Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, March 5, 2013

Air Buah Pior @ Pantai Teluk Ketapang

Tiap kali baca previous entry, mesti bergenang air mata aku.. huhuuu Tak tahulah kenapa..mesti aku akan emo habis baca entry tu.. sedih.. Jadi, aku untuk nak kover story sedih aku tu, jom kita gi minum air buah dulu..

Nama kedainya adalah Air Buah Pior. Pior tu asalnya dari perkataan english 'pure'..maksudnya asli or tulen. Kan sebutannya adalah pior.. jadi orang tengganu yang kretip ni akan tulis pior than pure..hehee

Ok..lokasinya di seberang takir.. dekat je dengan Pantai Teluk Ketapang yang sangat cantik.. or lebih glamer dengan panggilan Pantai Pok Jeng or Pantai Airport (sebab berdekatan dengan airport)

Ok.. jom tengok senarai harga dan jenis air buah yang dijual disini..


Ada macam-macam jenis air buah kat sini. Saiz gelas pun ada pelbagai jenis. Yang kecil tu saiz gelas biasa. Yang besar tu memang besar sangat.. tak habis nak minum sorang. Haritu kami order epal, mempelam, kiwi, anggur, dan tembikai susu. Semuanya tanpa ais.. Ummmppp 5 stars untuk mereka.!! Memang sedap dan koww kowwww sungguh air buah walaupun tanpa ais. Memang air buah piorlah.. 


Ok, inilak gambar kedai. Warung biasa jer tapi bersih dan layanan pun cepat.

Kedai ni biasanya memang kedai wajib kami setiap kali balik Kampung @ Kg. Manir. Tiap kali balik kampung, wajib makan ICT SCT UCT kat pantai pokjeng... Haaa.. CT tu maksudnya celup tepung.. yang tu next entry okeh.

Gambar semuanya dari Mr Google..heheee.. aku tak suka ambil gambar sebab maybe dah selalu sangat pergi, jadi rasa macam 'jangok' pulak nak bergambar kat kedai orang dengan air buah je.. heheee

Okeh.. jangan lupa wajib datang kat kedai ni kalau ke Kuala Terengganu.. Memang pior habisssssssss

Chalo!

1 comment:

Nora Karim said...

Wah... sedapnya air buah.....

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini