Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, February 6, 2013

My lil baby @ 19 wks pregnancy

mmmm.. semalam, balik kerja kepenatan. 8.30 mlm baru sampai rumah..ohhooo, setahun adalah sekali kut kena balik lambat gini ..atau maybe setahun pun payah nak kena balik lewat gini.. Takpelah, demi kerjaya kurelakan hahaaa (positiv thinking kaww2!)

Ok. oleh kerana terpenat, plan nak tidur awal, tapi perlu temankan Kakak Hasya siapkan kerja sekolah dia yg banyak. 10.45 kut baru masuk tidur. Hampir nak terlelap... tuppp kat tummy, then tuppp lagi.. makin lama makin rancak.. wahhhh syokkk pulak rasenya. Tersenyum aku sengsorang. Hubby outstation, durrah pun lena sebelah aku. Maka layanlah aku perasaan sorang2 menikmati perasaan indah sebagai seorang bakal ibu lagi.. heheee..Alhamdulillah

Dis lil baby dah mula menendang masa usianya 3bulan+. Tapi masa tu cuma sket2 je.. Dia sangat aktif masa kami bercuti2 ke Langkawi haritu (17 weeks). Agaknya tumpang gembira mendengar celoteh kakak Addini masuk pawagam 5D Roller Coaster, seronok mendengar ibu duk bilang barang2 shoping..hehehee

mmm bestnya kan.. dapat meredakan kepenatan dengan merasai tendangan kecil si comel, seperti menari-nari sambil berlari riang.. memujuk ibu yang keletihan dan mendamaikan hati ibu yang inginkan ketenangan di malam hari yang sunyi..

Sayangg..malam ni main lompat2 pula yek.. ibu suka!

Oh ya.. Amna dan Hasya tak sabar nak tau jantina baby. Tak sabar nak namakan baby baru mereka ni.. Masing2 sibuk ambil buku senarai nama bayi dekat rak buku, pastu mulalah pilih nama2 indah untuk adik baru ni.. sweetnyaaa!

Semoga kami dikurniakan kesihatan berpanjangan selalu hendaknya.

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini