Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, March 1, 2014

Cuti-cuti Penang : Bukit Merah, Kilang Jeruk Pak Ali, Mengira bintang indah!

Aktiviti cuti-cuti kami ni bermula pada 29 Jan- 3 Feb 2014. Tahun lepas, around masa ni kami bercuti ke Langkawi dan Penang.. tapi sampai sekarang tak sempat nak update .. heheee.. Jadi, cuti kali ni.. nak update jugak.. untuk kenang-kenangan kan.. bukan senang nak cuti panjang ni ..

29 January, kami bertolak pagi..dari Kuantan-Batang Kali-singgah di Bukit Merah Resort jap. Gambar kat sini dah terdelete pulak..tak taulaa angkara tangan siapa huhuu.. Tapi singgah kejap je dalam 45 minit, sebab cuaca sangat panas dan macam tak happening je kat sini. Kedai banyak tak buka, kedai makan pun tak buka huuu..Maybe sebab hari bekerja tak ramai pengunjung kut.. Kami cuma lepak kat tepi tasik sambil kids main permainan yang masuk duit tu..(tapi ofcos la tak masuk duit ...hihii... ) . Best jugak lepak kat sini sambil tengok itik berenang, sambil intai anak ikan berenang.

Rating: 3/5 bintang!***

Sampai di rumah adik , Lunas dah lewat petang. . berehat, makan petang mi goreng sedap, pastu malam berkelah di beranda rumah sambil buat aktiviti mengira bintang dan menikmati roti arab sedap yang amat ! hahaa..

Rating: 5/5 bintang! ***** :)

Ok, aktiviti seterusnya barulah ada gambar hehee

Tarikh : 30 Januari 2014 (Khamis)
Aktiviti 1 : Melawat Kilang Jeruk Pak Ali
Ni kawasan pembungkusan

Ni kawasan luar .. tempat untuk pengunjung berehat 

Ada mesin kacau dodol kat sini.. wahhh senang laa orang buat dodol sekarang kan!!

Kat dalam ni tempat pekerja potong buah yang dijerukkan. Kawasannya sangat bersih. Setiap pekerja akan duduk di tempat masing-masing sambil potong buah. Takde pun yang sibuk nak chating ke.. (maklumlaa semua perempuan kan..biasanya mesti nak chit-chatkan). Yang menariknya setiap pekerja akan digantung nama kat syiling. Kiranya kat atas syiling ada nama, kat bawah nama tulaa mereka buat kerja.

Ni dari pagar utama... yang tu bukan anak tokey jeruk ye.. tapi anak kami.. model baru hahaa

Sebelah tepi adalah bazaar jualan

Jom kita masuk shopping!

Selain jeruk, ada juga jual barang-barang makanan lain.

Ni lah ahli rombongan kali ni. Lagi 2 orang kena tinggal kat rumah sebab  demam masa ni.. hehee sian dia.., lagi 2 orang pulak tukang ambik gambar dan tukang alih kereta.. hehee
Overall, menarik jugalah tempat ni. Nampak cara dia buat jeruk ni camni.. dan macam bersih je. Jadi, bolehlah makan tanpa was-was. Harga kat kilang ni kami tak compare pulak dengan harga di kedai luar.. kan banyak kedai yang jual jeruk pak ali ni di .. merata-rata ada. Tapi, rasanya mestilah lagi murah kan dan fresh dari kilang lagi.
Rating: 4/5 bintang! ****
(4 bintang je sebab kami bukan peminat jeruk sangat hehe.. jadi tak shoping sangat dan tak teruja sangat untuk aktiviti.. tapi best dan recommended!

Ok.. Next.. aktiviti 5 bintang!! : Pulau Aman, 
Shoping baju murah RM10 je! Berkelah & berkuda di Batu Feringgi, , Pasar malam batu Feringgi, Mengira bintang dan bunga api malam raya cina! Ni semua aktivit masa Day 1 tau.. fuhhh pengsan! Esok tu nak bangun awal lagi sebab nak menghirup angin segar pagi di puncak Bukit Bendera. Memang penat yang amat tapi tetap tak boleh lawan keterujaan kami bercuti kali ni.. happening sangat!! Alhamdulillah!

~Auto publish~

1 comment:

#5 said...

1bntg je sbb cite xabis. potong 1/2 bntg sbb xmention yg gumuk2 dpn pintu Kedai.hahaha

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini