Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, November 3, 2012

Durrah Khayla Addini @ 12 months

Hai semuaa... hai cik longg.. kak nisa.. yoh tehh, cik tehhh
Crite criti saya semasa usia 12 bulan

1. Merangkak

Mula merangkak masa 7 bulan. Tapi tak berapa lancar. Masih sangkut dan jatuh2 espc masa nak tukar position dari merangkak ke duduk. Lancar sepenuhnya masa 9 bulan. Masa ni dah tak perlu monitor pun tak apa. Konfirm tak bahaya dan x jatuh2 lg

2. Tumbuh gigi
Mula tumbuh 2 gigi atas dan 2 gigi bawah serentak masa kami sibuk sambut annyversary dan birthday kak Hasya 30 May. Usia 7 bulan 10 hari. Semalam baru perasan tumbuh lagi 1 gigi kat atas.

3. Bercakap
Memang ringan mulut. Semasa usia 8 bulan dah pandai sebut perkataan nakk dan tak nakkk. So, kalau dia kata nak, maksudnya mmg dia nak, dan kalau tak nak tu mmg tak naklah..Lain2 perkataan bird, cat, meoww, kettt(sakit), cikkk(nasik), kakak, naaaa (kak amna), abah, dan lain2. Cuma masih tak dapat panggil aku...ibu. Kadang2 dia panggil aku bahhhhh jerr huu

4. Berdiri
Sebelum dia terer merangkak, kami selalu tegakkan dia kat dinding.. untuk melatih dia berdiri. Dan biasanya dia akan berdiri sambil bersandar kat dinding. Tapi, sejak dia terer merangkak, dia dah tak nak berdiri tegak.. kalau pegang suh dia berdiri pun, dia akan cepat2 duduk.. hahaa.. lucu jer..

5. Interaksi
Semasa usia 9 bulan, sangat pandai main auuucakkk dengan kami. Dia akan cari kain, tutupkan muka dannn cakkkk!! dulu kami yg selalu tutup muka dan caaakkk kat dia, sekarang ni dialahh yang selalu mula main, dan kami akan pura2 terkejut.. haahaaa gelak sakan dia masa ni. Ohye.. dah pandai salam, kiss, bye, tepuk tangan

6. Makan
Sejak usianya dah masuk 11 bulan, aku mula ajar makan bubur nasi yang tak perlu blender...cuma perlu masak betul2 nasi tu kembang dan lembek, time nak suap tu lenyek2 je sikit. Sebelum tu, pernah ajar bagi makan bubur nasi yg blender kasar je. So, now, bubur nasi dah tak perlu blender.. mudah kalau pergi jalan2, tak perlu bawa blender..eg, masa ke kameron haritu.. ibu cuma perlu masak bubur saja. Aku pun dah cuba varietykan bubur. Dah boleh masak nasi ayam, nasi lemak, cucur, ayam masak lemak, labu masak lemak kuning (mmm bestnyaa!!),sup ayam, sup daging, sup sayur . Yang nasi tu.. of courselaa dalam bentuk bubur lg tau.. . cucur tu pulak kena cubit sket sket bg dia makan, jgn bagi terus seketul mauuu tercekit hehee. sup daging dll tuu nanti akan cubit kecil2, koyakkan letak dalam bubur masa nak makan nanti. Dan semua masakan dia aku belum letak garam.. untill 2 years insy..Mmmm dan alhamdulillahh... setiap kali makan bersama babysitter mesti licin.. makan dengan aku banyak main2 jer.. tak habis huuu

7. Berat..
Masa 8 bulan ..berat 7.05kg. tapi timbang masa umur 1 tahun 7 hari, 7.6kg jer.. Makan punyelah semangat banyakkk.. tapi doctor dah cek semua jantung dia dan kata ok..

9. Susu
Ohhh... Durrah khayla mula minum susu lain (not my milk..huhuuu) sejak usia 11 bulan. Susuku dah berkurangan dan semua stok dalam peti pun dah habis. Maka.. terpaksa kami campurkan dengan susu formula.. huhuuu.. Mula2 try anmum sebab Kakak2 dia semua minum susu ni.. tapi sekali dia alergik susu lembu yang teruk sangat. Terus naik gegatal seluruh badan.. maka kami decide untuk tukar ke susu soya Isomil. Alhamdulillah ok.. cuma nak serasikan dia dengan susu soya ni payah sket. yelahh.. memang rasa dia yang tawar n kurang best berbanding susu ibu yang sentiasa sedap ni kan.. heheee.. hampir seminggu jugaklah usaha nak serasikan dia dengan susu soya ni.. alhamdulillah sekarang ni dah ok

10. Susu ibu
Walaupun susu ibu dah kurang dan tak cukup untuk durrah khayla... dia tetap nak susu ibu jgk.. pujuk2 susu soya, takk naaakkk je jawabnya.. yelahh orang dah pandai bercakap kan.. hehee. Jadi, bangun pagi mesti dalam mood kurang ceria sebab tak kenyang minum susu waktu malam.. huhuuu. Tunggu dah hantar rumah pengasuh baru kenyang perut minum susu soya..

11. Bangun pagi
Owhhh akan bangun pagi dengan tersengih2.. kadang2 dah merangkak keluar bilik tersengih2 sambil panggil  ibu or kakak (abah dah pergi kerja time dia bangun).. ohhh riangnya hati ibu tengok. Cuma lately nih jerk bangun, senyum sket je tp pastu mula moody sebab lapar susu..huhuu

Apa lagi yek... banyakk.. tapi lupa pulak.. nanti akan update lagi yek..

masa ni birthday saya yg pertama.
saya berehat jap kat ladang starawberi, penat petik strawberi..
oh yee yang baju kuning tu  ADIK ibu saya a.k.a body guard sy masa cuti2 kat cameron.hehe

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini