Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, January 20, 2014

Kemalangan kecil anak - terkunci dalam kereta

MasyaAllah.. its happend to Durrah.. each twice in 2012!

1. Terkunci dalam kereta
2. Terkena bubur / air panas

Bukan keta ni ye.. hehee dalam keta chery.

Terkunci dalam keta - 1
daddy bawa durrah naik keta..malam around kul 9-10 gitu. 



Then, masa nak buka pagar, daddy tutup pintu keta dan meluru nak buka pagar konon-konon takut durrah jatuh kalau tak tutup pintu dan konon-konon buka pagar tu kejap je. Memang sekejap, tapi durrah lagi terer tekan punat kunci kereta terus auto lock .. huuu haaa huru hara jap daddy. Aku dalam rumah masa ni.. tetiba dengar daddy panggil riuh rendah kat luar..

Yanggg cepaaatttttttttt, kakak panggil ibu cepattttttttt!

Terkejut jap aku, tapi... first, rilex kan diri jap. Kena berfikir secara waras. Daddy dah mula panik. Durrah rilex je gelak-gelak dalam keta. Gear dalam keadaan N dan handbrek dan ditarik.. bahaya juga kalau Durrah terlanggar gear ke D..(nauzubillah). Kami panggil nama Durrah banyak kali suruh dia tekan butang auto unlock kat tepi pintu.

Sebelah pintu tu ada banyak punat... auto lock, unlock, windows dan macam-macam. Aku teringat Durrah selalu juga main tekan-tekan butang kat situ. Kami pun jerit suruh dia tekan mana-mana butang kat situ..

B.. tekannnnn, tekan kat sinii.... tekannnnnnnnnn!

Tapi dia ingatkan kami main acah-acah dengan dia..dia duk gelak jer. Lama jugak dia terperangkap dalam 20 minit gitu. Semua jiran dah keluar tengok sebab bunyi bising.. Hubby dah mula decide nak pecah tingkap..Oh ye, kesilapan besar kami adalah kunci spare ada dalam keta.. huuu.. Okeh.. what to do now! 

Aku masih boleh bertenang.. tapi hubby beria-ria nak pecah tingkap. Aku risaukan keselamatan Durrah dengan kaca tingkap nanti. Aku terus duk jerit .. tekan sini.. tekan.. 

Tetiba, jiran kata... ehh ni tingkap terbuka ni.. (tingkap kat bahagian belakang). Agaknya Durrah tertekan butang turunkan tingkap belakang. Pastu terus angkat Hasya, sumbat ikut tingkap terbuka tu dan buka kunci.. Fuhhh... lega masa ni. Lega alhamdulillah.. selamat! Durrah ..? tak nangis dan rilex je..

Terkunci dalam kereta - 2

Kali ni kesilapan aku. Masa sampai di rumah pengasuh, Amna cakap tak nak turun kereta. Jadi, aku tak turunkan sebarang tingkap dan tak tutup pintu rapat masa keluar. Konon langkah selamat nak elak terkunci dalam kereta lagi. Pengasuh letak Durrah dalam kereta, aku letak barang dalam bonet belakang then tutup bonet. Tetiba nampak Amna di luar kereta. Pelik pulak nape Amna di luar kereta.. tadi kata tak nak turun kan. Pastu buka pintu.. tapi tak boleh. Pintu dah lock. Pelik. Cek pintu driver pun berkunci. Rupanya Amna dan tutup pintu driver masa dia nak turun kereta tadi...adushhh pulak dah.. Keta auto lock kut masa tutup bonet tadi.. Aku tak tau pulak keta ni akan auto lock camtu. Masa ni suis dalam keta, dan enjin tak hidup dan air cond pun tak pasang. 

First, aku rilex lagi..dengan harapan Durrah akan tekan butang unlock macam peristiwa di atas. Tapi, jerit punya jerit, dia tak tekan. Dia ralit main barang-barang dalam kereta.. Aku dah mula panik sebab aircond tak pasang..takut dia lemas. (Bila sendiri salah baru terasa panik huuuu). Orang dah mula ramai datang.  Then baru teringat kunci spare ada dalam rumah. Cepat-cepat pinjam telefon pengasuh then kol hubby. 

Alhamdulillah hubby dah nak sampai rumah masa ni. Terus dia balik dan rempit datang.. dalam 10 minit jugaklah tunggu dia datang. Sambil tu terus-menerus jerit panggil durrah sebab takut dia tertidur or lemas sebab nampak dia macam dah berpeluh-peluh. 

Hubby sampai jer, terus ambik kunci dan buka pintu. Terus peluk durrah sambil mintak maaf.. huuuu huuu

Salah siapa..? So now.. tak kira salah siapa, kena sentiasa berhati-hati dalam setiap keadaan.

Kemalangan kedua.. dalam next entry esok insy

-auto publish-

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini