Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, February 27, 2014

Wahh cantiknya pelangi!!

Pagi tadi tetiba hujan. Dah lama bumi Kuantan tak hujan sebenarnya... asyik panas memanjang.

Semasa dalam kereta nak hantar puteri Addini ke sekolah KAFA, tetiba nampak ni..

Cantikkan! Pelangi tadi macam ni lah rupanya dan sangat besar! Gambar : google
Subhanallah..!! Kagum jap kami. Aku yang dah lama hidup di muka bumi ciptaan Allah ni pun rasa amazing.. inikan pula puteri Addini kan..especially Amna..(Durrah dah ke rumah pengasuh masa ni, kalau tak mesti dia lagi kagum tengok pelangi indah ni)

Amna pun bersuara...

Wahhh cantiknya ibu..!!. Wahhhhhh betullah pelangi ni ada rupenya kan ibuu
Iye.. memanglah pelangi ni wujud. Amna tak pernah tengok pelangi lagi ke?
Tak pernah pun.. Cantiknya... besar pulak tu.. cantik kan kakak!!

Kemudian masa nak sampai kat sekolah KAFA, ternampak lagi pelangi yang lain.. kecil sikit dari yang tadi.
Kali ni.. tak habis-habis Amna dan kakak bercerita pasal pelangi cantik ni..termasuklah aku.. hehee... Kami main kira 7 warna pelangi hahaaa... Yang bestnya kakak cite macam ni..

Kat hujung pelangi tu kan dik.. ada perigi emas... ehhh perigi biskut emas! kakak tengok dalam cerita dongeng dia kata camtu...

Hahaaaa....  bestnya kalau betul-betul ada perigi biskut emas.. tapi masalahnya mana penghujung pelangi tu eh..? hahahaaa


No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini