Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, April 22, 2014

Kakak kena denda!



Bila? wikend baru nih.
kenapa? meh sini aku cite.. tapi before that.. aku explain sini..

First, aku buat ni sambil gelak-gelak je tau
Second, lepas tampal ni pun masih gelak lagi.. 
Third, sepanjang masa kena denda ni pun semua orang duk gelak je..
Jadi jangan ada yang pepandai nak buat konclusion yang aku nih kejam ke apa ok. 
Nih denda bersebab!

Ok gini ceritanya.!

Semua orang tak nak sapa-sapa cakap perkara buruk or bad things kat anak mereka kan. Sama juga dengan aku.. sekalipun tak pernah rasanya aku guna perkataan negative kalau nak marah kat anak.
 Contoh perkataan negatif adalah jahat, teruk, malas, bo**h dan sebagainya. 
Sebaliknya aku gunakan perkataan yang reverse positif .
Contoh :
kalau malas.. aku tukar ke tak rajin
kalau bo**h.. aku tukar ke tak pandai
kalau jahat .. tukar ke tak bagus

pendek kata, jangan sesekali guna direct perkataan negatif pada anak-anak. Nanti psaiko depa ni. Kita pun tak nak orang cakap negatif kat kita kan. Jadi, guna perkataan yang masih ada perkataan positif. InsyaAllah ia akan mempengaruhi minda luar sedar mereka dan kita juga ..

Tapi, kakak Hasya ni.. mmmm... tak berapa good baru nih. Dulu, pernah sekali aku dengar dia cakap camni kat lil Yaya..
Yaya ni.. ishh.. budak nakal ni. ye..

Opssss aku.. terus melenting rasanya... maunya tak.. cakap tu kan macam doa kan! Tapi masih sabarkan hati, aku terus bagitau kakak:
Kakak.. jangan cakap gitu kat Yaya... tak baik tau..

Ok.. tapi wikend baru, ia berulang lagi.
sekali...
dua kali...
terus aku warning!
Kakak... jangan cakap lagi gitu. Lagi sekali kakak cakap, ibu salotep mulut kakak tau.! Apa yang kakak cakap tu doa tau! Nanti bla blaa blaaa...mulala aku pot pet pot pet hahaa

TAPI!
Kakak tersasul lagi..
Alahai lil Yaya takdela buat apa sangat pun.. dia meniarap dalam buai jer. Kakak tengok pastu terus cakap camtu lagi!

Okeh.. seperti yang ibu janjikan tadi... 
Terus aku ambikkan salotape... zappp zapppp zapppp!! Hahaa.. terus tergelak!
(Tapi kakak diam jer..mungkin sedar dia salah kan)

Pastu terus aku suruh berdiri elok-elok ambik gambar. Hahaa... gelak lagi aku nih.

Pastu, dia pun terus ambik buku , baca.
 Orang bersalah kan.. hik hikkk nak bercakap tak boleh kan..


Tengok.. makin rajin pulak buat latihan.. hihi..

Ok denda ni kejap jer.. dalam 15 minit. Dah sudah terus dia mintak maap..
Ok.. harap tak berulang lagi ye kakak..

Mmmm... sian juga kakak nih. Tapi, aku rasa perlu sebagai denda dan peringatan. Jangan fikir aku nih kejam sangat tau..! Even Amna yang suka nangis tiap malam dan tiap pagi (bikin aku monday blues tiap pagi dengar suara dia nangis huuu...) pun aku tak pernah terpikir nak salotep mulut dia yang suka nangis tu tau. Kalu betul aku kejam, dah lama dah mulut amna kena gam hahaaa... ohooo takkk. mana boleh! Nanti aku tak dapat dengar suara dia cerita ceriti pasal sekolah lagi..

Okeh.. cekidout!


No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini