Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, April 5, 2014

Cuti-cuti Terengganu : Berkelah di Sekayu

Tarikh : 1 Mac 2014
Lokasi : Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, Terengganu


Bestnya mandi air sekayu yang sejuk ni.. nyaman je
Dah lama aku tak pergi sekayu ni. Hubby pun tak pernah pergi lagi sepanjang kami kahwin dah nak dekat 11 tahun ni...hehee.. So after 10 years kawin, baru terasa nak ajak hubby and family ke sini...sian diorang. Aku lupa yang Terengganu ada banyak tempat percutian yang best..takpe, lepas ni kita pergi satu-satu ye.. InsyaAllah. Dulu kan, masa kecik-kecik hinggalah belum kahwin, biasanya aku ke sini bersama sepupu-sepupu dan mak-mak sedara je.. Bonda kan tak pandai bawa kereta, lagipun bonda sangat sibuk bekerja..kayuh basikal keliling kampung pergi buat rawatan lepas bersalin, sambut kelahiran bayi dan macam-macam.

Kadang-kadang rasa macam bersyukur sangat dikelilingi mak-mak sedara dan sepupu yang baik hati tumpangkan aku join mereka bercuti ke sini. Kadang-kadang pernah juga ke sini bersama kak tina kan.. dulu-dulu kann..

Eh.. back to tajuk asal.. Kami bertolak dari Kg Manir menuju ke highway Kuala Telemung dan keluar ke exit Ajil menuju ke Kuala Berang. Nanti di Kuala Berang akan ada sigboard ke Sekayu. Perjalanan kami dalam 1 jam 15 minit je .

 Tu diaa.. big boss dah kunci pintu tanda dah boleh gerak... Kami bertolak dalam pukul 3 petang. Agak lewat sebab nak tunggu cuaca redup sikit dan orang mungkin tak ramai dah waktu petang ni.

Yeaaa dah sampai kat pintu pagar utama Taman Pertanian Sekayu.

Mula-mula sampai dalam ni tersesat jap.. dah lupa belah mana tempat mandi, belah mana taman pertanian.. hehee dah lama tak pergi kan. Ok kat atas tu rasanya tempat ternakan kut

 Yang ni pulak macam tempat berehat dan sesuai untuk buat tempat berkumpul buat unggun api belah malam. Mmmm kalau camping mesti best kat sini.

 Selain tu, ada juga taman herba. Tanaman orkid dan ternakan kuda dan lebah pun ada. Yang besar adalah kawasan dusun macam duku dan buah-buahan.


Dah penat pusing taman pertanian tu, barulah jumpa sungai nak mandi manda. Apa lagi.. terus letak tikar dannnn...

ngap ngappp edisi pertama.. 

Pastu masing-masing dah tak sabar nak mandi sungai. Biasa mandi kolam je kan.. kali ni mandi air sungai.. baru fresh dan nyaman ..

Gegirls kan.. kenalaa daddy dan ayah su pimpin ke seberang sungai.. batu besar banyak sangat dan licin.

Pimpin lagi... 

dan lagi..
kalau abang adam ngan ahmad ada ni.. mesti dah lama menyelam ni.. tapi, gegels ni.. dah dekat 10 minit baru leh mandi.. hehee takpe janji selamat.

Tapi..

tapi... tak nak main air pulak dahh... sejuk sangat katanya... adehlaaa... geram aku nengok.. Amna dan Durrah tak nak turun sungai. Sejuk katanya.. camne tu.. uishh ishh

Amna main air kejap jer..durrah langsung tak nak main air. huu.. aku pun lepas tu.. terus turun jugak sambil pegang baby dhia .. ehhh mestilah main air.. tak bestla pergi sekayu tak main air. Aku mandi takat peha je. Dhia zaara aku kasi celup kaki je sket.. kan sejuk sangat kut kembung pulak nanti kan..
Wahhh memang best sangat!! Memang mengimbau nostalgia lama mandi manda dengan sepupu dulu-dulu tu la... miss de moment.... la laa laaa

Kat sejam mandi manda.. pastu naik terus makan.. laporrrrrr.. Tengok kakak tu, tak sempat salin baju... dalam basah-basah tu terus order mi goreng sedap tokma! Durrah nape tu... sejuk lagi ke hihiiii

Makan dan makan....

Hampir pukul 6 baru nak bergerak balik. Pak guard dah round motor panggil kami suruh balik.. Dia nak tutup pagar dah.. ekekekeee sorry pakcik. Kami darat undang main air tadi..

Sebelum balik singgah solat asar kat Masjid Sekayu ni.. dekat je

Besar juga masjid ni.. kemudian noticed something kat board tu..

See... Perpustakaan Kampung Sekayu! Wowww hebat jugakkan..
Tapi...
tengok pada persekitaran luaran bangunan dan rupa yang agak comot pada bangunan tu.. macam... errrr ada ke library tu.. bersih ke.. kemas kee.. mmmm 

Anyway... best, enjoy, dan seronok juga ke sekayu. Tapi untuk anak kecik yang ada gegels macam kami ni mungkin kena monitor selalu keselamatan mereka sebab banyak batu besar dan licin kat sini.

Rating : 4.5 / 5

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini