Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Sunday, March 31, 2013

Ole-ole Cameron Highlands

Masa aku tengah berjimba bercuti di Cameron Highlands aritu.. tiba-tiba daddy kol
'Yang.. bubur bb ni nak masak ikut sukatan bekas kecik ni ehh..
'Aaa.. yeee... eloo..line tak elok kat umah ni.. '
Ok.."

Opss daddy masak bubur untuk durrah khayla? Terkezuuutt aku, daddy tak pernah masak bubur durrah tau. Aku je yang setia tiap pagi masakkan bubur tu.. Opss dan bila daddy nak masak..ohh ohh aku sangat opocott! Dan hasilnya...
'Durrahh makan banyak sampai licin tau arini...!''
amboiiiii sedap sangat ke

Ni contoh bubur durrah yang aku masak
Dan masa aku tengah berjimba kat CH ni pun, hati gundah gulana duk pikir mesti rumah akan penuh dengan kain baju yang tak berbasuh...Maklumlah daddy jadi suri rumah, siap masak bubur lagi, mesti tak sempat nak basuh baju macam biasa kan.. huhuuu .. tulah berjimba sakan lagi 2 hari rtny..!

Tapi kan, balik rumah.. aku pura-pura buka mesin basuh...
Tarraaa...! Semua kosong dah siap disidai kat ampaian..wowww wowww!

Kemudian, tengok pulak atas kabinet... wahh penuh barang dapur dan makanan. Ohhh rupanya daddy pergi shoping barang dapur dengan Addinies.. Mmmmm aku tak sanggup nak shoping dengan 3 Addinies je.. letih tau.. tapi, daddy kata semua ok je!

Then Amna bisik kat aku..
'Ibu .. ada sesuatu untuk ibu.. dalam peti tau..
So.. aku pun cepat-cepat intai dalam peti... wahhhh bestnyaaaa!!! MAGNUM for me... owhhh tq daddyy.!! suke sangat!

Sib baik ibu dah belikan sesuatu juga untuk mereka ni..

Baju tidur stoberi untuk addinies

Teh o stoberi feveret daddy dan kopi putih stoberi dan teh tarik stoberi baru untuk daddy!

Ohh tq daddy n addinies.. lenkali kita g CH same2 ye..
I Luv U muaahhh!

Opsss dan juga selipar stoberi untuk addinies..!

Saturday, March 30, 2013

Mari membuat puppet!

Jom membuat puppet mudah

Bahan yang diperlukan:
Stokin terpakai
Butang terpakai
Jarum 
Benang

Perkara asas yang perlu ada:
Si tukang jahit

Perkara sampingan yang diperlukan:
Pembantu tukang jahit
Pom pomm girl tukang jahit
Minyak gamat

Step 1: 
Dapatkan semua bahan yang diperlukan di atas seperti di dalam gambar. 
Stokin, alatan menjahit, pembantu tukang jahit dan yang paling penting.... yessss tukang jahit pro!

Step 2: 
Tandakan dengan marker atau pen atau pensil kedudukan mata dan hidung puppet anda supaya mudah menjahit.
Tanda dengan jelas ye.

Step 3 :
 Ambil butang dan jahitkan pada tempat mata yang telah ditanda. Pastikan pom pomm girlls anda memberikan sokongan sepenuhnya pada tukang jahit.. sampai terangkat kaki stroberi gituuuu!

Step 4: 
Pastikan pom pom girls comel anda juga bersedia dengan minyak gamat.. untuk memberikan rawatan kecemasan jika diperlukan.... yezzzzaa!! safety first!

Step 5
Selesai menjahit mata puppet, cuba terai mainkan puppet tersebut dengan pom pom girl anda. Tujuannya adalah untuk menguji tahap keterujaan puppet melihat pom pom girl anda yang comel!
   Step 6: 
Yehaaa... dah siap sepenuhnya! Ohhh nampaknya pom pom girls kami sangat suka bermain dengan puppet putih ni.. 



Kesimpulannya :
Sangat mudah membuat puppet dengan bantuan senyuman manis Addinies...
Cubalah... yang penting pastikan peralatan anda cukupp... Selamat Mencuba!

p/s : aktiviti kerja sekolah Hasya
Opsss thank u sooo much si tukang jahit yang baik hati. Tanpa anda, susahlah Kak Hasya... heheee

Friday, March 29, 2013

Berehat di pondok Addinies

Hai.. jom berehat bersama kami di pondok Addinies..! Aktiviti wikend baru ni..


Jommm lepak dengan saya.. golek-golek  dengan cik bee! weeee!

Sambil berehat dengan kak Amna.. berbuenoo atas buai... yuhuuu!

Sambil menolong abah menebang pokok mempelam... eheheee...tolong tengok n support abah jer!

Gud job abah!! nanti addini blanja abah minum jus stoberi!
Sambil teman kakak Hasya buat kerja sekolah .. go goo kakak, berusahalah!

Sambil baca paper.. untukkan dapatkan berita terkini jualan murahhhh wooww woww!

Sambil makan mango dan minum air.. nyummm nyumm

Yeahhhaaaa ...inilah hasil abah tebang pokok!..


Ohhh penatnya tolong tengok abah tebang pokok... tido jap lahh...zzzzzzz

Owhhh dan rupa-rupanya ibu dah blanje abah makan  asam pedas superbbbb!! bestnyaaa!

Thursday, March 28, 2013

Pesanan untukku..


Jauhkanlah aku dari sifat kesombongan itu, walaupun sekelumit cuma
Ampunkanlah dosaku selama ni..

Wednesday, March 27, 2013

Bila dah terantuk baru terngadah?

adehhh...
insaflah wahai pelajarku
pisang takkan masak 2 kali..
peluang takkan diberi berkali-kali!
bila dah diberi peluang, rebutlah.. kejarlah!
tapi...
rupanya kalian lebih suka pada pepatah melayu ni ye

..dah terantuk baru ternganga!

Moga menjadi pengajaran dan diambil iktibar
untuk kalian dan juga diriku

Moga masa depannya akan lebih baik lepas ni..
amin

FULL STOP!


Wednesday, March 20, 2013

Third trimester pregnancy


A pregnancy is divided into trimesters:
  • the first trimester is from week 1 to the end of week 12
  • the second trimester is from week 13 to the end of week 26
  • the third trimester is from week 27 to the end of the pregnancy

Credit to http://kidshealth.org

Mmmm... aku tak brape sure samada aku 26 or 27 dis week.. hehe.. time g chekup biasanya baru aku tahu yg aku dah dalam week brape.. Takpelah kan..asalkan aku dan baby diberikan kesihatan dan kekuatan untuk melalui journey kami bersama..Alhamdulillah, syukut teramat.

Mmmm... terasa macam dah lama sangat preggy kali ni.. gitu pulak eh.. Time preggy durrah khayla rasa cam kejap je.. Why..? oh.. sebab dulu aku tak sanggup nak lalui saat aku terpaksa berjalan dengan keadaan celah kaki (kangkang peha) yang sakit, kejang kaki, tak boleh tidur lena, tak dapat alih badan ke kiri or ke kanan dengan mudah masa tidur, sakit belakang, perlukan pertolongan seseorang untuk tarik or ampu badan masa nak bangun dari katil, tak dapat potong kuku kaki sendiri, lenguh badan dan sendi, selalu mengah, penat berdiri lama dan macam2la.. Tapi, now,, alhamdulillah semua tu belum aku hadapi lagi. Mungkin dah masuk third trimester ni baru aku alami semua tu.. oh ye kee? ahaaa... ready artini! InsyaAllah.

Aku, kini dah mula mengembang.. dah jadi mak buyung yang sihat.. hahaa tak caya? tengok gambar ni


opss inilah namanye mak buyung 2 in 1.. hahaa...
okeh cau..
Assalamualaikum

-auto publish-

Tuesday, March 19, 2013

Percutian 30 ringgit ke Cameron Highland

Wowwww! Hanya dengan RM30, kami bercuti selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland! Percaya tak?

Hahaa.. percutian 30 ringgit kami ni termasuk penginapan, transport, makan malam dan breakfast .. murah gilerr kan! Jadi, aku yang sedang berbadan dua ni pun ofkos tak nak ketinggalan untuk sama2 bercuti di sini walaupun terpaksa tinggalkan Addinies di Kuantan hehe.. bye..bye. (tapi, diorang tak kisah pun aku ke sini, sebab abah tak ikut..diorang kan anak manja abah..huhuuu)

Okehhh .. matlamat percutian kami:
Matlamat sampingan  utama adalah melawat kilang teh BOH di Sungai Palas, CH
Matlamat UTAMA   sampingan pula mestilah untuk berjimba di CH!! yeaaa i liokeee!!

Ohye.. ini adalah aktiviti kolej kami. Kami dapat sponsor dari pihak kolej.. Terima Kasih Kolejku tercinta..chewaahhhh!! Thats why bayarannya cuma banyak tu. Kalau percutian bersama keluarga, huhuuaaaa mahu rabak jugak poket. Percutian kami dulu semasa celebrate birthday Amna dan Durrah di Cameron pada Oct 2012 selama 3D2N pun cecah 1k jugak..huaaa maklumlah, homestay, tol dan minyak aje dah hampir 500 riyal. Shoping tak hengat kami yang darat undang first time naik CH lagilah parah.. Tapi takpe, yang penting semua enjoy dan balik dengan gembira. Itulah misi utama kami.

Back to percutian 30ringgit kami, kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi. Sampai di CH hampir pukul 4+ ptg. Singgah di Bharat Tea dulu, then terus ke Pasar Malam Brinchang. MasyaAllah, budak2 kami sungguh2 sakan shoping..espcs bantal stroberi. Aku yang bajet tak nak shoping sakan, pun tersoping sakan untuk Puteri Addinies dan abah kesayangan diorang. Penuh tangan usung hasil belian kat pasar malam brinchang ni.. seb baik ada students yg baik hati nak tolong bawa brg aku serba sedikit.. Timakasih ye murid2.. hihihiii

Tak banyak koleksi gambar yang aku ada..sebab hahahaa... aku tengok kemain students bergambar. Jadi aku cuma kekadang bergambar ngan diorang..pastu nanti suruh diorang tag je kt fb..senang kann

Okeh.. ini je gambar yang aku ada..


Ni masa otw dlm bas lagi..

Ni masa berehat jap kat Bharat Tea. Motip sebenar gambar ni adalah nak ambil gambar air terjun kat bawah tu..lawoo sangat, tp tak nampak lak.. so, jadilah gambar syok sendiri namenya hehee

Ni masa kat Kilang teh Boh.. macam2 jenis teh ada jual kat sini..murah jugak compare to harga pasaran  rasenya

Haa.. tengoklah duta baru teh kami ni.. tomei2... soping banyak2 tau, barulah tak sia2 ke sini hehee

Lepas ke Kilang teh, singgah sini jap, makan hot coklate stoberi, scones, cheese cake toberi...delicesss sangat! Opss aku siap tapau muffin stoberi n tart stoberi skali hehee....

Tarraaa.. ala itu je gambar yg ada. Nanti kalau dah dapat lg dari student kan aku hapdet lagi..(kalau rajin heheee). Ohye, kami bertolak balik dalam pukul 3+. Alhamdulillah sampai dengan selamat ke bumi Kuantan jam 9+ mlm.

Sungguh seronok percutian kali ni sebab diiringi students yang sangat meriah dan yang penting sangat jimat.. 30 hengget je tauu !! Students pun nampaknya sangat2 hepi dengan percutian ni.. Hopefully, kami dimurahkan rezki dan dan peluang lagi untuk bawa mereka ke sini lagi..InsyaAllah.

Thursday, March 14, 2013

Setahun berlalu..

Al-fatihah untuk arwah puteri acik yang disayangi... Tengku Puteri Nur Khadijah Binti Nurlina

Setahun berlalu... semoga tenang dan damai di sana selalu
Semoga Allah sentiasa merahmati Puteri
Amin..

Al-fatihah
Sabarlah abah dan umi Puteri.. dia juga pasti merindui kalian dan sabar menunggu di pintu syurga.


----
click sini untuk kisah puteri

-auto publish-

Tuesday, March 12, 2013

co pilot abah!

Macamnilah kami setiap kali travel balik kampung or bercuti

Dalam kereta:
Seat belakang - Tempat tidur Amna + beg + barang
Seat tengah - Tempat tidur Durrah + Ibu
Seat depan - Mestilah driver a.k.a abah + kakak...

Kakak : alaa... kat depan ni sejuk sangatlaa
abah : takpe, nanti kakak halakan ekon tu ke atas
kakak : tapi, sejuk jugak..

ololooooo sian kakak, kat depan tu memang sejuk sangat.. tiba-tiba aku tengok dia tido camni... tutup semua muka dengan tudung.. adehhhhh tak lemas ke kakak nih tido gini 


Aku pun intai lagi... ohhhh... ada lubang udara rupanya .. pandai juga kakak ni..  tapi cam lucu jer . dah cam rupa ninja turtle hahaaaa

Monday, March 11, 2013

Ragam manusia..

Aku masih lagi belajar.. Banyak kali aku mushkil perkara-perkara ni..

A. Tak paham bila orang selalu tanya aku..

ehh.. preggy lagi? anak yang sebelum ni kecil lagi kan? misi klinik tak bising ke beranak jarak dekat-dekat ni? takpe ke anak rapat-rapat ni? time bersalin nanti, anak kecik baru umur brape ? sian dia nanti... 

Hahaa... aku cuma tersenyum. Positive thinking alwaz. Ok.. dis is my answer.

1. I am 36 dis year. Umur berisiko untuk mengandung adalah ketika berusia 40 tahun. Aku baru ada 3 orang  addini yang comel. Aku cuma ada masa (kalau diizinkan Allah) selama 3-4 tahun je lagi untuk menambahkan zuriat kami...bekalan akhirat dan ummah nabi. Jadi, sementara aku masih dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk preggy, aku cuba ambil peluang tersebut. Ketika Durrah Khaylai berusia hampir setahun, aku diberi peluang untuk preggy lagi..alhamdulillah. Usia Durrah Khayla yang baru setahun jagung bukanlah halangan untuk kami membesarkannya sambil mengandung lagi.

2. Kami masih belum dikurniakan zuriat lelaki..yang jika diizinkan Allah, merekalah yang akan menyembahyangkan jenazah kami nanti, mengusung jenazah kami hingga ke liang lahad. Tentunya kami inginkan zuriat lelaki juga yang akan membela dan mempertahankan Addinies kami kelak kami telah dijemput Ilahi.

3. Kami inginkan zuriat yang ramai .. untuk mendoakan kami di akhirat kelak.

So, salahkah perancangan kami ni? Semuanya dengan izin Allah..dan hanya Allah Maha Mengetahui.

B. Eh... anak perempuan lagi?

Ketika aku melahirkan Durrah Khayla, ramai yang bertanya, ehh gegirl lagi? Soalan sinis seolah2 kami gagal dalam membuat perancangan keluarga.. hehee.. think positve! Rezeki anak semuanya ditentukan Ilahi. Kami bersyukur dengan pemberianNya, asalkan sihat..Alhamdulillah.. kerana masih ramai diluar sana yang belum dikurniakan rezeki malah juga belum dipertemukan jodoh. Jadi, janganlah dipertikaikan rezeki yang dikurniakan. Kami bersyukur seadanya.

C. Bila kami dapat gegel yang ke-3 ni juga, ramai yang berkata begini..

Ohhh kena beranak lagi lah lepas ni... sian awak
Kalu ke-4 dapat boboboy, boleh stop beranak dah..
Haa? gegel lagi? kena belajar lagi ni

Aku cuma mampu gelang kepala memikirkan adakah mereka yang berkiran positif atau aku yang terlebih positiv? Jawapan aku senang..
Jawapan 1- Takpe.. Kalau ada rezeki mengandung lagi, saya bersyukur sangat. 
Jawapan 2 - Eh.. kenapa nak stop kalau dah dapat baby boy? InsyaaAllah , kalau ada rezeki lagi, kami terima semuanya samada girl or boy. 
Jawapan 3 - Tak perlu belajar.. cuma perlu tingkatkan beribadah dan berdoa mohon keampunan dari Allah. Dia Maha Mendengar dan Mengetahui segalanya


D. Bercerita perihal hubungan s*** dalam blog

Bagi aku, ianya adalah cerita yang terlalu peribadi. Aku.. akan terus hilang respek pada mereka yang terlalu open bercerita kisah tu pada umum especially dalam blog. Sesiapa saja boleh membaca tulisan mereka.. Adakah mereka terlalu bangga kisah menyambut annyversary dan bercerita kisah mereka yang bangun lambat pada keesokannya sebab gedik menyambut annyversary pada malam hari? Apa mereka tidak paham maksud disebaliknya?dan mana pergi subuh mereka jika bangun lewat dinihari semata-mata menyambut annyv? uweekkk!! geli aku baca sikap dis blogger yang kurang perasaan malu itu.

Then, ada juga yang terang-terangan menghebahkan dalam blog mereka (yang ada ribuan follower), kisah mereka menyambut annyversary di hotel dan berkongsi info tentang mereka yang menghabiskan hari annyversari mereka dengan melakukan **** beberapa kali? Adakah mereka sudah tiada rasa sifat malu?
Aku.. memang terus hilang respek pada mereka.. jijik! haishhhh

D. Tidak bertegur sapa dengan jiran tetangga

Jiran perlu dimuliakan..sekuarangnya dengan senyuman pun jadilah.Tapi, bayangkanlah jika anda mempunyai jiran yang tak pernah bertegur sapa dengan tetangga mereka. TIngkap dan pintu rumah sentiasa tertutup rapat walaupun ketika memasak..tak rimas ke bau asap dan minyak memenuhi ruang rumah jika tiada pengudaraan yang baik di dalam rumah??  Menyidai pakaian ketika tiada orang diluar, atau akan cepat-cepat bersembunyi disebalik kain atau selimut besar yang disidai jika terlihat bayang orang. Then, bila sakit takde sapa yang tau. Tetiba tengok berjalan terhenjut-henjut gara-gara terjatuh ketika memasak dan rumah hampir terbakar sebab api dah menyambar rumah. Adushhh malukah atau menyombongkah anda? Pelikkan..

Sory... semua tu ragam manusia yang pelik di mataku. Aku juga mungkin ada perangai pelik di mata kalian. Pohon ampun jika perangai pelikku mengganggu kehidupan kalian. Juga pohon keampunan Allah atas tulisan kali ni. Bukannya bertujuan membuka aib orang, tetapi berkongsi, agar aku dijauhkan dari sifat-sifat di atas..


Friday, March 8, 2013

Kawan-kawan Addinies

Salam Jumaat..

Hoyeeeyy esok cuti.! Kami ada mega projek dis wekend... sebab kami ada tetamu istimewa! Kami akan bawa tetamu tu mandi-manda sungai lembing, bermain-main di deer park bersama Addinies, kemudian ronda-ronda makan angin di Cherating..maybe ke sanctuary penyu jap, open table di New Horizon or Sara Thai or Tanjung Lumpur (owhhhh banyaknya pilihan tempat makan..hoohoooo!!), then of course Pantai TC & Pantai Batu Hitam.

Tetamu ni dari KL, jadi orang KL ni tak heran dah kalau ke shoping mall kan... so, kami plan ke tempat yang takde di Kl..pantaiiiiiiii here we come!

Opss  tersasar dari tajuk utama..hik hikkk sory.. perkenalkan kawan-kawan Addinies....


Left : Boboyboy, angry bird, gc,stich, gy, angry bird, bear kecik, blue bear, garfierld
Duduk : Cik bear, white bear, pinky, duck quack-quack

Inilah aktiviti mereka bertiga masa wikend lepas. Masa ni, aku tengah syok main masak-masak kat dapur. Mereka bz main kat ruang tamu. Kemudian, mereka panggil aku....

Cantik tak ibuuuuu
Hahaaaa memanggg cantik sangat! pandaiii Addiniessss!

Kawan-kawan mereka ni sebelum ni ada atas katil mereka dalam bilik. Rajin pula diorang ni angkut kawan-kawan mereka ni , lepak sama-sama kat ruang tamu..

So,sape-sape nak datang rumah, kena duduk bawah jer.. sebab sofa dah penuh dengan kawan Addinies ..heheee

Byeeeeeee!

Tuesday, March 5, 2013

Air Buah Pior @ Pantai Teluk Ketapang

Tiap kali baca previous entry, mesti bergenang air mata aku.. huhuuu Tak tahulah kenapa..mesti aku akan emo habis baca entry tu.. sedih.. Jadi, aku untuk nak kover story sedih aku tu, jom kita gi minum air buah dulu..

Nama kedainya adalah Air Buah Pior. Pior tu asalnya dari perkataan english 'pure'..maksudnya asli or tulen. Kan sebutannya adalah pior.. jadi orang tengganu yang kretip ni akan tulis pior than pure..hehee

Ok..lokasinya di seberang takir.. dekat je dengan Pantai Teluk Ketapang yang sangat cantik.. or lebih glamer dengan panggilan Pantai Pok Jeng or Pantai Airport (sebab berdekatan dengan airport)

Ok.. jom tengok senarai harga dan jenis air buah yang dijual disini..


Ada macam-macam jenis air buah kat sini. Saiz gelas pun ada pelbagai jenis. Yang kecil tu saiz gelas biasa. Yang besar tu memang besar sangat.. tak habis nak minum sorang. Haritu kami order epal, mempelam, kiwi, anggur, dan tembikai susu. Semuanya tanpa ais.. Ummmppp 5 stars untuk mereka.!! Memang sedap dan koww kowwww sungguh air buah walaupun tanpa ais. Memang air buah piorlah.. 


Ok, inilak gambar kedai. Warung biasa jer tapi bersih dan layanan pun cepat.

Kedai ni biasanya memang kedai wajib kami setiap kali balik Kampung @ Kg. Manir. Tiap kali balik kampung, wajib makan ICT SCT UCT kat pantai pokjeng... Haaa.. CT tu maksudnya celup tepung.. yang tu next entry okeh.

Gambar semuanya dari Mr Google..heheee.. aku tak suka ambil gambar sebab maybe dah selalu sangat pergi, jadi rasa macam 'jangok' pulak nak bergambar kat kedai orang dengan air buah je.. heheee

Okeh.. jangan lupa wajib datang kat kedai ni kalau ke Kuala Terengganu.. Memang pior habisssssssss

Chalo!

Monday, March 4, 2013

Usaplah kepala anak yatim itu..

Aku ke mini ceramah untuk pelajar kolej. Kami para pensyarah juga dijemput hadir.

Aku cuma nak fokuskan kepada point utama yang masih kekal di ingatanku hingga kini..

Usaplah kepala anak yatim..

Ya.. aku pernah tinggal di rumah anak yatim Darul Falah, Marang Terengganu dari Tingkatan 1-3. Aku, sangat suka jika kepalaku diusap-usap oleh Pengetua asrama, Arwah Hj Abdullah. Dia selalu mengusap kepala kami.. (secara berlapik tudung).. sambil bergurau dan memberikan nasihat ataupun pujian.

Aku.. sudah tentu akan sentiasa mendapat usapan di kepala dengan pujian, sebab ..mmm aku kan budak baik dan cemerlang dulu.. hehee alhamdulillah. Jadi, akan berkembang mekarlah perasaan itu dihatiku... sentiasa...hingga kini. Bukan perasaan bangga, tapi perasaan rasa disayangi. dikasihi oleh seseorang yang sudi menumpang kasih mereka kepada kami.

Kami.. berenam beradik kehilangan ayah ketika masih kecil. Aku masih dalam Darjah 5, sementara adik bongsu baru berusia 3 tahun Bonda bersusah-payah mendidik kami bersama arwah nenek.Bayangkan bonda tidak pandai memandu kereta walaupun ada kereta buruk peninggalan arwah ayah. Kami tinggal nun jauh di pedalaman Kg. Baru Serada, bonda pula bekerja sebagai bidan kerajaan yang kadang-kadang menuntut masa bekerja lebih dari waktu bekerja sebab menyambut kelahiran bayi di seluruh kampung sekitar Serada. Bonda juga tidak pandai menunggang motorsikal, tetapi bonda perlu bertugas melawat ibu-ibu bersalin di sekitar kawasan yang mungkin sejauh 10km jauhnya... Jadi, bonda hanya berbasikal.. Bila berselisih dengan lori, bonda akan berhenti di tepi jalan. Kesian bonda, berkayuh di tengah panas terik untuk mencari rezeki.

Seingatku, semasa kami kecil.. semasa kami menjadi anak yatim yang masih kecil, tidak ramai 'saudara' yang datang mengusap kepala kami..  Kami tidak inginkan harta benda atau wang ringgit mereka. Cukup sekadar menumpang kasih. Sebab.. tentunya kami rindukan arwah abah. Abah dan bonda tentulah tak sama..Seperti ibu bapa anda juga kan.. Kasih-sayang anda pada mereka berdua tentu tak sama. Anda mesti rindukan mereka berdua.. bukan salah seorang kan..

Jadi, usaplah kepala anak yatim..

Mereka.. seperti juga aku dulu.. sangat-sangat merindui kasih sayang seorang ayah atau mereka-meraka yang dikasihi... Sayangilah mereka.. peluklah mereka.

Hadis anak yatim

Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah maka baginya kebaikan yang banyak dari setiap rambut yang ia usap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki maka aku dan dia akan berada di Syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (HR. Ahmad dari Abu Umamah)

-Al Fatihah untuk Arwah Hj Abdullah dan Arwah Puan Azizah (isteri beliau). Semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini