Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, December 6, 2013

Musibah hadapi banjir di Beserah Kuantan

Sementara aku masih ingat rentetannya, ku tuliskannya di sini. Untuk ingatan dan muhasabah diri sendiri.

Isnin 2 Dec
Hujan lebat tak berhenti. sangat lebat. Rumah pengasuh di Taman Pelindung dah dinaiki air tahap paha. Tapi InsyaAllah fikirku, kawasan rumahku tak pernah banjir. Jadi, tak perlu persedian banjir sangat.

Selasa 3 Dec
Hujan masih lebat. Masa nak ke tempat kerja pagi tu, air parit dan longkang memang dah hampir penuh. Agak risau juga masa ni..tapi jiran bagitau air dah berkurang hari ni. Semalam lagi banyak airnya.. ok, lega jap rasanya.
Tapi, around pukul 10, jiran call.. air longkang dah melimpah ke jalan. 5 minit lepas tu jiran sorang lagi call.. Tini, baliklah cepat, air dah nak masuk garaj rumah ni. Tapi kereta dah tak boleh masuk taman. Kena parking jauh dan redah air dekat jalan nak menuju ke taman. Ooo.. ok masa ni, mula rasa panik jap. Hubby kat kemaman masa ni sibuk meeting, boleh calling-calling kejap ye. So.. bertenang, kekawan pesan ambik barangan penting jer dan pakaian anak2.. Ohhh masa ni pesanan mereka amat berguna. Aku dah mula blur masa ni.. huuu tapi masih tabah dan bertabah sangat.. kemonnn artini!!

Sampai kat area taman, jiran-jiran dah tunggu nak teman aku balik rumah. Kami sama-sama redah air tahap peha menuju ke rumah dalam hujan lebat teramat. Pakai pajung pun baju memang dah basah kuyup masa ni. Dann... masa tengah redah air tu lah.. tetiba... bff ku pun nak berenang main air sama. Dupppp dia terjun , hanyut,, meraba-raba kami beramai-ramai cari .. dapat diselamatkan tapi dah hancus.. huuu ohh my lenovo.. berkubur sudah.. sangat sedih, tapi tetap bertahan masa ni.. kental gitu konon-konon huu

Sampai rumah dengan basah kuyup, air belum masuk garaj tapi dah penuh di jalan. Aku kemas pakaian budak-budak dan aku suami isteri 2 beg. Bawa yang penting je. oh, bawa dokumen penting dan barang-barang peribadi (duit tabung n jewelerry) . Masa ni tak dapat call hubby sebab lenovo dah terjun main air tadi. So, tak tau nak buat apa lagi. Jiran offfer nak tolong apa yang patut tapi aku tak tau nak minta diorang buat apa..ye lah semua perempuan, takkan nak minta angkat mesin basuh n peti ais lak. So, aku hanya tinggalkan kunci rumah jer untuk emergency.

Oh.. dah nak balik la.. nanti aku sambung lagi kalau berkesempatan. Tapi kesimpulannya memang haru biru sangat.. sedih, letih dan macam-macam.. Walaupun air naik dalam 5 cm aka setengah kaki dalam rumah, tapi sangat memberi impak besar bagi kami.. huhu.. selut tak usah katalaa.. penuh satu rumah..

tengok gambar dulula ye.. kesan banjir.. Ni gambar dalam henset aku..tak banyak. Banyak dalam henset hubby. Aku tak sanggup nak ambik gambar ..sedih wasenya.. huhuuu (dennerrr sangat mu ni artini... erkk)


 Lantai kayu bilik solat.. dah rosak. Jadi gelembung dan maybe penuh selut bawah kayu tu.. (ohhh kelihatan langsir baruku.. hehee untuk hiburkan hati..)

Sebahagian selut di kawasan dapur setelah dibersihkan separuh

Setelah dibersihkan.. gambar sebelum? Aku tak ambik gambar.. 

Gonyohh jangan tak gonyohh

Makanan mangsa banjir. Nasi dan lauk kari disponsor jiran baik hati.. yang lain aku buat (air oren n paprik je)


Okeh.. dah nak balik.. cite bersambung ye.. doakan yang baik-baik untuk kami semua di kuantan. Masih ramai yang lagi teruk dari kami hakikatnya..

1 comment:

Nora Karim said...

ya Allah... tak sangka kak tini pun salah seorang mangsa banjir... sempat dua tiga kali saya message ita...

doa saya untuk semua kawan2 di kuantan, moga kamu semua baik2 saja di sana... saya yang dok jauh dr kuantan ni pun sokmo sedih dan berdoa... moga tak de yang kena jangkitan kuman ke apa...

Ya Allah, kasihanilah mereka ya Allah... :(

kak tini please take care: diri sendiri and beloved addinies....

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini