Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, April 28, 2014

Cara mudah pikat hati si dia anda!

Sumber : Harian metro, 25hb April 2014

Okey walaupun sumber dari paper jer.. tp sangat berguna dan sangat mudah untuk dipraktikkan !

Ok.. ni yg dia tulis.. boleh baca tak?

Jom baca satu-satu!

1. Sentiasa melawa untuk si dia!.. 
Alaa senang jer nak praktis kan!

2. Beri hadiah
..Wahh.. yang ni selalunya aku dapat dari si dia! Takpe.. pasni nak buat pakatan sulit dengan addinies la.. hehee

3. Teman shoping..
Pun selalu jugak.. Walaupun kadang alahai boringnya aku ikut si dia g kowboyla, gi kedai aksesori keretalah, gi kedai al ehsanla.... tapi dia jugak maybe boring nguh masuk kedai teman aku beli tudungla.. beli kasutlaa.. beli tudung lagi.. beli handbag laa.. yang ntah berapa lama keluar masuk kedai tak beli-beli jugak lagi.. hihiii..
Takpe.. yg penting teman je la..  Aku suka dia teman, at least senang aku nak buat keputusan cantik ke tak walaupun kadang-kadang yang dia kata cantik tu aku tak setuju.. heh heheeee..

4. Manjakan si dia
Ha haa.. haaa.. semestinya semua orang suka kut kan

5. Enjoykan hobi si dia
Err.. dia suka bola.. aku memang tak paham pun tengok bola. Dia duk tengok bola bergerak, aku cuma tengok corak baju pemain bola, corak padang rumput, iklan dekat padang, corak rambut pemain.. hahaa... boring punya pasal kan. Tapi takpe, yang penting aku temankan dia .. kan kann

6. Layan makan-minum si dia macam putera raja!
Wahhh gitu! Memang...! Aku memang jaga sangat makan minum si dia. Dia pun gitu juga. Sebut jer.. merajuk jer.. terus-terus suprise konon-konon dapat piza.. hahahaa! Padahal taktik nak makan free! hehe.. Ehhh.. malam ni si dia dah request nak makan kerabu kacang botol, alamak resepi lom gugel lagi... errkkk.. ada resepi tak?

7. Puji selalu!
Oho... takdelaa selalu sangat puji memuji nih. cuma kalau dia baju tak cantik aku cepat-cepat suh tukar. Aku ambikkan baju lain supaya dia nampak smart di mata aku.. hahaa..Kira maksud tersirat lah tu kan.. Kalau dah smart sangat kan... nanti tak boleh puji lebih-lebih... idung dia cepat kembang kempis ihikss.. (ehhh awak jugak kan..!)
Haa... ada jugak 8 tips rahsia kebahagian suami isteri iaitu 
8P!

P1 -Puji
P2- Peluk
P3- Penghargaan
P4- Perhatian

P5 - Persefahaman ... haaa yang ni sangat penting! Kalau dia suka tempoyak tapi awak tak suka.. janganlah lari biarkan dia makan sorang-sorang kat meja makan kann.. UAI kata... nanti ada syaitan yang bisikkan kat si dia.. cari teman makan baru.. haa acane tu?

P6- Pergaulan

P7 - Percutian... ohowwoooo..wwww yang ni memang kitorang suka sangat ni! Dia or aku, semua suka hobi ni.. Jadi, bolehlah praktis tips ni selalu untuk kebahagian rumah tangga

P8- Permohonan... Yerr.. jangan lupa, kebahagian itu pinjaman semata dariNya. Jangan lupa pohon dariNya agar dikekalkan kebahagian itu hingga akhir hayat dan dipertemukan semula di Jannah..

Okey... cara mana anda nak pilih untuk pikat si dia? ..

Friday, April 25, 2014

Air gandum penawar cirit birit

Owhh.. tempohari sebelum ke fraser hill, aku buatkan air milo satu jug untuk brekfes kat rumah. Ingatkan habis budak-budak minum,tapi tak rupanya ...hahaoholaaa

Lewat petang balik dari fraser, tengok-tengok ada lagi air milo separuh jug atas meja. Nak buang kut membazir lak.. try rasa cam okey jer.. mmmm 10x pikir nak buat lain ke minum jer yg tu. Tapi mengenangkan aku stay rumah sedara..rasa cam serba salah nak buang terus air tu. Ok kut.. aku pun minun dengan amna.. sedap dan takde tanda basi ke apa kannn

Tapi.. rupanya tak!

Haishh!! Pagi esoknya terus sakit perut. Sakit dan sakit.. buang dan buang!  Adehh.. tapi amna ok jer. Huu mungkin perut dia sihat kut banding ngan perut aku yang dah puluh taun ni huuuu

Hubby suruh makan pil chik kit tek aunnn.. tapi aku cam biasa ngelat. Hihi.. kan dibaginya aku 5 biji..aku telan 4, bagi lagi 5 ku telan 3..heheheee.. jadi kali ni aku tak nak makan! Aciiii?

Pastu teringat semalam tu ada terbaca petua hílangkan cirit...minum air gandum

Tepung gandum

Ambil tepung gandum, campur dengan segelas air. Kacauuu. Then biarkan gandum mendap dalam air. Bila air dah timbul atas gandum... minum!!

Aku suruh hubby buat.. lama jugak nak tunggu gandum tu mendap ke bawah pastu barulah aku minum. Errr ofkos better dari makan pil cikit teon tu kannn rasenya hehehee..

Lepas minum ..still sakit.
Berlarutan hingga esoknya masih tak berdaya nak gi ofis.

Mmmm hubby tanya ..betulke air tepung gandum? Ke air gandum? Tak kembung ke minum air tepung gandum jer ? Huuuuu..huuu aku dalam sakit tu pun terpikir benda yang sama.. betul ke petua tu?

Pokok gandum

So today baru googel.. ehh betul apa petua tu.. tengok sini ehhh

 So ..mmm camne tuh? Atau mungkin sepatutnya aku minum 3x sehari cam ubat kot kan... maybe camtu kot kannn

Cuba anda try lenkali kalu terkena ehh pastu bagitau sini tau...!

Ehhh..bukan aku doa korang kena cirit... tapi kalau tercirit, cuba try yer!

Thursday, April 24, 2014

Camne nak buka emel office dálam emel utama kita eg yahoo mel?

Masalah di zaman it dot com

Paham ke soalan kat atas ..? he..hee..
Emel office tu ialah emel yang guna proxy office. Contoh aku keje kat Kolej IKIP, jadi setiap staf akan ada emẹl ofice. Emel office aku 
engkuartini@ikip.edu.my

Jadi..mereka2 yang keje kat ofis lain macam tnb ke, bank ke dll mesti ada emel ofis memasing kannn..

Emel utama lak ialah emel yg kita biasa guna tu laaa.. macam aku, dari zaman u lagi pakai emel yahoo...
rtny@yahoo.com
So kalau emel korang google ke gmail ke apa ke..haa tula emel utama ye..

Tapi kadang rasa mcm malas nak buka dan baca 2 emel sekaligus. Emel yahoo mestilah kena buka tiap hari sebab semua contact dalam tu. Emel ofis pulak aku baru aktifkan tahun ni.. (hehee dah lama ada sebenarnya cuma tak pernah aktifkan..).. Cuma kadang rasa cam 
ehh..yang ni dah baca ke belum.. 
eh.. apa emel address dia ni ehh

Dan yang paling aku kurang gemar ialah..
Emel office akan kacau sign in untuk blog.. Tiap kali login emel ofis..tiap kali tulaa kena log out blog bluerggh.. so mcm aku kena buka browser lain pulak mcm mozila or ie plak.. Alaaa pening banyak2 nih ( heheee maybe untuk aku jelaa yg odscool angatt hihihi)

So camne nih..?
One day.. sorang kawan aku ni pun ajar.. mudah je rupanya

Camni.

Step 1: buka emel office
Ni web ofis. pastuh.. klik kat emel (tanda bulat)

Tadaaa.. ni lahh emel ofis aku.. yang bintang-bintang tu saja untuk mengaburi kalian supaya tak dapat baca emel aku.. ekekekee ..tak baik tau baca surat orang.. hihiii...
Tengok dua emel teratas tu.. pasni aku tak perlu dah baca kat emel ofis ni sebab dah forward terus masuk dalam emel yahoo.
Senang kan..! Lepas ni tak perlu buka emel ofis dahh.. semua boleh baca dalam satu emel... emel yahoo jerr yeaaa!!

Camne nak buat?
Ok, nampak tak kat aku bulatkan kat atas tu.. ada tulis 'setting' kan..
Okey.. klick 'setting'

Dah klik setting, dia akan keluar rupa cenggini lak..
Klik kat tempat aku bulatkan tu..'Forwarding'

Haa.. kat sini klik kat 'Forward a copy'
taipkan emel utama korang .. macam aku, aku taip rtny@yahoo.com
pastu kat bahagian bawah tu.. pilih ayat macam aku pilih tu untuk keep emel asal dalam emel ofis.
Pastuh.. jangan lupa klik 'Save'!

Haa... dah siap! Senang kan!
Pasni boleh cek emel korang dalam emel ofis tu dah ada kat dalam emel utama.

Ni gambar emel yahoo aku ikut henpon.
Perasaan tak.. dua emel yang aku tak blurkan kat atas tu. adalah emel asal dari emel ofis kat atas tadi.. So, kompem dah!!.. Aku dah berjaya forward emel ofis ke emel yahoo!! Yeaa.. tak perlu susah-susah bukak dua emel lagi...

Tryla..

Tuesday, April 22, 2014

Kakak kena denda!



Bila? wikend baru nih.
kenapa? meh sini aku cite.. tapi before that.. aku explain sini..

First, aku buat ni sambil gelak-gelak je tau
Second, lepas tampal ni pun masih gelak lagi.. 
Third, sepanjang masa kena denda ni pun semua orang duk gelak je..
Jadi jangan ada yang pepandai nak buat konclusion yang aku nih kejam ke apa ok. 
Nih denda bersebab!

Ok gini ceritanya.!

Semua orang tak nak sapa-sapa cakap perkara buruk or bad things kat anak mereka kan. Sama juga dengan aku.. sekalipun tak pernah rasanya aku guna perkataan negative kalau nak marah kat anak.
 Contoh perkataan negatif adalah jahat, teruk, malas, bo**h dan sebagainya. 
Sebaliknya aku gunakan perkataan yang reverse positif .
Contoh :
kalau malas.. aku tukar ke tak rajin
kalau bo**h.. aku tukar ke tak pandai
kalau jahat .. tukar ke tak bagus

pendek kata, jangan sesekali guna direct perkataan negatif pada anak-anak. Nanti psaiko depa ni. Kita pun tak nak orang cakap negatif kat kita kan. Jadi, guna perkataan yang masih ada perkataan positif. InsyaAllah ia akan mempengaruhi minda luar sedar mereka dan kita juga ..

Tapi, kakak Hasya ni.. mmmm... tak berapa good baru nih. Dulu, pernah sekali aku dengar dia cakap camni kat lil Yaya..
Yaya ni.. ishh.. budak nakal ni. ye..

Opssss aku.. terus melenting rasanya... maunya tak.. cakap tu kan macam doa kan! Tapi masih sabarkan hati, aku terus bagitau kakak:
Kakak.. jangan cakap gitu kat Yaya... tak baik tau..

Ok.. tapi wikend baru, ia berulang lagi.
sekali...
dua kali...
terus aku warning!
Kakak... jangan cakap lagi gitu. Lagi sekali kakak cakap, ibu salotep mulut kakak tau.! Apa yang kakak cakap tu doa tau! Nanti bla blaa blaaa...mulala aku pot pet pot pet hahaa

TAPI!
Kakak tersasul lagi..
Alahai lil Yaya takdela buat apa sangat pun.. dia meniarap dalam buai jer. Kakak tengok pastu terus cakap camtu lagi!

Okeh.. seperti yang ibu janjikan tadi... 
Terus aku ambikkan salotape... zappp zapppp zapppp!! Hahaa.. terus tergelak!
(Tapi kakak diam jer..mungkin sedar dia salah kan)

Pastu terus aku suruh berdiri elok-elok ambik gambar. Hahaa... gelak lagi aku nih.

Pastu, dia pun terus ambik buku , baca.
 Orang bersalah kan.. hik hikkk nak bercakap tak boleh kan..


Tengok.. makin rajin pulak buat latihan.. hihi..

Ok denda ni kejap jer.. dalam 15 minit. Dah sudah terus dia mintak maap..
Ok.. harap tak berulang lagi ye kakak..

Mmmm... sian juga kakak nih. Tapi, aku rasa perlu sebagai denda dan peringatan. Jangan fikir aku nih kejam sangat tau..! Even Amna yang suka nangis tiap malam dan tiap pagi (bikin aku monday blues tiap pagi dengar suara dia nangis huuu...) pun aku tak pernah terpikir nak salotep mulut dia yang suka nangis tu tau. Kalu betul aku kejam, dah lama dah mulut amna kena gam hahaaa... ohooo takkk. mana boleh! Nanti aku tak dapat dengar suara dia cerita ceriti pasal sekolah lagi..

Okeh.. cekidout!


Monday, April 21, 2014

Tasik Chini Pahang

Entry ni dah lama taip rupenya tak post.. ada kat draft ...hohoo.. 
takpela.. ni aku edit semula

Tasik Chini Resort. 
Aku kebetulan ada urusan di Chini. Jadi.. alang-alang lalu singgah terus ke sini.. tak pernah pergi lagi dan tak minat pun nak pergi sebenarnya.. sebab.. hihiii terpengaruh dengan cerita naga di tasik chini.. kihkih.. 

Ok.. ni kat laman parking


ni kat recepsenis

ada pondok berehat juga

ni nak turun ke resort

view dari atas.. okla.. jugak. tapi masa ni air macam kering. kalau musim tak kemarau mesti banyak air kan. Kat belah tepi ada tempat main kayak.

Ni pun view dari atas juga

Pentas kat bahagian luar dewan. Kalau ada event bolehla guna pentas ni kut

Cafe..

Jeti nak naik bot. Ada servis naik bot keliling tasik. Aku tak naikla.. nak tengok tengok je dulu.. sambil intai kut-kut betul ada anak naga ker. kuikui..!

Dewan pun ada kat sini. Sebelah cafe


ala-ala lobi resort kut. Kat belakang tu la resortnya.. depan resort tu ada playground. Best jugak kalau book bilik yang paling dekat ngan playground. Senang putri addinies nak main sambil aku dating tengok tasik chini.. ekekeke..

tepi playground tu dah kena sekat dengan bukit (kawasan parking kat atas tu). Jadi, budak-budak leh main tanpa perlu aku risaukan keselamatan mereka main ke jalan raya atau ke tasik. 

Ada banyak juga pekej aktiviti kat sini. Selain naik bot dan main kayak, ada jungle tracking waktu malam dan memancing. Harga resort dalam RM100 untuk weekdays dan RM120 untuk weekend (kalau tak silap..)

Mmmm.. next destination ni. Cuma masa jeh belum izinkan.. insyAllah..

Sunday, April 20, 2014

pelam berbuah lagi..

Alhamdulillah.. pelam mas hitam start berbunga dan berbuah semula macam taun lepas. Tapi.. buahnya macam tak lebat macam taun lepas daa.

Ni gambar buah yang taun lepas
ni buah yang kecik

adala besar tapak tangan kann

tapi.. buah pelam besar tapak tangan tu dah jadi kecik dah haa kalau compare dengan buah pelam gegasi ni..
haaaa besarkan!

Harap-harap adalah rezki lagi nak merasa buah besar macam tu kali ni..

Saturday, April 19, 2014

Kereta kecil warna merah 2

Dulu.. pernah cerita pasal kereta kecil warna merah.. kat SINI. 
Dan macam dejavu.. kereta kecil tu sekarang dah ada penumpang baru.. pemandu kereta merah tu pulak dah besar , tak muat bakul dah.. hihi..

penumpang baru kereta kecil warna merah ..

Driver dulu pakai baju pepel... dah besar daa

muka peliks.. apsal ni.. what happend ibu... help!!

akhirnya enjoy juga dia dalam bakul tu.. 
Ohhh... windunya durrah khayla masa kecik... tapi paling rindu masa hasya addini masih kecik.. dia kan cinta pertamaku!

Friday, April 18, 2014

Rumah idaman 1

Sumber : muka buku

........tertengok di fb semalam.. cam cantik aje kannn... tunjuk kat hubby... dia pun kata cantik..! wahh boleh masuk sebagai pattern rumah idaman yang entah bila akan tercapai dan tak taulah akan tercapai ke tak .. 
tapi rumah idaman kami sebenarnya nak yang setingkat aje.. hahaa sebab konon malas nak panjat tangga kuikui.. 

Takpe.. angan-angan tu sebagai sumber inspirasi.. !
I like dis design so much!!... awak.. awak... mesti suka juga kan! share with me yeah

Thursday, April 17, 2014

Wednesday, April 16, 2014

Saya ejen kod rahsia!

Baru-baru ni saya gi rumah kazen saya.. Saya duk main-main dalam bilik.. pastu tetiba ternampak mainan ni..


Amende tu? Macam cantik je warna-warni tapi keras!

Tiba-tiba ibu cakap... eh apa tu sayangg! Kod rahsia amende kat belakang benda tu..? See..!

Ibu tanya kak Durrah.. B.. tau tak amende dia tulih ni..? Tapi kakak cakap.. entah!

Mmmm...ibu.. acu close-up sket.! Nampak...? Acu teka amende maksud kod rahsia tu?

Dapat jawab tak? Hehee... meh saya bagitau..

Saya rasa ni mesti hadiah dari gelfren kazen saya nih...jadi mesti ada ayat-ayat jiwang sini kannn
sekurang-kurangnya mesti ada perkataan love ke kann..
Haaa.. seee.. ada 2 kod yang ada 4 huruf macam L.O.V.E
12.15.22.5
dan
21.13.13.1

mmmmm amende maksudnye ehh..
yang mana satu berkait dengan love ye..
5 = E or 1 = E?
Let say 5 = E
12 = ? oh dapat!! 
12 = L (ikut bilangan A = 1, B=2 dan seterusnya!
Jadi konpem kod rahsia kita adalah ikut susunan ABC! 
yeassss dapat dah rahsia alongggg opssss !! 

Jom kita translate sama-sama:
12.15.22.5   21   13.15   19.23.5.1.20   8.5.1.18.20   6.15.18.5.22.5.18

LOVE U MO SWEAT HEART FOREVER

ohoooo itu rupenye..!! hihii... along ohh along...
TAPI 
Sweat ker sweet ? 

Ok! Misi saya menyelesaikan kod rahsia along dah berjaya! 
Kod lain tu ... bolehla translate sendiri ye..



Sunday, April 13, 2014

saya dan kakak saya

Hai.. dah lama ibu tak cerita kisah saya kan.. Saya kamcing dengan kakak saya.. kak Durrah Khayla. Kami selalu lepak tepi rumah tengok pokok nyor sambil ambik angin petang dan main baling- baling batu... seronok tauu!!
Setiap petang masa nak balik kat rumah, ibu drive kan.. jadi kak durrah selalu teman saya nyanyi..tepuk-tepuk dan dodoikan saya tidur dalam kereta. Bestla kak durrah ni.. sporting!

Tapi.. kadang-kadang saya main sorang-sorang je.. pun best jugak. See!! Saya nyorok dalam bilik, duduk dalam bakul diam-diam, kemudian...tarraaa!! Semua orang gelakkan saya duduk dalam bakul ni.. nape ehh!! Bestla duduk dalam ni tau... cubalaa!! Hihihiii

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini