Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, September 6, 2013

Tips bekerja semula selepas cuti pantang

Lamanyaa cuti pantang.. 60 hari.. memang best sangatttt! Rasa mcm nak cuti lagi .. hahaaa..nak cuti jer ingat. Masa lagi seminggu nak start kerja, aku dah mula panic.. ehhh barang apa nak bawak pergi keje? baju rasmi nak pakai hari apa dan apa..? Dah yang paling bestnya, aku tertanya-tanya ehhh mana ID kad dan punch card aku.. Ada ke? Kat manaa? hahaaa maklumlah hampir 2 bulan aku tak sentuh dan tak ingat langsung benda penting tu. Pikir punya pikir, cari punya cari.. akhirnya baru jumpa dalam wallet je rupanya.. ahaa lama sangat tak bukak wallet.. surirumah sepenuh masa kann.. tak perlu buka wallet 2 bulan, buka mulut je untuk makan wakakaaaaa

Wallaaaaa untuk elakkan aku terkelam-kabut untuk pergi kerja, aku pun sediakan list barang untuk dibawa pada hari pertama naik kerja.. wuuhuuuu sedihnya nak kena tinggalkan puteri-puteri Addinies.. setiap hari terakhir sebelum mula kerja tu aku pesan pada semua addinies...

Nanti kena duduk dengan Ma (pengasuh) / sekolah yee.. Ibu tak dapat jaga dah anak ibu sayang ni.. Ibu kena kerja.. Ibu mintak maap tak dapat jaga sayang tauuu... 

Tulah pesan aku tiap-tiap hari.. Durrah Khayla angguk je bila aku cakap.. sedih aku tauuuuu. Jadi ibu tapi tak dapat jaga mereka, kena minta orang lain didik, suap makan, mandikan, main belajar.. huuu

Ehhh back to list barang.. ni dia list barang tu.. tulis dan tampal kat peti, sebelah kad ucapan hari ibu dari Amna.. supaya bagi semangat untuk aku kerja.. nampak tak?
List untuk keperluan aku, EBM, Durrah khayla dan lil baby. Boleh baca tak..? hahaaa sengaja aku kecikkan gambar supaya aku je yg dapat baca hahaaa... aci dok?

Kemudian cari dan kemas barang-barang tu, letak siap-siap kat depan pintu keluar. Nanti senang hubby nak kemas letak dalam kereta.

Ohyee.. ni dia punch card dan ID aku yang main sorok-sorok selama 2 bulan ..ishhh ishhh

Ni lah barang-barang yang aku dah kumpul siap-siap depan pintu

Tadaaaa...penuh kereta aku dengan beg dan beg dan beg...

Dan aku masuk kerja pagi tu dengan penuh muka moyok ala-ala sedihlaa kononnya teringatkan puteri Addini..

Selamat masuk kerja semula bagi mereka yang akan naik kerja semula selepas cuti pantang. Yang penting, kuatkan semangat dan mental bebbbb

2 comments:

eiyta said...

Welcome back Kak Tini...

Engku Artini said...

tq ita.. selamat hari raya maaf zahir batin.. walaupun dah last raya arini hehee

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini