Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, November 3, 2012

My 3 Little Addinies..

from left : Addini 2, Addini 3, Abah Addini, Nur Ahmad (cousin), Addini 1 @ homestay cameron highland
Kisah puteri-puteriku untuk ingatan aku kelak..

Addini 1

1. Sekolah agama
Masa periksa pertengahan tahun, dapat no.1. Aku tak kisah sangat bab no.. sebab dia mmg dah biasa dpt top 5 masa kat Tadika..yang penting dia faham dan pandai..Alhamdulillah. Masa periksa ni, dapat 3A+, 3A,1B. Abah dah janji nak bagi 1A RM10. Maka, dapatlah RM60. Tapi untuk exam seterusnya, abah kata .. abah akan bagi hadiah 1A RM10 jg, tp dengan syarat, semua dapat A. Kalau ada 1B, kira takde hadiah terus... ohoooo!!

Mmmm... one day balik sekolah, kakak bagi kertas periksa yang dah cikgu tanda...wooowww semua 5 paper 90+..hahaaa... terkejut aku. Okeh.. takpe ada 2 paper lg belum dapat, paper jawi dan bahasa arab. Tapi rasenya, mesti skor juga ni sbb paper ni paling senang.  Kakak pun dah mula tuntut janji dengan abah, kalau 2 paper lg dpt A, abah kena beli mainan.. Ehhh aku ingatkan dia, kak... bukan mainan tapi RM10x7=RM70. ..nanti terpulanglah pada kakak nak beli mainan ke nak simpan duit tu.. ibu abah tak larang. Kalau suh abah beli mainan, nanti abah beli mainan yang 10 ringgit je,, rugi beso kakak... heheheee ok, dia setuju!

Esoknya.. kakak balik sekolah sengih2.. aku yang sangat2 excited suh kakak cerita.. Tapi kakak sibuk nak rahsiakan dulu.. nanti nanti katanya.. elehhh pandai pulak dia nak buat2 suspen hehee... puas aku pujuk, kakak pun tunjuk kertas dia.. wahhhhh lagi hebat, 2 paper tu dapat 100%!! wahaaaaa.... abahhh !! silaaa tunaikan janji2 abah tu yek!! abahh pun, seperti. yg dia dah jangka.. cepat2 hulur duit RM100 terus! Takpelah abah bg lebih, untuk hadiah kakak dapat 7A+..!! wahhhh bestnya kakak!! ibu pun nak ambil exam jugalah!! Dannn kakak nak beli hadiah apa? haaa cuba teka.. aku pun tak sangka hadiah idaman dia ni tau... JORAN. yee... joran. Kakak nak pegi memancing dengan abah n adik nanti... wahhhh!! ohoooo hebat impian kakak

2. Sekolah Kebangsaan
Sekolah tahun 1 sekarang ni dah takde peperiksaan penggal. Jadi, aku tak tau macamana prestasi pelajaran dia. Cuma ada ujian tapi tak pernah pulak tau dapat berapa markah... mmmmm aku pun tak taulah keberkesanan sistem pelajaran baru ni. Kalau kat kolej aku ni, jawabnyaaaa cemerlang semualahh student aku ni.. heheee..

Dan semalam.. dalam kereta, kakak bercerita. Esok kakak dapat hadiah. Ohh hadiah apa? pertandingan mewarna lagi ke? Takkkk. cikgu sebut nama kakak masa perhimpunan tadi. Esok kakak kena datang sekolah , dapat hadiah PELAJAR CEMERLANG. Oppsss ye kerr kak... wahhh alhamdulillah lagi..  sukelah tu.. Ibu bangga tau


Addini 2

1. Makan nasi
Yess..  puteri aku yang sorang ni memang tak pernah makan nasi dari kecil. Puas dah pujuk, tapi tak nak juga... Tapi nak tau sape yang berjaya pujuk?? Yesss Kakak Hasya Addini!! Kami terpaksa buat perjanjian macam ni tau sebagai umpan dia untuk makan nasi..

Kalau Amna makan nasi, ibu abah nak sambut harijadi amna n baby kat Cameron Highland!

Haaaa... kakaklaa paling bersungguh2 pujuk adik dia makan nasi. Macam2 taktik dia buat. Dia kan memang close berdua..  Haritu dialah yang berjaya pujuk adik dia suh tidur sama2 dalam bilik dia.. Kalau aku pujuk, tak jadinya.. Makanya.. pada satu hari tu, dia pun makan nasi depan kami. Untuk kali pertamanya.. makan 2 biji je.. hahaaa kelakar kan! Tapi, takpelah.. untuk permulaan. Lepas dah makan tu.. kakak pun terus tuntut janji ke kameron... Ohhhh kami pun tambah sket perjanjian, mesti makan nasi selalu.. tak boleh sekali ni je. Makaaa.. tiap2 harilah kakak pujuk amna makan nasi.. heheee memang hebatlah kakak!! Dan amna dah makan nasi sekarang..tp 2 suap jelahh dengan muka yang terpaksa yang amat!! haha ..So, sebab tulah, kami terpaksa juga ke kameron masa sambut birthday dia aritu
So now, kalau dia tak makan nasi, kena umpan.. kalau tak makan nasi, lain kali tak nak pegi kameran dahhh.. heheheee... well it works!!

2. Membaca
Alhamdulillah... dah boleh membaca dengan laju. Sebelum birthday dia 5 tahun lagi dah boleh membaca. Hasya dulu membaca masa umur 5 tahun. Masa aku cuti 2 bulan sibuk buat tesis, dia pun sama2 sibuk belajar baca sorang2 sebelah aku.. huhuuu sian dia, belajar sorang2 je masa tu.

Addini 3

Oleh kerana perkembangan Addini 3 sangat banyakk.. maka aku buat satu entry khas untuk dia.. senang aku nak refer lain kali.. tengok entry kat bawah ni yek

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini