Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, November 21, 2013

Aktiviti cuti sekolah #1 puteri Addinies

Cuti sekolah dah bermula. Seronokla para guru yang dapat bercuti sama dengan anak-anak. Takpe, insyaAllah aku akan cuba pastikan puteri Addinies pun gembira dengan ketibaan cuti sekolah kali ni. (Memang gembira sangat diorang ni..hehee)

Jadi, aku cuba buat beberapa aktiviti mudah bersama mereka pada cuti sekolah minggu pertama ni. Aktiviti ni hanya aku bersama 4 little Addinies ye.. daddy kerja. Jadi, agak mencabar untuk bawa mereka beramai-ramai sekaligus tanpa bantuan daddy. Takpe, kita jadi wondepet..KERJASAMA sama-sama ok hik hik!

Aktiviti 1 : Bawa puteri Addinies bermain di pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan.

Pantai ni dekat je dengan rumah..dalam 5 minit je dah sampai. Jadi tak perlu bersiap beria bawa bakul susu, beg pampers, extra baju kids and baby, towel etc. Bawa serba ringkas yang penting jer.

Sampai jer kat pantai, 2 little addinies main pasir. Mereka dah siap-siap bawa semua barang mainan untuk korek pasir, bina istana pasir dan sebagainya. Amna suka cari kulit kerang.

Dis 2 litlle addinies lak sangat buzy.. Durrah sangat suka bermain dengan bb Dhia. Tiap masa dia akan pegang tangan lil Dhia dan kiss. Minum susu pun mesti nak pegang tangan bb Dhia.. sooo cute!

Tengoklah sisterhood bonding activities mereka.. 
So, oleh kerana bb dhia dah ada bibik, jadi aku hanya duduk goyang kaki sambil hirup angin pantai... bestnya..!

Aktiviti 2 : Pergi kenduri kahwin di Taman Pertanian Kuantan

Awalnya agak berdebar nak bawa mereka pergi kenduri ni. Macam-macam aku pikir..macam mana time nak makan nanti, camne nak handle durrah khayla kalau bb dhia tetiba nangis, macamana kalau tempat tu panas terik dan amna nanti mula gatal-gatal dan start nangis.. macamama kalau tetiba bb nangis nak menyusu..(im not so comfortable to NIP without hubby... agak kekok), so.. misi WONDERPET sangat diperlukan disini.

Alhamdulillah, mereka sangat behave sepanjang majlis ni. Kami siap boleh makan nasik minyak, buah jambu, tambah laksa, aiskrim, biskut yang sedap, dan kek coklat lagi. Yang bestnya, puteri Addinies siap boleh bersalam dengan pengantin heheee..

So, here d pic.. smile.. !

Aktiviti 3 : Ke taman permainan Indera Mahkota

Since adiinies sangat bagus masa pergi kenduri, aku meneruskan misi aktiviti cuti sekolah ke taman. Taman ni sangat cantik sebab dikelilingi tasik.  Berangan nak joging kat sini sambil teman addinies kayuh basikal keliling tasik.. hehee tapi susah pulak nak angkut basikal diorang ni kan..

Ok..3 lil addinies boleh buat aktiviti bebas di sini, lagi seorang akan supervise 

Durrah sangat seronok main buaian, kakak dan amna main jongkang jongkit kat belakang.

Aktiviti 4 : Camping dalam rumah

Khemah dah lama beli. Lupa dah simpan kat mana. Satu masa tu, daddy jemur toto di ruang tamu. Toto tu jemur atas 2 buah kerusi. Jadi toto tu nampak macam ala-ala khemah gitu. Kakak pun request nanti nak main khemah-khemah pakai selimut katanya.. Pastu ehh ehh baru teringat yang rumah kita memang ada khemah. Terus cari dan pasang untuk diorang main.

Siap pasang!! Amna yang paling gembira.. tengoklah sampai senget badan-badan duk menjerit suka.. hehe
Bb dhia pun tumpang seronok juga

See... diorang sangat enjoy dalam khemah ni. So far, tetiap malam Hasya tidur dalam khemah.. seronok sangat katanya..

Mmm ok, kena fikir lagi aktiviti untuk diorang ni. Ada 5 minggu lagi untuk penuhkan aktiviti mereka. Semoga mereka gembira

p/s alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah .. untuk apa lagi kalau bukan untuk aku bersyukur padaMu atas kurniaan terindah mereka dalam kehidupanku..

(NIP : nursing in public)

2 comments:

Daniela said...

bestnya berjalan2 time cuti sekolah :)

Nora Karim said...

anak2 mmg akan hepi je kak walau kemana kita bawa...even taman permainan... yg penting keluar dari rumah... sure happy...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini