Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, December 31, 2012

‘Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem’s Blog

Ohhh.. arini adalah due date yg dah abang ensem (AE) setkan.. .. ok2.. kena kejar masa sebelum terlepas.

Due date apa? owhh due date buat entry melambung AE .. tujuannya adalah supaya my blog yg tak seberapa ni akan tersenarai dalam blog AE yg gah tu.. heheee sape tak nak kan..

Okeh, sebelum saya bagi reason kenapa nak tersenarai dlm blog AE ni.. sebenarnya saya pernah buat entry pasal kekaguman saya pasal AE ni kat sini...Dalam hati ada taman   
So.. AE.. sila jangan sangsi tentang keikhlasan saya memuji AE kat entry tu yek..

Ok.. strett to d point.. inilah sebabnya kenapa saya nak tersenarai dalam blog AE:

1. Supaya my bro a.k.a bakal usahawan hartanahah akan terbeliak matanya tengok myblog tersenarai dalam blog list AE ni. Sebenarnya saya mengenali AE ni pun melalui frenlist dia juga. Mungkin AE juga salah seorang idola dia sebab kehenseman yang hampir sama hohooooo

2. Ohhh ... saya selalu or pernah juga tengok senarai blog list AE ni. Tapi pelik juga kenapa tak ramai blog list yg AE senaraikan. Mungkin AE lebih berminat untuk letakkan rakan blogger yang menyampaikan ilmu hartanah dan islamik saja.. huhuuu sangat keciwa . Jadi, kali ni blog saya mungkin boleh disenaraikan sebagai blog ibu2, general, pendidik atau idola idolu..heheee

3. AE pernah tinggalkan komen di blog saya dengan ucapan tahniah di entry saya di sini.. ....pre convo! Wahhh masa ni sangat bangga tau dapat ucapan tahniah dari AE dan tertanya2 camne AE boleh tinggalkan jejak kt blog saya ni .. tengok kat blog list takdepun tersenarai blog kat sini. Mungkin dari traffik kut. Walaupun myb AE dah lupa akan ucapan tahniah tu.. tapi ianya sangat2 memberi semangat pada saya untuk meraikan kejayaan saya tu tau.. Sangat terharu tauuuu!

4. Mmmmmmm last skali.. moga ilmu yang AE sampaikan akan menjadi panduan pada saya dan semua blogger untuk menyahut seruan AE... hidup dalam bebas kewangan!! Terbaiklah!! 

Okehh.. itu sajalah kut..  
Tarraaaaa

Friday, December 28, 2012

hai.. selamat hari jumaat

lamanya tak update.. hohooo cite dalam hati ada taman tu pun dah lama basi.. hihihiiii
nanti kalau rajin , akan update ehhh.. ntahla nk update update apa.

ohye.. semoga gembira di hari minggu esok!

Wednesday, December 12, 2012

Dalam hati ada taman?


Petikan ni dari blog abang ensem.com. Mmmmmm sangat2 memberi perangsang kepada aku yang sudah beberapa kali atau berkali-kali berazam nak tukar keta baru. Berkali-kali jugak dah buat pengiraan dan bajet tapi masih mampu mengawal nafsu untuk beli keta baru. Berkali-kali aku teruja-uja bercerita kt hubby pasal nissan almeralah, suzuki swiftlah, vioslah, citylah,  hahaaa tinggi sungguh taste aku. 

Kumpul aset, bukan liabiliti! New car is liability..faham rtny!
Takpe2... lepas baca ingatan dari abang ensem ni, berpegang teguh pada janji lama ye.. setia pada si putih yg comel.. boo layan pada nafsu2 membazir tu..walaupun dalam hati masih ada taman untuk sebuah swift merah huaaaa!!

ohye.. abang ensem ni , kalau tak silap aku dah ada lebih dari 20 rumah sewa (or maybe banyak lagi ..). Semua hasil rumah sewa tu dapat menyara kehidupan dia, malah dia dah berenti keje semata2 untuk menceburi bidang pelaburan hartanah sepenuhnya. Ada juga rumah sewa dia ni yang dah abis bayar loan bank pun (atau semua dah habis bayar kut...kalau ikut cerita dlm blog dia ni la kann). Maka dia boleh duduk goyang kaki je kat rumah sambil menikmati hasil rumah sewanya. Hebatkan..tambah2 dia belum berusia 40 tahun lg.!  ohhhh... kalau salah info harap maaf ae.. sila betulkan ye..!

Owhhh aku bukanlah nak jadi sehebat dia. Tak mampu ..hehee.  dan rasanya, ada seseorang tengah mengejar impian memburu bintang di langit sekarang ni. kan kannn okb! kami hanya mampu mendoakan kejayaan anda. Dah dapat bintang di langit, jangan lupa ict cct kami di tepi pantai pok jennn... hahaaa !

ohye.. blog abang ensem ni klick sini ye..

Update : AE ni dah berjaya hidup dalam bebas kewangan sekarang ni.. best kan! Alhamdulillah rezeki masing2..





Jawapan Yang Mengejutkan


Aku sebenarnya tertarik kepada soalan terakhir yang ditujukan kepada aku ketika sesi Q&A untuk ‘Charity Seminar Lend A Helping Hand 2012′ yang baru lalu dan aku dapat rasakan ada sedikit kejutan dengan jawapan yang aku berikan tempohari. Ya, soalan yang antara bunyinya adalah seperti berikut :
“AE baru je berhenti kerja kan? Sejak bila AE mula terfikir untuk berhenti kerja tu?
Dan jawapan yang aku berikan adalah, “Semenjak tahun 1997 iaitu tahun pertama saya mula bekerja”. Ya, bunyinya agak sinikal tetapi itulah jawapan sebenarnya.
Mungkin korang pernah mendengar caption “Rome wasn’t built in a day” kan? Begitu jugalah dengan aku. Segalanya bukan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Ya, 15 tahun adalah tempoh ideal yang aku ambil sebelum nekad melayangkan ‘resignation letter’ kepada majikan aku.
Buat pengetahuan korang, aku adalah seorang yang sentiasa merancang setiap detik kehidupan aku. Aku mempunyai perancangan 5, 10, 15 tahun malah aku mempunyai perancangan kehidupan sehingga ajal menjemput aku dan aku akan cuba untuk mencapai setiap apa yang aku rancangkan. Justeru, semenjak hari pertama aku bekerja (15 tahun dulu), aku telah pun membuat satu resolusi yang mana, aku mesti bersara sebelum umur aku menjangkau usia 40 tahun dan alhamdulillah aku berjaya (dengan izin Allah).
Namun ianya tidak semudah itu. Setiap detik aku akan berfikir cara terbaik untuk ke arah itu dan alhamdulillah kesedaran tentang peri pentingnya perancangan kewangan telah berjaya membawa aku ke status pesara di usia muda.
Sepanjang 15 tahun aku bekerja, setiap imbuhan yang aku terima samaada kenaikan gaji, bonus tahunan dan sebagainya, semuanya aku simpan/labur agar aku dapat merealisasikan impian aku. Jika rakan-rakan seusia aku sibuk membeli Honda, Toyota malah ‘Beemer’ sebagai kuda tunggangan mereka tetapi aku ’terpaksa’ meredah ke setipa destinasi dengan hanya menggunakan ‘besi buruk’ berjenama ‘Kancil 660GX’. Apabila keluarga makin bertambah dan ‘raga susu anak’ semakin mengambil ruang ‘Kancil 660GX’ku, barulah Iswara 1.3 menjadi pengangkutanku sebelum akhirnya kereta impianku, Wira 1.5GL (M) mengambil tempat di awal tahun 2007. Walaupun begitu, aku masih boleh berbangga ketika rata-rata rakan-rakanku baru berdikit-dikit mengumpul modal untuk membeli rumah pertama mereka, aku telah pun memiliki sejumlah 7 buah rumah ketika itu, yang mana sewanya sahaja sudah cukup untuk membolehkan aku memiliki Honda CRV tetapi tuntutan nafsu itu terpaksa aku tahan buat sementara demi untuk bersara sebelum angka 40.
Kini (Alhamdulillah dengan izin Allah), aku sudah mampu mengecapi impian aku. Hidup tanpa hutang. Malah, lebih menggembirakan aku apabila dapat melihat anak-anak membesar di depan mata terutamanya ‘baby’ aku yang semakin nakal keletahnya. Jadi buat korang yang selalu mengimpikan hidup seperti ini, nasihat aku :
  1. Tentukan matlamat hidup korang terlebih dahulu ;
  2. Lakukan perancangan untuk mencapai matlamat itu dari awal dan fokus terhadap perancangan itu ;
  3. Dalami ilmu-ilmu berkaitan yang dapat membawa korang mengecapi matlamat korang itu ;
  4. Tahan nafsu untuk menambahkan liabiliti sebaliknya cuba fokus terhadap pembinaan aset ;
  5. Bertawakkal kepada Allah dan sentiasa memohon padaNya kerana DIAlah yang akan menentukan segala perancangan korang itu akan tercapai.  
AE : Masih terbayang penghinaan yang aku terima dari ‘seseorang’ semata-mata kerana aku berkereta Kancil 13 tahun dulu *sedih*.

mesti wangi!

balik rumah.. mesti perfume wangi2..
balik makan2.. mesti nak bau wangi2..
basuh baju ..mesti wangi2..
gomol2 durah khayla.. mesti tika dia wangi2..

owhh...tp baru sat td balik dari kedai makan..aduishhh bau minyak2 nya sangat menyengat hidungku...
bila terbayang je kedai makan.. aduihhh... sungguh tak tahannnn
huaaa rase nak balik umah je ambik pewangi letak kat meja
atau pakai losyen wangi2...

makkk tolongggggggggg... sape ada pewangi pinjam jap!
wat keje sambil tutup hidung sbb tak tahan terbayang bau tadiiii.... nak tulis pun tahannnn..
huhuuuuuuuuuuuu
nak balik ke tak?

Monday, December 10, 2012

Welcome back to d ofis!

haishhh.. sib baik takde monday blues today...sebab blues monday dh tukar ke bules sunday! huhuuuuu... Dari semalam lg dh cari mood untuk keje harini. Dari semalam lg, berkali2 pesan pada Addinies..

'esok kena pergi umah pengasuh, ibu abah tak dapat jaga esok...
kenapa? huhuuuuu soalan maut rasenya.
dah start keje... cuti dah habissssss daaaa
huhuuuu sib baik mereka faham.

Hampir seminggu tak update blog...bukan update je, bukak pun takkk hahaa.. maklumlah bercuti katakan. Semua entry (kecuali entry bab makan2 tu) dah siap2 set auto publish .. so, takdelah kosong je blog aku ni..

ok... dahhh dahhh....keje keje..! nanti update pasal big day our BUSU.. kalau rajin heheeeee
daaaa

Tuesday, December 4, 2012

Atasi masalah sembelit dengan berkesan

Anda sembelit..? Tak payahlaa malu.. aku pun hadapi masalah yang sama. Ianya sangat menjadi2 semasa aku tengah mengandungkan durrah khayla. Aduishh.. tiap2 hari sembelit. Kalau terlupa makan buah-buahan macam betik or pisang.. mesti terus sembelit.

Sakitkan sembelit ni. Habis rosak program cuti-cuti PD kami gara2 aku yang terpaksa cari ubat sembelit kat farmasi...huhuu. Oleh kerana serik dengan sembelit ni, aku selalu standby ubat sembelit (yg masuk ikut tuuuutttt). Selalu jugaklah sepanjang mengandung tu aku terpaksa ambil ubat ni. Tapi ianya kurang bagus la kann..

Masa aku tengah berpantang pun aku tetap hadapi masalah sembelit ni. Pernah satu ketika aku tak boleh nak duduk, nak berjalan pun terpaksa tahan sakit tauu (malu sangat masa ni..) huhuuu

Tapi.. sekarang ni.. alhamdulillah tak sembelit dah. Sejak aku amalkan petua ni, terus tak pernah sembelit. Sebenarnya petua ni mudah sangaat.. aku je yg malas nak buat sebelum ni. Suami dah selalu pesan suruh amal petua ni .. hehee tp biasalah aku ni, hehee. Okeh nak tau petuanya?

Bangun pagi.. terus minum air masak. Senang je kan.. mungkin anda pun dah biasa dengar petua ni. Minum air masak sebelum berus gigi or berkumur-kumur..senang cite masa ada lg lelehan air liur basi kt mulut tuu... uweeekkkkk..  (alaaahh mulut sendiri tak perlu nak geli2lah....heheeee)

Alhamdulillah.. hari2 aku amalkan dan hingga sekarang aku dah tak perlu risau pasal sembelit lagi.. dan tak perlu risau lg kalau lupa nak makan buah-buahan...yeaaa..!! Boleh pergi bercuti2 dengan selesa!

Cubalah dengan lafaz bismillah..

Monday, December 3, 2012

Menghilangkan ruam susu atau kurap susu

Ibu-ibu yang menyusukan pasti tau masalah ruam susu ni. Aku pun menghadapi masalah yang sama. Kekadang rasa malu untuk bawa bb berjalan2 sebab nanti mesti ramai yg salahkan ibunya yang tak pandai merawat masalah kesihatan anak huhuu... walhal dah mcm2 cara dan ubat yg aku buat tau..Manusia ni memang suka sangat menuding jari tanpa usul periksa.. huhuu emolah pulak aku ni..
tengok ruam dia.. memang masa ni sangat terukk


ketara kan merah mcm blusher plak
ni pun ada tp kurang jelas sebab ambil gambar jauh.
 Macam2 ubat, krim dan petua yg aku guna.. on off je ruam ni tau. Tak pernah hilang terus. Hinggalah suatu hari masa kami ke SOGO.. terjumpa dengan sorang makcik ni.. macam biasalah semua orang akan tegur durrah khayla yg comel ni.. pastu sambil2 borak ringkas makcik ni pun tegur ruam susu durrah ni. Aku pun terus cite yg aku dah cuba mcm2 ubat tp tak berkesann... Makcik ni pun bagitau.. ohhh cucu makcik pun ada jgk kena macam ni.. mak dia letak minyak. Nanti makcik tanya dia minyak apa ..
Dang dang tu terus makcik tu tipon anak dia.. hehee bagus sangat makcik ni tau.. Pastu dia bagitau.. haaa minyak VCO... virgin coconut oil. (kelas makcik tu cakap omputih hhihihi). cubalah kut2 berhasil
Aku pun ye kan je lah..

Balik je kuantan, aku terus cari minyak ni kat kedai jual2 minyak.. Banyak jenis pulak rupanya vco ni. Tuan kedai tu kata semua minyak ni sama je.. bezanya brand je. Jadinya..aku kan baru first time nak cuba, jd aku ambil minyak yg paling kecik dan paling murah regenya.. hehee..
Ni brand minyak kelapa dara yang aku guna hingga sekarang ni
Aku pun terus menerai sapu kat pipi durrah khayla ni.. Alhamdulillah.. dalam masa beberapa hari, memang pipinya dah jd halus mulus... takde dahh ruam susu ni.. dan ianya berterusan hingga sekarang. Bagus sangat minyak ni tau. Sekarang ni aku dah guna 2 botol. Sapu masa sudah mandi..

Baru2 ni masa kami mandi manda kt Gambang waterpark, kulit muka amna teruk menggelupas sebab panak terik. Kami pun try letak minyak ni. Alhamdulillah.. dlm masa 2-3 hari dah licin semula kulit muka amna.

Minyak ni pun boleh dimimum tau.. tujuannya untuk perubatanlah.. aku pun tak berapa ingat sbb tak pernah pun minum..erkk rasa pelik je nak minum kann.. hihii

Silalah cuba kan.. dari letak krim kt klinik yg penuh dgn bahan kimia tu, rasenya minyak nyior ni memang kita dah sedia maklum penggunaannya dari zaman tok nenek kita kan..

Apapun.. yang baik tu datangnya dari Allah SWT. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa..

UPDATED : 25/05/2016

Ramainya yang review pasal ruam susu .. terima kasih... hampir 23k semuanya

Untuk makluman,, Untuk baby yang seterusnya.. Dhia Zaara yang lahir pada tahun 2013, juga alami masalah yang sama. 
Jadi kali ni.. aku tak guna minyak kelapa dara ni. 

Cara atasi ruam susu kali :

Senang je.. sapu air masak setiap kali lepas menyusu. Lepas menyusu je aku bangun basuh pipi baby. Malam pun sapu jugak. Sediakan air kat tepi katil siap-siap.
Alhamdulillah cara ni lagi cepat baik dan berkesan. 
Maybe takde bahan kimia yang terlibat
Ruam ni kan sebenarnya sebab sisa lebihan susu tu.. melekap kat bibi baby. Jadi aku assume bila dah bersihkan.. takdelah kulat or ruam yang akan melekat kat pipi tu.

See.. senang je kan.

Tapi terpulanglah pada anda.. Kita cuma berusaha.. Semoga baby kita semua sihat dan pulih dari ruam susu yang buat baby kita nampak blushing (nampak merah ..nampak merah macam LV hihi)
Tapi sebenarnya kesian kat baby sebab gatal pipi dia tu kan..

Ok.. all the best!

Sunday, December 2, 2012

Minum air masak

Dulu.. i mean, masa aku mula fully bf durrah khayla, aku sentiasa dahaga. Air masak mesti sentiasa ada depan mata.. even kalau pergi window shopping, mesti aku order air masak or air suam... tak nak dahh air batu or air manis. Memang sentiasa rasa dahaga. Bangun pagi mesti cari air masak dulu. Kadang2 tengah malam pun bangun untuk minum air masak. Yeaa.. bagus kan minum air masak banyak2 kan.. sekurang-kurangnya 8 gelas (ye keer?) atau 2 liter sehari kan.

inilah botol air yg aku selalu bawa ke opis.
botol air 
Biasanya aku akan minum 2 botol air. 1 botol tu lebih kurang 1 liter lebih. Kiranya aku dah minum 2 liter ++ kat opis, then kat umah pun minum lg.. Wahhh masa tu memang akulah juara menghabiskan air kat opis hahaaa... Tapi sebelum ada air mineral kat opis, terpaksalah aku angkut 2 botol air ni setiap hari untuk pergi kerja.. 2 botol tau.. lagilah dengan beg pam, beg laptop, hanbag.. hohooo akulah jugak juara bawa beg paling banyak kat opis huhuuu penat tauuu

Ok back to the story, kelebihan minum air masak ni banyaklah kan.. Yang paling utama bagiku adalah dia akan melancarkan perjalanan darah dalam badan kita. Lain-lain tu.. sila tanya En Google la. hehee

Tapi, apa yang aku nak citekan arini adalah.. Sekarang ni.. setelah aku dah resign bawa beg pump kat opis, a.k.a tidak lagi membuat penyimpanan ebm.. aku dh kurang minum air masak. Nak tau brapa banyak aku minum skrg ni..? huhuuu sangat sedikit. Bayangkan.. sebotol air masak di atas tu, aku akan hanya akan habiskan dalam masa maybe seminggu atau paling cepat 4-5 hari. Hohooooo... sangat2 sedikit kuantiti air yg aku minum. Alasan aku yang pertama adalah.. ohhh aku tak dahaga, so tak perlu minum air banyak. Sebab ke-2 adalah.. bila minum je nak g toilet.. minum je nak terkucil.. hahaaa...  alasan banyak daa rtny!

Okehla.. hari ni.. aku nak mulakan balik amalan minum air masak ni . Sekurang-kurangnya 1 botol sehari. Mesti minum tauuuu.. Untuk kesihatan badan..

Anda minum brapa liter air sehari yekk?


Saturday, December 1, 2012

@ kg already!

9 hari di kampungg... wowww!!

So, menu today:
nasi lemak ikangg mok nab
mesti dohhh sate ikangggg
kepok lekor manir yg super duper besttt
nasi ayammmm
dannnnnn ASSYURA yang mavelesss!!

ohhh tadi nak roti paunggg, tp ada orang suruh control... simpan esok pulak. Yelaaa yelaaa bosss

aktiviti today:
aktiviti wajib ke library.. reading, playing
zupppp ke mydin mall... ohhh banyaknya barang murahhh..!
cari homestay untuk mertua
beli kopok
balik makan makan
packing brown paper bag dibantu dayang2 yg sangat rajin
makan
main buai
makannn

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini