Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, January 9, 2014

Thank you lil Busu

Dec 2013 genap 7 tahun aku berbakti di kolejku tercinta ni.. cewahhh. Lama juga kan.. Hasya Addini pun dan umur 8 tahun lebih.mmmm...

Selamam, balik kerja ..macam biasala.. lalu depan pagar utama ofis laah kann..

Ni laa pagar ofisku..
Pastu adalaa beberapa kereta parking depan pagar ni.. tu perkara biasala. Tapi, yang luar biasanya, ada seorang budak perempuan a.k.a ladies sedang menunggu seseorang dalam kereta tu.. Ehh.. dia tunggu sape eh.. sebab kebanyakan kereta yang parking situ milik staf kolej.. jadi macam tertanya-tanya lak.. dia ni tunggu sape, wife sape, kakak sape or adik sape.. Ehhh tetiba teringat peristiwa 7 tahun lepas..

Aku dipanggil interview di sini.. second interview. Dan aku rasa sangat yakin yang aku akan berjaya untuk intveview kali ni.. (Ye.. dan akhirnya Alhamdulillah memang aku berjaya).

Tapi, ingat tak awak.. siapa yang sedang menunggu dalam kereta.. tunggu dan teman datang inteview.. Awak teman saya sebijik macam budak pempuan dalam keta tu.. ye.. seakan dejayu.. ia berulang

Kemudian aku teringat lagi, 2008, 5 tahun lepas, aku dipanggil interview untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana perakaunan di UiTM Shah Alam. Fuhhh.. punyalah aku gabra camne nak ke sana.. Hubby outstation kut masa ni..tak ingat. Maka, awak jugaklah yang dipaksa datang ke Kuantan teman saya interview. Then, sama-sama kita sesat nak mencari arah ke Shah Alam ni.. hahaaa... kan kannn... ingat lagi tak awak.. Then awak juga tunggu saya interview dalam keta sebab takde parking masa ni.. owhh speechless

Ingat lagi tak masa kita dapat berita kurang baik pasal ahli keluarga kita yang sedang menunggu detik kelahiran si comel yang sangat istimewa tu.. yang tidak diketahui berapa lama dia akan hadir dalam hidup kita semua.. Ye.. ingat tak.. kita sama-sama, rushing ke ke sana malam tu jugak.. semata-mata nak menemani mereka.. nak menenangkan mereka.. (tapi rupanya kita dapat bershoping dan enjoy naik feri lagi..)

Ohhh... terima kasih banyak awak.. Tapi awak ingat tak.. kita sama-sama ke genting dulu, bermalam di sana berempat beradik hahaa.. bestkan. Kemudian kita sama-sama ke gambang waterpark, main air dan jugak banyak kali lahh kita sama-sama ke rantau panjang kan.. soping moping.. hahaaa...

Ehh dan semalam semasa saya peluk Hasya Addini, cuba timang dia.. owhhh sangat berat hehee.. Kemudian ukur tinggi dia dah tahap muka dah.. Owhh nanti lama-lama macam mana kalau dia ikut cam awak.. tinggi ke langit. huuhuuu... Dulu kan, saya selalu letakkan tangan di bahu awak tika kita sama-sama jalan-jalan ke bandar. Kemudian, tangan saya tu dah terpaksa ditinggikan sebab bahu awak makin lama makin tinggi pulak.. Bonceng motor dulu-dulu tak nampak awak kat belakang.. tapi lama-lama orang akan nampak penumpang lagi tinggi dari pembonceng hahaa lawak rasenya kan.

Eh.. entry ni cuma nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga atas jasa baik awak yang menemani saya mencapai sebahagian kejayaan besar dalam kehidupan saya. Alhamdulillah saya berjaya interview keja dan bekerja hingga kini dan juga berjaya dalam interview belajar dan juga berjaya naik pentas dengan bangganya menerima skrol sarjana. Ianya adalah kejayaan besar u know!!

Semoga Allah membalas jasa baik anda dengan seribu kerahmatan dan kebahagian serta kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dan disayangi olehnya dan olehNYA selamanya.. Amin

Maafkan saya tak hadir majlis konvokesyen awak dan tak mengiringi awak menjejakkan kaki ke menara gading dulu.. Maafkan kekhilafanku.

Thank you our lil Busu.. (why lil..? owhh sebab u r always my lil sis.. so sweet and memorable)

4 comments:

tengku afza engku yusof said...

Ooh sweetnye.. tq sis.. i,m also proud of u.. u,re my beloved sis.. n also membuatkan busu mndapat smgt atas ur kejayaan... tq3

tengku afza engku yusof said...

Izinkan ambe copy link ni ye.. hehe. Tq

Engku Artini said...

welcome dear! lov u tooo!

eiyta said...

Alamak..apsal rasa sgt sebak baca entry nie...nasib baik takde org kat ofis..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini