Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, December 3, 2012

Menghilangkan ruam susu atau kurap susu

Ibu-ibu yang menyusukan pasti tau masalah ruam susu ni. Aku pun menghadapi masalah yang sama. Kekadang rasa malu untuk bawa bb berjalan2 sebab nanti mesti ramai yg salahkan ibunya yang tak pandai merawat masalah kesihatan anak huhuu... walhal dah mcm2 cara dan ubat yg aku buat tau..Manusia ni memang suka sangat menuding jari tanpa usul periksa.. huhuu emolah pulak aku ni..
tengok ruam dia.. memang masa ni sangat terukk


ketara kan merah mcm blusher plak
ni pun ada tp kurang jelas sebab ambil gambar jauh.
 Macam2 ubat, krim dan petua yg aku guna.. on off je ruam ni tau. Tak pernah hilang terus. Hinggalah suatu hari masa kami ke SOGO.. terjumpa dengan sorang makcik ni.. macam biasalah semua orang akan tegur durrah khayla yg comel ni.. pastu sambil2 borak ringkas makcik ni pun tegur ruam susu durrah ni. Aku pun terus cite yg aku dah cuba mcm2 ubat tp tak berkesann... Makcik ni pun bagitau.. ohhh cucu makcik pun ada jgk kena macam ni.. mak dia letak minyak. Nanti makcik tanya dia minyak apa ..
Dang dang tu terus makcik tu tipon anak dia.. hehee bagus sangat makcik ni tau.. Pastu dia bagitau.. haaa minyak VCO... virgin coconut oil. (kelas makcik tu cakap omputih hhihihi). cubalah kut2 berhasil
Aku pun ye kan je lah..

Balik je kuantan, aku terus cari minyak ni kat kedai jual2 minyak.. Banyak jenis pulak rupanya vco ni. Tuan kedai tu kata semua minyak ni sama je.. bezanya brand je. Jadinya..aku kan baru first time nak cuba, jd aku ambil minyak yg paling kecik dan paling murah regenya.. hehee..
Ni brand minyak kelapa dara yang aku guna hingga sekarang ni
Aku pun terus menerai sapu kat pipi durrah khayla ni.. Alhamdulillah.. dalam masa beberapa hari, memang pipinya dah jd halus mulus... takde dahh ruam susu ni.. dan ianya berterusan hingga sekarang. Bagus sangat minyak ni tau. Sekarang ni aku dah guna 2 botol. Sapu masa sudah mandi..

Baru2 ni masa kami mandi manda kt Gambang waterpark, kulit muka amna teruk menggelupas sebab panak terik. Kami pun try letak minyak ni. Alhamdulillah.. dlm masa 2-3 hari dah licin semula kulit muka amna.

Minyak ni pun boleh dimimum tau.. tujuannya untuk perubatanlah.. aku pun tak berapa ingat sbb tak pernah pun minum..erkk rasa pelik je nak minum kann.. hihii

Silalah cuba kan.. dari letak krim kt klinik yg penuh dgn bahan kimia tu, rasenya minyak nyior ni memang kita dah sedia maklum penggunaannya dari zaman tok nenek kita kan..

Apapun.. yang baik tu datangnya dari Allah SWT. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa..

UPDATED : 25/05/2016

Ramainya yang review pasal ruam susu .. terima kasih... hampir 23k semuanya

Untuk makluman,, Untuk baby yang seterusnya.. Dhia Zaara yang lahir pada tahun 2013, juga alami masalah yang sama. 
Jadi kali ni.. aku tak guna minyak kelapa dara ni. 

Cara atasi ruam susu kali :

Senang je.. sapu air masak setiap kali lepas menyusu. Lepas menyusu je aku bangun basuh pipi baby. Malam pun sapu jugak. Sediakan air kat tepi katil siap-siap.
Alhamdulillah cara ni lagi cepat baik dan berkesan. 
Maybe takde bahan kimia yang terlibat
Ruam ni kan sebenarnya sebab sisa lebihan susu tu.. melekap kat bibi baby. Jadi aku assume bila dah bersihkan.. takdelah kulat or ruam yang akan melekat kat pipi tu.

See.. senang je kan.

Tapi terpulanglah pada anda.. Kita cuma berusaha.. Semoga baby kita semua sihat dan pulih dari ruam susu yang buat baby kita nampak blushing (nampak merah ..nampak merah macam LV hihi)
Tapi sebenarnya kesian kat baby sebab gatal pipi dia tu kan..

Ok.. all the best!

10 comments:

Aisyah Kamil said...

Salam pn.ank sy pun kna ruam susu gak ni..sy dh guna vco ni tp knapa muka baby jd kasar n keras..n memggelupas.. atay mmg mcm ni process nk sbuh? Atau vco xsesuai tuk baby sy yea..

Engku Artini said...

aisyah.. tq singgah
anak saya takde pulak jd gelupas or kasar kulit muka dia.. maybe tak brape sesuai dgn dia. Cuba try vco brand lain.. ada byk brand kt pasaran kan..

Anonymous said...

Saya pun sama dsh guna ninyak vico tropika menjadi lg teruk...dan keras

Anonymous said...

Sy pakaikan baby sy shaklee herbal cream. Tgh hari sapu, mlm terus nmpak kesan. 2 hari je dah sembuh.

Deanna Aris said...

as salam. jalan2 singgah sini :)
GARA2 ALFALFA: MIS V KETAT & RAHIM CANTIK MACAM ANAK DARA WALAUPUN DAH ANAK 2

Anonymous said...

Salam, cara traditonal untuk hilangkan ruam susu - gunakan kelapa parut, bungkus dalam kain dan ikat..gosokkan/tuam dengan lembut pada ruam susu..Insya Allah, berkesan..

Engku Artini said...

Owh..yang kelapa parut ni biasanya sy guna untuk hilangkan kerak kepala bby. Boleh cubalah mcm ni untuk ruam susu eh.. thanks

Norma Hamid said...

nice info.visit my blog normadelona.blogspot.com

Ruam Bayi Powder said...

Alhamdulillah! Terima kasih atas perkonsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)

Penawar Psoriasis, Ruam Bayi Dan Semua Jenis Penyakit Kulit

Engku Artini said...

owh.. tq share..
latest sy guna air suam biasa je untuk lap pipi baby setiap kali lepas menyusu. Alhamdulillah lagi cepat baik.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini