Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, March 19, 2013

Percutian 30 ringgit ke Cameron Highland

Wowwww! Hanya dengan RM30, kami bercuti selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland! Percaya tak?

Hahaa.. percutian 30 ringgit kami ni termasuk penginapan, transport, makan malam dan breakfast .. murah gilerr kan! Jadi, aku yang sedang berbadan dua ni pun ofkos tak nak ketinggalan untuk sama2 bercuti di sini walaupun terpaksa tinggalkan Addinies di Kuantan hehe.. bye..bye. (tapi, diorang tak kisah pun aku ke sini, sebab abah tak ikut..diorang kan anak manja abah..huhuuu)

Okehhh .. matlamat percutian kami:
Matlamat sampingan  utama adalah melawat kilang teh BOH di Sungai Palas, CH
Matlamat UTAMA   sampingan pula mestilah untuk berjimba di CH!! yeaaa i liokeee!!

Ohye.. ini adalah aktiviti kolej kami. Kami dapat sponsor dari pihak kolej.. Terima Kasih Kolejku tercinta..chewaahhhh!! Thats why bayarannya cuma banyak tu. Kalau percutian bersama keluarga, huhuuaaaa mahu rabak jugak poket. Percutian kami dulu semasa celebrate birthday Amna dan Durrah di Cameron pada Oct 2012 selama 3D2N pun cecah 1k jugak..huaaa maklumlah, homestay, tol dan minyak aje dah hampir 500 riyal. Shoping tak hengat kami yang darat undang first time naik CH lagilah parah.. Tapi takpe, yang penting semua enjoy dan balik dengan gembira. Itulah misi utama kami.

Back to percutian 30ringgit kami, kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi. Sampai di CH hampir pukul 4+ ptg. Singgah di Bharat Tea dulu, then terus ke Pasar Malam Brinchang. MasyaAllah, budak2 kami sungguh2 sakan shoping..espcs bantal stroberi. Aku yang bajet tak nak shoping sakan, pun tersoping sakan untuk Puteri Addinies dan abah kesayangan diorang. Penuh tangan usung hasil belian kat pasar malam brinchang ni.. seb baik ada students yg baik hati nak tolong bawa brg aku serba sedikit.. Timakasih ye murid2.. hihihiii

Tak banyak koleksi gambar yang aku ada..sebab hahahaa... aku tengok kemain students bergambar. Jadi aku cuma kekadang bergambar ngan diorang..pastu nanti suruh diorang tag je kt fb..senang kann

Okeh.. ini je gambar yang aku ada..


Ni masa otw dlm bas lagi..

Ni masa berehat jap kat Bharat Tea. Motip sebenar gambar ni adalah nak ambil gambar air terjun kat bawah tu..lawoo sangat, tp tak nampak lak.. so, jadilah gambar syok sendiri namenya hehee

Ni masa kat Kilang teh Boh.. macam2 jenis teh ada jual kat sini..murah jugak compare to harga pasaran  rasenya

Haa.. tengoklah duta baru teh kami ni.. tomei2... soping banyak2 tau, barulah tak sia2 ke sini hehee

Lepas ke Kilang teh, singgah sini jap, makan hot coklate stoberi, scones, cheese cake toberi...delicesss sangat! Opss aku siap tapau muffin stoberi n tart stoberi skali hehee....

Tarraaa.. ala itu je gambar yg ada. Nanti kalau dah dapat lg dari student kan aku hapdet lagi..(kalau rajin heheee). Ohye, kami bertolak balik dalam pukul 3+. Alhamdulillah sampai dengan selamat ke bumi Kuantan jam 9+ mlm.

Sungguh seronok percutian kali ni sebab diiringi students yang sangat meriah dan yang penting sangat jimat.. 30 hengget je tauu !! Students pun nampaknya sangat2 hepi dengan percutian ni.. Hopefully, kami dimurahkan rezki dan dan peluang lagi untuk bawa mereka ke sini lagi..InsyaAllah.

1 comment:

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... teringin nak ke sana , tapi hajat belum sampai ... teringin sgt nak tgk ladang teh yg menghijau tuh ...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini