Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, March 11, 2013

Ragam manusia..

Aku masih lagi belajar.. Banyak kali aku mushkil perkara-perkara ni..

A. Tak paham bila orang selalu tanya aku..

ehh.. preggy lagi? anak yang sebelum ni kecil lagi kan? misi klinik tak bising ke beranak jarak dekat-dekat ni? takpe ke anak rapat-rapat ni? time bersalin nanti, anak kecik baru umur brape ? sian dia nanti... 

Hahaa... aku cuma tersenyum. Positive thinking alwaz. Ok.. dis is my answer.

1. I am 36 dis year. Umur berisiko untuk mengandung adalah ketika berusia 40 tahun. Aku baru ada 3 orang  addini yang comel. Aku cuma ada masa (kalau diizinkan Allah) selama 3-4 tahun je lagi untuk menambahkan zuriat kami...bekalan akhirat dan ummah nabi. Jadi, sementara aku masih dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk preggy, aku cuba ambil peluang tersebut. Ketika Durrah Khaylai berusia hampir setahun, aku diberi peluang untuk preggy lagi..alhamdulillah. Usia Durrah Khayla yang baru setahun jagung bukanlah halangan untuk kami membesarkannya sambil mengandung lagi.

2. Kami masih belum dikurniakan zuriat lelaki..yang jika diizinkan Allah, merekalah yang akan menyembahyangkan jenazah kami nanti, mengusung jenazah kami hingga ke liang lahad. Tentunya kami inginkan zuriat lelaki juga yang akan membela dan mempertahankan Addinies kami kelak kami telah dijemput Ilahi.

3. Kami inginkan zuriat yang ramai .. untuk mendoakan kami di akhirat kelak.

So, salahkah perancangan kami ni? Semuanya dengan izin Allah..dan hanya Allah Maha Mengetahui.

B. Eh... anak perempuan lagi?

Ketika aku melahirkan Durrah Khayla, ramai yang bertanya, ehh gegirl lagi? Soalan sinis seolah2 kami gagal dalam membuat perancangan keluarga.. hehee.. think positve! Rezeki anak semuanya ditentukan Ilahi. Kami bersyukur dengan pemberianNya, asalkan sihat..Alhamdulillah.. kerana masih ramai diluar sana yang belum dikurniakan rezeki malah juga belum dipertemukan jodoh. Jadi, janganlah dipertikaikan rezeki yang dikurniakan. Kami bersyukur seadanya.

C. Bila kami dapat gegel yang ke-3 ni juga, ramai yang berkata begini..

Ohhh kena beranak lagi lah lepas ni... sian awak
Kalu ke-4 dapat boboboy, boleh stop beranak dah..
Haa? gegel lagi? kena belajar lagi ni

Aku cuma mampu gelang kepala memikirkan adakah mereka yang berkiran positif atau aku yang terlebih positiv? Jawapan aku senang..
Jawapan 1- Takpe.. Kalau ada rezeki mengandung lagi, saya bersyukur sangat. 
Jawapan 2 - Eh.. kenapa nak stop kalau dah dapat baby boy? InsyaaAllah , kalau ada rezeki lagi, kami terima semuanya samada girl or boy. 
Jawapan 3 - Tak perlu belajar.. cuma perlu tingkatkan beribadah dan berdoa mohon keampunan dari Allah. Dia Maha Mendengar dan Mengetahui segalanya


D. Bercerita perihal hubungan s*** dalam blog

Bagi aku, ianya adalah cerita yang terlalu peribadi. Aku.. akan terus hilang respek pada mereka yang terlalu open bercerita kisah tu pada umum especially dalam blog. Sesiapa saja boleh membaca tulisan mereka.. Adakah mereka terlalu bangga kisah menyambut annyversary dan bercerita kisah mereka yang bangun lambat pada keesokannya sebab gedik menyambut annyversary pada malam hari? Apa mereka tidak paham maksud disebaliknya?dan mana pergi subuh mereka jika bangun lewat dinihari semata-mata menyambut annyv? uweekkk!! geli aku baca sikap dis blogger yang kurang perasaan malu itu.

Then, ada juga yang terang-terangan menghebahkan dalam blog mereka (yang ada ribuan follower), kisah mereka menyambut annyversary di hotel dan berkongsi info tentang mereka yang menghabiskan hari annyversari mereka dengan melakukan **** beberapa kali? Adakah mereka sudah tiada rasa sifat malu?
Aku.. memang terus hilang respek pada mereka.. jijik! haishhhh

D. Tidak bertegur sapa dengan jiran tetangga

Jiran perlu dimuliakan..sekuarangnya dengan senyuman pun jadilah.Tapi, bayangkanlah jika anda mempunyai jiran yang tak pernah bertegur sapa dengan tetangga mereka. TIngkap dan pintu rumah sentiasa tertutup rapat walaupun ketika memasak..tak rimas ke bau asap dan minyak memenuhi ruang rumah jika tiada pengudaraan yang baik di dalam rumah??  Menyidai pakaian ketika tiada orang diluar, atau akan cepat-cepat bersembunyi disebalik kain atau selimut besar yang disidai jika terlihat bayang orang. Then, bila sakit takde sapa yang tau. Tetiba tengok berjalan terhenjut-henjut gara-gara terjatuh ketika memasak dan rumah hampir terbakar sebab api dah menyambar rumah. Adushhh malukah atau menyombongkah anda? Pelikkan..

Sory... semua tu ragam manusia yang pelik di mataku. Aku juga mungkin ada perangai pelik di mata kalian. Pohon ampun jika perangai pelikku mengganggu kehidupan kalian. Juga pohon keampunan Allah atas tulisan kali ni. Bukannya bertujuan membuka aib orang, tetapi berkongsi, agar aku dijauhkan dari sifat-sifat di atas..


6 comments:

Anonymous said...

My family members all the time say that I am
killing my time here at net, but I know I am getting experience every day by
reading such pleasant articles.

Also visit my webpage: augmenter vue youtube
my page :: plus de vue sur youtube

eiyta said...

Sangat setuju la kak tini..saya nie orang selalu tanya:
Situasi: Kat rumah org kawin. "eh, nie bila lagi nie?? Adik tak lama lagi, kakaknya bila plak??"
Saya akan jawab:
Jawapan 1: "Lepas raya nanti" so nanti diaorang akan terlopong..padan muka..
Jawapan 2: "Saya bukan Tuhan, kalo Tuhan bgtau saya nanti saya akan inform u all yer.."
Susah sangat ker nak faham yang jodoh, pertemuan di tanga tuhan???!!!

Engku Artini said...

ita.. tu laa.. orang suka sgt pertikaikan perjalanan hidup kita yg dah dtentukan Tuhan.. saboo je la..

ape2 pun.. akak sentiasa doakan agar ita akan cepat dipertemukan jodoh.. sama2 kita doa ye.. amin

airikamalek said...

tahniah...seronok ada keluarga besar dan semoga segala impian akan terus menjadi kenyataan

Engku Artini said...

terima kasih arika.. begitu juga untuk awak..

Umi Puteri said...

Thanks sis atas ilmu dan perkongsian,semoga kita menjadi insan yg sentiasa bersyukur dan muhasabah diri setiap hari,iaitu' hari ini lebih baik dari semalam'

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini