Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, September 30, 2013

Main tarik upih

Masa kecik-kecik dulu, selalu jugak aku main tarik upih ni.. seronokkan.! Ambik pelepah kelapa yang dah tua, duduk pastu nanti adalah yang jadi tukang tarikkkkk... wowwww best tak terkata kan.. Tapi, kalau part kena tarik orang pulak... haahaaa... sangat tak best kann..

Ni aktiviti gegels minggu lepas, baru nak update..hehee

Diorang ambik plastik besar, pastu pakat main tarik upih..  alahaii..mesti idea si kakak dengan amna ni..
tengoklahh diorang main ni.. tergelak-gelak aku tengok diorang main, cam nak join sekali jer hehee

Bergerak ke upih tu tarik si kakak yang bigg biggg tuuu...! hahaaa
Seronok sungguh Durrah kena tarik..siap letak bantal dan cik bear lagi... lagi best siap minum air soya lagi tuuu bagusss bagusss!
Amna... pun sakan enjoyyyy,,, happyyy happpyyy!!
Pastu diorang tukar upih guna selimut pulak... lagi seronok durrah tu.. !
Saya nak main jugaa.. tapi takde orang ajak, huhuuuu sian saya kan
Bersungguh-sungguh Amna tolak durrah..!

Begitulah.. bagus juga idea game diorang ni, dari main game kat tablet kan, erkkk no noooo... !

p/s : Durrah tu pakai baju warna coklat ye.. trend baju terkini, tone warna kulit.. hihiiiiii ...

Alahai gegels ibu... comel je idea hik hikkk!!

Thursday, September 26, 2013

Konvensyen KIK IKIP 2013

Hari ini berlangsungnya Konvensyen KIK bagi kolej kami... hari yang paling dinanti-nantikan sangat oleh semua peserta..

What is KIK?
Kumpulan Kreatif dan Inovatif.

Hadiah...?
Mesti ada trofi, Anugerah Emas, Perak dan Gangsa dan wang tunai u.... wowww!!

Kumpulan kami.. ALL Star 4 akan menjadi peserta pertandingan ke-4.. dari 8 penyertaan.

Selamat berjuang semua..! hahaaaa

p/s.. untuk my group members, jangan lupa objektif utama pertandingan kita ni uolsss hahaaa

GOOD LUCK & All the best!

Tuesday, September 24, 2013

Makan durian

Semalam tokma kirim durian, duku dan rambutan.

B... Nak durian tak?
Yeaaaa..! Nak duyyannn nakkk duyyannnn!

Berpestala mereka bertiga makan duyyannn..

Erkkkkk seluar mana b....

Friday, September 20, 2013

Lunch apaa?

Aikkk... Jgn gelak !


Tiba tiba tengahari tadi rasa nak balik rumah, sebabb ofis sunyi ..haha! Alasan logik kan. So terus pecut balik rumah. Kul 1 baru sampai sebab jammm hari jumaat. Biasanya 15 minit dah sampai rumah..hohoo

Okeh, balik konon nak supprisekan orang ngehh ngehh, ingatkan orang kat rumah masak. Orang kat rumah lak ingat aku tak balik ishhh ishhhh. Maka, inilah jadinyaa

Cari ini...


Then, main masak masak....


Tadaaa.... Sedap jugak makan panas panas dengan pelam separuh masak. Hahaa

Anda lak lunch apa?

Thursday, September 19, 2013

Hasil tanaman mempelam mas hitam 2

Mmmm dua singgit dua singgit !! kata mail upin ipin
Hahaha.... its free jer laa .. Copla hok mane se  nok.. Sila sila..
Ahmad se
Kak ngah se
Abg Adam se
Hakim se
Abg cik se
Kak Nisa se
Ameer se
Farah faqihah se
Abg haziq se
Afeeq, aqib, al amin nok juga? ambik ambik..
Tapau untuk org kampung skali neh :-)

Ehh mummy gegel tu no jg ke

Stok susu EBM ketika habis pantang dan naik kerja

Alhamdulillah.. masih diberikan rezeki untuk fully bf bb Dhia Zaara. 
Ni masa first time pump, dapat 2 oz je. Start pump masa hari ke-17 pantang.

 Ni pulak stok susu beku masa nak mula start kerja. tak banyak sangat sebab malas nak pam.. hehe..

ni pulak stok susu yang masih fresh..

Total susu EBM semua dalam 112 oz kalau tak silap.. 
So far, bb dah capai 2 bulan setengah.. alhamdulillah tak pernah demam dan meragam.. .. moga bb Dhia terus membesar dengan sihat dan cergas .. 

Wednesday, September 18, 2013

Penat beraya..

haha.. raya dah habis tapi baru nak cite.. hehe.. takpela.. kan sekadar kenangan dan ingatan di kala mereka beraya bersama anak-anak mereka nanti dan ketika kami meniti hari tua nanti.. so.. enjoy d pic!


Hari raya ke-2. Lokasi di Kuala Terengganu.. menuju ke rumah bapa saudaraku Tengku Musa@tengku kadir. acara beraya rumah ke 6-7.
Kakak dah tersengguk kat tengah tu.. ternganga mulut haaa
Durrah khayla lak.. pun tertido dah penat beraya dan bermain ..
Amna.. owhh dia dah tidur masa beraya rumah ke 3-4 kut..

oho.. raya ke-2 memang sakan kami beraya.. dari kul 10 pagi hingga 10 malam baru balik rumah.. yang penting, puas hati dapat eratkan silaturrahim, mengunjungi yang kurang sihat dan saudara mara ohh dan juga bekas pelajar hahaa.. nanti aku update pasal beraya dengan bekas pelajar ni nanti.. gambar dalam henset hubby lakk

okeh.. dah nak raya haji pulak kan..

Monday, September 16, 2013

Selamat hari malaysia

Rehat d hari cuti

Addinies on camera!


Celebrate 8th birthday!


lucu sokmo..!

smileee pakai topi kertas.. :)

puteri comel yang lena beradu..

main buai laju sambil main geletek2.. 

main keta ..

suka gambar ni.. ceria belaka..!

masuk baldi pulak..

Pelukkkk kak amnaaaaa!

main buai kat kat pantai balok..

hadiah addini sempena hari ibu..

dan kakakkk.. hahaaa

Saturday, September 14, 2013

Reaksi dapat adik baru..



Welcome home sayangggg!
Ni masa first time sampai kat rumah... sukanya aku.!
. macam tak sangka semalam duk lepak-lepak kat situ,
tapi hari ni dah ada baby baru lepak sama... syukur alhamdlullah

sayangg baby! kak amna suka jaga baby
 tapi ada lagi sorang kakak yang suka jaga baby... ni diaa... 
kiss baby sket..

kiss lagi

comel..!

nak tido pegang tangan baby..

kiss lagi..
 Durrah tak boleh ditinggalkan sama-sama baby berdua je, bahaya. Dia akan selalu nak kiss baby, pegang tangan, nak tepuk dodoi tapi dalam posisi yang agak bahaya bagi aku. Kadang-kadang agak kasar dan keras cara dia nak pegang baby.. jadi kena selalu tengok dan awasi. Kadang-kadang pernah juga dia nak angkat baby macam aku angkat dan dodoikan baby.. adehh yang ni setakat ni masih tak pernah tinggalkan dia bersama.. too risky!
ibu.. nak riba baby jappp
lepas amna riba.. bb durrah sibuk nak riba jugakk
bu.. b nak riba baby..
ehhh tak bolehhh
b nak riba kat sini..(sambil tunjuk kaki)
tak boleh laa sayanggg...
hhahaaa maka merajuklah bb durrah tak dapat riba bb dhia.. hehee. tunggu besar sket ye sayang..

Friday, September 13, 2013

Hasil tanaman : Mempelam mas hitam


Setelah hampir 8 tahun, akhirnya buat pertama kalinya pokok pelam kami ni berbuah.. Alhamdulillah.. dah berpuluh kali kami cadang nak tebang sebab banyak kerengga, tapi tak jadi..
Akhirnya, start berbunga masa aku mengandungkan bb Dhia..seb baik tak ngidam nak makan pelam ni.. hehee
Nanti..sambil berehat.. boleh makan pelam.. tunggu masak dulu.. sabarr...!
Jemputla datang kalau nak rasa buah fresh dari ladang.. boleh capai dengan tangan jer.. 
Buah pun sangatlah lebat.. rasanya lebih dari 50 biji kut.. harap semua manis.

Thursday, September 12, 2013

Ragam empat budak comel

Ini ragam puteri comelku..
Ragam mereka ketika aku keseorangan menangani karenah mereka ketika daddy bizi di tempat kerja hampir 2 minggu lamanya ..bekerja subuh hari, pulang dinihari malam selepas isyak dan anak-anak dah hampir masuk waktu beradu.
Catatan kenangan ragam mereka.. supaya mereka ingat, aku ingat.. kelalaian mereka dan kelalaianku dalam melalui kehidupan harian bersama ibu

Satu.
Pagi. Bersiap ke sekolah.
ibu.. mana kain kakak....... (padahal dah bagi kain tu tadi)
kakak... nape tak pakai tudung lagi.. (padahal dah nak naik kereta, tapi tudung tak pakai lagi)
ibu... jap, beg sekolah kakak tak ambil lagi.. (padahal dah kunci pintu rumah.. so, kena bukak semulaa)
ibu.. beg sekolah agama kakak takde ni.. (padahal semalam pergi sekolah agama, dah bawa beg, tapi hari takde pulak..)
ehh kakak, mihun tak ambil ke ni.. (padahal dari tadi dia duk pegang mihun masa duk dalam kereta, time turun kereta nak ke sekolah tak ambil pulak..)

huuuuuuu camtulah kakak..  tiap hari kena selalu ditegur.. kena selalu diingatkan..
tapi kadang-kadang ok..... semuanya beresssss, lengkap..
yea... kakak masih kanak-kanak yang perlu sentiasa diingatkan
Ku peluk kakak sebelum ke sekolah...
Ibu mintak maap marahkan kakak tadi.. asyik lupa jer.. 
kakak pun mintak maap ibu.. 
Maafkan ibu kakak..terkadang, boleh hilang sikap sabar melihat ragam mereka.. tapi cepat-cepatlah peluk mereka, sayangi mereka dan terangkan kesalahan mereka.. Moga tiada dendam di hati mereka
Kakak.. senyum sikit.. comell!

Dua.
Balik dari beli barang-barang di carrefour, tunas manja, farmasi. Amna muncung mulut sedepa..
Kenapa nii muncung jeerr mulut....
ana penatlaaaa... asyik g kedai kedai kedaiiii
la.. kan beli barang ana jugak ni..
alaaa ana penatla asyik g kedai je.
ok.. tengok ni.. kat carefour beli susu ana, biskut ana, cornflake ana, farmasi beli ubat ana..kalau tak nak takpe.. lain kali tak yah pergi
penat penat penat... (merungut lagi)
okeh.. camnilah... barang ana ni ibu buanglah.. lain kali tak perlu beli dah..
tak nakkkk  ibu..
nii.. ibu letak kat luar rumah.. tak payah gi kedai lagi lain kali.. penat jer
ibuuuuu ana minta maaf..... ana tak buat dah lain kali...
ku peluk dia.. bagitau diaa.. marah tanda sayang ibu padanya...
maafkan ibu.. maafkan ibu sayang.

Tiga..
Di sinki dapur, sambil memegang baby dhia..nak bilas badan serba sedikit
Durrah turut ke dapur..tarik kerusi kecil, panjat di sink.. tangan nak buka pili paip tapi tak sampai, kaki dah mula berjingkit, kerusi mula bergerak.. risaukan dia jatuh nanti terjatuh tersengguk pada kabinet tile dapur yang semestinya keras dan berbuju tajam..
B.. turun b.. bahaya ni..
B nak buka air ni..
turun... bahaya ni.. ibu tak boleh pegang ni.. tangan ibu dah pegang bb dhia.. 
tak nakkk
turunnn... bahayaa ni... kalau jatuh.. tersengguk kt sini ... kan lukaa
tak nakkkkkk...
so, berlakulah adegan ibu yang terpaksa tarik si comel turun dari kerusi sambil pegang si kecil dhia..
durrah mula menangis..
bb dhia turut menangiss..
aku... owhh hati turut nak menangis..
kemudian, berpelukan.. bertiga... maafkan ibu sayangg...
ibu marah sebab ibu sayangkan b.. jangan buat lagi ye..
durrah hanya angguk dalam sendu.. sian

Empat.
Balik kerja.. lewat petang.. penat.
tiba-tiba bb Dhia seakan kentut.. pruuukkkkk... ohh u uukk rupanya..
ehhh aku sengih
dia sengih
sama-sama sengih
hahaaaaa
ku buka baju, buka barut, mitten, booties,
tuju ke bilik air..
buka pampers...
dannn basuh punggung.. dan bilas badan..
owhhh bb diam.. tanda suka
aku.. pun suka.. lamanya tak mandikan bb.. lamanya tak sentuh kulit bb dengan mandian dan air.
lamanya tak gosok-gosok badan baby dengan penuh kasih sayang sambil tengok  badannya yang dah semakin bulat..
selesai.
pakaikan baju..
wowwwwww dah makin besar drumstik baby rupanya..
barut pun hampir dah tak muat.
owhhhhhh lamanya ibu tak ulit baby dhia.. lamanya tak manjakan kulit bb dhia..
oehhhh ibu suka..
ibu peluk..
ibu sayangggg bb. tapi maafkan ibu, tak dapat jaga bb seperti arwah nyang jaga ibu dulu.. sentiasa mendidik ibuuu..

Owhhh puteri ibu..

walau beribu ragam.. ibu tetap sayang beribu-ribu lemon .. muahhh

Tuesday, September 10, 2013

Aktiviti mudah bersama anak..

Antara 50 senarai aktiviti yang diberikan disini... ini yang paling menarik bagiku...

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

InsyaAllah akan di amalkan selalu..
Semoga ikatan kasih sayang kami bertambah dan kekal selamanya...

Friday, September 6, 2013

Tips bekerja semula selepas cuti pantang

Lamanyaa cuti pantang.. 60 hari.. memang best sangatttt! Rasa mcm nak cuti lagi .. hahaaa..nak cuti jer ingat. Masa lagi seminggu nak start kerja, aku dah mula panic.. ehhh barang apa nak bawak pergi keje? baju rasmi nak pakai hari apa dan apa..? Dah yang paling bestnya, aku tertanya-tanya ehhh mana ID kad dan punch card aku.. Ada ke? Kat manaa? hahaaa maklumlah hampir 2 bulan aku tak sentuh dan tak ingat langsung benda penting tu. Pikir punya pikir, cari punya cari.. akhirnya baru jumpa dalam wallet je rupanya.. ahaa lama sangat tak bukak wallet.. surirumah sepenuh masa kann.. tak perlu buka wallet 2 bulan, buka mulut je untuk makan wakakaaaaa

Wallaaaaa untuk elakkan aku terkelam-kabut untuk pergi kerja, aku pun sediakan list barang untuk dibawa pada hari pertama naik kerja.. wuuhuuuu sedihnya nak kena tinggalkan puteri-puteri Addinies.. setiap hari terakhir sebelum mula kerja tu aku pesan pada semua addinies...

Nanti kena duduk dengan Ma (pengasuh) / sekolah yee.. Ibu tak dapat jaga dah anak ibu sayang ni.. Ibu kena kerja.. Ibu mintak maap tak dapat jaga sayang tauuu... 

Tulah pesan aku tiap-tiap hari.. Durrah Khayla angguk je bila aku cakap.. sedih aku tauuuuu. Jadi ibu tapi tak dapat jaga mereka, kena minta orang lain didik, suap makan, mandikan, main belajar.. huuu

Ehhh back to list barang.. ni dia list barang tu.. tulis dan tampal kat peti, sebelah kad ucapan hari ibu dari Amna.. supaya bagi semangat untuk aku kerja.. nampak tak?
List untuk keperluan aku, EBM, Durrah khayla dan lil baby. Boleh baca tak..? hahaaa sengaja aku kecikkan gambar supaya aku je yg dapat baca hahaaa... aci dok?

Kemudian cari dan kemas barang-barang tu, letak siap-siap kat depan pintu keluar. Nanti senang hubby nak kemas letak dalam kereta.

Ohyee.. ni dia punch card dan ID aku yang main sorok-sorok selama 2 bulan ..ishhh ishhh

Ni lah barang-barang yang aku dah kumpul siap-siap depan pintu

Tadaaaa...penuh kereta aku dengan beg dan beg dan beg...

Dan aku masuk kerja pagi tu dengan penuh muka moyok ala-ala sedihlaa kononnya teringatkan puteri Addini..

Selamat masuk kerja semula bagi mereka yang akan naik kerja semula selepas cuti pantang. Yang penting, kuatkan semangat dan mental bebbbb

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini