Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, March 26, 2014

Jom shoping langsir murah RM10 je di Sarah Hughes Globe!!

Wanita dan shopping memang tak dapat dipisahkan kan..macam terapi gitu!!

Sebenarnya tengah sedih...huuu.. ada orang tengah bergumbira jalan-jalan cuti sekolah tak ajak-ajak ayam pun kita.. huuuu

Jadi..entah tetiba rase nak klick blog moon, kut ada gambar baby dia yang comel tu.. tapi kan...kan...tetiba jerk ada good news yang amat aku tunggu-tunggu!!

Jualan langsir di Sarah Hughes Globe Kl.
Harga......??? Haaa ni yang paling best ni. Dulu kan punye excited aku pergi tengok langsir ni..haa cek kat entry ni yer.. Masa tu memang ada sales 50%, tapi still mahallaa bagi aku ni. So now.... harga dia...
Untuk semua langsir yang lerang 60" - RM10
Untuk semua langsir yang lerang 110" - RM20

Wowwwww terus tergaman sengih melebar gitu aku ni. Aku kan pernah pergi tengok dulu kain ni kan..kualiti dia memang bombastic kebabomlah!! Dengan kain dia yang tebal.. corak yang amattttt cantik dan terkini. Memang berbaloi-baloilah dengan harga 10 ringgit tu. Bayangkanlaa dah memang harga asal kain tu 50-60 ringgit semeter.. memangla kain mahal, kualiti first class gitu.

Nak tengok contoh kain...?

jenguk di sini yer

Amacam... silalah datang beramai-ramai borong langsir raya. Aku...huuu sedih tau.. terpaksa bekerja hari sales ni. Aku ada family day untuk students kolej..tak bolehla tak datang. Nanti semua mentee aku cari manelaa mentor kesayangan diorang ni..hahaaa.!!

Tapi takpe, tak dapat plan A, kita tukar plan B hehee

Oh ye.. lupa nak bagitau..sales ni pada:
Sabtu, 29 Mac 2014
11.00 am - 4.00 pm
Tingkat 7, Sarah Hughes Globe, Jln Tar, KL

Bila datang shoping kat sini..sila bagitau korang adalah pembaca blog Puan Moon yang comel, ibu si comel Sarah.. sebab sales ni adalah khas untuk pembaca blog dia je tau...hebatkan !!
 Jangan cakap pembaca blog aku tau..silap haribulan tak dapat sales murah tu hahaaa

Selamat shopping!! Hilang dah sedih aku tadi..hehe..shoping is terapi kan!!

Monday, March 17, 2014

MH370 : macam mimpi yang panjang

Terkadang terasa macam aku sedang berada dalam sebuah mimpi... mimpi yang agak menyeramkan... dan macam mimpi tu amat panjang... belum ada kesudahan mimpi. Tapi, bila melihat sekeliling, aku sedar aku berada di alam nyata..

Terkadang rasa macam .. bila mimpi ni nak sampai ke penghujung? Hatiku dah letih bermain dengan pelbagai perasaan. Tapi.. aku sedar, hati mereka lagi letih dan pedih berbanding aku ni yang alahai... tak berkait pun dengan pesawat tu.. tapi hakikatnya semua insan yang ada hati dan perasaan pun sama-sama mempunyai perasaan begitu kan..

Terkadang rasa macam.. Ya Allah tunjukkanlah keajaibanMu!.. Hadirkanlah keajaiban untuk MH370.
Aku Bermohon supaya diberikan keajaiban..
Tiba-tiba dilembutkan hati mereka-mereka itu ... isikan minyak flight, lepaskanlah mereka kembali ke bumi Malaysia.. dan tamatkanlah bencana ngeri itu. Semua diam dan jangan menuding jari lagi. Semua dah kembali dengan selamat jadi usah diungkitkan isu itu lagi. Full stop!
Tapi, berpijak di bumi nyata..semua tu mustahil untuk berlaku. Bumi akan terus menuding jari. Siasatan bertubi-tubi. Tragedi itu tak boleh didiamkan sebab melibatkan banyak negara. Langkah keselamatan perlu diambil. Siasatan terperinci perlu dilakukan.. harus!

So what?
so why?
Apakah kamu tidak takut akan dosa dan pahala ..atau mungkin kamu takde pegangan agama?
wallahualam.

Pesanku dan seluruh rakyat ..
pulangkanlah mereka.. bukan untuk kami.. tapi untuk keluarga, ibu bapa dan anak-anak yang meratapi kemanakah menghilangnya mereka yang tersayang!
usahlah disorok mereka
nyatakanlah permintaan kamu
berbincanglah
...
apa sebenarnya yang kamu mahu.. duhai hati...?

Wednesday, March 12, 2014

DIY : Cat kereta wira sendiri 2

Tarraaaa.... Ramainya yang view DIY cat kereta kancil aritu. Ada 1251 page views!! So, aku update pulak DIY kereta wira hubby pulak.

Warna dipilih kali ni adalah oren wuhuuuu!!
Wira yang dah hampir siap. Tinggal mekap-mekap sket lagi kat tayar kena spray hitam, cermin kereta perlu touch up sket..

Ok let's diy cat kereta

Mula-mula cat under coat hitam, nak tutup karat kat kereta


Yang tu mesin kompressor yang diguna untuk spray cat nanti


Sapu simen kat tempat karat dan lekuk or berlubang

Dah sudah sudah rata simen, under coat lagi sekali kaler grey.
Amboiii hubby kan...mentang-mentang kereta sendiri kannn,
Undercoat jerk sampai dua kali... Cantiklaa kereta dia nanti !!

Ok, pastu barulah spray cat oren pakai kompressor. Aku intai dari bilik je sebab berabut kat luar.
Nampakkannn sesi spray kat luar tu



Part nak spray kat atap kereta... Agak susah sket sebab kut wayar kompressor bergesek dengan cat yang bellum kering kat body kereta..

Jadi... Nahhhhh panjat!!! Spray jangan tak spray !! Pastu tunggu sampai kering untuk mekap seterusnya
Opsss mana gambar yang dah siap? InsyaAllah nanti aku tepek semula kat sini. Tak tangkap gambar lagi... Hehee keretanya dah lama cun melecun!

Will update soon yek...tungguuuuu!!

Update 5 Ogos 2014 : 

Tuesday, March 11, 2014

Cuti-cuti terengganu : Aiskrim goreng di Pasar Payang

Date : 19 oktober 2013
Tempat : pasar payang, Kuala terengganu

Mmm... Sedap!!







Sambil makan, sambil tengok kerja korek timbun pasir kat depan pasar paying

Rating : 4/5.

Monday, March 10, 2014

MH370 : aku pernah melalui perasaan itu!

It was happened around 2006 - 2007.. Tak berapa ingat bila ia berlaku. Yang pasti masa tu, aku dengan hasya je. Addinies lain belum lahir lagi..

Masa tu aku lepak di rumah jiran, kak lily, dia buat open house rasanya. Hubby bertugas di offshore, perairan terengganu. Dia dijadualkan akan pulang ke darat menaiki chopper around tengahari or petang. Entah camne aku lepak lama pulak kat rumah kak lily..sebab diorang ajak aku makan kenyang-kenyang..nanti balik tak payah masak dah hehehee..I like! Aku kan masa ni dengan hasya jer, jadi tak kisah sangat duduk lama-lama rumah orang .

Lama jugakla duduk rumah kak lily ni..2-3 jam jugak kut. Dah nak balik baru ingat tak bawa telefon. Hohooo...tapi aku rasa macam tak kisah sangat ...tak penting sangat tak bawa tipon sebab hubby kat offshore kan.. Tapi.......

Tapi... Sampai je kat rumah, tengok ada banyak sangat miscall!! Banyakkkkk sangat!! Hati mula rasa tak sedap. Check miskol...dari saudara mara terapat dan kenalan suami. Ehhhh apsal ni??

Terus return call ... First call kak tina.(kakak)

Elloo..nape call banyak kali?
Arini cik din (hubby) balik laut (offshore) kan?
Ha ahh..petang or malam ni sampailaa kut. Nape?
Dok tengok berita ker tadi?
Dok . nape?? (Masa ni kan berdebooo2 sangat rase)
Tadi berita kata ada chopper kat terengganu jatuh ke laut... Tu nok tanye, chopper dia pukul brape?

So... Apa perasaan kalian kalau berada kat tempat aku masa tu? Huuuu haruuuu tauuu!

Aku dengan terketar-ketar telefon PA hubby. PA dia cuba tenangkan aku..katanya dia ada juga dengar berita tu tapi rasanya suamiku tak terlibat sebab jadual chopper dia lewat petang. Chopper yang jatuh around 12 tengahari rasanya. Tapi untuk pengesahan, dia akan call staff HQ di KL pulak.

Berdebar-debar aku tunggu pengesahan dari HQ dengan seribu doa agar suamiku selamat... Huuuuuuu...

Alhamdulillah.. Dapat return call mengngesahkan hubby selamat dan nama dia takde dalam senarai mangsa tu.

Aku pun tunggu penuh sabar ... Bilalaa hubby nak sampai. Ofcos la tak boleh nak contact dia kat laut. Henpon pun dia tinggalkan kat rumah je sebab tak boleh bawa. Sementara tunggu dia balik, ramaila yang telefon tanya khabar suami. Big bos suami dari HQ pun ada call dan banyak bagi moral support kat aku masa ni.. Dia pesan suruh suami rehat panjang lepas dah sampai nanti

Bila hubby sampai rumah?
Malam.. Belum sampai.
Lewat petang esok baru sampai...dengan muka yang amat letih. Balik naik bot 8 jam menggantikan chopper yang dah terjunam tu...sian kannn!!  dah laa mabuk laut ...sepatutnya naik chopper dalam 45 minit je, tapi bayangkan naik bot dengan laut bergelora..8 jam pulak tu

Apa cerita hubby?
Hubby kata, chopper tu jatuh sebelum nak sampai ke pelantar offshore tempat dia menunggu. Chopper tu akan mendarat dari pelantar A ke pelantar B Dan seterusnya untuk mengambil penumpang. Bayangkan chopper tu dari pelantar A menuju ke pelantar B tempat hubby nak naik tapi ditakdirkan jatuh terjunam ke laut dulu sebelum sempat dia naik. Bayangkan kalau dia dah naik tadi... Nauzubillah!! Trauma sangat dia masa tu.. Bukan dia je, aku pun sama trauma teramat!

Apa perasaan hubby?
Dia nampak chopper tu berasap, dia nampak chopper tu jatuh.. Kecut perut teramat dan bersyukur teramat ditakdirkan selamat dan tidak ditakdirkan berada di dalam chopper tu...

Apa perasaan aku?
Aku... Seperti apa yang aku rasakan sekarang, berdebar, gelisah, tidak keruan menanti jawapan yang tak kunjung tiba. Walaupun mereka bukan saudara mara mahupun kenalan, tapi sedikit sebanyak aku dapat merasakannya...sama seperti peristiwa dulu.

Sama-samalah kita doakan agar diberikan petunjuk olehNya, diberikan penyelesaian olehNya. Agar mereka-mereka diberikan keselamatan Dan kesejahteraan. Usahlah membuat pelbagai spekulasi dan ulasan yang memeritkan keluarga si mangsa. Diam dan berdoa adalah lebih baik ...

Berdoalah... Berdoalah...please!!!










Saturday, March 8, 2014

Pujuklah suami...

Opss.. hahaa.. tajuk kemain hot kan..
entah siapa yang merajuk, aku ke en suami hihiii

Alkisah satu malam tu, masa nak dinner, aku sibuk goreng cucuk lemak manis adabi untuk amna. Tapi belum sempat siap masak cucur, en suami dah buat sendiri lah pulak kopi. Errr... aku tak nak dia buat sendiri, aku nak dia minum dari air tangan aku ecewahhh... lagi lagi aku dapat pahala kan hehe. Tapi maybe dia buat sendiri kali ni sebab lambat sangat tunggu aku buat kopi. Aku pulak rasa macam... alahai takkan tak boleh tunggu jap orang buat kopi ni.. Tapi maybe dia pulak rasa camni kan... alahai lambat beno nak tunggu kopi siap, buat sendirilah..

Lalu masing-masing merajuk hahaa lawak kan.. benda kecik aje kan. hihii

The next day, aku pun oklah.. konon-konon nak pujuk ekekeke.. errr bagi pantunla sket kali ni..

Buah keranji dalam perahu,
masak sebiji atas peti,
ampun semalam beribu ampun,
nanti baby yaya blanje eskrem

* yaya tu panggilan manja untuk princes dhia zaara

Entah apa punya pantun daaa.. hahaa janji 4 kerat oklah kan. Kalau juara pantun mis laura baca ni, konpem failed aku ni.. hahaa

Tapi, tunggula jugak respon dari si dia.. tunggu punya tunggu tapi takde respon juga. Alahai.. biasanya senang je pujuk dia ni. Mintak maaf je pastu terus ok.. Tak pernah melarat-larat merajuk sampai ke petang camni.. huhuu... 
Ok, takpe.. malam ni masakkan sesuatulah. Aritu dia kata nak makan mi goreng. Aku pun berialah singgah kedai runcit beli mi kuning, sotong, telur dan sayur.

Balik rumah, dia takde ..main bola. Masuk dapur nakletak barang.. tapi... jeng jengg..

Opocot apa ni plastik besar ni..
 Intai sket.. sambil jual mahal konon merajuk lagi ahahaaaa
 Eh.. apa benda ni..
 Wahhh roka my feveret pun ada skali .. ahaaa macam special untuk aku je kan.. hihiii perasan
 Akhirnya, tak tahan aku layan mood jual mahal, aku pun selak plastik.

Wowwwwwwwww!!!

 See!!! Wahhhhhh tak sia-sia jual pantun tadi!!

 Siap ada tampal nama order kat kotak piza..
Wahhhh haaa haaaa bestnya!! Nak merajuk lagilah.. hahaaaaa

Moral: tak salah merendah diri, buang ego dengan suami. Hasilnya... berbaloi-baloi kan kan!!

Friday, March 7, 2014

Gaya bebas merangkak!

Jeng jeng..!
Tiap pagi sebelum ke sekolah, saya akan ronda-ronda rumah dulu..

See see.... spot saya tak?


Mmmmm rasa macam nak ronda-ronda ke depan sikit la.. hihihiii!

Ehh.. depan sikit lagila.. 

eh depan sikit lagi ehh ibu..

opssss... tada.. sampai sini je ker ibu.. depan lagi boleh tak?

hihiiii... bebaskan dunia saya!

Thursday, March 6, 2014

Cuti-cuti Penang: Mi Udang di Pulau Aman

Pulau Aman is a small island in Penang, Malaysia. 
Famously known as the "Island of Peace", it is a home to a traditional Malay village.
Sumber : Wikipedia

Wallah.. siap google Pulau Aman. hehee. Aku tak tau pun apa yang bestnya di sini. Orang bawa, aku pun ikut jer. Cuma yang dia kata, boleh makan mi udang kat sini. 
Sebelum tu, sila tengok gambar makanan yang kami order di sini

Kuey tiaw Udang special RM10 
Mi Udang Sedap RM6.00

Mengancam kan!! Dan ofcosss rating: 5/5 bintang aku bagi!!

Ok lets go to Pulau Aman!

Nak ke sini mestilah kena naik bot kan. Tambang? Masa kami naik, tambang dewasa RM6 seorang untuk pergi balik dan free tambang untuk kanak-kanak. Untunglah kami sebab naik bot dengan 3 dewasa dan 5 kanak-kanak, tapi bayar tambang untuk 3 orang dewasa jer.. hahaaa...  Tima kasih pakcik bot.

Inilah tourist kami semasa cuti-cuti disini. Pendek kata mana dia bawak, semua kami ikut. Sib baik dia tak jadi bawa kami gi shoping sales pinggang mangkuk.. hahaaa haru betul! Kental sungguh aku tak nak gi shoping tu padahal dalam hati mak oiiii geletek nok ikut sama.

Back to cerita kita, naik bot ni kena ada syles sket. Yang spek tu si bapa nama Tengku Anif, my bro. Yang di sebelah dia tu.. Tengku Nur Ahmad.. anak si bapa baju biru tak belang (bapa baju biru belang tu daddy addinies hehe). (Minyak masak dan barang dalam plastik tu bukan barang diorang eh.. maybe barang penduduk tempatan Pulau Aman yang baru balik shoping dari darat)


 Peaceeeeeee! Durrah Khayla mesti dengan daddy! 

Eh dah apsal gambar aku dengan kids naik bot takde ni.. ohoohoo.. nanti aku cari tepek kat sini.

 Ok .. kat sini kami order kueytiaw udang, mi udang, nasi goreng udang. Semua standard harga RM6. Kalau special harga RM10. Bezanya ialah yang standard tu akan dapat udang besar seekor, yang special akan dapat udang 3 ekor... noticed that rege udang dalam 2 ringgit seekor kan.

Ok jom makan.. bismillah...

 nyumm nyummmmm...

 Dah kenyang makan baru ambik gambar. Ni kat gerbang masuk ke restoran. Nama restoran ni Restoran Terapung Pulau Aman.

 Ni titi nak menuju ke restoran terapung (belah kanan)..cantik kan view dia... Yang sebelah kiri tu ada tempat peniaga jual udang segar dari laut. Memang saiz besar dan fresh tapi seperti kata penasihat (my bro), jangan beli kat sini sebab harganya memang cekik darah. Peniaga letak harga kaww kaww kat sini sebab kebanyakan pembeli adalah tourist. Ok kami perati je .
Masa lalu tempat udang ni, first harganya RM65 sekilo.. masa tu ada tourist chinese beli 2 kilo. Pastu masa kami otw nak balik, harga dah tukar jadi RM60 sekilo. So camne tu? Tanda harga..? ohhh tak disediakan. Cuma ada board tulis 'dilarang tawar-menawar' hahaaa camne tu...?

 Kami duduk makan dan bersantai kat sini hampir 1 jam. Time nak balik, cuaca panas terik dan princess dhia zaara tido pulak. Thanks to si baju biru payungkan kami sepanjang perjalanan balik menuju ke jeti bot. Oh ye, jarak dari jeti bot ke restoran ni hampir 500m kut.. eh betul ke eh..? tapi tak jauh sangatlah.. kejap je jalan sambil tengok view pulau tu..tup tup dah sampai.

 Masa otw pergi dan balik ke restoran tu, akan nampak orang kampung sedang buat aktiviti masak kuih kampit. 


 Ini pulak view rumah-rumah di sekitar pulau aman

 Di jeti bot, kami singgah beli ikan masin talang. RM10 untuk 3 ekor ikan talam yang besar..murah kan!

 Tarraaa.. sementara tungu bot datang, jom berselfie. 
Dari kiri : Amna, me & dhia (tidur), daddy & Durrah, Hasya dan Ahmad. Mana si baju biru ehh? Owhh lupa, dia tukang ambik gambar masa ni.. hehee 

 Dah sampai ke darat, terpaksa mendaki sikit untuk ke parking kereta. Cuaca sangat panas masa ni. See... durrah pakai tudung...comel!

Lepak sementara tunggu kereta datang.. masing-masing duk cerita pasal bestnya naik bot tadi. Aku pulak terbayang-bayang bestnya mi udang tadi.. lalaalaaa..


Wednesday, March 5, 2014

Baby buat homework!

Ohohooo... si kecik ibu sorang ni.. pantang bilik kakak terbuka, meluru je dia nak join kakak amna dan kak hasya buat kerja sekolah. 

Tengok, ni malam semalam. Nak join sekali buat homework kakak. Tapi yang harunya, pensil dan buku tu bukannya dia guna untuk menulis.. mana pandai kan. Tapi, untuk dimakannya.. wahahaaa !!


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini