Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, March 6, 2014

Cuti-cuti Penang: Mi Udang di Pulau Aman

Pulau Aman is a small island in Penang, Malaysia. 
Famously known as the "Island of Peace", it is a home to a traditional Malay village.
Sumber : Wikipedia

Wallah.. siap google Pulau Aman. hehee. Aku tak tau pun apa yang bestnya di sini. Orang bawa, aku pun ikut jer. Cuma yang dia kata, boleh makan mi udang kat sini. 
Sebelum tu, sila tengok gambar makanan yang kami order di sini

Kuey tiaw Udang special RM10 
Mi Udang Sedap RM6.00

Mengancam kan!! Dan ofcosss rating: 5/5 bintang aku bagi!!

Ok lets go to Pulau Aman!

Nak ke sini mestilah kena naik bot kan. Tambang? Masa kami naik, tambang dewasa RM6 seorang untuk pergi balik dan free tambang untuk kanak-kanak. Untunglah kami sebab naik bot dengan 3 dewasa dan 5 kanak-kanak, tapi bayar tambang untuk 3 orang dewasa jer.. hahaaa...  Tima kasih pakcik bot.

Inilah tourist kami semasa cuti-cuti disini. Pendek kata mana dia bawak, semua kami ikut. Sib baik dia tak jadi bawa kami gi shoping sales pinggang mangkuk.. hahaaa haru betul! Kental sungguh aku tak nak gi shoping tu padahal dalam hati mak oiiii geletek nok ikut sama.

Back to cerita kita, naik bot ni kena ada syles sket. Yang spek tu si bapa nama Tengku Anif, my bro. Yang di sebelah dia tu.. Tengku Nur Ahmad.. anak si bapa baju biru tak belang (bapa baju biru belang tu daddy addinies hehe). (Minyak masak dan barang dalam plastik tu bukan barang diorang eh.. maybe barang penduduk tempatan Pulau Aman yang baru balik shoping dari darat)


 Peaceeeeeee! Durrah Khayla mesti dengan daddy! 

Eh dah apsal gambar aku dengan kids naik bot takde ni.. ohoohoo.. nanti aku cari tepek kat sini.

 Ok .. kat sini kami order kueytiaw udang, mi udang, nasi goreng udang. Semua standard harga RM6. Kalau special harga RM10. Bezanya ialah yang standard tu akan dapat udang besar seekor, yang special akan dapat udang 3 ekor... noticed that rege udang dalam 2 ringgit seekor kan.

Ok jom makan.. bismillah...

 nyumm nyummmmm...

 Dah kenyang makan baru ambik gambar. Ni kat gerbang masuk ke restoran. Nama restoran ni Restoran Terapung Pulau Aman.

 Ni titi nak menuju ke restoran terapung (belah kanan)..cantik kan view dia... Yang sebelah kiri tu ada tempat peniaga jual udang segar dari laut. Memang saiz besar dan fresh tapi seperti kata penasihat (my bro), jangan beli kat sini sebab harganya memang cekik darah. Peniaga letak harga kaww kaww kat sini sebab kebanyakan pembeli adalah tourist. Ok kami perati je .
Masa lalu tempat udang ni, first harganya RM65 sekilo.. masa tu ada tourist chinese beli 2 kilo. Pastu masa kami otw nak balik, harga dah tukar jadi RM60 sekilo. So camne tu? Tanda harga..? ohhh tak disediakan. Cuma ada board tulis 'dilarang tawar-menawar' hahaaa camne tu...?

 Kami duduk makan dan bersantai kat sini hampir 1 jam. Time nak balik, cuaca panas terik dan princess dhia zaara tido pulak. Thanks to si baju biru payungkan kami sepanjang perjalanan balik menuju ke jeti bot. Oh ye, jarak dari jeti bot ke restoran ni hampir 500m kut.. eh betul ke eh..? tapi tak jauh sangatlah.. kejap je jalan sambil tengok view pulau tu..tup tup dah sampai.

 Masa otw pergi dan balik ke restoran tu, akan nampak orang kampung sedang buat aktiviti masak kuih kampit. 


 Ini pulak view rumah-rumah di sekitar pulau aman

 Di jeti bot, kami singgah beli ikan masin talang. RM10 untuk 3 ekor ikan talam yang besar..murah kan!

 Tarraaa.. sementara tungu bot datang, jom berselfie. 
Dari kiri : Amna, me & dhia (tidur), daddy & Durrah, Hasya dan Ahmad. Mana si baju biru ehh? Owhh lupa, dia tukang ambik gambar masa ni.. hehee 

 Dah sampai ke darat, terpaksa mendaki sikit untuk ke parking kereta. Cuaca sangat panas masa ni. See... durrah pakai tudung...comel!

Lepak sementara tunggu kereta datang.. masing-masing duk cerita pasal bestnya naik bot tadi. Aku pulak terbayang-bayang bestnya mi udang tadi.. lalaalaaa..


2 comments:

#5 said...

Baju biru, Hati HIJAU... 5Bntg. (xnaik2 ke bumbung lps aritu..)

Engku Artini said...

Saya hati merah campur susu...hehee Tunggu addinies datang la tu baru nak naik kira bintang lagi ork. Tunggu dhamirah la plop kali ni

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini