Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, November 26, 2012

Make your holiday special!

Weekend kami selalunya indah.. Owhh memang indah..Alhamdulillah !

Caranya mudah je.. jadikanlah cuti anda sebagai sebuah percutian yang indah...senang kan! Tak kiralah samada bercuti di rumah atau di luar rumah.

Cuti kami tetap indah kalau hanya duduk di rumah..sebab 'My home sweet home'.. Buatlah aktiviti berfaedah bersama ahli keluarga atau rakan serumah.

Kami akan selalu makan sama -sama terutamanya makan di pondok .. inilah aktiviti yg paling seronok skali.. yelah sape tak suka makan kan.. sambil dibuai angin pagi, sambil membaca paper, sambil mendengar celoteh anak... owhh indahnya cuti..

Kami juga suka menonton sama2, bermain basikal sama2, main masak sama2, kemas rumah sama2.. dan yang paling utama adalah solat jemaah sama2. Kami akan solat sama2.. Durrah Khayla biasanya akan bermain2 kat tepi kami solat. Kadang2 dia akan datang peluk kami sekejap pastu bergerak ke tepi. Kadang2 dia akan bermain kat tempat kami sujud, tetapi kemudian beredar ke tepi. Dia dah biasa tengok kami solat. Masa kami mula2 solat dulu, lama jugak kami terpaksa biarkan dia duduk atas riba masa kami solat, ataupun ketika dia cuba memanjat badan kami yg tengah solat..jadi kami biarkan saje.. lama2 nanti dia akan berlalu sendiri.. Alhamdulillah, sekarang dia dah terbiasa dengan rutin kami solat berjemaah. Tapi memang seronok tau solat sama2 ni.. dah sudah solat, is mengaji time.. masa ni lah.. Durrah Khayla akan sibuk untuk ngaji sama tau.. Time Amna Addini baca iqra, dia pun akan ikut sama.. aaa baaa taaa... dia pun ikut aa ba taaa... sweet sangat.. kadang2 pelat2 dia ikut baca..hihiii lucu sangat.. indah kan !





Jika kami bercuti di luar rumah, contohnya ke shopping complex, semua orang pasti akan dapat sesuatu . Aku dan suami biasanya membeli barang keperluan rumah..aktiviti wajib la kan. Anak2.. owh, pastinya bukan mainan. Mereka dah terbiasa dengan no toys at shopping complex. Toys cuma waktu2 tertentu je hehe.. jadi biasanya mereka akan pilih makanan dan buku.. Itu pun dah buat mereka pulang rumah dengan tersenyum lebar.. owhh indahnya window shoping sama2..

Jika bercuti di tempat2 peranginan or luar Kuantan, pastinya kami akan bercuti di hotel atau sekurang2nya homestay. Dan masa nilah.. Hasya Addini dan Amna Addini akan siap2 book bilik khas untuk diorang tidur. Bilik tu.. tak mau tido luar.. nak merasa suasana hotel tu.. huhu.. kalau takde bilik pun, mesti ada katil khas untuk mereka.. tak mau tido atas toto.. Hahaa.. takpe.. janji mereka gembira. Kami juga akan pastikan mereka pulang dari bercuti dengan perasaan yang sangat gembira.. Biasalah.. anak akan jadi keutamaan masa percutian kan.. dan kami pun akan pastikan kami sama2 akan pulang dengan perasaan yang sangat indah!! owhhh bestnya bercuti di Pulau Kapas, Cameron highland, Genting Highland, Pangkor, Bukit Merah, Johor Bahru, Kedah, PD, Melaka, Kulim, Pulau Tioman.. even cuti2 naik feri kt penang pun sangat best walaupun bagi sesetengah orang..alaahhh tak heran pun setakat naik feri tu.. tapi, kalau ianya diisi dengan perasaan yang indah semasa naik feri bersama keluarga, maka indahlah cuti anda itu.. kannn kannn betul tak.. try to feel it bro!

Mmmmm... bagiku... takde percutian yang sangat indah selain dari percutian di rumah.. dan menikmat pagi hari yang damai dengan melihat senyuman comel Durrah Khayla. Owhh pagi kami dikejutkan dengan senyuman dan ciuman Durrah Khayla.. comel sangat... dan semestinya ianya adalah saat percutian yang sangat indah.. Tak dapat dibeli di mana2 ...Indah sekali!

Alhamdulillah..
Isilah cuti2 anda dengan hati yang indah..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini