Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, January 18, 2014

Akibat alergik susu lembu...sian anak ibu

Happy weekend!

 20 Okt 2011.. alhamdulillah Durrah Khayla Addini dilahirkan.. same birth date ngan Amna Addini 20 Okt 2007.. bam bammm 3kg+.. mangat gitu.

 Alhamdulillah membesar dengan sihat, jarang demam dan sangat aktif
 Ni masa raya pertama Durrah bersama kami.. 8 bulan +
 Sebelum raya, Durrah Khayla adalah fully breastfeed. Samada fresh atau susu yang dah dibekukan, semua diminum tanpa masalah. Tapi, start bulan puasa, susu makin berkurang. Stok makin lama makin berkurang..  Hinggalah aku terpaksa buat keputusan untuk campur susu.

Mula-mula pilih susu anmum, tapi nampaknya dia memang alah dengan susu lembu. Camne nak tau dia alah? Ohhh seluruh badan dia naik gegata merah dan mata muka terus bengkak. Kesannya sangat cepat..dalam 1-2 minit je terus gatal tau.. Huuu... jadi, konpem dia alergik susu lembu. So, terus tukar susu soya.

Mula-mula minum susu soya, dia reject. Sebab...? rasenya sebab susu soya ni tawar kut.. hahaa . Susu ibu kan biasanya ada pelbagai perisa ..chewahhh ikut pemakanan si ibu kan. Jadinya terpaksa berpaksa jugaklah nak suruh lil Durrah minum susu ni.. hampir seminggu baru berjaya sepenuhnya.

So now, apa-apa jenis segala makanan or minuman yang berasas susu lembu... dia akan alah.. means terus naik gegata serta merta. ..sian kan.. Dia sendiri pun dah paham sangat yang dia tak boleh minum susu lembu.

Tapi sian kan. Bila tengok iklan eskrem sedap kat tv.. dia akan kata..
'B nak pegang je bu.. B tak nak makan eskrem nanti B gatal'.. sian kan..

Kadang-kadang kakak beli susu kotak dutch lady sejuk or vitagen dan simpan dalam peti. Selalu juga dia ambil dalam peti dan cakap..
' Bu.. B nak pegang je ni.. .. B tak boleh minum ni.. nanti gatal'.. huuuuu sian Durrah

Ada satu hari tu.. dia bawa vitagen ni ke hulu ke hilir setiap masa dan duk cakap nak pegang je bu.. Tapi jap-jap aku tengok dia macam jilat je vitagen tu kat luar.. (macam ada titik-titik air sejuk kat keliling vitagen tu kan.. ) Tapi bila tanya, dia tetap cakap .. B pegang je ni bu.. Ok.. ibu percaya.. Tapi dah lama sangat dia duk usung tu kan, tetiba tengok dia duk garu-garu..tengok-tengok rupanya dah start naik gatal kat seluruh muka dan badan. Cek-cek rupanya sambil-sambil dia jilat vitagen kat atas tu.. adalah terbocor sikit kat tepi-tepi botol vitagen tu.. huuuu sian anak ibu, teringin sangat nak minum tapi tak dapat.

Kadang-kadang rasa macam terngiang-ngiang je dia cakap...'B nak pegang je bu..'.. rasa sayu jer
Moga cepatlah hilang alah tu..
 main kat rumah mak tok

Durrah Khayla kesayangan ibu abah..

Ohye,, macam mane nak buat kalau dia naik gegata ? Okeh ini yang kami buat dan alhamdulillah berkesan.

1. Cepat-cepat bukak pakaian dan mandikan seluruh badan dengan mandian.
2. Sudah mandi, sapu bedak seluruh badan terutama tempat gatal tu. jenis bedak :
  a.  pureen merah (untuk gatal-gatal) 
  b. atau sapu bedak gatal yang beli kat langkawi..(ni orang langkawi suggest suruh beli untuk amna sebab tengok amna gatal-gatal ekzema, tapi kami sapu juga pada durrah.. alhamdulillah berkesan. tapi nampaknya bedak tu macam dah nak habis jer.. dan dah beberapa kali hints kat daddy pasal bedak ni nak habis.. hihiii... dengan harapan dapat pergi beli kat langkawi yuhuuuu ...verangan ler rtny!)
3. Ohye.. dulu selalu juga sapu bedak gatal askar.. ni abang ipar (pesara askar) yang bagi.. alhamdulillah pun hilang gatal

Okeh tu je cara kami buat.. tapi sebelum kasi dia mandi tu.. memang kesian lah kat durrah.. garu dan garu dan garu jer sampai merah-merah . Pastu cam rasa menyesal dan bersalah tak sudah sebab terlepas pandang tak kawal dia elak minum or makan benda-benda gatal ni. Pengasuh pun pernah terbagi dadih kat Durrah dan terus naik gatal.. huuuu... berkali-kali pengasuh mintak maaf sebab tak perasan dadih ada susu.. huuu

Bila ye agak-agak mereka yang alah susu lembu akan merdeka dan bebas makan makanan berasaskan susu lembu ni ye?

-auto publish-

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini