Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, February 28, 2014

Ohohooohooo balik kampung!!

Lamanya tak balik kampung. Last balik December 2013. Lama kan.. sekarang dah tahun 2014 ha... hampir 2 tahun kalau ikut tahun hehehee....(Alasan kukuh untuk balik kampung hihihi..) Aku bukan boleh kalau tak balik kampung lebih dari 2 bulan. Rasa rimas semacam. Terbayang-bayang jer pokok rambutan, denai belakang dapur rumah, pantai batu buruk.. tanah halaman, angin sejuk malam hari.. dan yang penting wajah bonda berseri-berseri masa ni.. Ehhh.. kali ni kami ada orang baru.. Puteri Dhamirah.. alolooooo rindunya..!!

InsyaAllah petang ni, kami akan bertolak ke sana. Wahhh bestnyaa..!! Menaip entry ni pun dah terbayang-bayang keindahan kampung halaman. Lamanya tak pusing-pusing kampung. Tak lupa menziarah pusara insan-insan tersayang yang takkan lagi kunjung tiba.. hanya muncul di dalam mimpi atau bayangan indah je mungkin... huuuuuuuuu. Al Fatihah!

Ops.. aktiviti: mmmmmmmmmmmmm
Odw balik boleh singgah kat TER (Terengganu Equestrian Resort) kat Marang jap.. kalau sempat
Pantai batu buruk memang aktiviti wajib

Naik kereta kuda kat Pantai batu buruk mesti best kan.. dhamirah... jomm!! Sumber : google

Macam nak servey baju raya kat pasar payang.. kalau orang tak ramai, mungkin akan singgah jap
Eh... nak makan aiskrim goreng di pasar payanglah.. sambil tengok aktiviti timbun pasir nun di seberang sana
Ronda i-city di pasar payang
Pantai tok beng? yuppp kalau sempat makan-makan ict, sct,uct (ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung) dan air buah pior yang maveles!
Eh... lupa pulak.. manir mall a.k.a pasar manir yang happening setiap masa..
Desa murni? mmmm mungkin tak pergi kut kali ni..
Dannnn
dannnn
.
.
rasa-rasa macam nak ke sekayu waterfall kali ni.. ahahaaaaa jeng jengg jengg..!!

Jom kak nissa.. kak ngah.. jom dhamirah!!

La laaa laaa... riangnya dalam hati!
Semoga selamat perjalanan pergi dan balik... InsyaAllah

~auto publish~

Thursday, February 27, 2014

Wahh cantiknya pelangi!!

Pagi tadi tetiba hujan. Dah lama bumi Kuantan tak hujan sebenarnya... asyik panas memanjang.

Semasa dalam kereta nak hantar puteri Addini ke sekolah KAFA, tetiba nampak ni..

Cantikkan! Pelangi tadi macam ni lah rupanya dan sangat besar! Gambar : google
Subhanallah..!! Kagum jap kami. Aku yang dah lama hidup di muka bumi ciptaan Allah ni pun rasa amazing.. inikan pula puteri Addini kan..especially Amna..(Durrah dah ke rumah pengasuh masa ni, kalau tak mesti dia lagi kagum tengok pelangi indah ni)

Amna pun bersuara...

Wahhh cantiknya ibu..!!. Wahhhhhh betullah pelangi ni ada rupenya kan ibuu
Iye.. memanglah pelangi ni wujud. Amna tak pernah tengok pelangi lagi ke?
Tak pernah pun.. Cantiknya... besar pulak tu.. cantik kan kakak!!

Kemudian masa nak sampai kat sekolah KAFA, ternampak lagi pelangi yang lain.. kecil sikit dari yang tadi.
Kali ni.. tak habis-habis Amna dan kakak bercerita pasal pelangi cantik ni..termasuklah aku.. hehee... Kami main kira 7 warna pelangi hahaaa... Yang bestnya kakak cite macam ni..

Kat hujung pelangi tu kan dik.. ada perigi emas... ehhh perigi biskut emas! kakak tengok dalam cerita dongeng dia kata camtu...

Hahaaaa....  bestnya kalau betul-betul ada perigi biskut emas.. tapi masalahnya mana penghujung pelangi tu eh..? hahahaaa


Susu Isomil Plus murah - February 2014


Borong!! Borong!!
Isomil Plus 1-10 years - RM63.90
Tempat : Baby fair, Carrefour / AEON Big
Tarikh : 14-27 February 2014.. alamaakkk today is last day laa.... cepat !! cepat!!


Selamat shopping! Kami ... dah siap shopping untuk puteri Durrah !

Monday, February 24, 2014

Syyyy!! Ini rahsia kakak!

Ok.. ini rahsia tau!

Sebelum tu.. sila gelak dulu.. hahaaa... sebab lepas ni konpem ni kita akan guling-guling gelak baca rahsia kakak Hasya ni... hahaaa..

Camni..
aktiviti wikend.. outing! Ada special projek dari kids untuk us.. ibu n abah.. yang tu nanti insyaAllah aku cite ye.
So, cam biasa.. kakak Hasyalah yang paling menitikberatkan ketrampilan diri setiap kali bersiap untuk jalan-jalan. Kalau baju coklat, tudung mesti coklat, seluar pun coklat. Kalau baju butih, tudung putih, seluar putih. Kalau purple pun camtulah, kalau pink camtulah. kalau biru pun camtulah kakak. Mesti perfect bagi dia tauuu

Tapi, untuk outing kali ni.. mmmmm macam pelik sket aku tengok sebab kakak pakai baju biru, seluar purple dan tudung pink...obvious sangat pelik kan!

Aku pun tanya..
Kakak sayangg... nape arini pakai baju biru tapi tudung pink pulak?
Ohhhh heheee... sebab mmmm.. haaaa sebab panties kakak warna pink!!

Hahaaaaaa tergelak aku ...hahaaaaa!!
Pastu cite kak hubby... dia pun apa lagi.. sama-sama kami gelak!!

Kakak.. ohhh kakak.. hahaaa
Rasenya dia tak pakai matching kaler aritu sebab ada benda lain dalam fikiran dia kut.. yelaa ada special event dia nak buat dengan Amna untuk wikend tu.. sebabtulaa terkelam kelibut pakai baju pun dah tak lawo .. hahaaa..

Friday, February 21, 2014

Mana kiblat?

MasyaAllah!! Its happend around us!!

Dulu-dulu..pernah dengar cerita camni
"Seorang bapa dan ibu mertua menziarahi rumah anak mereka. Masuk waktu solat, mereka pun bertanya .. mana arah kiblat?  Sadisnya kedua-dua anak menantu mereka tak dapat menyatakan arah kiblat yang betul.

Aku sangat ingat kisah itu, cuma tak tahu akan kebenaran ceritanya. Harapanku semoga ia cerita rekaan semata.

But..ianya berlaku..benar-benar berlaku dalam dunia yang fana ini.

Kami ke rumah seseorang. Macam biasa dah masuk waktu solat kami minta izin solat..dan tanya arah kiblat.
"Kiblat kut mana?"
Si A tanya si B, B bertanya si C, C lak tanya si D. Semua diam tak terkata. Akhirnya si A berkata..
"Mmm surau kat belakang rumah ni rasanya kiblat dia kut sini..kan B kann.. haa ye laa kut sinilaa kiblat surau tu. "

So what? Terkejut kami...

Ohh Ya Allah..tunjuklah kami semua jalan yang benar. Ampunkanlah dosa-dosa kami. Jauhkanlah kami dari perkara-perkara yang menjauhkan kami dari agamaMu..


p/s: .awak...cite ni dah lama berlaku.. masihkah awak ingat? Moga ianya tidak berlaku dalam keluarga kita..nauzubillahh

Wednesday, February 19, 2014

Jom shopping langsir di Sarah Hughes Globe

Semalam menghadiri bengkel di KL. Sementara tunggu balik, aku menyempatkan diri terjah ke sini.. Sarah Hughes Globe di Jalan Tar heheheee...

Okeh..matlamat utama adalah nak shoping kain langsir baru untuk ruang tamu dan bilik-bilik kat rumah. Kenapa kepingin sangat nak beli langsir sampai nunnn kat KL norrrrr...ohoooo sebab blogger moon bagitau ada sales langsir baik punyerr. Hahaaa terpengaruh sungguh aku sebab dulu pernah ada sales giler-giler 10ringgit semeter untuk kain langsir kat sini.

So lets go shoping!!

Yang ni memang cantikkk sangat.. trendy design dan kain pun memang best! Tapi...tapi...regenya juga sangat cantik. RM39/meter x 50% discount = 19.50 se meter huhuuuu


Yang ni lagi lagii cantik tertarik kebabommm! Kalau tak silap semuanya pun pada harga yang sangat kebabom meletup gitu @ RM63x50% = 31.50/meter.. lagi huaaa huaaaa aku nengok






Amacam tergoda tak? Memang mengancam jiwa raga kan.

Mmmmmm semalam kann..aku datang dengan seribu harapan, tapi pulang dengan zero harapan... huuu! Manelah tauuu kut-kut ada offer 10 ringgit semeter cam aritu...  tapi  lain lak citenya kann. Huuuuu...Konpem menteri kabinet aku tak luluskan proposal shoping langsir ni... !! huaaaa...

Takpe akan ku tunggu kalau ada rezeki kaowww kaoww dari puan moon lain kali.. mana tau kan ada lagi hari 'Sehari bersama pembaca blog moon'

Next, aku ronda-ronda bahagian kids..okla jugak..

Sooo whats next? Untuk mengubat hati yang luka lara tu..aku sapu laaa barang-barang lain di jalan tar tu.. huhuuu bolehlaa kan dari takde.

Yang penting jimat!! Barulah menteri kabinet *sengihfromeartoear*

Tuesday, February 18, 2014

buggy car di bukit bendera

Ni masa cuti-cuti penang baru ni. Antara program utama ialah ke bukit bendera. Yang paling best adalah round bukit bendera... tengok rumah orang kaya-kaya... sambil naik buggy. Buggy ni macam ala-ala saiz kereta golf tu. Muat 7 orang termasuk driver. Kami ambik 2 buggy sebab muatan ramai hehee..takkan nak berhimpit pulak sebab agak bahaya melalui jalan corner dan lereng bukit.

Harga RM30 untuk 20-30 minit. Ada beberapa pit stop untuk bergambar sepanjang perjalanan tu. Bagi kami amat berbaloi-baloi dan recommended. Driver pun amat ramah explain dan bercerita pasal rumah orang kaya dan pit stop di sepanjang perjalanan. Siap tolong ambik gambar lagi hahaa

Okeh gambar lain masa percutian di bukit insyaAllah menyusul kemudian jika ada kelapangan...hehe ayat standard orkkkkk..cuti-cuti ke langkawi dah setahun berlalu tapi tak berupdate langsung huuuuu

Taraaa panjang umur jumpa lagi insyaAllah

Monday, February 17, 2014

bebaskan duniaku!!

Chewahhhh tajuk kemain kannn hahaa
Ni alkisah princess Dhia Zaara yang makin montel @7 months..
Tarraaa cakk cakkk!!


1. Dah tumbuh 2 gigi... semalam nampak 2 batang tu dah mula 'congek' keluar kat gusi
gigi tak brape nampak


2. Makin laju merangkak
Seluruh rumah dia dah sapu. Mane tempat orang pergi semua dia ikut.. until semalam... haaaa tengok ehh
saya nak intai je jap ehhh ibu.. macam best pokok nyor kat luar ni kan hehee..

oohoohooo ada buah nyor laa..seliper pun ada... sedap gigit nih hihii
ohoooo jap je dia merangkak keluar. Sib baik kakak cepat tangkap. Aku lak sibuk nak ambik gambar je ahaksss mamarazi kannn!!

Thursday, February 13, 2014

misi mencari bintang 2

Ok... dah cukup 60 bintang aritu, amna tetap kena makan nasi kurang-kurang 3 bintang sehari. Itu perjanjian dengan amna!

Jadi.. tu laa nasi 3 bintang amna..sikit jeu orkk..hohooo nasi kosong tanpa lauk or kuah. Dia tak nak lauk .. takpe.. harap- harap lama-lama kan dia makanlaa nanti..

Takde perjanjian nak bercuti ke mana-mana pun kali ni.. Target kumpul bintang pun takde.. Cuma kena maintain makan 3 bintang sebab tuntut aritu dah bercuti ke kameron dan penang . Dan nampaknya misi nak suruh dia makan nasi tiap hari hampir berjaya... yezzzzzzzaaaaaa!!

~auto publish~

Wednesday, February 12, 2014

Dapat kad cinta lagi!!

Weekend baru ni.. tengah masak nasik goreng sambil merungut nasi goreng kali ni tak berapa sedap kut sebab takde perencah udang or ayam even ikan bilis..huuuu stok semua dah habis tapi nak main masak-masak juga.. huuu tengah duk merungut sorang-sorang tetiba princess Durrah Khayla datang hulur kertas...

Ibuuuuu untuk ibu..bacalah!!


page depan : dalam () braket tuu..kalau abah baca abah jangan jeles..hahaaa memang abah jelessss!!

page 2 : ibu yang paling best tuuuuu!!

page 3

page 4 : gambar ibu tengah seronok dengan kakak katenya hehee

Yg  ni durrah lukis sambil kakak pegang pensel katanya.. oklaa tuu

Page belakang : love bling2!!

Waahhhh touching sangat rase!! Terus gi peluk diorang ...!!

Tq sayanggg!!

Saturday, February 8, 2014

Pabila ketua kelas tidur...

Cakkkkkkk!! Selamat bercuti!
Saya penolong kelas jer.. ketua kelas tu kakak comel saya , Kak Durrah Khayla!
Ohye.. comel kan pepel flower saya ni.. tq to auntie Laura!  cantik sangatttt!.. ni saya masa kat Avant Chocolate Cameron Highland

Okeh.. masa kami bercuti-cuti di Penang baru, kakak saya ni sangat aktiffffff ... jadi selalulahh juga dia tertidur masa kami jalan-jalan bercuti tu.. Tengok...!!

Ni kat Tesco Penang

Tidur lagi.. 

Masa nak naik train ke Bukit Bendera pun Kak Durrah tertidur.. Sampai dalam train pun masih tidur lagi.. hihiiii

Ni pulak masa kat kid land Penang... Semua orang seronok bermain kat sini, tapi kakak Durrah tido.. Sib baik kakak sempat bangun  dan main sebelum balik..dan sib baik masuk free jer kat sini
Dan masa kakak tidur, wahhhhh ibu dan abah sangat happyyyyyyyyy!! Sebab ketua kelas saya ni selalunya kecohhhh sangat sepanjang percutian .. jadi, bila kakak tidur, ibu abahlaa sangat bahagiaaaa! Rasa cam bebas jerkkkkkkk kalau tak mesti ada jerk mainan yang kakak pouwwww..

Ok kakak jom kita main sama-sama lagi..

Friday, February 7, 2014

Misi mencari bintang!

Amna memang susah sangat nak makan nasi. Nasi pertama dia makan masa umur 4 tahun lebih. Tu pun lepas kena umpan nak pergi sambut birthday 5 tahun kat kameron kalau makan sebutir nasi..sebutir okey bukan sepinggan! Maka sape lagi kalau bukan kakak yang beria-ia pujuk amna sebab nak pergi kameron hahaa.. dan akhirnya makanlaa sebutir nasi dengan muka macam nak nangis daaa huuuuu

2012 dia start tak nak makan balik. Suruh makan je nangis macam kena rotan.. !  Hiang mood kami nak makan nasi sebab ada orang nangis depan nasi macam kena dera jee..aduilaa

Then..satu hari tu tengok dia ceria sangat makan biskut cicah milo! Aku pun terus cakap.

Amna kena makan nasi kalau nak pergi bercuti kat rumah ahmad (sepupu di kulim)
Pastuu terusss je mintak nasik
Ok ibuu.. amna nak nasi sekarang!

Hoohoo.....!! Dann dann terus orkk!!  Oleh kerana tengok dia boleh jee makan nasi., tak nangis pun, terus aku ugut..

Satu nasi satu bintang. Amna kena kumpul 30 bintang baru bleh pegi rumah ahmad . Kalau tak cukup tak pergi tau!!

Ok ibu!! Amna nak tambah lagi 3 bintang !!

Aikkkk terus je bleh makan banyak. Kakak pun tambah...

Kalau gini adik kena makan 60 bintanglaa baru aci..sebab 1 bintang sikit sangat

Okehh amna nak makan 6 bintang arini!!

Maka misi mengumpul bintang pun bermula. 30 bintang aku bagi tu sebab memang plan nak bercuti masa raya cina..ada masa dalam 40 hari je lagi. Target koman-koman 1 bintang 1 hari. Tak boleh banyak-banyak. Tak archieve kan aku jugak yang tak dapat gi bercuti kannnn hahaaa takut juga...

So, kakak jadi seketary..

4 jan dah 29 bintang.
tengok.. ada hari-hari dia tak nak makan langsung. Ada hari makan banyaaak sangat.

Kakak tanda dalam 2 kalendar lagi untuk backup. 

So camne..misi archieve tak??
Mestilaaaaa.... risau aku kalau tak archieve hahahaa!!
 Ok nanti sambung cerita misi mencari diamond hasya pulak... bye bye!

Wednesday, February 5, 2014

Antara intan dan permata

Kisah princes durrah khayla ..

B..b sayang ibu ke abah?
Sayang ibu..
Yeaaa!! Sayang kakak ke kak amna?
Kak amna..
Ok... sayang abah ke kakak?
Abah...

Ingatkan jawapan dia telus, ikhlas.. pastu kakak cuba tanya lain plak

Ok..pandai b!! B sayang kak amna ke pokok?
Pokok...
Hahahhaaaa tak tahan kami gelak masa ni.. ok tanya lagi
B sayang pokok ke meja..
Meja
Sayang abah ke meja?
Meja
Gajah ke bebek?
Bebek
Boboh ke cat?
Cat

Hahaaa perasan tak semua jawapan dia pilih yang perkataan belakang je... hohohooooo
Alahai princess ibu, ingatkan dah boleh nilai antara intan dan permata... takpelah, yang penting B sayang ibu dari abah kannn ..yeaa!!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini