Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, November 30, 2012

I can walk @ 13 months

2 minggu lepas, Durrah Khayla Addini dah start bertatih. Tapi tak lama pun.. adalah dalam 2-3 hari je. Pastu dia lebih suka merangkak. Bila kami train dia bertatih..dia akan cepat2 duduk. Ok..tak perlu paksa.. nanti dia akan berjalan sendiri.

Tapi, start Monday baru ni.. balik dari rumah pengasuh.. dia terus bangun dan berjalan. Kali ni bukan bertatih..tapi berjalan. Mula tu ingatkan dia nak bertatih, tapi.. eh ehh non-stop pulak dia jalan kali ni.. dan nampaknya lebih stabil. Banyak jugalah dia berjalan malam tu.. sampai penat then terus tido..hihi. Owhhh kami pun xcited tengok dia dah mula berjalan dan tak jatuh tau..

Esok, tanya pengasuh, ajar bb jalan ke semalam. Dia kata tak. Semalam dia tak berjalan pun kat rumah. Mmmm.. pelik juga. Nampaknya bb sendiri yang tetiba rasa nak berjalan2 kut. So balik rumah pengasuh on Tuesday.. pun sama. Dia terus berjalan... ronda2 dalam rumah.. ke dapur, ke ruang tamu, ke bilik  dan merata-rata lah.. kali ni boleh kira berapa kali dia merangkak heheee... Wahhh kiranya makin ada kemajuan! Bagusss bravo2 sayang!!

Hingga semalam.. memang dia dah boleh berjalan sepenuhnya.. tak pernah jatuh, dan tak terhuyung hayang.. Cuma masih berjalan dengan perlahan dan kadang2 masih cuba untuk balancekan badan masa berdiri tu.

Ohye.. oleh kerana durrah khayla ni dikira agak lambat mula berjalan.. (lambatlah compare tu kakak2 dia semua masa umur setahun dah boleh berjalan), tapi kira cepat dapat kawal pergerakan badan dan berjalan sepenuhnya. Masa Hasya dan Amna belajar berjalan dulu, jenuh kami kena sambut dia jatuh, tengok dia berjalan, tak boleh biarkan dia berjalan sorang2 sebab konpem akan jatuh dan sebagainya. Pendek kata kena beri perhatian sepenuhnya semasa dia mula belajar berjalan. Tapi, durrah khayla ni.. ahaa.. mula2 je tengok, tapi dah tak pernah jatuh, stabil je berjalan, kira pass untuk ujian berjalan hehe. Sekarang ni pun, kami just perhatikan dari jauh je masa dia berjalan2 ni.. risau juga kut terlanggar benda then jatuh dan sebagainya. Tapi so far, alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.

Wahhh.. esok balik kampung. Rumah kampung ni biasanya banyak bendul sikt. So kena lebih hati2 ..
Caiyok2...

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini