Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, March 10, 2014

MH370 : aku pernah melalui perasaan itu!

It was happened around 2006 - 2007.. Tak berapa ingat bila ia berlaku. Yang pasti masa tu, aku dengan hasya je. Addinies lain belum lahir lagi..

Masa tu aku lepak di rumah jiran, kak lily, dia buat open house rasanya. Hubby bertugas di offshore, perairan terengganu. Dia dijadualkan akan pulang ke darat menaiki chopper around tengahari or petang. Entah camne aku lepak lama pulak kat rumah kak lily..sebab diorang ajak aku makan kenyang-kenyang..nanti balik tak payah masak dah hehehee..I like! Aku kan masa ni dengan hasya jer, jadi tak kisah sangat duduk lama-lama rumah orang .

Lama jugakla duduk rumah kak lily ni..2-3 jam jugak kut. Dah nak balik baru ingat tak bawa telefon. Hohooo...tapi aku rasa macam tak kisah sangat ...tak penting sangat tak bawa tipon sebab hubby kat offshore kan.. Tapi.......

Tapi... Sampai je kat rumah, tengok ada banyak sangat miscall!! Banyakkkkk sangat!! Hati mula rasa tak sedap. Check miskol...dari saudara mara terapat dan kenalan suami. Ehhhh apsal ni??

Terus return call ... First call kak tina.(kakak)

Elloo..nape call banyak kali?
Arini cik din (hubby) balik laut (offshore) kan?
Ha ahh..petang or malam ni sampailaa kut. Nape?
Dok tengok berita ker tadi?
Dok . nape?? (Masa ni kan berdebooo2 sangat rase)
Tadi berita kata ada chopper kat terengganu jatuh ke laut... Tu nok tanye, chopper dia pukul brape?

So... Apa perasaan kalian kalau berada kat tempat aku masa tu? Huuuu haruuuu tauuu!

Aku dengan terketar-ketar telefon PA hubby. PA dia cuba tenangkan aku..katanya dia ada juga dengar berita tu tapi rasanya suamiku tak terlibat sebab jadual chopper dia lewat petang. Chopper yang jatuh around 12 tengahari rasanya. Tapi untuk pengesahan, dia akan call staff HQ di KL pulak.

Berdebar-debar aku tunggu pengesahan dari HQ dengan seribu doa agar suamiku selamat... Huuuuuuu...

Alhamdulillah.. Dapat return call mengngesahkan hubby selamat dan nama dia takde dalam senarai mangsa tu.

Aku pun tunggu penuh sabar ... Bilalaa hubby nak sampai. Ofcos la tak boleh nak contact dia kat laut. Henpon pun dia tinggalkan kat rumah je sebab tak boleh bawa. Sementara tunggu dia balik, ramaila yang telefon tanya khabar suami. Big bos suami dari HQ pun ada call dan banyak bagi moral support kat aku masa ni.. Dia pesan suruh suami rehat panjang lepas dah sampai nanti

Bila hubby sampai rumah?
Malam.. Belum sampai.
Lewat petang esok baru sampai...dengan muka yang amat letih. Balik naik bot 8 jam menggantikan chopper yang dah terjunam tu...sian kannn!!  dah laa mabuk laut ...sepatutnya naik chopper dalam 45 minit je, tapi bayangkan naik bot dengan laut bergelora..8 jam pulak tu

Apa cerita hubby?
Hubby kata, chopper tu jatuh sebelum nak sampai ke pelantar offshore tempat dia menunggu. Chopper tu akan mendarat dari pelantar A ke pelantar B Dan seterusnya untuk mengambil penumpang. Bayangkan chopper tu dari pelantar A menuju ke pelantar B tempat hubby nak naik tapi ditakdirkan jatuh terjunam ke laut dulu sebelum sempat dia naik. Bayangkan kalau dia dah naik tadi... Nauzubillah!! Trauma sangat dia masa tu.. Bukan dia je, aku pun sama trauma teramat!

Apa perasaan hubby?
Dia nampak chopper tu berasap, dia nampak chopper tu jatuh.. Kecut perut teramat dan bersyukur teramat ditakdirkan selamat dan tidak ditakdirkan berada di dalam chopper tu...

Apa perasaan aku?
Aku... Seperti apa yang aku rasakan sekarang, berdebar, gelisah, tidak keruan menanti jawapan yang tak kunjung tiba. Walaupun mereka bukan saudara mara mahupun kenalan, tapi sedikit sebanyak aku dapat merasakannya...sama seperti peristiwa dulu.

Sama-samalah kita doakan agar diberikan petunjuk olehNya, diberikan penyelesaian olehNya. Agar mereka-mereka diberikan keselamatan Dan kesejahteraan. Usahlah membuat pelbagai spekulasi dan ulasan yang memeritkan keluarga si mangsa. Diam dan berdoa adalah lebih baik ...

Berdoalah... Berdoalah...please!!!










2 comments:

Laura Azura Zainal said...

ye kakak.

masa blk dr outstation dulu dr kk nk ke kl. pernah juga dlm flight alami gegaran kuat. lepas tu anak kapal mintak blk ke tempat masing. masa tu diorang agak kalut, sy dh berdebar2. xlama tu FO bg tahu, cuaca dlm keadaan buruk. Huh, berdebo thp x ingat. lepas tu dia bwk pusing2. lama gak la berlegar2 diatas sementara boleh landing. Masa tu dh berdebo, apatah lagi memikirkan apa yang mungkin terjadi kepada MH370. Yes, keep on hoping. Habe faith on Allah too.

Engku Artini said...

Ohhh gitu ker?? Berdebar tahap gaban ehh.. camnelah mereka seme tu kan.. sama2 keep on hoping ye zura.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini