Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, September 3, 2013

Anak meragam di pasaraya

Aku menulis supaya aku ingat akan ragam mereka.. senang nak cite kat mereka.. Sebab kadang-kadang aku selalu terbayang macam mana ragam mereka masa kecik-kecik dulu. Camne ragam kakak hasya masa kecik dulu ehhh.. Rasanya sama macam durrah khayla ni.. ehhh durrah khayla yang macam sama peel dengan kakak dia ni.

Jumaat malam, kami ke carrefour untuk shoping barang dapur.. Troli pulak takde. Jadi kami angkut sampai 3 bakul malam tuu hussshhh dasyatla tuu kununnnn... tu lom soping susu n pampers.. takdok barang.. ehhh lari topik lakk

Then.. si budak comel ni ambik macam2 barang.. ambik then letak dalam bakul, pastu terpaksalah kami simpan balik. Ok.. yang tu boleh tahan lagi. Rasanya semua budak2 gitu kut. Sampailaa ke satu keadaan dia nak ambik susu kotak.. pastu nak bukak minum terus.. pujuk nak bayar dulu pun tak layan dahhh .. jadi, nak elakkan susu tumpah, zassssss aku tarik susu tu simpan balik... haaaaa danggg diaaaa........ye betul...macam dalam gambar kat bawah niii.... huuu sib baik orang tak ramai masa ni. Kami je kat lorong ni, jadi takdelah malu sangat..

gayaa gegel ibu merajuk nak susu kotakk... issshhhh ishhh

 Puas pujuk, dia meragam lagi nak susu lak.. dah bagi susu, pun meragam lagi.. last-last, hubby letak dia dalam bakul roda tu.... then tarikkk...

budak nangis dalam bakul... uwaaaa
Last-last ternampak coco crunch feveret dia, barulah diam.. tu sibb baik dalam kotak. Tapi lom habis shoping, belum sampai kat kaunter, kotak dah koyak dibuatnya..tapi sib baik tak dapat buka plastik isi coco crunch, kalau tak berterabur aishhh glamer ibu ..

Makanya, terpaksalah kami shoping cepat-cepat, bayar dan zusssssssss terus balik. Gegel..? Makan coco crunch dalam keta..

Biasanys shoping guna troli.. so senang sket nak kontrol si comel ni. Tapi bila dah takde troli, gini pulak jadinya..

Sape kate gegel-gegel semua tak lasak.. huhuuuu... Anda ada pengalaman gini jugak ke..?

1 comment:

Nora Karim said...

budak2 gitu la gayanya kak... hehe alisya tak pulak gitu... bila kita kata tak boleh or dah ada kat rumah dia paham... tapi kalau faris... mmg berguling gitu la... siap nangis/menjerit... ish ish ish...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini