Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, September 5, 2013

Sambut orang baru

Alhamdulillah puteri ke-4 kami selamat aku lahirkan pada pukul 10.47 am, 22 Jun 2013 seberat 3.35kg. Macam-macam nama cadangan kakak dan amna bagi.. kebanyakan nama tu diorang pilih dalam buku nama bayi. Suami pun nampak excited sangat sama-sama cari nama baby. Kadang-kadang balik kerja, mandi solat pastu terus belek buku nama tu .. hahaaa . Aku pulak suka cari kut internet je... banyak kan link nama bayi ni kat tenet..

Akhirnya kami sepakat namakan puteri comel kami ni dengan nama
Tuan Puteri Dhia Zaara Addini Bt Mahayudin
Dhia : Sinaran
Zaara : Bunga yang cantik
Addini : Agamaku

Selain aku dan suami, Kakak Hasya adalah orang pertama melihat puteri baru kami. Biasanya mesti ada Tok Ma (Bondaku) sebagai orang pertama yang melihat kelahiran puteri baru. Tapi kali ni, baby Dhia tak sabar nak jumpa ibu dan abah, tak sempat tunggu tok ma sampai... dah say hello pada ibu..
Gambar pertama Kak Hasya dan Baby Dhia

Hai princess... inilah ibu..!
Kami berpantang di rumah sebab kakak sekolah. Dah habis pantang dan kakak pun dah start cuti raya, kami pun bertolak balik kampung. Wahhhh sukanyaa.. tapi risau jugak kut duk lama-lama kat kampung nanti bikin kecoh dan bising rumah kampung gara-gara serangan puteri addini ke kampung. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kami stay kat kampung hampir 9 hari.. macam tak cukup jer rasanya.. hehee

Okeh yang penting yang nak aku cita kat sini adalah.. sambutan orang baru oleh Tok Ma. Walaupun ini adalah cucunya yang ke 19, tapi Bondaku ini tetap sambut puteri kami ini dengan meriah.. Bagi aku, terkejut bangat laa jugak..
Sebabbbb
Bonda bersusah payah dengan busu sediakan hamparan permaidani pink untuk puteri baru ni. Puteri kami ni disambut dengan alas tilam dan bantal baru gitu. Bayangkann.. sarung bantal tu memang bonda simpan elok-elok dan tak pernah atau jarang gunalahh.. dan kali ni bonda guna untuk sambut puteri Dhia.. wowwww specel sungguh rasanya..! Susah payah bonda letak tilam besar beralas permaidani pink untuk sambut baby baru kami...

Baby Dhia atas tilam baru Tokma

kakak Durrah teman baby Dhia tengok tv atas permaidani pink gitu..

Macam biasa-biasa, akan selalu sayang baby Dhia dia

 Thank you bonda.. dalam keletihan puasa tetap nak raikan puteri baru kami.. walaupun dah puteri ke-4. Kata orang biasanya puteri yang pertama atau cucu pertama je yang orang beria-ia raikan, tapi bonda tetap meraikan kedatangan puteri baru kami ke teratak bonda.  Thank you very much bonda dan busu....!!

Ehhh ehhh saya pun orang baru jugak.. kan kannn heheee

2 comments:

Puan Ida said...

Salam,
Ai saya ida
newbies blogger
baru follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielmna.blogspot.com

Engku Artini said...

hai ida.. happy blogging

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini