Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, March 4, 2013

Usaplah kepala anak yatim itu..

Aku ke mini ceramah untuk pelajar kolej. Kami para pensyarah juga dijemput hadir.

Aku cuma nak fokuskan kepada point utama yang masih kekal di ingatanku hingga kini..

Usaplah kepala anak yatim..

Ya.. aku pernah tinggal di rumah anak yatim Darul Falah, Marang Terengganu dari Tingkatan 1-3. Aku, sangat suka jika kepalaku diusap-usap oleh Pengetua asrama, Arwah Hj Abdullah. Dia selalu mengusap kepala kami.. (secara berlapik tudung).. sambil bergurau dan memberikan nasihat ataupun pujian.

Aku.. sudah tentu akan sentiasa mendapat usapan di kepala dengan pujian, sebab ..mmm aku kan budak baik dan cemerlang dulu.. hehee alhamdulillah. Jadi, akan berkembang mekarlah perasaan itu dihatiku... sentiasa...hingga kini. Bukan perasaan bangga, tapi perasaan rasa disayangi. dikasihi oleh seseorang yang sudi menumpang kasih mereka kepada kami.

Kami.. berenam beradik kehilangan ayah ketika masih kecil. Aku masih dalam Darjah 5, sementara adik bongsu baru berusia 3 tahun Bonda bersusah-payah mendidik kami bersama arwah nenek.Bayangkan bonda tidak pandai memandu kereta walaupun ada kereta buruk peninggalan arwah ayah. Kami tinggal nun jauh di pedalaman Kg. Baru Serada, bonda pula bekerja sebagai bidan kerajaan yang kadang-kadang menuntut masa bekerja lebih dari waktu bekerja sebab menyambut kelahiran bayi di seluruh kampung sekitar Serada. Bonda juga tidak pandai menunggang motorsikal, tetapi bonda perlu bertugas melawat ibu-ibu bersalin di sekitar kawasan yang mungkin sejauh 10km jauhnya... Jadi, bonda hanya berbasikal.. Bila berselisih dengan lori, bonda akan berhenti di tepi jalan. Kesian bonda, berkayuh di tengah panas terik untuk mencari rezeki.

Seingatku, semasa kami kecil.. semasa kami menjadi anak yatim yang masih kecil, tidak ramai 'saudara' yang datang mengusap kepala kami..  Kami tidak inginkan harta benda atau wang ringgit mereka. Cukup sekadar menumpang kasih. Sebab.. tentunya kami rindukan arwah abah. Abah dan bonda tentulah tak sama..Seperti ibu bapa anda juga kan.. Kasih-sayang anda pada mereka berdua tentu tak sama. Anda mesti rindukan mereka berdua.. bukan salah seorang kan..

Jadi, usaplah kepala anak yatim..

Mereka.. seperti juga aku dulu.. sangat-sangat merindui kasih sayang seorang ayah atau mereka-meraka yang dikasihi... Sayangilah mereka.. peluklah mereka.

Hadis anak yatim

Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah maka baginya kebaikan yang banyak dari setiap rambut yang ia usap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki maka aku dan dia akan berada di Syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (HR. Ahmad dari Abu Umamah)

-Al Fatihah untuk Arwah Hj Abdullah dan Arwah Puan Azizah (isteri beliau). Semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin

1 comment:

Nora Karim said...

Sedih pula Baca entri kak Tini ni...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini