Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Sunday, January 19, 2014

Mudahnya renew road tax di Ambank!

Hihi... sory tepek gambar lama.. gambar baru keta cumilku ni belum ambil padahal dah lama cun..siap pakai lipstik lagi hahaaa... (redha jer laaa bawa keta pink demi pilihan warna puteri addinies)

Okeh back to tajuk di atas, renew road tax keta pink ni dah lama dah buat. Geran masih di Ambank. Jadi, buat insurans dan road tax di bank je.

Pegi Ambank, ambik angka giliran dan tunggu. Bila nama dipanggil, teller pun bagitau jumlah kena bayar untuk total insurans dan road tax. Lepas dah bayar semua.. teller suruh tunggu jap dalam setengah jam. Aku pun tanya..

Bila boleh siap road tax? Ambik petang esok boleh?
Eh.. tak. Puan tunggu jap dalam setengah jam dah siap boleh ambik terus.
Road tax boleh ambik terus ke..? bukan ke runner kena buat kat pejabat pos dulu?
Tak Puan..kat sini kami ada MyEG.. boleh buat siap terus. Puan tunggu jap nanti kami panggil.

Wow.. terkejut jap aku.. cepatnya macam ni..Hebat dan mudah! Tak perlu la tunggu esok dan takut-takut bawa keta road tax mati (sambil hafal skrip kalau JPJ tahan tanya mana road tax...? Dah buat dah cik.. nak pergi ambiklah ni kat bank..huuuu)

Then, dalam setengah jam gitu, no. plat keta cumilku.. W_ _9456 pun dipanggil.. dapat road tax dan terus boleh tampal! Yeahhh mudahnya!

Tapi, Oktober baru ni.. renew roadtax keta cherry pulak.. kali ni geran di Maybank. Dengan yakinnya aku bagitau kat teller..

Saya tunggu kat sini je sementara tunggu road tax siap okeh
Eh.. puan, road tax siap esok sebab runner nak kena ke pejabat pos dulu untuk buat road tax.
Opsss ye ker? Tapi nape aritu saya renew road tax kat Ambank terus boleh dapat road tax hari yang sama..dalam setengah jam je dah siap?
Ohhh.. camni puan. Hanya di Ambank ada mesin MyEG tu.. kami takde mesin tu. Jadi, kena ke pejabat pos untuk buat rodtex. Puan boleh datang ambik esok ye.
Oooo gitu.. Okeh.. esok saya datang..(dengan perasaan yang sungguh hampa dan kuciwa sebab terpaksa hafal skrip JPJ kat atas huuu)

mmmmm... amacam, mudah kan renew road tax di Ambank?

p/s
One day, hubby  nak renew road tax lagi. Keta dah habis bayar kat bank..means geran ada kat tangan sendiri dan bukan kat bank lagi. Berialah aku suruh hubby ke Ambank juga sebab mudah kan. Berialaa juga dia ni ke Ambank dengan harapan nanti tak perlu hafal skrip JPJ.

Cik.. saya nak renew rodtax kat sini ye..
Ohhh camni cik. Untuk kereta yang dah habis bayar dan geran takde pada kami, tak boleh renew road tax disini. Cik boleh terus ke pejabat pos sendiri untuk renew rodtax ye..
Ok.. trimakasih..

Maka terus hubby ke pejabat pos. Lama juga tunggu giliran, dan.. akhirnya roadtax tetap terus siap serta merta juga! (selamat... tak perlu hafal skrip hahaaa)

-auto publish-


4 comments:

aku Dayat said...

menarik entry ni...hehee...mcm2 kejadian kan...sy pun pernah gak terpusing2 nk settle benda ni...hehee

Suliah Md Kassim said...

Saya Milah. Saya setuju. Saya buat kat ambank mmg sekejap Je dah terus dapat. Senang berurusan dgn diorang ni. Kebetulan Geran mmg kat diorang

Suliah Md Kassim said...

Saya Milah. Saya setuju. Saya buat kat ambank mmg sekejap Je dah terus dapat. Senang berurusan dgn diorang ni. Kebetulan Geran mmg kat diorang

Engku Artini said...

senang kan suliah.. thanks singgah sini

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini