Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, December 19, 2013

Pabila anak daraku berbicara..

Dear Puteriku Hasya Addini.. ingat .. ni bicara kita beberapa hari lepas..

Bicara satu

Ibu berkursus di UTM KL minggu lepas. Hasya tak dapat ikut sama ke KL. Plan asal nak bawa Hasya ke KL dan lepas tu bolehla bawa dia jalan-jalan KL macam tahun lepas bawa dia ke Sogo dan KLCC. Tapi disebabkan cuaca yang agak teruk dan Kuantan pun baru je reda musibah banjir, ibu terpaksa pergi KL sorang-sorang naik bas waktu malam. Kawan-kawan ramai yang dah pergi waktu pagi dan bermalam di Vistana. Arh..sebut tidur hotel, lagilaa meraung Hasya nak ikut ke KL. Tapi, setelah pujuk-pujuk nak beli something dari KL, pujuk sambil main-main dan layan sembang topik lain, Hasya pun nampak macam dah ceria dan senyum memanjang je..

Kakak.. kakak dah ok kan.. tak sedih lagi kan ibu nak g KL
geleng kepala..
Ni tadi kan dah senyum-senyum ibu tengok.. mesti dah happy kan.
geleng lagi
Ala.. sayang ibu ni, tadi dah ok, nape muram pulak ni.. tak best la camni. Kakak dah tak sedih kan
Sedih
Tapi ni muka senyum je ..
Tapi... dalam hati mana ibu tau..

opsss terlopong jap aku... okey.. dalam hati ye.. fuhhhhhh...ayat!!

Bicara dua

Sedang menonton episod raikan cinta di astro. Tiba part pengantin perempuan bersalam dengan ibu bapa dan nangis sebab sedih ..

Nanti bila kakak kawin nanti, mesti kakak pun camni.. Pastu nanti kakak duduk rumah lain dengan suami kakak..
Janganlah duduk rumah lain.. duduklah sini dengan ibu. Nanti mesti ibu sedih sebab tak dapat tengok kakak lagi tiap hari..
Takpe nanti kakak datang jumpa ibu selalu..
Tak best, ibu nak kakak duduk sama ibu. Nanti boleh kita main masak sama-sama.. kan kan
Tapi kalau kakak dengan suami kakak kerja bukan kat Kuantan camne..
Alaa.. kakak cari la kerja kat Kuantan jer..Nanti boleh duduk sini ye..
Okey..kakak janji. Tapi kan ibu, kalau kakak duduk kat rumah sebelah je boleh tak?
Nape lak..?
Sebab rumah ni macam sempit je sket.. (dengan nada yang sangat berlapik..)
Oooo takpe, kakak duduk je bilik ibu tu. Ibu boleh je duduk kat mane-mane pun..
Ok ibu.. lagipun bolehla kakak jaga adik sekali nanti. Adik kan sakit..
Haa betul tu. Tapi kan kakak nak kawin dengan sape nanti?
Entahla ibu..
Mmmmm kakak kawin dengan orang sebelah je la kakak.. nanti senang nak balik rumah ibu pegi sebelah je
Haa macam ciksu kan ibu.. dekat je rumah ayah su tu..
Haaa betul.. tapi dengan sape kak...?
Hahaaaa... entah, manelaa kakak tau.. ibu ni....
Ha haa.. tapi kakak janji ye kalau kakak dengan suami kakak kerja kuantan nanti duduk rumah ibu je ye.. 
Janji .. sambil senyum
Nanti boleh ibu jaga anak kakak nanti..
Hahaaaa....  (kami sama-sama gelak sambil berpelukan..)

Hasya ohhh hasya... Mainan atau kenyataan..? Janji kosong atau sebuah harapan?
Ibu tau.. ini hanyalah borak anak dara kecil ibu..

Tuesday, December 17, 2013

sudah jatuh ditimpa tangga

bukan merungut.. tapi sekadar untuk muhasabah diri sendiri..

Banjir baru selesai.. musibah yang kami hadapi amatlah sedikit bebanding mereka yang lagi perit kesusahannya..

Tapi kami diuji dengan musibah tempias banjir.

Kerugian banjir bolehlah letak tepi.. 2 almari buku bilik solat, tilam lama, dan lantai kayu 2 bilik.. itu je.
Tapi akibat banjir.. suhu jadi tak menentu. Kereta chery mula meragam..tetiba cermin belakang jadi retak seribu lepas banjir. Tak nak tukar takut hujan lebat muncul lagi.. jadi terpaksa lah tukar dengan harga airmata..600 riyal..

Akibat banjir dan hujan lebat juga, jalan jadi licin. Kereta wira hubby tersondol kereta saga lama yang buatannya agak gah berbanding body wira..bonet kemik, cermin lampu pecah, bumper depan pun remuk..kebetulan pulak cermin tepi juga remuk seribu. Nak baiki lagi? ye.. perlu baiki juga sebab hubby nak berulang kerja ke Kemaman. Baiki dan baiki... harga dibayar dengan harga yang tak ternilai.. keselamatan hubby semasa eksiden tu...600 riyal juga.

Akibat meredah banjir nak balik ambil pakaian anak-anak, tab aku jatuh dalam air. Tenggelam dan terus senyap hingga kini. Kos kerugian 600 riyal lebih jugak. Lalu aku hilang punca untuk bersosial bersama kaum keluarga yang mungkin sedang rancak bercerita perihal kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Aku terasa hilang dalam kemesraan mereka.. ketinggalan dalam serba serbi..
Ok. takpelaa aku guna henset lama..guna dan guna.. tapi akhirnya senyap dan rosak. gulp! tersedu aku.. nak nangis tak guna.. Dan sekarang.. aku guna henset lama.. teramat lama..9 tahun lepas..tapi alhamdulillah dia masih bernyawa dan berjasa bagiku.

Huu... ujian tuhan. Semua haknya.. sekejap je dia akan ambik balik hakNya..bila-bila masa.. Aku hilang semua gambar dan memori perkembangan puteri addinies dalam tab. Aku hilang memori indah aktiviti bersama keluarga tercinta.. aku hilang kenangan suka duka bersosial bersama keluarga tercinta.

Ampunkanlah kami. Mungkin ujian yang sedikit tapi pedih ini adalah kerana kelalaian dan kealpaan kami kepadaMu..

Tiada gambar, tiada cerita-ceriti .. ini je yang aku ada.

Little addinies pulak dah mula bertanya2.. bila nak beli baju sekolah, kasut sekolah, alatulis, alatulis, buku sekolah... ibu, atul dah beli buku sekolah, bila kita nak beli? 

Wallahu'alam

Friday, December 6, 2013

Musibah hadapi banjir di Beserah Kuantan

Sementara aku masih ingat rentetannya, ku tuliskannya di sini. Untuk ingatan dan muhasabah diri sendiri.

Isnin 2 Dec
Hujan lebat tak berhenti. sangat lebat. Rumah pengasuh di Taman Pelindung dah dinaiki air tahap paha. Tapi InsyaAllah fikirku, kawasan rumahku tak pernah banjir. Jadi, tak perlu persedian banjir sangat.

Selasa 3 Dec
Hujan masih lebat. Masa nak ke tempat kerja pagi tu, air parit dan longkang memang dah hampir penuh. Agak risau juga masa ni..tapi jiran bagitau air dah berkurang hari ni. Semalam lagi banyak airnya.. ok, lega jap rasanya.
Tapi, around pukul 10, jiran call.. air longkang dah melimpah ke jalan. 5 minit lepas tu jiran sorang lagi call.. Tini, baliklah cepat, air dah nak masuk garaj rumah ni. Tapi kereta dah tak boleh masuk taman. Kena parking jauh dan redah air dekat jalan nak menuju ke taman. Ooo.. ok masa ni, mula rasa panik jap. Hubby kat kemaman masa ni sibuk meeting, boleh calling-calling kejap ye. So.. bertenang, kekawan pesan ambik barangan penting jer dan pakaian anak2.. Ohhh masa ni pesanan mereka amat berguna. Aku dah mula blur masa ni.. huuu tapi masih tabah dan bertabah sangat.. kemonnn artini!!

Sampai kat area taman, jiran-jiran dah tunggu nak teman aku balik rumah. Kami sama-sama redah air tahap peha menuju ke rumah dalam hujan lebat teramat. Pakai pajung pun baju memang dah basah kuyup masa ni. Dann... masa tengah redah air tu lah.. tetiba... bff ku pun nak berenang main air sama. Dupppp dia terjun , hanyut,, meraba-raba kami beramai-ramai cari .. dapat diselamatkan tapi dah hancus.. huuu ohh my lenovo.. berkubur sudah.. sangat sedih, tapi tetap bertahan masa ni.. kental gitu konon-konon huu

Sampai rumah dengan basah kuyup, air belum masuk garaj tapi dah penuh di jalan. Aku kemas pakaian budak-budak dan aku suami isteri 2 beg. Bawa yang penting je. oh, bawa dokumen penting dan barang-barang peribadi (duit tabung n jewelerry) . Masa ni tak dapat call hubby sebab lenovo dah terjun main air tadi. So, tak tau nak buat apa lagi. Jiran offfer nak tolong apa yang patut tapi aku tak tau nak minta diorang buat apa..ye lah semua perempuan, takkan nak minta angkat mesin basuh n peti ais lak. So, aku hanya tinggalkan kunci rumah jer untuk emergency.

Oh.. dah nak balik la.. nanti aku sambung lagi kalau berkesempatan. Tapi kesimpulannya memang haru biru sangat.. sedih, letih dan macam-macam.. Walaupun air naik dalam 5 cm aka setengah kaki dalam rumah, tapi sangat memberi impak besar bagi kami.. huhu.. selut tak usah katalaa.. penuh satu rumah..

tengok gambar dulula ye.. kesan banjir.. Ni gambar dalam henset aku..tak banyak. Banyak dalam henset hubby. Aku tak sanggup nak ambik gambar ..sedih wasenya.. huhuuu (dennerrr sangat mu ni artini... erkk)


 Lantai kayu bilik solat.. dah rosak. Jadi gelembung dan maybe penuh selut bawah kayu tu.. (ohhh kelihatan langsir baruku.. hehee untuk hiburkan hati..)

Sebahagian selut di kawasan dapur setelah dibersihkan separuh

Setelah dibersihkan.. gambar sebelum? Aku tak ambik gambar.. 

Gonyohh jangan tak gonyohh

Makanan mangsa banjir. Nasi dan lauk kari disponsor jiran baik hati.. yang lain aku buat (air oren n paprik je)


Okeh.. dah nak balik.. cite bersambung ye.. doakan yang baik-baik untuk kami semua di kuantan. Masih ramai yang lagi teruk dari kami hakikatnya..

Monday, December 2, 2013

sister and lil baby

Yeayyy dah boleh meniarap weekend baru ni.. 5 bulan 8 hari. Agak lewat compare durrah dulu start meniarap masa 4 bulan lebih. Maybe sebab demam , batuk yang lama baru ni. Durrah cuba tolong adik dia niarap..hahaaa tak aci tak aci..!

Look...macam I'm d boss!! Hahaa.. Still akan cari tangan Bb dhia dan pegang kemas2 time nak menyusu..cute!

I love u addinies...!


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini