sempat nak merasa duduk kat seat driver huaaaa dan yang penting tak sempat nak test drive huhuuuuaaaaaaaaaaa!!

ohhh makkkk bawakan aku ke sana lagi sekali...!

-gambar : tq to en.google-

Wednesday, November 21, 2012

Wowww bombastic ALMERa!


kann kannnn 
harga pun okla..kan
tapi... 
.
.
berangan je tak jadi jugak
ikutkan nafsu sangat pun tak boleh jugak
.
mmmmmmmm........
.
menyimpan lagi baik kut 
 dari menabung ke arah almera.
lebih baik menabung untuk almera addini binti mahayudin..hihii

tapi nak jugak test drive..jom almera!

psttt sila bersabar ye artini.. tarik nafas dalam2...hembussssss.. 
mmmmm...betullah kata orang, besar periuk besarlah nasi ujan panass keraknyaaa huuuuu

Tuesday, November 20, 2012

DIY cenderahati tuala kecil


Ok.. 
first.. ikat tuala muka atau tuala kecil untuk cenderahati tu supaya membentuk seperti kipas
then, ambil  dolly paper yang putih, bahagi or kerat dua supaya menjadi semi bulatan
letakkan pada hujung tuala yang telah membentuk kipas td, kemaskan dengan ikatan reben.

Tadaa.. inilah hasil tuala2 kecil kami.
harga tuala RM2 je kat kedai 2 ringgit, terengganu. Memang muraaah sangat, kualiti kain pun tebal dan berkualiti

Then, letakkan dalam box untuk cenderahati kepada tetamu nanti. Mudah kann

Inilah antara mereka2 yg sangat rajin membantu pengantin (baju merah pewitttt) 
Lipatt jangan tak lipat.. nanti tak dapt pauu red valvet banyak2..hihihiii

Im d' boss @ 13 months

 Hai semua.. sayalah bos! Kat mana2 je.. saya mesti jadi bos.. 
Ini masa saya jadi bos sementara tunggu abah ke kedai jap. Saya ambil mood jadi big bos hihii..
Tapi bila abah datang.. saya akan cepat2 lari kat ibu..ibu pun akan cepat2 peluk saya...
comel kannn!     

 Hari ni saya genap 13 bulan.. owhh saya dah besar.. dah boleh jadi kakak. Kadang2 ibu akan panggil saya kakak durrah dan panggil kak amna baby amna.. sebab kakak amna tu huhuuu manja sangat... lebih manja dari saya.. alolooo kak amna yang comel
 
 Owhh saya sangat suka main dengan kakak2 saya. Kakak2 saya ni baik sangat especially kak Hasya. Kakak saya ni selalu peluk dan cium saya. Saya pun selalu cium mereka.. sayannnggg sangat kat kakak2.


Tapi..oleh kerana im d boss..heheee.. saya akan selalu menjerit kalau tak dapat apa yang saya nak. Kadang2 saya nak makan kuih tart, tp ibu tak bagi.. ibu asyik kata no noo nooo!! ala ibu ni.. nak sket pun tak bagi. Kadang2 saya nak lompat2 atas sofa pun ibu tak bagi.. 
Kadang2 saya suka guna kuasa veto untuk naik motor vrooomm vrooommm dengan abah pada setiap petang.. Kalau abah tak nak bawak saya ronda2 naik motor, saya akan menjerit2 .. minta abah dukung jer.. tak nak duduk bawah, tak nak duduk dengan ibu dan kakak.. nak suruh abah dukung jer hingga boleh naik motor,, pandai tak taktik saya.

Oh yee.. gigi saya sekarang ni dah ada 8 batangg.. banyakkann

Sekarang ni, banyak benda baru yang saya dah belajar tau.. selain dari salam, kiss, bye2 dll , sy juga dah pandaaaiiii
- bila orang minta sesuatu barang pada saya dengan baik, saya akan bagi balik barang tu pd dia. Tapi jangan tarik barang2 tanpa minta baik dulu tauuu... nanti sy marahh hehe
- kalau orang cakap no nooo, ohh ok saya paham tak boleh buat benda tu .. baiklah saya tak buat
-dah pandai menonton tv espc kartun 
-dah mula belajar berjalan..5-6 langkah, dah boleh berdiri sendiri..
-dah pandai tunjukkan gigi (sambil nganga mulut tunjuk gigi), tunjuk hidung, eye (sambil kenyit mata)... 
-saya dah pandai panjat dan duduk atas sofa.. turun dari sofa pun saya dah pandai juga..hehee senang jee
-time semua org makan kt meja makan, sy pun nak duduk dlm baby chair sy.. tapi.. saya mesti duduk sambil main, duduk, bangun, panjat keluar dari kerusi, hehee..
-kadang2 saya tak sengaja terpukul ibu or kakak or abah, tp saya akan cepat2 kiss mereka mintak maap.. cute kan saya.. hehee
-bila nak pakai baju dan seluar, saya akan sama2 hulurkan tangan dan kaki saya untuk pakai baju.
-saya sangat sukaaa main2, merangkak keliling rumah, panjat sofa, main bola, main toysss ,kacau kakak main, main puas2  ... pastu bila saya ngantuk barulah saya akan tidur lenaa
-pandai buat memek muka 
-akan cepat2 angkat tangan tinggi2 bila cakapp "sapa durrah khaylaaa?"

Saya juga dah dpt vocab baru tauuuu
- owhh saya dah boleh panggil ibu .... IBUUUUUU.. ibu suka sangat!!
- tuh (jatuh), duk (duduk), maill (smile), dahhh (sudah), pahh (kipas), kett (sakit), kutt (biskut), cit (nasik), bakk (susu), 
-bila ibu sebut oneee twooo , saya akan sambunggg teeeeee (three)

mmmmmm oklahhh saya dh penat taip.. nanti saya update lg yee...
smile selaluuuuuu!

Monday, November 19, 2012

Kek red velvet love..

 cup cakes
cake
-sumber en.google-

nyummm nyummm deliciouss!!

Buai laju laju.. sampai pokok rambutan!


Owhh.. tak sabar nak tunggu pengantin ber'outdoor' kat sini nanti..mesti cantik bangat!
pengantin tuabaru tapi lama aci dok..? ha haa haaa mesti ramai nak join se4 kaki kan kannn!

Monday, November 12, 2012

Harapan setinggi gunung?

owhh tidak.. aku tak pernah meletakkan harapan setinggi itu.. cuma aku mengharapkan yang terbaik je untuk kami..

2011
Satu
Ehhh.. ida, classmate dpt pindah teganu.. dh bertahun2 dia duk luar tengganu tau, dia duk langkawi, hubby dia s.alam. Tapi, dia dh dpt balik kg..bestnya kan kan

Dua
Ila.. classmate dulu bgtau kt fb dia boleh tuko tengganu.. wowww bestnya.. dah bertahun2 dia kawin ngan orang utara, duduk kt negeri utara..pastu dapat rezki balik kg n hubby ye pun ikut skali..

Respon: mmm.. kita dah okey dah duduk kat tengah2 ni.. nok balik kg ayang pun senang.. nok balik kg abang pun senang.. okeylah.. syukurlah
Aku : terima je dengan penuh redha. yelah.. aku tak pernah pun meletakkan sebarang harapan untuk itu.. cuma sekadar keinginan je..

2012
Abang.. tadi kawan kelas master, kak maz dapat tukar tengganu. duduk kt sungai rengas je. Mula tu ye balik pantang terengganu.. pastu terus ada rezki tuko keje tengganu.. besnya kannnn!!

Respon:
Dia keje apa? 
Gomen  .. orang besar jugak dia ni
Takpelah.. dia keje gomen, senanglaa nak tukor2 keje..

aku: mmmm.. takde pulak timbul isu 'dh okey kita duduk tengah2'. cuma isu keje je.. mmmmm adakah cuma untuk memujuk hatiku dengan alasan yang sangat lojik.ataupun malas nak bincangkan isu ni panjang lebar atau seperti nak beri lampu hijau je.. heheee i like!

lantas aku pun berkata..
mmmmm orang tak pernah pun berdoa moga dapat balik duk tengganu.. sebab susah nak cari keje kan.. tapi mana tau kann kut2 ada rezki.. dipermudahkan Allah.. sebab ustaz don pesan.. berdoaa.. berdoa.. !! Jadi orang nak doa.. moga2 ada rezki atau ada yang terbaik untuk kita ..

Iya.. banyak perkara logik perlu diambilkira untuk aku.. opss kami pindah balik kampung aku..
Faktor utama mestilah faktor kerja..
Kami kerja swasta. Untuk berpindah ke tengganu, mestilah cari kerja baru di sana.. Jadi, mungkin ianya kurang sesuai untuk kami nak mulakan karier baru di tempat baru kan.. Tapi..heheee aku membayangkan beberapa U yang mungkin sesuai untuk aku.. Tapi, macamana pulak hubby, mungkin agak sukar.. ye aku paham.. sukar !

Tak apa.. yang penting doa.. !
Doa seikhlas hati.
InsyaAllah aku tak kan keciwa jika doaku masih belum dimakbulkanNya
sebab
aku tak pernah meletakkannya sebagai harapan setinggi gunung..

Aku..
lepas SPM di Trg- masuk matrik di N.Sembilan- Masuk UKM Bangi - Keje KL-Kawin, pindah Kuantan hingga sekarang-

two lines..

.
.
.


Thursday, November 8, 2012

Anda suka ROKA? Saya juga...


Terjumpa ini dalam party pack Hasya.. kawan sekolah bagi katanya.. 
Aku pun terus ngap! heheee
Tapi.. nak lagi...mana nak cari ehhhh?

Awakkk, awak pun mesti suka kan kannn! 
Belikanlah untuk saya juga..huhuuuuu

Wednesday, November 7, 2012

Pesanan Ustaz Don..

Assalamualaikum & selamat pagi.
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua-dua ibu bapa kita tak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia InsyaAllah luas pintu rezeki kita. Aaminn... :)
fb ustaz don

ALFATIHAH untuk arwah abahku, bondaku tercinta, nendaku, puteri putera yang telah meninggalkan kami, arwah datuk dan nenek, guru-guru kami dan semua umat islam samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

Tuesday, November 6, 2012

Semoga jodoh kami berpanjangan ke akhir hayat..amin

Satu
Tetiba terpandang sesuatu dlm blog list aku.. ohhh.. dis my feveret blogger dh update blog ! woooowww dh lama tak dengar khabar beritanya.. kisah anaknya yang comel.. kisah penghijrahannya.. kisah cintanya yang dari alam bujang sehinggalah alam perkahwinan dan saat dia melahirkan.. Memangg aku respek dan suka pd gaya dia bercerita.. dan meluahkan segalanya..
TAPI
tiba-tiba...tengah aku ralit membaca penulisannya..(maklumlah dah lama rindu nak baca blognya).. aku seakan tercium sesuatu.. opsss... apakah maksud segalanya itu? berulang aku membacanya... makin lama seakan sesuatu yang tak pernah kujangka berlaku dalam kehidupan mereka.. aku sangat2 mengharapkan ianya TIDAK..
tapi..ada  sesuatu yang membuatkan aku semakin tertanya-tanya maksud di sebalik kata-katanya yg  ini
"Tender dibuka sekarang.." 
yeaa.. seakan menguatkan teka tekiku..
Aku.. seakan mati akal jap.. dia telah diam membisu seribu bahasa bahasa agak lama.. yeaa lama sangat aku tunggu cerita2 terbaru dlm blognya.. tp dh lama dia menyepi.. tapi tiba2 dia muncul untuk menceritakan sesuatu yang tak pernah sesiapapun mengharapkannya..
Ye
siapalah aku.. dan mungkin siapalah mereka untuk melawan takdir. Mungkin itu jalan terbaik untuk mereka setelah pelbagai usaha dilakukan..
Ohh sungguh kesian.. kesian pada anak kecil itu.. kesian juga pada mereka .. kesian juga pada aku yang amat menanti-nantikan kisah bahagia mereka.. tapi.. itulah kuasa Allah..kita hanya mampu berdoa.

Mmmm
betul.. mereka telah berpisah secara baik hampir 4 bulan yg lalu... maksudnya mereka tak lagi beraya bersama baru2 ini.. ohhh sedih kann... (eh ehh aku pulak yg emo... tp seriusly aku sedih atas dasar hati seorang wanita)..
Aku cumalah salah seorang followernya yg pernah mengikuti kisah suka duka kehidupannya..
aku bukanlah sesiapa pun di hatinya..
dia mungkin tak pernah mengenaliku..
so..aku cuma dapat mendoakan agar mereka tabah menghadapi dugaan hidup itu.
mungkin berat ..
semoga mereka tetap bahagia dengan jalan terbaik yang telah mereka pilih.
Amin

Dua
"ehh tadi jumpa dengan Lis-Man (gelaran biasa bagi pasangan suami isteri.. macam aku.. Tini-Din, Liza-Arif, Lina-Anif, Ja-Mad....ohooo)
"ehh... bukan Lis-Man dah.. tapi Lis spek mata."
opsss... terkejut jap.. maksudnya Lis-Man (bukan nama sebenar ehhh) bukan lagi pasangan suami isteri. konfirm! ohhh.. mereka dah kawin hampir 10 tahun.. tapi itulah takdir Allah

Tiga.
Mereka.. dah kawin hampir 10 tahun juga.. tapi..menemui kegagalan juga akhirnya.. Kenapa? itulah kuasa Allah.. mungkin itulah yang terbaik untuk mereka

Aku..
Masuk tahun ke-9 dis year. Tahun depan 10 tahun. Semoga jodoh kami berpanjangan ke akhir hayat
Semoga jodoh semua2 mereka yang berpasangan juga kekal bahagia ke jannah

Amin!

Monday, November 5, 2012

Tq untuk pengunjungku yang setia...

How do i know...?

1. Of course from statistik dlm blog
minimum is 25+ pengunjung perday.. pernah cecah 300+ per day..
kebanyakkannya membaca kisah glass tile, puree untuk baby, kisah susu puteri, kisah b2b, postnatal, penjagaan dapur, flower girl dan lain-lain

2. From komen-komen pengunjung setiaku especially #5, nora karim dan beberapa blogger yang singah di blog aku yg tak seberapa ni.. Tq veryy muchhh dear... really appreciate!!

2. Yeaa.. from bebelan orang-orang kesayangan di sekelilingku..

"Eh kak tina awak cite sape kena air panas aritu?
ohoooo kantoi sudah.. ingatkan nak sorokkan, tp oleh kerana ada pengunjung setia yang baca blog.. maka terbongkar sudah rahsia.. hahaa.. tetap nafikan.. sebabbb bukan air panas, tapi bubur panasss.. betulkan ciksu.. hehee

tiba-tiba tipon bunyi.
"Elooo.. ehhh baju flower girl kaler putih ke? bukan merah ehhh?
hehee.. baru update blog  dlm sejam, belum sempat cite kat flower girl mahupun kaum kerabat flower girl, dah ada orang tanya.. haaaaa.... tu tandanya blog aku adalah salah satu cara terbaik menyampaikan info.. tepat dan cepat

aritu ada kak tini cite cara-cara buat yang tu.. tu yang pandai ni..
haaaaa... oh ye kee.. tak tau pulak aku, rupenya dia belajar kut blog ni.. well terima kasih kerana sama2 manfaatkan info yg tak seberapa dlm blog ku ini..

kak.. maa terkejut bila ja kata kak terkedu a.k.a sebak masa ma kata tak boleh g konvo kak... 
opsss... ni suara hati akuu.. aku tak pernah luahkan pada bonda mahupun busu pasal ni.. aku sangat sedih tau masa bonda cakap tu.. tp aku tak nak dia nampak yang aku sedih.. so, aku luahkan je isi hatiku agar segala hasrat dan impian tinggi menggunung aku itu terbang bersama-sama angin lalu..

betulke cite tolak keta tu..? yealahh betull..!! setahun majuk tauuuu... hahaaaa (sama2 gelak)
haaa.. kan dah kata.. jap je crita crite dlm blog aku ni tersebar dan jd hot topic! haa haa

dan beberapa nota atau kata-kata ringkas yang disampaikan padaku..

ohhh... terima kasih yang mengunjung dan membaca bebelan aku yang kadang beremosi, kadang cuma bercerita kisah kehidupanku..

terima kasih

Saturday, November 3, 2012

My 3 Little Addinies..

from left : Addini 2, Addini 3, Abah Addini, Nur Ahmad (cousin), Addini 1 @ homestay cameron highland
Kisah puteri-puteriku untuk ingatan aku kelak..

Addini 1

1. Sekolah agama
Masa periksa pertengahan tahun, dapat no.1. Aku tak kisah sangat bab no.. sebab dia mmg dah biasa dpt top 5 masa kat Tadika..yang penting dia faham dan pandai..Alhamdulillah. Masa periksa ni, dapat 3A+, 3A,1B. Abah dah janji nak bagi 1A RM10. Maka, dapatlah RM60. Tapi untuk exam seterusnya, abah kata .. abah akan bagi hadiah 1A RM10 jg, tp dengan syarat, semua dapat A. Kalau ada 1B, kira takde hadiah terus... ohoooo!!

Mmmm... one day balik sekolah, kakak bagi kertas periksa yang dah cikgu tanda...wooowww semua 5 paper 90+..hahaaa... terkejut aku. Okeh.. takpe ada 2 paper lg belum dapat, paper jawi dan bahasa arab. Tapi rasenya, mesti skor juga ni sbb paper ni paling senang.  Kakak pun dah mula tuntut janji dengan abah, kalau 2 paper lg dpt A, abah kena beli mainan.. Ehhh aku ingatkan dia, kak... bukan mainan tapi RM10x7=RM70. ..nanti terpulanglah pada kakak nak beli mainan ke nak simpan duit tu.. ibu abah tak larang. Kalau suh abah beli mainan, nanti abah beli mainan yang 10 ringgit je,, rugi beso kakak... heheheee ok, dia setuju!

Esoknya.. kakak balik sekolah sengih2.. aku yang sangat2 excited suh kakak cerita.. Tapi kakak sibuk nak rahsiakan dulu.. nanti nanti katanya.. elehhh pandai pulak dia nak buat2 suspen hehee... puas aku pujuk, kakak pun tunjuk kertas dia.. wahhhhh lagi hebat, 2 paper tu dapat 100%!! wahaaaaa.... abahhh !! silaaa tunaikan janji2 abah tu yek!! abahh pun, seperti. yg dia dah jangka.. cepat2 hulur duit RM100 terus! Takpelah abah bg lebih, untuk hadiah kakak dapat 7A+..!! wahhhh bestnya kakak!! ibu pun nak ambil exam jugalah!! Dannn kakak nak beli hadiah apa? haaa cuba teka.. aku pun tak sangka hadiah idaman dia ni tau... JORAN. yee... joran. Kakak nak pegi memancing dengan abah n adik nanti... wahhhh!! ohoooo hebat impian kakak

2. Sekolah Kebangsaan
Sekolah tahun 1 sekarang ni dah takde peperiksaan penggal. Jadi, aku tak tau macamana prestasi pelajaran dia. Cuma ada ujian tapi tak pernah pulak tau dapat berapa markah... mmmmm aku pun tak taulah keberkesanan sistem pelajaran baru ni. Kalau kat kolej aku ni, jawabnyaaaa cemerlang semualahh student aku ni.. heheee..

Dan semalam.. dalam kereta, kakak bercerita. Esok kakak dapat hadiah. Ohh hadiah apa? pertandingan mewarna lagi ke? Takkkk. cikgu sebut nama kakak masa perhimpunan tadi. Esok kakak kena datang sekolah , dapat hadiah PELAJAR CEMERLANG. Oppsss ye kerr kak... wahhh alhamdulillah lagi..  sukelah tu.. Ibu bangga tau


Addini 2

1. Makan nasi
Yess..  puteri aku yang sorang ni memang tak pernah makan nasi dari kecil. Puas dah pujuk, tapi tak nak juga... Tapi nak tau sape yang berjaya pujuk?? Yesss Kakak Hasya Addini!! Kami terpaksa buat perjanjian macam ni tau sebagai umpan dia untuk makan nasi..

Kalau Amna makan nasi, ibu abah nak sambut harijadi amna n baby kat Cameron Highland!

Haaaa... kakaklaa paling bersungguh2 pujuk adik dia makan nasi. Macam2 taktik dia buat. Dia kan memang close berdua..  Haritu dialah yang berjaya pujuk adik dia suh tidur sama2 dalam bilik dia.. Kalau aku pujuk, tak jadinya.. Makanya.. pada satu hari tu, dia pun makan nasi depan kami. Untuk kali pertamanya.. makan 2 biji je.. hahaaa kelakar kan! Tapi, takpelah.. untuk permulaan. Lepas dah makan tu.. kakak pun terus tuntut janji ke kameron... Ohhhh kami pun tambah sket perjanjian, mesti makan nasi selalu.. tak boleh sekali ni je. Makaaa.. tiap2 harilah kakak pujuk amna makan nasi.. heheee memang hebatlah kakak!! Dan amna dah makan nasi sekarang..tp 2 suap jelahh dengan muka yang terpaksa yang amat!! haha ..So, sebab tulah, kami terpaksa juga ke kameron masa sambut birthday dia aritu
So now, kalau dia tak makan nasi, kena umpan.. kalau tak makan nasi, lain kali tak nak pegi kameran dahhh.. heheheee... well it works!!

2. Membaca
Alhamdulillah... dah boleh membaca dengan laju. Sebelum birthday dia 5 tahun lagi dah boleh membaca. Hasya dulu membaca masa umur 5 tahun. Masa aku cuti 2 bulan sibuk buat tesis, dia pun sama2 sibuk belajar baca sorang2 sebelah aku.. huhuuu sian dia, belajar sorang2 je masa tu.

Addini 3

Oleh kerana perkembangan Addini 3 sangat banyakk.. maka aku buat satu entry khas untuk dia.. senang aku nak refer lain kali.. tengok entry kat bawah ni yek

Durrah Khayla Addini @ 12 months

Hai semuaa... hai cik longg.. kak nisa.. yoh tehh, cik tehhh
Crite criti saya semasa usia 12 bulan

1. Merangkak

Mula merangkak masa 7 bulan. Tapi tak berapa lancar. Masih sangkut dan jatuh2 espc masa nak tukar position dari merangkak ke duduk. Lancar sepenuhnya masa 9 bulan. Masa ni dah tak perlu monitor pun tak apa. Konfirm tak bahaya dan x jatuh2 lg

2. Tumbuh gigi
Mula tumbuh 2 gigi atas dan 2 gigi bawah serentak masa kami sibuk sambut annyversary dan birthday kak Hasya 30 May. Usia 7 bulan 10 hari. Semalam baru perasan tumbuh lagi 1 gigi kat atas.

3. Bercakap
Memang ringan mulut. Semasa usia 8 bulan dah pandai sebut perkataan nakk dan tak nakkk. So, kalau dia kata nak, maksudnya mmg dia nak, dan kalau tak nak tu mmg tak naklah..Lain2 perkataan bird, cat, meoww, kettt(sakit), cikkk(nasik), kakak, naaaa (kak amna), abah, dan lain2. Cuma masih tak dapat panggil aku...ibu. Kadang2 dia panggil aku bahhhhh jerr huu

4. Berdiri
Sebelum dia terer merangkak, kami selalu tegakkan dia kat dinding.. untuk melatih dia berdiri. Dan biasanya dia akan berdiri sambil bersandar kat dinding. Tapi, sejak dia terer merangkak, dia dah tak nak berdiri tegak.. kalau pegang suh dia berdiri pun, dia akan cepat2 duduk.. hahaa.. lucu jer..

5. Interaksi
Semasa usia 9 bulan, sangat pandai main auuucakkk dengan kami. Dia akan cari kain, tutupkan muka dannn cakkkk!! dulu kami yg selalu tutup muka dan caaakkk kat dia, sekarang ni dialahh yang selalu mula main, dan kami akan pura2 terkejut.. haahaaa gelak sakan dia masa ni. Ohye.. dah pandai salam, kiss, bye, tepuk tangan

6. Makan
Sejak usianya dah masuk 11 bulan, aku mula ajar makan bubur nasi yang tak perlu blender...cuma perlu masak betul2 nasi tu kembang dan lembek, time nak suap tu lenyek2 je sikit. Sebelum tu, pernah ajar bagi makan bubur nasi yg blender kasar je. So, now, bubur nasi dah tak perlu blender.. mudah kalau pergi jalan2, tak perlu bawa blender..eg, masa ke kameron haritu.. ibu cuma perlu masak bubur saja. Aku pun dah cuba varietykan bubur. Dah boleh masak nasi ayam, nasi lemak, cucur, ayam masak lemak, labu masak lemak kuning (mmm bestnyaa!!),sup ayam, sup daging, sup sayur . Yang nasi tu.. of courselaa dalam bentuk bubur lg tau.. . cucur tu pulak kena cubit sket sket bg dia makan, jgn bagi terus seketul mauuu tercekit hehee. sup daging dll tuu nanti akan cubit kecil2, koyakkan letak dalam bubur masa nak makan nanti. Dan semua masakan dia aku belum letak garam.. untill 2 years insy..Mmmm dan alhamdulillahh... setiap kali makan bersama babysitter mesti licin.. makan dengan aku banyak main2 jer.. tak habis huuu

7. Berat..
Masa 8 bulan ..berat 7.05kg. tapi timbang masa umur 1 tahun 7 hari, 7.6kg jer.. Makan punyelah semangat banyakkk.. tapi doctor dah cek semua jantung dia dan kata ok..

9. Susu
Ohhh... Durrah khayla mula minum susu lain (not my milk..huhuuu) sejak usia 11 bulan. Susuku dah berkurangan dan semua stok dalam peti pun dah habis. Maka.. terpaksa kami campurkan dengan susu formula.. huhuuu.. Mula2 try anmum sebab Kakak2 dia semua minum susu ni.. tapi sekali dia alergik susu lembu yang teruk sangat. Terus naik gegatal seluruh badan.. maka kami decide untuk tukar ke susu soya Isomil. Alhamdulillah ok.. cuma nak serasikan dia dengan susu soya ni payah sket. yelahh.. memang rasa dia yang tawar n kurang best berbanding susu ibu yang sentiasa sedap ni kan.. heheee.. hampir seminggu jugaklah usaha nak serasikan dia dengan susu soya ni.. alhamdulillah sekarang ni dah ok

10. Susu ibu
Walaupun susu ibu dah kurang dan tak cukup untuk durrah khayla... dia tetap nak susu ibu jgk.. pujuk2 susu soya, takk naaakkk je jawabnya.. yelahh orang dah pandai bercakap kan.. hehee. Jadi, bangun pagi mesti dalam mood kurang ceria sebab tak kenyang minum susu waktu malam.. huhuuu. Tunggu dah hantar rumah pengasuh baru kenyang perut minum susu soya..

11. Bangun pagi
Owhhh akan bangun pagi dengan tersengih2.. kadang2 dah merangkak keluar bilik tersengih2 sambil panggil  ibu or kakak (abah dah pergi kerja time dia bangun).. ohhh riangnya hati ibu tengok. Cuma lately nih jerk bangun, senyum sket je tp pastu mula moody sebab lapar susu..huhuu

Apa lagi yek... banyakk.. tapi lupa pulak.. nanti akan update lagi yek..

masa ni birthday saya yg pertama.
saya berehat jap kat ladang starawberi, penat petik strawberi..
oh yee yang baju kuning tu  ADIK ibu saya a.k.a body guard sy masa cuti2 kat cameron.hehe

Friday, November 2, 2012

Blog KRTS

Aku suka baca blog ini..KRTS. banyak manfaat.. tapi dah agak lama tak jenguk sebab kekangan masa..
aku hanya akan baca blog ni bila aku betul-betul tenang.. tak bizi.. punya banyak masa.. agar aku dapat selami mesej yang ingin disampaikan oleh penulisnya..
Mmmm...alhamdulillah pagi yang indah ini.. aku berkesempatan luangkan masa untuk menghayati mesej2 dalam blog beliau ni..

Semoga Allah merahmati kehidupan beliau..

KRTS berpesan...
“Mengadulah pada Allah… Mengadulah pada Allah, DIA Maha Mendengar”.
'Berhati-hati menjaga hati.'

KRTS bercerita..
Ada satu soalan atau kenyataan menarik yang ditujukan kepada saya,
 “kehidupan prof seolah-olah tiada masalah, bagaimana ya?”
Salah.
Kehidupan saya sentiasa bermasalah. Ujian duka hadir setiap hari kalau pun tidak setiap saat. Ujian suka juga silih berganti. Namun tulisan di blog selalu nampak gembira.
Agak saya itulah yang dinamakan Bersyukur Saat Diuji.


KRTS berdoa..sungguh indah doanya..
Ya Allah berikanlah keberkatan dan kerahmatan Mu kepada Noh dan keluarga. Sejukkanlah perjalanan beliau dan keluarga ke Jannah sebagaimana beliau membantu menyejukkan minimum yang kami minum ini. Kumpulkan kami dan keluarganya di syurga Firdaus”

KRTS menyatakan begini.. dan benar.. seseungguhnya benar
Benar, Allah Maha Mendengar. Itulah sifat Allah apabila hambaNya meminta dan berdoa. Kami banyak meminta. Dan saya tahu Dia Maha Mendengar.
............dan benar.. seseungguhnya benar


KRTS berkisah tentang hadis..
Wahai anak Adam!
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).
MasyaAllah, Subhanallah, Allahu Akhbar, kami mohon keampunan Mu.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini