Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, January 3, 2014

Susu soya Isomil Plus murah! January 2014

Owhh our 3rd princess,Durrah Khayla memang alergik pada susu lembu. Kulit dia akan terus naik macam gegata kalau termakan benda-benda yang ada susu lembu ni..macam biskut tiger susu, dadih dan yang seangkatan dengannya.

Jadinya terpaksalah kami bekalkan susu soya untuk Princess Durrah. Ini je susu soya yang ada dipasaran.. Isomil Plus.

Tiap bulan.. huuu bercintalah kami beli susu ni.. 4 tin tau tiap bulan. Tak pernah kurang dari 4 tin.. huuuuuu... nangis.. Tapi demi anak tercintakan.. tak payahlah sayangkan duit, anak lebih berharga dan tak ternilai kan.. huuuu... sadis.  Okeh.. jadinya.. bila susu ni dah nak abis stok di rumah, kami pun akan cepat-cepat survey harga paling murahhhhhh sekali.. haaaa paling murah tu tau. Biasanya harganya standard dalam 70 riyal ke atas. Kalau jumpa kedai yang jual below 70, cepat-cepat kami borong empat untuk stok sebulan. Tapi agak bercinta jugaklah nak jumpa kedai yang jual below 70. Tunas manja biasanya dalam 73 riyal ke atas. Kadang-kadang beli kat kedai ubat kat jalan beserah, murah jugak. Kadang-kadang boleh dapat 68-73 riyal camtu la..

2-3 bulan lepas, Giant ada buat promosi giler-giler murah. 61.90 kut. So, ape lagi, borong 4 tin terus macam biasa. Tapi ehhhh bila pikir-pikir, alang-alang murah giler tu, kami borong lagi 4 tin hahaaa.. jimat kat 80 ringgit gitu. suka-sukaaa!!

Tapi, now stok kat rumah dah nak habis. Jadi usha lagi dan lagi. Tunas manja, giant, eng hong, semua rege dalam 73 riyal ke atas. Carefour tak sure lak, kadang dia ada offer jugak tapi stoknya cepat habis dan biasanya kami tak sempat pun nak rembat kat carrefour ni. Jadi, lupakan carrefour.

Tetiba hubby gi kedai ubat beserah, dapat rege RM68.90. Aku pulak usha kat kedai Manjaku. Pernah tengok iklan kat paper susu isomil dia offer dalam 68 ringgit gitula.. Sekali aku tengok rege dia RM65.90.. wowww suka-suka... jimat-jimat..borong lagi 3. Yeaaa!!

Nilah kedainya.. dekat dengan ECM dan hotel Zenith Kuantan. Kedai ni banyak cawangan di seluruh Malaysia rasanya.

Okeh.. selamat bershoping untuk para ibu-bapa yang tengah mencari susu soya. Kalau ada yang lagi murah, sila share dengan saya juga ye..

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini