Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, February 28, 2013

Pusing-pusing Tasik Kenyir

Okehh...ini adalah ad hoc plan pada tahun baru cina .
9 pagi, dah siap mandi manda, nak brekfes, tetiba tertanya busu yg sama-sama ada kat dapur

-sila baca dalam loghat ganu ehhh hehee-
Arini nak buat apa kita ehh.. Ayah Su kerja lagi ke arini
Ehhh arini dok jadi keje
Sungguhhh? Jom g .... g kenyir nok?
Ohooo Okeh gok. Sape lagi?
Hok mana ada kat rumah je la..
Okeh.. Kat rumah ada #3, #4 & #5 je.., tapi #5 doh nok balik Lunas..
Takpelah... lepas dia balik kan kita geraklah.. sian pulok kan bagitau dia tp dia dok leh join pulokkk
Yelah... bonda skali ehh
Mesti dohhh

Pastu.. barulah aku terhegeh-hegeh bagitau hubby pasal projek ke kenyir ni. Dannn dia, macam biasa... letsss go bebeh!! yeaaaaaaaaa!!

Bertolak lepas zohor. Hampir sejam perjalanan dari Kg Manir, akhirnya sampailah kami ke Gawi. Jeti Tasik Kenyir.. MasyaAllahhhh memangg cantik sangat tauuu!

Kemudian, semua dah excited nak naik bot untuk pusing-pusing pulau. Masa tu dah hampir kul 4 ptg. Cuaca pun redup je. Setelah tanya pasal pakej-pakej bot yang ada, kami ambil pakej yang paling murah sekali..RM60 untuk pusing pulau selama 30 minit. Satu bot boleh muat 8 orang dewasa.

Sebenarnya ada banyak pakej. Yang paling menarik sekali mestilah yang paling mahal sekali kan. RM600 untuk ke 3 tempat menarik iaitu Air terjun, Gua dan Ikan Kelah. Sangat menarik! Tapi biasanya bot tu akan bergerak dari pagi dan pulang semula ke jeti belah petang. Kira, kena bawa makanan dan bekalan untuk satu hari di tasik kenyir. Mmmmm nampaknya kami tak sempat nak ambil pakej tu. Maklumlah, ad hoc plan.. Mana cukup bekalan dibawa. Yang ada cuma bekalan nasi ayam je dalam kereta. Lagipun bonda kami tak join naik bot.. dia hanya duduk kat tempat menunggu dan tengok kami naik bot.. heheee sian bonda.

Okehhh layan gambar ehhh

Hasya dan Adam.. happy sungguh 2 orang kazen ni..

kami... happyyyy ! masa ni bot baru nak jalan

Dan tak lupa.. pasangan hot penganntingg baru kita.. busu dan ayah su!

inilah peta tasik kenyir.. detail boleh tanya dengan Mr Google ye..
Okehh... itu saja misi kami.. dah penat naik bot sambil main2 air kat tepi bot.. kami pun beransur pulang. Sebelum balik.. menjamu selera bekal nasi ayam dulu kat pondok yang disediakan. Lain kali kena datang lagi ni... best besttt!!

Tuesday, February 26, 2013

Pizza hut Weekday Mega 50%

Owhh semalam kat ofis, tetiba terasa nak makan pizza. Terus bgtau si dia.. dann jommm malam ni katanyaa!! Woowww sungguh tak sabar aku tunggu malam..

So, lepas maghrib kami zasss ke Pizza Hut Delivery Beserah. Ni pizza yg paling dekat dgn kami, tak larat lah malam2 nak ke bandar Kuantan pulak untuk tapau pizza. ni.. dan tiba je kat pizza... jengg jengggg!!


Wowww!!!  Kalau mcm ni, kita akan makan piza pada tiap monday & wed, soup on tuesday!! wahhh wahhhh bestnyaaa!!
Offer start from 21 feb till 10 april je. .. so apa lagi , misi makan pizza akan bermulaaaaa. mestilah ni mega projek aku dengan kakak jer.. heheee feverettt kannn!!

Tapi, oleh kerana semalama ada si dia yang belanja, so, dia pilih menu ni.

ohhhh lagilah kami sukeee sangattt!! Makan sambil bergembira dan sampai seeh!!
Tqvm dear!

Lepas tuuu.. malam tadi, kami tidur sambil tersenyum2 ... tersengih2.. mengenangkan pizza crab tadi, dan membayangkan our next pizza yg murah nanti.. hahaaaa

-peminat tegar pizza..

Thursday, February 21, 2013

Tugas hakikiku..


Ok.. done for today! Marking session..
Berpinar-pinar mata tengok angka. Macam nilah paper accounting.. marking kena teliti..nanti kesian student, hilang markah sebab kelalaian aku.. So, aku try my best untuk marking quiz n assigment diorang. 
Penat..? penat mata sehhh
Done from 9am - 5 pm..hahaaa maklumlah arini takde kelas.. so, buatlah kerja-kerja hakiku sebagai tenaga pengajar. Suppose today kena g checkup, tapi... hahaaa ponteng daaaa 

Mmmmm buat kerja mesti ada sumber inspirasi .. so, marking sambil maman coklat langkawi.. barulah laju dan bersemangant!! caiyokkkk 

Opsss... ini pulak another asgment n asgment yang perlu disettlekan.. uhhhh rilexxx 

Ni.. yang dah setle tadi.. acu cuba compare dengan name tag aku tu.. mane lagi tinggi?  hahaaaa rilexxx... 
itulah tugas hakiki hakitanganmu r.t.n.y!

Sooo dah penat, kita berehatlah dulu. kul 5pm, waktu untuk strecthkan badan.. kacau kawan.. update blog.. mmm tapi yang paling best untuk merehatkan minda mestilah dengann uplod gambar Addiniku...
Muuuahhhhh... sayangggg kakak Amna!
Challloooooo... selamat beristirehat.! Malam ni masak apaaaa..?

Wednesday, February 20, 2013

Terukir di bintang Lunas..


Suka tak kalau dapat beristirehat di beranda.. waktu dinihari.. menghampiri malam.. melihat matahari terbenam.. kemudian lahirlah si rembulan ditemani bintang-bintang berkerdipan di langit indah ciptaan Ilahi..

Aku.. memang akan jatuh cinta kalau dapat menikmati suasana indah begini. Aku dan suami memang sangat suka dengan sunset.. Kami juga memang sangat gemar melihat dan mengira bintang di langit. Kemudian sama-sama melihat kemanakah si rembulan itu menyembunyikan dirinya. Mencari kelibat si rembulan di balik awan malam. Mengira bintang yang besar, bintang kecil.. sambil tertanya-tanya kenapa malam ni bintangnya banyak yang malu-malu menyorok..oowhh mungkin malam ni bintang-bintang ni malu pada kami..atau malam ni mungkin mereka nak main sorok-sorok dengan kami.. owhh indahnya!

Owhhh itu dulu..

Kini, kami melihat keindahan bulan dan bintang bersama puteri Addinies. Addini akan bercerita kisah nenek tua di dalam bulan, terbongkok-bongkok menyapu sampah. Addini bercerita kisah bulan bewarna biru. Addini juga akan cuba mengira bintang dan mencari ke manakah si nenek tua itu menyorokkan dirinya di langit indah itu.

Owhhh indahnya menikmati keindahan kebesaran Ilahi bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah.

Tapi, biasanya kami melihat bulan bintang tersebut melalui kereta sahaja. Kami menyaksikannyasepanjang perjalanan kami pulang dari kuantan ke kampung halaman atau kampung halaman ke kuantan. Dah lama kami tak berkesempatan mengira bintang di pantai Teluk Cempedak..

Sunset...? ohhh penuh gambar dalam handphone hubby. Dia memang suka suasana sunset ni. Kami menikmatinya di PD, Teluk Batik, Kedah dan Langkawi.

Sunrise..? ohhhh pemandangan biasa bagi kami di Kuantan ni. Hubby pernah berhenti di tepi jalan semasa otw ke tempat kerjanya semata-mata untuk menikmati keindahan sunrise in.

Tapi... Ada sesuatu yang sangat istimewa di sini.. mmmm... Lunas!
Lunas ada sebuah rumah yang balkoninya hanya berbumbungkan bulan dan bintang. Kami bebas untuk menikmati keindahan malam tanpa halangan..

Yeaa ...telah terukir di bintang Lunas tentang kami yang sudah jatuh cinta padanya. Sudah dua kali kami jatuh cinta pada langit Lunas.. Mac 2012 dan Januari 2013, menjadi saksi pada kami yang sangat kagum pada keindahan alam. Kami.. bebas melihat awan berarak, ralit mengira bintang-bintang berkerdipan dan melihat keindahan sinar si rembulan. Sungguh indah. Kami menikmatinya sambil menghirup udara segar malam, juga menghirup bergelas segelas milo panas dan ditemani santapan satay panas.. Sedapnyaaa Alhamdulillah..

Langit Lunas takkan indah sebegitu rupa kalau tak dihiasi oleh kami...berempat. Aku dan suami tercinta, dia dan isteri tercinta. Mmmmm hanya kami berempat. Kami tenang di situ.. riang bersama kisah-kisah indah masa lalu. Macam-macam cerita. Bergelak, ketawa, bersantai, makan dan melihat bintang. Juga kelihatan cahaya keras jentera udara bergerak bebas di udara yang  manakan mungkin dapat melanggar bintang di langit itu..

Ohhh.. kalaulah dapat diulang lagi.. kamilah yang paling gembira. Kalaulah rumahku ada balkoni sebegitu, tentu itulah tempat kegemaranku untuk merajuk menyembunyikan diri dari Addini. Merajuk pada Durrah Khayla yang tersangat manja pada ayahnya, merajuk pada Amna Addini yang kadang-kadang manja dan merengek minta dibelai oleh ayahnya..dan merajuk pada Hasya Addini yang kadang-kadang alpa pada tv mengalahkan aku yang berada di sebelahnya ketika menonton.. Atau mungkin juga merajuk pada si dia yang masih belum belikan Magnum kegemaranku.. haaa kannn.. Seronok kan... merajuk je, lari menyorok atas balkoni sambil pura-pura kira bintang walhal menunggu Magnum datang memujuk ..heheee

Ahhhh angan-angan kosong. No noo noooo. Tak perlu balkoni indah begitu di bumi Kuatan. Cukup di Lunas saje.
Supaya... nanti akan terukir lagi di bintang Lunas tentang kedatangan kami ke sana..
Supaya .. nanti kami ada alasan yang bagus untuk lepaking di bumi Lunas lagi... kan kannn

Terima kasih atas layanan indah di sana..

Thursday, February 14, 2013

Kereta sewa murah di Langkawi

UPDATED Ogos 2013:
Nak contact no..? sila klick sini

Yess recommended!

Kami bercuti di Langkawi pada 24 hingga 26 Januari 2012. 24 Januari adalah public holiday Maulidur Rasul. Ramai pengusaha kereta sewa yang mengenakan harga yang berbeza pada hari biasa dan public holiday .

Contohnya begini..

24-25 Jan - Sewa kereta dikira pada kadar yang lebih mahal berbanding hari biasa...maybe RM120/day
25-26 Jan - Sewa dikira untuk hari biasa..maybe RM80/day

Surcharge begini biasanya digunapakai oleh mana2 pengusaha kereta ataupun penginapan terutama hotel. So, tak boleh dipertikaikan lagi tentang caj tambahan tersebut kan..

Ini antara kadar sewa kereta yang kami dapat:
Wira auto RM120/day
Wira manual RM100/day , RM90/day
Iswara RM80/day, RM550 /pakej 3D2N untuk 2 kereta
Avanza RM150/day

Maka, setelah google sana sini, hello sana sini situ, emel merata2.. akhirnya kami dapat kereta sewa murah.. well murah sangat tauuu compare dengan harga kat atas

Kereta Wira  - hanya RM120 untuk 3 hari 2 malam (48 jam)
Livina - RM120/day . Total RM240 untuk 3 hari 2 malam (48 jam)
Innova, Serena- RM150/day . Total RM300 untuk 3 hari 2 malam (48 jam)

Dan yang paling penting, tiada surjac dikenakan walaupun kami sewa kereta pada public holiday + hari biasa. Plan asal nak ambil 2 buah kereta wira sebab dapat muat banyak barang dalam bonet..dan lebih jimat sebab total sewa hanya RM240. Tapi bila memikirkan kos minyak untuk 2 buah kereta pun maybe sama untuk sebuah MPV,maka kami decide untuk sewa Innova. Besar, luas dan sangat selesa untuk kami 4 dewasa, 4 kanak-kanak. Lagipun, cuti2 malaysia akan lagi meriah kalau ronda bersama2 dalam sebuah mpv jer compare to naik 2 buah kerete berasingan kan.. kan.. Mmm dan yang lagi penting, mpv innova yang kami sewa ni pun dalam keadaan yang baik, bersih dan tidaklah buruk.hehee (maklumlah, takut juga kalau kereta sewa kereta murah sangat, nanti dapat kereta pun buruk je hihihiii.)

Jadi.. untuk yang berminat untuk dapatkan contact no kereta sewa murah ni, bolehlah click link kt atas atau KLIK KAT SINI JER.

Semoga info ini dapat membantu anda menjimatkan bajet percutian anda dan sekaligus memeriahkan aktiviti shoping anda di Pulau Langkawi... kann kannn . I understand..hihiii

p/s : Ohye... saya tak dapat apa-apa tips or komisen pun for this entry ye.. just sharing with all of u jer.. sharing is caring kannn... :)

Wednesday, February 13, 2013

My sleeping pattern @ 20 weeks pregnancy

Alhamdulillah.. sudah 20 weeks. 20 weeks more to go..insha-Allah

Biasanya semua kelahiran aku adalah secara induce sebab overdue. Baby sangat suka duduk dalam kandungan ibu dan malu2 nak keluar..maklumlah semua gegirl kann..hihiii. Maka ibu setia membawa perut ibu yang memboyot macam bola ni..,hehee ke mana2 saje.. setia menanggung beban mengampu baby dalam kandungan ibu ni yang biasanya seberat 3.0 ke atas..huuuuu sangat berat tauu. Setakat ni aku tak pernah ada peluang bersalin seawal 37 or 38 weeks. Bersalin awal, maksudnya cepatlah hilang penat mengandung, penat berjalan, penat naik tangga, penat mengampu perut, sakit sendi, cramp kaki dan sebagainya...dan yang penting sekali adalah....hilanglah kesusahan untuk tidur dengan lena..

Perkara yang paling membimbangkan aku ketika setiap kali pregnant (kali ni kandungan ke-6) adalah sleeping pattern during pregnancy. Yeaa.. maybe semua ibu yang sarat hamil akan faham tentang masalah ketika nak tidur ni.. Aku, mesti tidur dengan dipenuhi bantal. Kepala semestinya beralas bantal kan. Kaki pun mesti alas bantal supaya rasa selesa. Bawah badan pun nak letak sebiji bantal kecil untuk suppot tulang belakang. Then, kalau tidur mengiring perlu ada bantal di belakang badan supaya dapat tidur dengan selesa sebab ada sokongan bantal. . Then, antara celah kaki pun perlu apit dengan sebiji bantal, barulah selesaaa..

contoh sleeping pattern yang sesuai untuk ibu mengandung
Mmmmm lebih kurang macam gambar di atas la kedudukan yang selesa untuk tidur ketika perut memboyot ni..hehee.. Sila jangan bayangkan ini gambar aku ye.. Ini gambar minah bt saleh diambil dari en. google. heheee bestkan dapat bantal ni. Semua badan diampu oleh bantal gebu yang walllahh kalau tido mau tak sedar durrah khayla nangis nak susu..hikk hikkk

Mmmm.. tapi, sekarang ni aku baru 20 weeks. So, masih boleh tidur terlentang dengan selesa, masih boleh tidur pusing kiri dan kanan dengan bebas. Bebas means tak perlu pegang bola comel itu dengan kemas sebelum perlu pusing kiri or kanan. Bebas juga means masih boleh tidur dengan gaya bebas. Tak bebas means ohooohooo dah tak boleh tidur terlentang, hanya boleh tidur mengiring je time tu. Sebab..? sebabbb kalau tidur terlentang, akan terasa seperti beban sebuah bom bulat atas perut heheee.. sungguh!! Tak caya...? Come on dad... acu cuba try teh ambil sebiji bola seberat 3 kilo, ikat kat perut then tidurlah ... haaa.. baru tauuu kann... hehee just joking. Mesti daddy cakap, ala perut dady ni pun hampir sama saiz dengan perut mummy, takkan nak tambah saiz sebesar bola 3 kg lak.. ..hihihiiiiii

Ok.. kalau aku refer balik entry aku yang lepas, semasa mengandungkan durrah khayla, ohhh masih terbayang2 saat aku merasa sangat ajaib sebab melihat hubby yang sangat senang untuk beralih kedudukan masa tidur. Sangat2 pelik macamana hubby begitu mudah nak pusing kanan or kiri masa tidur, padahal aku... uhuhuuuu sangat terbeban untuk bergaya bebas ketika tidur.

Sooo.. sementara aku masih dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk tidur dengan gaya bebas, so, jommm tidur dengan selesaaa.. Nanti perlahan2lah aku akan cuba sesuaikan posisi tidurku dengan keadaan kandungan yang akan semakin memboyot nanti ..heheee... Tak apa... asalkan baby dan ibu sihat, itulah pengorbanan dari kaum ibu untuk si anak dan suami tercinta kan kannn... Insha-Allah.

Doakan kami sentiasa dalam keadaan sihat walafiat ye..

Friday, February 8, 2013

Resepi pemanggang vantage : roti canai segera

Beli roti canai segera..aku beli dari tunas manja je
Letak sedikit minyak dalam pemanggang, guna api kecil supaya roti canai akan naik gebu wallahhhh geram tak sabar nak makan.
Balik2kan pemanggang setiap 5 minit..
Tarraa... inilah hasilnya..


Garisan atas roti canai tu terhasil dari gril pemanggang..ala-ala rupa roti yang dibakar spt stik kannn heheee..
Lagi sedap goreng sambal ikan bilis atau tumis sardin sebagai pencicah.
Sangat mudah dan cepat, tak perlu nak ke kedai beli roti canai lagi..

Selamat mencuba!

Wednesday, February 6, 2013

My lil baby @ 19 wks pregnancy

mmmm.. semalam, balik kerja kepenatan. 8.30 mlm baru sampai rumah..ohhooo, setahun adalah sekali kut kena balik lambat gini ..atau maybe setahun pun payah nak kena balik lewat gini.. Takpelah, demi kerjaya kurelakan hahaaa (positiv thinking kaww2!)

Ok. oleh kerana terpenat, plan nak tidur awal, tapi perlu temankan Kakak Hasya siapkan kerja sekolah dia yg banyak. 10.45 kut baru masuk tidur. Hampir nak terlelap... tuppp kat tummy, then tuppp lagi.. makin lama makin rancak.. wahhhh syokkk pulak rasenya. Tersenyum aku sengsorang. Hubby outstation, durrah pun lena sebelah aku. Maka layanlah aku perasaan sorang2 menikmati perasaan indah sebagai seorang bakal ibu lagi.. heheee..Alhamdulillah

Dis lil baby dah mula menendang masa usianya 3bulan+. Tapi masa tu cuma sket2 je.. Dia sangat aktif masa kami bercuti2 ke Langkawi haritu (17 weeks). Agaknya tumpang gembira mendengar celoteh kakak Addini masuk pawagam 5D Roller Coaster, seronok mendengar ibu duk bilang barang2 shoping..hehehee

mmm bestnya kan.. dapat meredakan kepenatan dengan merasai tendangan kecil si comel, seperti menari-nari sambil berlari riang.. memujuk ibu yang keletihan dan mendamaikan hati ibu yang inginkan ketenangan di malam hari yang sunyi..

Sayangg..malam ni main lompat2 pula yek.. ibu suka!

Oh ya.. Amna dan Hasya tak sabar nak tau jantina baby. Tak sabar nak namakan baby baru mereka ni.. Masing2 sibuk ambil buku senarai nama bayi dekat rak buku, pastu mulalah pilih nama2 indah untuk adik baru ni.. sweetnyaaa!

Semoga kami dikurniakan kesihatan berpanjangan selalu hendaknya.

Friday, February 1, 2013

Menu pemanggang ajaib vantage

Hahaaa.. tajuk mengancam bagi pemilik pemanggang ajaib. Padahal kisah langkawi journey pun baru part 1.. bila nak start balik entahla.. Moga aku diberikan kesempatan masa kelak..cewahhh

Back to tajuk asal, pemanggang ni kami beli ofcos kat Hj Ismail, Jeti Kuah je.. sebab harga dia RM99 sama je dekat kedai Hj Ismail di pekan kuah. Jadi untuk mengelakkan masalah barang banyak dalam kereta nanti, maka kami decide beli kat jeti masa odw balik nak naik feri. Singgah kejap, ambil pemanggang, terus bayar. Tak perlu nak survey beria2 compare harga lagi sebab dah tahu harga adalah sama.

Heheee.. kembali ke tajuk asal semula.., Dah 4 malam kami pulang dari Langkawi, maka dah 3 malam kami masak berasaskan menu pemanggang ajaib ni.. wallahhh memang ezi and bestlah! hikhikkkk... So, inilah menu kami..

Malam 1- ikan bawal besar bakar cicah air asam... mmg maveles!! ikannya dimasak sekata, tak hangit, tak kering, tak rasa asap api hihiii

Malam 2- buat 2 menu.
  First ikan kembung bakar cicah kuah kicap
  Kedua, ikan bakar berempah..sedap!!

Malam tadi - roti telur bakar dalam pemanggang, dan roti canai segera juga dibakar dalam pemanggang ni... memanggg sedap!! Rangup dan sangat menyelerakan..

Dannnn... sory no photooooss!! Nafsu makan kami membuatkan kami lupa untuk tersenyum disamping ikan2 tersebut dan roti bakar heheeee

Ini je gambar yg dapat aku donlod... pemanggang vantage.. credit to Mr Google



Mmmm..malam ni plan nak masak ikan stim halia or stim lemonnnn, tapi Hasya dah tuntut janji nak makan piza malam ni.. Aikkk takkan nak biarkan dia makan piza sesorang dan aku makan ikan stim. Takkan aku nak makan piza sket, makan ikan + nasi sket.. tak best lagu tu.. Ishhhh kakak ni... kacau selera ibu je!

Ok.. tengok dulu malam ni cemana..
Hubby dah berapa kali request steak! Nak lamb chop lah.. bbq steaklah ..mcm2. Ok tuan.. akan ditunaikan nanti. Sila beli raw materialnya yeahhh

Chaloo! Happy holiday semua!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini