Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, November 26, 2013

Air tangan anak..

Semalam demam, lemah tak bermaya je rasa.. Pastu mulalah mood nak bermanja dan mengada-ngada datang..hehee

`Amna..ibu tak laratla..tapi ibu nak air ..
Ibu nak air apa, amna buatkan untuk ibu..
Ibu nak air milo spesel boleh..
Boleh, mmmm tapi Amna tak pandai nak letak air panas ..camne
Takpe, amna buat jer, tak perlu letak air panas ..
Okey ibu...`

5 minit lepas tu, Amna pun datang ..dengan secawan milo
Milo tanpa air panas..lama dia kacau nak bagi hancur milo hehee
Sedap jugak..air tangan anak kan..

Tq sayang

Thursday, November 21, 2013

Aktiviti cuti sekolah #1 puteri Addinies

Cuti sekolah dah bermula. Seronokla para guru yang dapat bercuti sama dengan anak-anak. Takpe, insyaAllah aku akan cuba pastikan puteri Addinies pun gembira dengan ketibaan cuti sekolah kali ni. (Memang gembira sangat diorang ni..hehee)

Jadi, aku cuba buat beberapa aktiviti mudah bersama mereka pada cuti sekolah minggu pertama ni. Aktiviti ni hanya aku bersama 4 little Addinies ye.. daddy kerja. Jadi, agak mencabar untuk bawa mereka beramai-ramai sekaligus tanpa bantuan daddy. Takpe, kita jadi wondepet..KERJASAMA sama-sama ok hik hik!

Aktiviti 1 : Bawa puteri Addinies bermain di pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan.

Pantai ni dekat je dengan rumah..dalam 5 minit je dah sampai. Jadi tak perlu bersiap beria bawa bakul susu, beg pampers, extra baju kids and baby, towel etc. Bawa serba ringkas yang penting jer.

Sampai jer kat pantai, 2 little addinies main pasir. Mereka dah siap-siap bawa semua barang mainan untuk korek pasir, bina istana pasir dan sebagainya. Amna suka cari kulit kerang.

Dis 2 litlle addinies lak sangat buzy.. Durrah sangat suka bermain dengan bb Dhia. Tiap masa dia akan pegang tangan lil Dhia dan kiss. Minum susu pun mesti nak pegang tangan bb Dhia.. sooo cute!

Tengoklah sisterhood bonding activities mereka.. 
So, oleh kerana bb dhia dah ada bibik, jadi aku hanya duduk goyang kaki sambil hirup angin pantai... bestnya..!

Aktiviti 2 : Pergi kenduri kahwin di Taman Pertanian Kuantan

Awalnya agak berdebar nak bawa mereka pergi kenduri ni. Macam-macam aku pikir..macam mana time nak makan nanti, camne nak handle durrah khayla kalau bb dhia tetiba nangis, macamana kalau tempat tu panas terik dan amna nanti mula gatal-gatal dan start nangis.. macamama kalau tetiba bb nangis nak menyusu..(im not so comfortable to NIP without hubby... agak kekok), so.. misi WONDERPET sangat diperlukan disini.

Alhamdulillah, mereka sangat behave sepanjang majlis ni. Kami siap boleh makan nasik minyak, buah jambu, tambah laksa, aiskrim, biskut yang sedap, dan kek coklat lagi. Yang bestnya, puteri Addinies siap boleh bersalam dengan pengantin heheee..

So, here d pic.. smile.. !

Aktiviti 3 : Ke taman permainan Indera Mahkota

Since adiinies sangat bagus masa pergi kenduri, aku meneruskan misi aktiviti cuti sekolah ke taman. Taman ni sangat cantik sebab dikelilingi tasik.  Berangan nak joging kat sini sambil teman addinies kayuh basikal keliling tasik.. hehee tapi susah pulak nak angkut basikal diorang ni kan..

Ok..3 lil addinies boleh buat aktiviti bebas di sini, lagi seorang akan supervise 

Durrah sangat seronok main buaian, kakak dan amna main jongkang jongkit kat belakang.

Aktiviti 4 : Camping dalam rumah

Khemah dah lama beli. Lupa dah simpan kat mana. Satu masa tu, daddy jemur toto di ruang tamu. Toto tu jemur atas 2 buah kerusi. Jadi toto tu nampak macam ala-ala khemah gitu. Kakak pun request nanti nak main khemah-khemah pakai selimut katanya.. Pastu ehh ehh baru teringat yang rumah kita memang ada khemah. Terus cari dan pasang untuk diorang main.

Siap pasang!! Amna yang paling gembira.. tengoklah sampai senget badan-badan duk menjerit suka.. hehe
Bb dhia pun tumpang seronok juga

See... diorang sangat enjoy dalam khemah ni. So far, tetiap malam Hasya tidur dalam khemah.. seronok sangat katanya..

Mmm ok, kena fikir lagi aktiviti untuk diorang ni. Ada 5 minggu lagi untuk penuhkan aktiviti mereka. Semoga mereka gembira

p/s alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah .. untuk apa lagi kalau bukan untuk aku bersyukur padaMu atas kurniaan terindah mereka dalam kehidupanku..

(NIP : nursing in public)

Saturday, November 16, 2013

Hobi membaca dictionary


Aku di dewan ..menghadiri majlis konvokesyen para pelajarku. Majlis pastinya bersidang dalam tempoh lama. Aku dah standby tab fully charged untuk digunakan sepanjang majlis nanti. Ofkos untuk blogwalking, facebook or ape-ape lah kan, asalkan hilang boring dan ngantuk dalam dewan..hehee..

Pandang kanan..ohh jiran sebelah pun berintenet, pandang depan pun sama..well dunia teknologi kan..
Tapi..pandang kiri..
Opsss opocot jap aku!!


Ehh awak.. Baca apa tu..??


What...? Baca English dictionary? Fuyoooo!! terkesima sunggoh aku. Tak pernah dibuat or tengok orang baca dictionary okey. Aku guna dictionary semata-mata untuk cari maksud perkataan yang tak paham jer.

Owhh.. Sungguh berilmu awak ..  Saya tumpang bangga dengan hobi awak ni..(bukan tumpang hobi..hehee)

Hebatkan! Awak ada?

Erti sebuah kejayaan

Tahniah tahniah tahniah! Semoga terus berjaya mengharungi kehidupan baru di luar..realiti sebuah kehidupan.

Aku..bangga dengan anak didikku..!

Friday, November 15, 2013

Suprise tak jadi!!

Macam biasa..kami memang suka suprise-suprise ni. So, balik lunch konon-konon nak surprisekan orang, tapi takde orang pulak kat rumah. Okeh..takpe misi diteruskan.. Main masak-masak lak. Masak nasi, sup sayur, telur dadar. Siap!

Tunggu lagi..sementara tunggu orang balik, jemur baju jap.. Siap jemur pun belum balik lagi. Takpe..teruskan misi dengan tidur-tidur ayam hehee. Nanti ada orang balik, kita pura-pura tidur ayam..hikkhikkk.. Konon seronok laa nanti dapat main-mainkan orang hikhik

Tapi...
Tunggu punye tunggu, tak balik juga..
Tidur tak dapat tidur jugak..
Masa berjalan, perut pun dah lapar

Tunggu lagi sambil kacau air.Tak sampai juga.. Huuu..Ambil pinggan 2 bijik.. Ceduk nasi sepinggan.. duduk depan lauk.. Ambik telefon ..call

Mmmmm...rupanya tak balik rumah tengahari ni, ada hal.
Dia kuciwa tak dapat makan nasi kat rumah, aku lagilah kuciwa..penat masak akhirnya terpaksa makan sorang jer..

Adehhh..udahla, lepas ni tak nak buat surprise lagi..

Dah nak habis makan baru ingat nak snap gambar.. Gambar nasi yang kuciwa hehee..

Wednesday, November 13, 2013

mahkota untuk ibu..

Ibu... ada persembahan untuk ibu..persembahan istimewa tauuu!!
oohhh ye ker... nakk tengokk!!

video

Oh.. terkejut ada mahkota isitmewa untuk aku...kakak sorokkan dalam selimut rupanya! 
Oleh kerana sangat gembira dapat mahkota cantik, aku suruh diorang ulang semula persembahan..

video

Ohh hoooo suke sangat.. terima kasih sayang! Ibu akan ingat sampai bila-bila..

p/s.. abah dah mula merajuk.. asyik-asyik persembahan untuk ibu, untuk abah takde ker..? hikk hikk

Friday, November 8, 2013

Julies Le-mond sedap!!

Ngantuk pulak petang-petang hari yang dingin ni. Sambil menghirup udara segar pantai gelora berhadapan ofis baru kami ni..

Ceewahh panjang pulak mukadimah. Sebenarnya nak bagitau mengantuk ...plus sedapnya biskut lemond ni..bertambah-tambah sedap bila ianya adalah biskut percuma.. (Makanan free semua sedap kan hehee)

Camne nak biskut percuma ni..? Ohh datangla ke ofis baru kami..( bukan biskut aku punye ye..promo sedap je) Nanti nak usha biskut ni kat tunas manja pula..

Bye..nak sambung makan free hihi..

Sunday, November 3, 2013

Coklat Ding Dang

Dulu-dulu...ding dang adalah coklat paling best untuk kami ..
Dapat coklat bulat-bulat sedap sangat !! Pastu yang lagi best sebab dapat mainan!!
Pakat main ramai2... Wohoooo!!
Dulu-dulu pun siap ada iklan kat TV lagi rasenya...kannn

Tapi
Balik baru ni, ipar belikan ding dang sepeket .. Pakat makan ramai-ramai. Wahhhh mula tu seronoknyaa rase!! Tapi, bila buka...  Huuuhuuuu ding dang dah tak macam ding dang. Dah takde coklat bulat, cuma ada gula-gula tak best 2 biji dan mainan yang tak best jugak..

Sungguh kuciwa rasenya.. Adakah semuanya gara-gara menyahut bajet 2014...mengurangkan pesakit diabetes negara... ?

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini