Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, October 9, 2013

Terkenang..

it was 6th October again...

Teringat dan mengingati..

1. Siapakah yang mengajarku berjalan..?
tak tau.. takde gambar or vidoe yang merakamnya..
tapi mestinya dia

2. Siapakah yang menyuapku makan dan minum?
semestinya dia

3. Siapakah yang memakaikan pakaian dan menukar lampinku?
semestinya dia

4. Siapakah yang membasuh lampin dan kain bajuku..?
tetap dia..

5. Siapakah yang memujukku takkala tangisan mengiringiku..
dia

6. Siapakah yang menemaniku mandi dingin pagi hari di tepi paip rumah ?
dia.. diaa

7. Siapa pula yang memasak nasi goreng kegemaranku, pisang goreng kesukaanku dulu..
dia juga

8. Apakah makanan harianku dulu..?
tak ingat..tapi semestinya dari air tangannya

9. Siapakah yang menemaniku tidur tiap malam tika kecil dulu..
aku tidur bersamanya.. aku ingat itu.. tiap malam.. di rumah kecilku dulu

10. Siapa yang mengikat tocang rambutku tiap pagi ke sekolah rendah.. sungguh kemas sekali?
ye dia.. aku sungguh ingat itu

11. Siapa yang menjahit baju sekolahku dulu..?
dia.. ye dia sangat pandai menjahit.

12. Siapa yang mengajarku menjahit.. yang mengajarku cucuk benang ke lubang jarum dan simpul benang..?
aku tak ingat itu... tapi ku pasti.. semestinya dia

13. Siapa yang ke Kolumpo mengiringi kejayaanku sebagai graduan dulu?
ye.. dia salah seorang dari mereka.. walaupun jauh, dia tetap pergi.

14. Siapa yang menghantarku sebagai seorang isteri nun jauh hampir 400km jauhnya darinya..
dia .. dia hadir melepaskan tanggungjawabnya..

15. Siapakah yang sentiasa bersamaku.. menemaniku.. membawaku berjalan-jalan balik kampung naik bas
ye.. dia.. aku pasti dan aku sungguh ingat itu.. kerana aku sangat gembira detik itu.

Oh.. banyak yang aku lupa..
tapi..

Siapakah yang berada disisinya ketika hayat terakhirnya masih ada..
Aku... tiada di sisinya..
Aku.. tidak bersamanya..

Sedih
Aku tidak tahu itu
Aku tidah tahu itu adalah detik-detik terakhirnya
Aku tidak tahu dia sedang menunggu detiknya..
Sungguh.. aku tak tau.
Pull stop.

Redha.
Pilu.
2 tahun berlalu.

Al fatihah nenda
Jasamu takkan ku lupa

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini