Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, January 15, 2014

Melangkaui sempadan

hahaa.. entahla betul tak tajuk tu..

kisah lil princess Dhia Zaraa.. 6 months +

Biasanya, kami akan letak atas toto ..dia akan golek sana sini atas toto jer.. tapi takkan lebih dari sempadan toto sebab dah kena sekat dengan bantal keliling toto tu. Kira tak nak bagi dia keluar dari kawasan toto.. kut terlentang or terjatuh masa dia pusing or golek-golek atas tu.

Semalam cuti maulidur rasul. Kami lepak kat rumah je. Main masak-masak sup ayam, masak lemak rebung dan daging dan puding oreo. So, macam biasa.. biarkan Dhia main-main atas toto. Tapi semua lil addinies sibuk main dalam bilik.. depan toto.  Since, dhia tak nangis.. kami biarkan je dia layan diri kat toto. Tapi sedar-sedar kakak jerit... ibu dah lebih kawasan.. haha.. rupanya dhia dah langgar semua bantal-bantal yang jadi sempadan tu. Angkat semula dhia letak atas toto..
Tak lama lepas tu.. kakak jerit lagi.. lebih kawasan lagi ibu.. okehh.. angkat lagi..
Banyak kali jugaklah.. lama-lama makin jauh dia langgar sempadan.. aku pun biarkan je lah..
Tapi lama-lama.. belah malam, wah dah makin hebat.. Dhia dah melangkaui sempadan hingga masuk bilik kakak Hasya dah.. Semua berkumpul dalam bilik kakak. Masa tu rasa macam complete jer. Semua lil Addinies ada dalam bilik Addini. Wowww macam amazing jap.. hihiiii..

So now.. aku luaskan kawasan dia main. tak letak sempadan dah. Dia pun dah pandai kontrol kepala dan badan dari jatuh. . jadi tak perlu risau lagi.. cuma hati-hati dan selalu perati jugala..

fuhh.. sorylah takde gambar Addinies.. tab masih demam.. Aku pun dah angau nak tangkap gambar diorang as memori. Perkembangan Dhia, Amna masuk sekolah.. semuanya hampir aku terlepas ..cepatlah sihat tab!

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini