Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, August 29, 2013

Sambutan hari lahir ibu


30 julai tahun ni adalah hari lahir yang amat spesel bagiku. Hasya dan Amna siap praktis buat persembahan spesel untuk ibu wohoooo!! suke sangaaat..!!

Walaupun takde kek or special makan2 masa birthday kali ni sebab aku masih berpantang, tapi tetap best dan meletuppp...

Gini citenya..cewahhhh

Macam biasalah, bangun kul 4 pagi nak sediakan sahur dengan hubby... then nampak dapur dah terang benderang dahhh... ehhh tak tutup lampu ke mlm tadi.. then nampaklak Hasya tengah kacau air milo... ehhhh lagi aku.. biasanya hubby akan kejutkan dia sahur bila makanan dan air dah ready.. aiks pelik jap aku.. pastu nampak hadiaahhhhhh atas meja... wahhhh sukaanyaaa dan kakak pun wish happy birthday!! sambil bagi air milo specel untuk aku... wahhhh bestnyaa ada anak dara buat air..

Sedapppp!!

Pagi esoknya bila amna dah bangun tidur, dia marah2 sebab kakak tak kejutkan dia tidur untuk ucapkan selamat hari lahir untuk ibu.. ohh takpe sayang.. ibu tak kisah.. tapi dia macam tak puas hati je kat kakak ... aku biarkan je..

Petang bila kakak dah balik sekolah, aku dengar diorang macam gaduh-gaduh, pastu amna nangis..dan mengadu kat daddy..
abahhh... kakak tak nak buat
buat apenyaa
tulaahh yang tu.. kakak dah janji nak buat sama-sama.. tapi tadi dia kata tak nak buat pulak.. 
entah apa laa yang diorang janji tak pulak aku tau.. dan tak taulah apa yang abah diorang pujuk

Malam.. aku lepak dalam bilik belakang dengan durrah khayla sambil lipat kain.. daddy g terawikh dan bb tidur. Budak berdua ni duk dalam bilik diorang.. maybe buat kerja sekolah or main dalam bilik, biasanya gitulah diorang dalam bilik. Tapi tiba-tiba diorang datang..

Ibu.. kakak ngan amna ada nak tunjuk sesuatu untuk ibu
ohh ye keee... apa diaa
haaa ibu tengok yee..


(sorry video senget, tak boleh nak rotate dahhh.. huhuuu)
or click sini kat youtiub

Terkedu jap aku.. durrah pun macam terlopong tengok kakak dia nanyi.. hahaa. then aku suh diorang ulang lagi beberapa kali.. huhuuuu touching sungguh rasanya.. rupanya selama ni diorang duk praktis dalam bilik senyap2 sebab nak suprisekan aku.. owwhhh my addinies.. cutenyaa.. Dan amna merajuk tadi pun sebab kakak tak nak buat persembahan ni rupanyaa...
ohyee... kertas yang diorang pegang tu adalah gambar orang sedih (masa lirik bila ku berduka) dan gambar orang gembira (masa lirik engkau hiburkan selalu). Ohohooo pandai betul diorang . Dan juga ada simbol hati yang diorang pegang tu masa nyanyi lirik ratu hati kami...

Sweetnyaaa... ibu hargai sangat. Tak sabar nak tunggu lagi 2 orang puteri addini besar, mesti lagi kreatif idea diorang

thank u sayang.. ibu akan ingat sampai bila-bila... i love u forever!!

2 comments:

eiyta said...

Ala cutenya...saya pun duk play byk2 kali sambil tersenyum2...
part khayla duk pegang pampers tue yg kelakar...ehhehe

Engku Artini said...

oh yee ker.. sory gambar tak cantik n x rotate betul..
hehee.. khayla tu mmg kelakar sokmo..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini