Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, January 28, 2014

ke Bukit Bendera lagi?

Teringinnyaa nak ke sini lagi..


Suhunya.. suasananyaa..memang sangat mendamaikan! Moga dipermudahkan kami ke sana lagi nanti.. InsyaAllah!

p/s..lepas ni kita lawan lagi sekali.. 6 vs 4, kita tengok sape yang lagi berat hihihii...

~auto publish~

Monday, January 27, 2014

Berjimba lagi?

2 days more before cuti-cuti malaysia bermula.. jadi..
1. korek tabung dulu.. hehee (tabung suami tabungku jua...kann kannn)
2. Siapkan kerja-kerja ofis.. !
3. Siapkan kerja-kerja ofisssss la laa laaa
4. Kerja-kerja ofissssss bagi settle daa daaa daaa
5. Buat checklist barang
 6. Kemas barang.. (lagi 2 hari tapi belum kemas apa-apa lagi.. adehhhh...) Putri addinies tiap-tiap hari tanya bila nak start kemas.. .Huuuu banyaknya barang nak kemas,
   i) Barang baby + Durrah
  ii) Barang another 2 Addinies
  iii) Barang ibu + daddy
  iv) Buah tangan untuk sedara mara
  v) hadiah kahwin
  vi) Barang-barang untuk ke CH..sweather, towel, toiletries, dll
  vii) Stokin untuk ke Kidlands.. 4+2+1 pipels
  viii) swimming suit untuk mandi manda di batu feringgi

hahaaa... oklaa kena wat check list dulu.. kena start packing malam ni jugak... huuuu malasnyaa...

Tuesday, January 21, 2014

Kemalangan kecil anak- terkena air panas

Perisitwa ni berlaku dah lama.. around 2012.

Sian durrah.. ini kecuaian ibu.. huuuu

First - terkena bubur panas.

Tiap pagi memang masak bubur dan bubur yang panas tu letak dalam bekas untuk bawa ke rumah pengasuh. Satu hari, letak bubur ni kat depan pintu keluar. Biasanya Durrah akan main dalam rumah je dan tak pergi ke pintu keluar ni. Masa ni dia merangkak or mengensut lagi.

Masa tengah mandi, tetiba kakak ketuk pintu bilik mandi dan jerit..
Ibu.. tangan baby kena bubur panas!! baby nangis ni!!

Haaa!!! Terus keluar bilik air, ambik durrah dan basuh tangan dekat sink. Basuh dan basuh. Teringat dulu aku pun pernah kena air panas dan doktor pesan suruh letak bawah air paip. Jangan letak kicap or ubat gigi. Tapi, durrah masa ni tetap nangis .. kuat pulak tu! Okeh.. terus siap tuju klinik 24 jam di Jalan Beserah.

Tiba di klinik around kul 7+. Baby nangis sepanjang masa. Sampai di klinik, disuruh tunggu. Doktor belum sampai lagi katanya.. Ok, sabar. tunggu.. then tunggu tak sampai juga.
Tanya lagi, mane doktor?
Dikatanya.. sekarang ni kul 7-8 pagi adalah waktu doktor bertukar syift dan waktu bersih klinik. Jadi doktor akan sampai dalam kul 8.
What?? Aku dah start marah masa ni? So whats the point klinik 24 jam namenya? Dahla durrah menangis tak henti masa ni.. Mintak ubat pun suruh tunggu doktor je huuuu!! Eeeeee memang geram sungguh masa ni. Sampai sekarang aku memang blacklistkan klinik ni tau huh!

Kul 8, doc sampai, terus masuk bilik. Doc sapu losyen putih kat tangan.. tak melecur teruk katanya. cuma luaran je. Then, dia masukkan ubat tahan sakit kut punggung.. rasenya macam ubat demam yang masuk kut punggung tu. Itu jer. nanti sapu losyen tu lagi katanya dan bagi minum ubat tahan sakit je katanya..

Hu..alhamdulillah, tangannya tak melecur teruk tapi mestilah sakit kan.. sian.. menyesal tak sudah aku sebab tak letak bekas bubur panas tu tinggi atas meja. Rupanya kakak pergi keluar sebab nak letak barang then tak sedar rupanya durrah khayla ikut skali dia keluar then main bekas bubur yang aku tutup tak brape rapat. huuu maaf sayang. Lain kali ibu cuba untuk berhati-hati

Second- terkena air milo panas.

Dady, Amna dan kakak ke pasar malam. Aku dan durrah kat rumah. Sementara tunggu diorang bawa balik makanan dari pasar malam, aku buat air siap-siap. Air milo dan kopi untuk daddy. Ambik jug, letak air panas, milo, susu , kacau...
Tiba-tiba durrah datang dan tertolak aku dengan walker.. Jug jatuh dan air tertumpah pada durrah dalam walker. Alamak...!! Cepat-cepat ambik dia dan basuh tangan kat paip.. basuh dan basuh.. nangis sikit je. Rasenya tak brape panas kut sebab air panas letrik tak brape panas dan bila dah letak milo dan susu tu maybe kurang sket panasnye. Huuu... tapi perasaan bersalah tu tetap ada.

Durrah naik walker, terlanggar ibu ..dan air milo panas pun tertumpah kena dia.. aloo sian!!
Moral.. Berhati-hati pada setiap keadaan. Expect what you are not expected!

~Auto publish~

Monday, January 20, 2014

Kemalangan kecil anak - terkunci dalam kereta

MasyaAllah.. its happend to Durrah.. each twice in 2012!

1. Terkunci dalam kereta
2. Terkena bubur / air panas

Bukan keta ni ye.. hehee dalam keta chery.

Terkunci dalam keta - 1
daddy bawa durrah naik keta..malam around kul 9-10 gitu. 



Then, masa nak buka pagar, daddy tutup pintu keta dan meluru nak buka pagar konon-konon takut durrah jatuh kalau tak tutup pintu dan konon-konon buka pagar tu kejap je. Memang sekejap, tapi durrah lagi terer tekan punat kunci kereta terus auto lock .. huuu haaa huru hara jap daddy. Aku dalam rumah masa ni.. tetiba dengar daddy panggil riuh rendah kat luar..

Yanggg cepaaatttttttttt, kakak panggil ibu cepattttttttt!

Terkejut jap aku, tapi... first, rilex kan diri jap. Kena berfikir secara waras. Daddy dah mula panik. Durrah rilex je gelak-gelak dalam keta. Gear dalam keadaan N dan handbrek dan ditarik.. bahaya juga kalau Durrah terlanggar gear ke D..(nauzubillah). Kami panggil nama Durrah banyak kali suruh dia tekan butang auto unlock kat tepi pintu.

Sebelah pintu tu ada banyak punat... auto lock, unlock, windows dan macam-macam. Aku teringat Durrah selalu juga main tekan-tekan butang kat situ. Kami pun jerit suruh dia tekan mana-mana butang kat situ..

B.. tekannnnn, tekan kat sinii.... tekannnnnnnnnn!

Tapi dia ingatkan kami main acah-acah dengan dia..dia duk gelak jer. Lama jugak dia terperangkap dalam 20 minit gitu. Semua jiran dah keluar tengok sebab bunyi bising.. Hubby dah mula decide nak pecah tingkap..Oh ye, kesilapan besar kami adalah kunci spare ada dalam keta.. huuu.. Okeh.. what to do now! 

Aku masih boleh bertenang.. tapi hubby beria-ria nak pecah tingkap. Aku risaukan keselamatan Durrah dengan kaca tingkap nanti. Aku terus duk jerit .. tekan sini.. tekan.. 

Tetiba, jiran kata... ehh ni tingkap terbuka ni.. (tingkap kat bahagian belakang). Agaknya Durrah tertekan butang turunkan tingkap belakang. Pastu terus angkat Hasya, sumbat ikut tingkap terbuka tu dan buka kunci.. Fuhhh... lega masa ni. Lega alhamdulillah.. selamat! Durrah ..? tak nangis dan rilex je..

Terkunci dalam kereta - 2

Kali ni kesilapan aku. Masa sampai di rumah pengasuh, Amna cakap tak nak turun kereta. Jadi, aku tak turunkan sebarang tingkap dan tak tutup pintu rapat masa keluar. Konon langkah selamat nak elak terkunci dalam kereta lagi. Pengasuh letak Durrah dalam kereta, aku letak barang dalam bonet belakang then tutup bonet. Tetiba nampak Amna di luar kereta. Pelik pulak nape Amna di luar kereta.. tadi kata tak nak turun kan. Pastu buka pintu.. tapi tak boleh. Pintu dah lock. Pelik. Cek pintu driver pun berkunci. Rupanya Amna dan tutup pintu driver masa dia nak turun kereta tadi...adushhh pulak dah.. Keta auto lock kut masa tutup bonet tadi.. Aku tak tau pulak keta ni akan auto lock camtu. Masa ni suis dalam keta, dan enjin tak hidup dan air cond pun tak pasang. 

First, aku rilex lagi..dengan harapan Durrah akan tekan butang unlock macam peristiwa di atas. Tapi, jerit punya jerit, dia tak tekan. Dia ralit main barang-barang dalam kereta.. Aku dah mula panik sebab aircond tak pasang..takut dia lemas. (Bila sendiri salah baru terasa panik huuuu). Orang dah mula ramai datang.  Then baru teringat kunci spare ada dalam rumah. Cepat-cepat pinjam telefon pengasuh then kol hubby. 

Alhamdulillah hubby dah nak sampai rumah masa ni. Terus dia balik dan rempit datang.. dalam 10 minit jugaklah tunggu dia datang. Sambil tu terus-menerus jerit panggil durrah sebab takut dia tertidur or lemas sebab nampak dia macam dah berpeluh-peluh. 

Hubby sampai jer, terus ambik kunci dan buka pintu. Terus peluk durrah sambil mintak maaf.. huuuu huuu

Salah siapa..? So now.. tak kira salah siapa, kena sentiasa berhati-hati dalam setiap keadaan.

Kemalangan kedua.. dalam next entry esok insy

-auto publish-

Sunday, January 19, 2014

Mudahnya renew road tax di Ambank!

Hihi... sory tepek gambar lama.. gambar baru keta cumilku ni belum ambil padahal dah lama cun..siap pakai lipstik lagi hahaaa... (redha jer laaa bawa keta pink demi pilihan warna puteri addinies)

Okeh back to tajuk di atas, renew road tax keta pink ni dah lama dah buat. Geran masih di Ambank. Jadi, buat insurans dan road tax di bank je.

Pegi Ambank, ambik angka giliran dan tunggu. Bila nama dipanggil, teller pun bagitau jumlah kena bayar untuk total insurans dan road tax. Lepas dah bayar semua.. teller suruh tunggu jap dalam setengah jam. Aku pun tanya..

Bila boleh siap road tax? Ambik petang esok boleh?
Eh.. tak. Puan tunggu jap dalam setengah jam dah siap boleh ambik terus.
Road tax boleh ambik terus ke..? bukan ke runner kena buat kat pejabat pos dulu?
Tak Puan..kat sini kami ada MyEG.. boleh buat siap terus. Puan tunggu jap nanti kami panggil.

Wow.. terkejut jap aku.. cepatnya macam ni..Hebat dan mudah! Tak perlu la tunggu esok dan takut-takut bawa keta road tax mati (sambil hafal skrip kalau JPJ tahan tanya mana road tax...? Dah buat dah cik.. nak pergi ambiklah ni kat bank..huuuu)

Then, dalam setengah jam gitu, no. plat keta cumilku.. W_ _9456 pun dipanggil.. dapat road tax dan terus boleh tampal! Yeahhh mudahnya!

Tapi, Oktober baru ni.. renew roadtax keta cherry pulak.. kali ni geran di Maybank. Dengan yakinnya aku bagitau kat teller..

Saya tunggu kat sini je sementara tunggu road tax siap okeh
Eh.. puan, road tax siap esok sebab runner nak kena ke pejabat pos dulu untuk buat road tax.
Opsss ye ker? Tapi nape aritu saya renew road tax kat Ambank terus boleh dapat road tax hari yang sama..dalam setengah jam je dah siap?
Ohhh.. camni puan. Hanya di Ambank ada mesin MyEG tu.. kami takde mesin tu. Jadi, kena ke pejabat pos untuk buat rodtex. Puan boleh datang ambik esok ye.
Oooo gitu.. Okeh.. esok saya datang..(dengan perasaan yang sungguh hampa dan kuciwa sebab terpaksa hafal skrip JPJ kat atas huuu)

mmmmm... amacam, mudah kan renew road tax di Ambank?

p/s
One day, hubby  nak renew road tax lagi. Keta dah habis bayar kat bank..means geran ada kat tangan sendiri dan bukan kat bank lagi. Berialah aku suruh hubby ke Ambank juga sebab mudah kan. Berialaa juga dia ni ke Ambank dengan harapan nanti tak perlu hafal skrip JPJ.

Cik.. saya nak renew rodtax kat sini ye..
Ohhh camni cik. Untuk kereta yang dah habis bayar dan geran takde pada kami, tak boleh renew road tax disini. Cik boleh terus ke pejabat pos sendiri untuk renew rodtax ye..
Ok.. trimakasih..

Maka terus hubby ke pejabat pos. Lama juga tunggu giliran, dan.. akhirnya roadtax tetap terus siap serta merta juga! (selamat... tak perlu hafal skrip hahaaa)

-auto publish-


Saturday, January 18, 2014

Akibat alergik susu lembu...sian anak ibu

Happy weekend!

 20 Okt 2011.. alhamdulillah Durrah Khayla Addini dilahirkan.. same birth date ngan Amna Addini 20 Okt 2007.. bam bammm 3kg+.. mangat gitu.

 Alhamdulillah membesar dengan sihat, jarang demam dan sangat aktif
 Ni masa raya pertama Durrah bersama kami.. 8 bulan +
 Sebelum raya, Durrah Khayla adalah fully breastfeed. Samada fresh atau susu yang dah dibekukan, semua diminum tanpa masalah. Tapi, start bulan puasa, susu makin berkurang. Stok makin lama makin berkurang..  Hinggalah aku terpaksa buat keputusan untuk campur susu.

Mula-mula pilih susu anmum, tapi nampaknya dia memang alah dengan susu lembu. Camne nak tau dia alah? Ohhh seluruh badan dia naik gegata merah dan mata muka terus bengkak. Kesannya sangat cepat..dalam 1-2 minit je terus gatal tau.. Huuu... jadi, konpem dia alergik susu lembu. So, terus tukar susu soya.

Mula-mula minum susu soya, dia reject. Sebab...? rasenya sebab susu soya ni tawar kut.. hahaa . Susu ibu kan biasanya ada pelbagai perisa ..chewahhh ikut pemakanan si ibu kan. Jadinya terpaksa berpaksa jugaklah nak suruh lil Durrah minum susu ni.. hampir seminggu baru berjaya sepenuhnya.

So now, apa-apa jenis segala makanan or minuman yang berasas susu lembu... dia akan alah.. means terus naik gegata serta merta. ..sian kan.. Dia sendiri pun dah paham sangat yang dia tak boleh minum susu lembu.

Tapi sian kan. Bila tengok iklan eskrem sedap kat tv.. dia akan kata..
'B nak pegang je bu.. B tak nak makan eskrem nanti B gatal'.. sian kan..

Kadang-kadang kakak beli susu kotak dutch lady sejuk or vitagen dan simpan dalam peti. Selalu juga dia ambil dalam peti dan cakap..
' Bu.. B nak pegang je ni.. .. B tak boleh minum ni.. nanti gatal'.. huuuuu sian Durrah

Ada satu hari tu.. dia bawa vitagen ni ke hulu ke hilir setiap masa dan duk cakap nak pegang je bu.. Tapi jap-jap aku tengok dia macam jilat je vitagen tu kat luar.. (macam ada titik-titik air sejuk kat keliling vitagen tu kan.. ) Tapi bila tanya, dia tetap cakap .. B pegang je ni bu.. Ok.. ibu percaya.. Tapi dah lama sangat dia duk usung tu kan, tetiba tengok dia duk garu-garu..tengok-tengok rupanya dah start naik gatal kat seluruh muka dan badan. Cek-cek rupanya sambil-sambil dia jilat vitagen kat atas tu.. adalah terbocor sikit kat tepi-tepi botol vitagen tu.. huuuu sian anak ibu, teringin sangat nak minum tapi tak dapat.

Kadang-kadang rasa macam terngiang-ngiang je dia cakap...'B nak pegang je bu..'.. rasa sayu jer
Moga cepatlah hilang alah tu..
 main kat rumah mak tok

Durrah Khayla kesayangan ibu abah..

Ohye,, macam mane nak buat kalau dia naik gegata ? Okeh ini yang kami buat dan alhamdulillah berkesan.

1. Cepat-cepat bukak pakaian dan mandikan seluruh badan dengan mandian.
2. Sudah mandi, sapu bedak seluruh badan terutama tempat gatal tu. jenis bedak :
  a.  pureen merah (untuk gatal-gatal) 
  b. atau sapu bedak gatal yang beli kat langkawi..(ni orang langkawi suggest suruh beli untuk amna sebab tengok amna gatal-gatal ekzema, tapi kami sapu juga pada durrah.. alhamdulillah berkesan. tapi nampaknya bedak tu macam dah nak habis jer.. dan dah beberapa kali hints kat daddy pasal bedak ni nak habis.. hihiii... dengan harapan dapat pergi beli kat langkawi yuhuuuu ...verangan ler rtny!)
3. Ohye.. dulu selalu juga sapu bedak gatal askar.. ni abang ipar (pesara askar) yang bagi.. alhamdulillah pun hilang gatal

Okeh tu je cara kami buat.. tapi sebelum kasi dia mandi tu.. memang kesian lah kat durrah.. garu dan garu dan garu jer sampai merah-merah . Pastu cam rasa menyesal dan bersalah tak sudah sebab terlepas pandang tak kawal dia elak minum or makan benda-benda gatal ni. Pengasuh pun pernah terbagi dadih kat Durrah dan terus naik gatal.. huuuu... berkali-kali pengasuh mintak maaf sebab tak perasan dadih ada susu.. huuu

Bila ye agak-agak mereka yang alah susu lembu akan merdeka dan bebas makan makanan berasaskan susu lembu ni ye?

-auto publish-

Friday, January 17, 2014

How times fly... 10 years !


2006 : 1 year +.. masa ni, hasya is everything! 
Sebab tu aku selalu kate hasya adalah cinta pertama kami.

2008 : first time amna pandai berdiri.. 8 months +.. 
masa ni semua gembira espc daddy.. anak manja dah pandai berdiri
2012: 3 lil Addinies.. di library K.Trg. ..sweet jer 

2013: Allahuakbar.. four beautiful lil Addinies in our life! 
Sungguh indah.. keluarga kami penuh hilai tawa , gaduh tu dah lumrah.. 

Nak tau siapa ketua?
bukan saya.. (Hasya)

saya pun bukan.. (Amna)


mmmm... heheee (Durrah)

saya..? ehhh saya budak baik tau... (Dhia)

Hahaa...  sayalah orangnya.. taraaa
sayalah ketua sorak, ketua gaduh, ketua rombongan, ketua kelas, ketua makan, ketua sepah, ketua jerit, ketua kelab penyayang, ketua kelab kreativiti, ketua kelab mengembara, ketua kelas menari, ketua kelas menyanyi, ketua kelas doa, ketua kelab durian.. dan segala jenis ketualah..
HEBAT kan saya...?





Wednesday, January 15, 2014

Melangkaui sempadan

hahaa.. entahla betul tak tajuk tu..

kisah lil princess Dhia Zaraa.. 6 months +

Biasanya, kami akan letak atas toto ..dia akan golek sana sini atas toto jer.. tapi takkan lebih dari sempadan toto sebab dah kena sekat dengan bantal keliling toto tu. Kira tak nak bagi dia keluar dari kawasan toto.. kut terlentang or terjatuh masa dia pusing or golek-golek atas tu.

Semalam cuti maulidur rasul. Kami lepak kat rumah je. Main masak-masak sup ayam, masak lemak rebung dan daging dan puding oreo. So, macam biasa.. biarkan Dhia main-main atas toto. Tapi semua lil addinies sibuk main dalam bilik.. depan toto.  Since, dhia tak nangis.. kami biarkan je dia layan diri kat toto. Tapi sedar-sedar kakak jerit... ibu dah lebih kawasan.. haha.. rupanya dhia dah langgar semua bantal-bantal yang jadi sempadan tu. Angkat semula dhia letak atas toto..
Tak lama lepas tu.. kakak jerit lagi.. lebih kawasan lagi ibu.. okehh.. angkat lagi..
Banyak kali jugaklah.. lama-lama makin jauh dia langgar sempadan.. aku pun biarkan je lah..
Tapi lama-lama.. belah malam, wah dah makin hebat.. Dhia dah melangkaui sempadan hingga masuk bilik kakak Hasya dah.. Semua berkumpul dalam bilik kakak. Masa tu rasa macam complete jer. Semua lil Addinies ada dalam bilik Addini. Wowww macam amazing jap.. hihiiii..

So now.. aku luaskan kawasan dia main. tak letak sempadan dah. Dia pun dah pandai kontrol kepala dan badan dari jatuh. . jadi tak perlu risau lagi.. cuma hati-hati dan selalu perati jugala..

fuhh.. sorylah takde gambar Addinies.. tab masih demam.. Aku pun dah angau nak tangkap gambar diorang as memori. Perkembangan Dhia, Amna masuk sekolah.. semuanya hampir aku terlepas ..cepatlah sihat tab!

Thursday, January 9, 2014

Thank you lil Busu

Dec 2013 genap 7 tahun aku berbakti di kolejku tercinta ni.. cewahhh. Lama juga kan.. Hasya Addini pun dan umur 8 tahun lebih.mmmm...

Selamam, balik kerja ..macam biasala.. lalu depan pagar utama ofis laah kann..

Ni laa pagar ofisku..
Pastu adalaa beberapa kereta parking depan pagar ni.. tu perkara biasala. Tapi, yang luar biasanya, ada seorang budak perempuan a.k.a ladies sedang menunggu seseorang dalam kereta tu.. Ehh.. dia tunggu sape eh.. sebab kebanyakan kereta yang parking situ milik staf kolej.. jadi macam tertanya-tanya lak.. dia ni tunggu sape, wife sape, kakak sape or adik sape.. Ehhh tetiba teringat peristiwa 7 tahun lepas..

Aku dipanggil interview di sini.. second interview. Dan aku rasa sangat yakin yang aku akan berjaya untuk intveview kali ni.. (Ye.. dan akhirnya Alhamdulillah memang aku berjaya).

Tapi, ingat tak awak.. siapa yang sedang menunggu dalam kereta.. tunggu dan teman datang inteview.. Awak teman saya sebijik macam budak pempuan dalam keta tu.. ye.. seakan dejayu.. ia berulang

Kemudian aku teringat lagi, 2008, 5 tahun lepas, aku dipanggil interview untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana perakaunan di UiTM Shah Alam. Fuhhh.. punyalah aku gabra camne nak ke sana.. Hubby outstation kut masa ni..tak ingat. Maka, awak jugaklah yang dipaksa datang ke Kuantan teman saya interview. Then, sama-sama kita sesat nak mencari arah ke Shah Alam ni.. hahaaa... kan kannn... ingat lagi tak awak.. Then awak juga tunggu saya interview dalam keta sebab takde parking masa ni.. owhh speechless

Ingat lagi tak masa kita dapat berita kurang baik pasal ahli keluarga kita yang sedang menunggu detik kelahiran si comel yang sangat istimewa tu.. yang tidak diketahui berapa lama dia akan hadir dalam hidup kita semua.. Ye.. ingat tak.. kita sama-sama, rushing ke ke sana malam tu jugak.. semata-mata nak menemani mereka.. nak menenangkan mereka.. (tapi rupanya kita dapat bershoping dan enjoy naik feri lagi..)

Ohhh... terima kasih banyak awak.. Tapi awak ingat tak.. kita sama-sama ke genting dulu, bermalam di sana berempat beradik hahaa.. bestkan. Kemudian kita sama-sama ke gambang waterpark, main air dan jugak banyak kali lahh kita sama-sama ke rantau panjang kan.. soping moping.. hahaaa...

Ehh dan semalam semasa saya peluk Hasya Addini, cuba timang dia.. owhhh sangat berat hehee.. Kemudian ukur tinggi dia dah tahap muka dah.. Owhh nanti lama-lama macam mana kalau dia ikut cam awak.. tinggi ke langit. huuhuuu... Dulu kan, saya selalu letakkan tangan di bahu awak tika kita sama-sama jalan-jalan ke bandar. Kemudian, tangan saya tu dah terpaksa ditinggikan sebab bahu awak makin lama makin tinggi pulak.. Bonceng motor dulu-dulu tak nampak awak kat belakang.. tapi lama-lama orang akan nampak penumpang lagi tinggi dari pembonceng hahaa lawak rasenya kan.

Eh.. entry ni cuma nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga atas jasa baik awak yang menemani saya mencapai sebahagian kejayaan besar dalam kehidupan saya. Alhamdulillah saya berjaya interview keja dan bekerja hingga kini dan juga berjaya dalam interview belajar dan juga berjaya naik pentas dengan bangganya menerima skrol sarjana. Ianya adalah kejayaan besar u know!!

Semoga Allah membalas jasa baik anda dengan seribu kerahmatan dan kebahagian serta kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dan disayangi olehnya dan olehNYA selamanya.. Amin

Maafkan saya tak hadir majlis konvokesyen awak dan tak mengiringi awak menjejakkan kaki ke menara gading dulu.. Maafkan kekhilafanku.

Thank you our lil Busu.. (why lil..? owhh sebab u r always my lil sis.. so sweet and memorable)

Monday, January 6, 2014

layan kids main layang-layang

Petang semalam cuaca redup jer.. angin pulak kemain lagi sepoi-sepoi bahasa ecewahh.. Kakak request nak main layang-layang. Aku pun layankan je lah.. Layang-layang ni memang dah lama beli, tapi tak main sangat sebab kadang-kadang angin tak kuat sangat. Kalau tak silap rasenya beli kat kedai 2 ringgit je tu.. jimat kan!

Ready... tarikkkk!!

Kakak tengah cucuk batang layang-layang
Rehat jap, baiki layang-layang. Durrah sibuk main sama. Memang enjoy sangat diorang semalam.. suka aku tengok


video

Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang sihat dan sempurna. Panjangkanlah kebahagian kami ini hingga ke akhir hayat dan ke syurga .. amin

...abaikanlah gambar kanak-kanak lain dalam vidoe. Diorang memang macam tu tiap petang akan main sama-sama. Perumahan jalan mati so tak perlu risau sangat kereta keluar masuk kat jalan ni.


Saturday, January 4, 2014

Doa senang dapat parking!

Aikkk.. parking pun nak kena baca doa ker?  Hahaaaa... kawan aku pernah cakap, suami dia gelak kaw-kaw bila bagitau aku baca doa parking.

Welll ok, awak pun gelak jugak ker? weiiii tak baik tau...

Dah lama aku amalkan tau. Aku pun tak tau sape yang ajar aku..
Sila baca..

Mulakan dengan bismillah..
Ya Allah permudahkanlah urusan ku pada hari ini. Permudahkanlah urusan kami untuk dapat parking dengan mudah Ya Allah.
Amin..

Mudahkan.. Okeh..betulke mudah dapat parking? Well .. ye mudah . tapi kadang-kadang mudah yang dimaksudkan tu maybe bukan di tempat yang paling dekat kita nak parking atau pun yang paling dekat dengan pintu utama atau lif kalau parking di pasaraya. Jadi.. tambah sikit doa tu..

Mulakan dengan bismillah..
Ya Allah permudahkanlah urusan ku pada hari ini. Permudahkanlah urusan kami untuk dapat parking dengan mudah dan paling dekat dengan pintu utama (atau tempat urusan kami) Ya Allah.
Amin..

Aku ingat pesan seorang ustazah ni.. katanya, kalau berdoa, nak pohon dari Allah, spesifikkan doa tu. Nyatakan dengan jelas dan tepat doa tu. Jangan mintak gitu-gitu jer.

Well... tadi aku gi Mydin. Bapoklah sibuk dan parking penuh sokmo tempat tu. Lepas baca doa tu.. aku tunggu jap dalam seminit, terus ada orang reverse kete sebelah keta aku.. betul-betul depat pintu utama Mydin tu. Wallaaaahhhhh suke sangat!! Alhamdulillah Ya Allah.!

Cuba-cuba..! Kalau betul, bagitau saya eh.. Kalau tak dapat doa lagi.

Yang penting jangan gelak. I AM SERIOUS!!
wahaa haaaaaaa

Friday, January 3, 2014

Susu soya Isomil Plus murah! January 2014

Owhh our 3rd princess,Durrah Khayla memang alergik pada susu lembu. Kulit dia akan terus naik macam gegata kalau termakan benda-benda yang ada susu lembu ni..macam biskut tiger susu, dadih dan yang seangkatan dengannya.

Jadinya terpaksalah kami bekalkan susu soya untuk Princess Durrah. Ini je susu soya yang ada dipasaran.. Isomil Plus.

Tiap bulan.. huuu bercintalah kami beli susu ni.. 4 tin tau tiap bulan. Tak pernah kurang dari 4 tin.. huuuuuu... nangis.. Tapi demi anak tercintakan.. tak payahlah sayangkan duit, anak lebih berharga dan tak ternilai kan.. huuuu... sadis.  Okeh.. jadinya.. bila susu ni dah nak abis stok di rumah, kami pun akan cepat-cepat survey harga paling murahhhhhh sekali.. haaaa paling murah tu tau. Biasanya harganya standard dalam 70 riyal ke atas. Kalau jumpa kedai yang jual below 70, cepat-cepat kami borong empat untuk stok sebulan. Tapi agak bercinta jugaklah nak jumpa kedai yang jual below 70. Tunas manja biasanya dalam 73 riyal ke atas. Kadang-kadang beli kat kedai ubat kat jalan beserah, murah jugak. Kadang-kadang boleh dapat 68-73 riyal camtu la..

2-3 bulan lepas, Giant ada buat promosi giler-giler murah. 61.90 kut. So, ape lagi, borong 4 tin terus macam biasa. Tapi ehhhh bila pikir-pikir, alang-alang murah giler tu, kami borong lagi 4 tin hahaaa.. jimat kat 80 ringgit gitu. suka-sukaaa!!

Tapi, now stok kat rumah dah nak habis. Jadi usha lagi dan lagi. Tunas manja, giant, eng hong, semua rege dalam 73 riyal ke atas. Carefour tak sure lak, kadang dia ada offer jugak tapi stoknya cepat habis dan biasanya kami tak sempat pun nak rembat kat carrefour ni. Jadi, lupakan carrefour.

Tetiba hubby gi kedai ubat beserah, dapat rege RM68.90. Aku pulak usha kat kedai Manjaku. Pernah tengok iklan kat paper susu isomil dia offer dalam 68 ringgit gitula.. Sekali aku tengok rege dia RM65.90.. wowww suka-suka... jimat-jimat..borong lagi 3. Yeaaa!!

Nilah kedainya.. dekat dengan ECM dan hotel Zenith Kuantan. Kedai ni banyak cawangan di seluruh Malaysia rasanya.

Okeh.. selamat bershoping untuk para ibu-bapa yang tengah mencari susu soya. Kalau ada yang lagi murah, sila share dengan saya juga ye..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini