Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, December 4, 2012

Atasi masalah sembelit dengan berkesan

Anda sembelit..? Tak payahlaa malu.. aku pun hadapi masalah yang sama. Ianya sangat menjadi2 semasa aku tengah mengandungkan durrah khayla. Aduishh.. tiap2 hari sembelit. Kalau terlupa makan buah-buahan macam betik or pisang.. mesti terus sembelit.

Sakitkan sembelit ni. Habis rosak program cuti-cuti PD kami gara2 aku yang terpaksa cari ubat sembelit kat farmasi...huhuu. Oleh kerana serik dengan sembelit ni, aku selalu standby ubat sembelit (yg masuk ikut tuuuutttt). Selalu jugaklah sepanjang mengandung tu aku terpaksa ambil ubat ni. Tapi ianya kurang bagus la kann..

Masa aku tengah berpantang pun aku tetap hadapi masalah sembelit ni. Pernah satu ketika aku tak boleh nak duduk, nak berjalan pun terpaksa tahan sakit tauu (malu sangat masa ni..) huhuuu

Tapi.. sekarang ni.. alhamdulillah tak sembelit dah. Sejak aku amalkan petua ni, terus tak pernah sembelit. Sebenarnya petua ni mudah sangaat.. aku je yg malas nak buat sebelum ni. Suami dah selalu pesan suruh amal petua ni .. hehee tp biasalah aku ni, hehee. Okeh nak tau petuanya?

Bangun pagi.. terus minum air masak. Senang je kan.. mungkin anda pun dah biasa dengar petua ni. Minum air masak sebelum berus gigi or berkumur-kumur..senang cite masa ada lg lelehan air liur basi kt mulut tuu... uweeekkkkk..  (alaaahh mulut sendiri tak perlu nak geli2lah....heheeee)

Alhamdulillah.. hari2 aku amalkan dan hingga sekarang aku dah tak perlu risau pasal sembelit lagi.. dan tak perlu risau lg kalau lupa nak makan buah-buahan...yeaaa..!! Boleh pergi bercuti2 dengan selesa!

Cubalah dengan lafaz bismillah..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini