Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, February 13, 2013

My sleeping pattern @ 20 weeks pregnancy

Alhamdulillah.. sudah 20 weeks. 20 weeks more to go..insha-Allah

Biasanya semua kelahiran aku adalah secara induce sebab overdue. Baby sangat suka duduk dalam kandungan ibu dan malu2 nak keluar..maklumlah semua gegirl kann..hihiii. Maka ibu setia membawa perut ibu yang memboyot macam bola ni..,hehee ke mana2 saje.. setia menanggung beban mengampu baby dalam kandungan ibu ni yang biasanya seberat 3.0 ke atas..huuuuu sangat berat tauu. Setakat ni aku tak pernah ada peluang bersalin seawal 37 or 38 weeks. Bersalin awal, maksudnya cepatlah hilang penat mengandung, penat berjalan, penat naik tangga, penat mengampu perut, sakit sendi, cramp kaki dan sebagainya...dan yang penting sekali adalah....hilanglah kesusahan untuk tidur dengan lena..

Perkara yang paling membimbangkan aku ketika setiap kali pregnant (kali ni kandungan ke-6) adalah sleeping pattern during pregnancy. Yeaa.. maybe semua ibu yang sarat hamil akan faham tentang masalah ketika nak tidur ni.. Aku, mesti tidur dengan dipenuhi bantal. Kepala semestinya beralas bantal kan. Kaki pun mesti alas bantal supaya rasa selesa. Bawah badan pun nak letak sebiji bantal kecil untuk suppot tulang belakang. Then, kalau tidur mengiring perlu ada bantal di belakang badan supaya dapat tidur dengan selesa sebab ada sokongan bantal. . Then, antara celah kaki pun perlu apit dengan sebiji bantal, barulah selesaaa..

contoh sleeping pattern yang sesuai untuk ibu mengandung
Mmmmm lebih kurang macam gambar di atas la kedudukan yang selesa untuk tidur ketika perut memboyot ni..hehee.. Sila jangan bayangkan ini gambar aku ye.. Ini gambar minah bt saleh diambil dari en. google. heheee bestkan dapat bantal ni. Semua badan diampu oleh bantal gebu yang walllahh kalau tido mau tak sedar durrah khayla nangis nak susu..hikk hikkk

Mmmm.. tapi, sekarang ni aku baru 20 weeks. So, masih boleh tidur terlentang dengan selesa, masih boleh tidur pusing kiri dan kanan dengan bebas. Bebas means tak perlu pegang bola comel itu dengan kemas sebelum perlu pusing kiri or kanan. Bebas juga means masih boleh tidur dengan gaya bebas. Tak bebas means ohooohooo dah tak boleh tidur terlentang, hanya boleh tidur mengiring je time tu. Sebab..? sebabbb kalau tidur terlentang, akan terasa seperti beban sebuah bom bulat atas perut heheee.. sungguh!! Tak caya...? Come on dad... acu cuba try teh ambil sebiji bola seberat 3 kilo, ikat kat perut then tidurlah ... haaa.. baru tauuu kann... hehee just joking. Mesti daddy cakap, ala perut dady ni pun hampir sama saiz dengan perut mummy, takkan nak tambah saiz sebesar bola 3 kg lak.. ..hihihiiiiii

Ok.. kalau aku refer balik entry aku yang lepas, semasa mengandungkan durrah khayla, ohhh masih terbayang2 saat aku merasa sangat ajaib sebab melihat hubby yang sangat senang untuk beralih kedudukan masa tidur. Sangat2 pelik macamana hubby begitu mudah nak pusing kanan or kiri masa tidur, padahal aku... uhuhuuuu sangat terbeban untuk bergaya bebas ketika tidur.

Sooo.. sementara aku masih dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk tidur dengan gaya bebas, so, jommm tidur dengan selesaaa.. Nanti perlahan2lah aku akan cuba sesuaikan posisi tidurku dengan keadaan kandungan yang akan semakin memboyot nanti ..heheee... Tak apa... asalkan baby dan ibu sihat, itulah pengorbanan dari kaum ibu untuk si anak dan suami tercinta kan kannn... Insha-Allah.

Doakan kami sentiasa dalam keadaan sihat walafiat ye..

1 comment:

Mommies Comfies said...

Salam .

Kami Mommies Comfies menjual maternity pillow yang diisi MICROBEADS. Sila kunjungi laman web kami untuk keterangan lanjut.

http://mommiescomfies.blogspot.com
Terima kasih.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini