Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, December 17, 2013

sudah jatuh ditimpa tangga

bukan merungut.. tapi sekadar untuk muhasabah diri sendiri..

Banjir baru selesai.. musibah yang kami hadapi amatlah sedikit bebanding mereka yang lagi perit kesusahannya..

Tapi kami diuji dengan musibah tempias banjir.

Kerugian banjir bolehlah letak tepi.. 2 almari buku bilik solat, tilam lama, dan lantai kayu 2 bilik.. itu je.
Tapi akibat banjir.. suhu jadi tak menentu. Kereta chery mula meragam..tetiba cermin belakang jadi retak seribu lepas banjir. Tak nak tukar takut hujan lebat muncul lagi.. jadi terpaksa lah tukar dengan harga airmata..600 riyal..

Akibat banjir dan hujan lebat juga, jalan jadi licin. Kereta wira hubby tersondol kereta saga lama yang buatannya agak gah berbanding body wira..bonet kemik, cermin lampu pecah, bumper depan pun remuk..kebetulan pulak cermin tepi juga remuk seribu. Nak baiki lagi? ye.. perlu baiki juga sebab hubby nak berulang kerja ke Kemaman. Baiki dan baiki... harga dibayar dengan harga yang tak ternilai.. keselamatan hubby semasa eksiden tu...600 riyal juga.

Akibat meredah banjir nak balik ambil pakaian anak-anak, tab aku jatuh dalam air. Tenggelam dan terus senyap hingga kini. Kos kerugian 600 riyal lebih jugak. Lalu aku hilang punca untuk bersosial bersama kaum keluarga yang mungkin sedang rancak bercerita perihal kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Aku terasa hilang dalam kemesraan mereka.. ketinggalan dalam serba serbi..
Ok. takpelaa aku guna henset lama..guna dan guna.. tapi akhirnya senyap dan rosak. gulp! tersedu aku.. nak nangis tak guna.. Dan sekarang.. aku guna henset lama.. teramat lama..9 tahun lepas..tapi alhamdulillah dia masih bernyawa dan berjasa bagiku.

Huu... ujian tuhan. Semua haknya.. sekejap je dia akan ambik balik hakNya..bila-bila masa.. Aku hilang semua gambar dan memori perkembangan puteri addinies dalam tab. Aku hilang memori indah aktiviti bersama keluarga tercinta.. aku hilang kenangan suka duka bersosial bersama keluarga tercinta.

Ampunkanlah kami. Mungkin ujian yang sedikit tapi pedih ini adalah kerana kelalaian dan kealpaan kami kepadaMu..

Tiada gambar, tiada cerita-ceriti .. ini je yang aku ada.

Little addinies pulak dah mula bertanya2.. bila nak beli baju sekolah, kasut sekolah, alatulis, alatulis, buku sekolah... ibu, atul dah beli buku sekolah, bila kita nak beli? 

Wallahu'alam

3 comments:

Naniey Jemiey said...

sabar yaa kak..ada hikmah disebaliknya..sabar yaa...

Gee GTG said...

takziah..

Engku Artini said...

tq nanie dan gee..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini