Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, May 10, 2014

Cuti-cuti Kuantan : Dating time...!!

Hahaaa.. dating pun masuk dalam senarai bercuti. lucu kan! Tapi memandangkan dah laamaaa tak dating sama-sama, jadi kami decide, dis is our day! Addinies sila ke sekolah dan ke rumah pengasuh..hihi. 

Ekceli, ni 2 May. Addini 1& Addini 2 memang bersekolah. Addini 3 & Addini 4 lak macam tak sedap badan sebab demam. Jadi atas alasan kesian nak bawa diorang jalan-jalan, jadi kami tinggalkan mereka dengan pengasuh.. leh berehat kan. Kami pulak bolehla dating dengan aman.. wahaaahaa gitu!

Mmmm dah 9 tahun umur Hasya, dah 9 tahun juga tak pernah dating sama-sama untuk sehari suntuk. chewahhh kemain sari suntuk tuh. Ye lah.. malam kan diorang dah balik sekolah/pengasuh .. jadi takde maknanya dating time sari suntuk. Separuh hari suntuk pun ok dah sangat2 tuh.. hehee

Yea.. berdua-duaan jer dalam keta.. kat tangan tu sempat lagi paww chese kek leleh dalam peti..haha! Punyela aku formal pakai baju ala-ala macam nak gi keje sebab tak nak addinies tau aktiviti percutian kami hari ni hahaa lalalaa!!

So, apa aktiviti berharga kami hari ni? Wahahaaa...angan-angan pertama konon nak g dating kat TC.. santai sambil brekfest, jalan-jalan kaih pasir.. baca paper.. selfie hahaaa! Tapi.. tu angan-angan je kut. Banyak agenda nak diselesaikan sebenarnya arini.

1. Breakfast di Rimbunan Cafe, Ikip Skill Kubang Buaya.

Sumber : FB IKIP Edu

Environment : 4.5 bintang
Memang cantik, bersih, teratur. Presentation ala-ala bufet kat hotel

Makanan: 3 bintang
Kami breakfast je. Maybe makanan untuk lunch, dinner sedap kut.
 Menu pagi ada banyak.
 Aku ambik menu Breakfast 1 Malaysia : Nasi goreng udang + Kopi = RM2.50 Ok..biasa je rasanya
Hubby ambik Nasi goreng + Ayam masak merah + Milo = RM5.00 . Nasi goreng yang sama macam nasi goreng 1 Malaysia cuma takde udang. Jadi rasa macam takde apa yang special kat menu ni
Kopi aku bagi hubby (aku tak minum kopi). Aku minum milo.. tapi sangat keciwa..rasa macam milo yang dibancuh dengan susu tepung..bukan susu manis. Jadi.. terus terbantut selera aku nak makan huu. Maybe pihak cafe perlu tingkatkan kualiti makanan supaya buatkan aku sendiri rasa macam.. 
"Wahhh sedaplah makan sini, dahla cantik, bersih.. sedap pulak tu!"
Tapi.. lain pulak my first impression kali ni.. huuu
Bagi aku.. harga tak penting. Yang penting adalah hasil makanan yang disajikan. kann kann

Layanan : 4 bintang

2. Menyelesaikan tugas-tugas tergendala
- Zakat
- Mydin (beli barang dapur)
- Kamdar & Jakel (beli baju raya)
-MABIQ ..tapi tutup rupanya hari Jumaat..jadi makan kat kedai biasaje

Lepas makan dah pukul 12.30, hubby nak solat Jumaat dulu. Jadi, aku hantar dia solat kat Masjid Tanjung Api sementara aku boleh lepak kat ofis (IKIP) ..takdelah panas tunggu dalam keta kan.. hehe
Selesai solat dah kul 2. Jomlah balik. malas pulak rasanya nak ke pantai. Dah letih lagipun cuaca panas terik. 

3. Makan cendol sedap!!
Ondeway balik, singgah makan cendol sedap dulu kat Jalan Beserah (Sebelah Ten Ten). Pastu terus pecut balik.

4. ZZzzzz time!
Sampai rumah, dah pukul 3 lebih. Terus aku solat, mandi... then aktiviti yang paling best di petang hari..dengan perut yang dah penuh... mestilah.... Zzzzzzzzz..!!! Wah memang heaven! Tido tanpa gangguan! 
Biasanya masa nak tido jer mesti ada jer yang kacau..

Nak tido dengan ibu
Nak manja dengan ibu..
Nak tido peluk ibu..
Nak ibu teman tido..

Huuu... kadang tu.. tiba-tiba tengah malam rasa sempit jerk.. rgupenya ada orang tumpang tido sekaki .. huuu!
Tu belum kira gangguan tido dari si kecil Dhia.. jap-jap bangun nak nyusu.. jap-jap nangis kena dodoi.. alalalalaaa camtulah dah beranak 4 ni kan..

Janji..cuti-cuti kami dipenuhi dengan aktitivi yang paling best sekali....Mengtido berjemaah..hahaaa!!
Lena teramat sampai macam-macam mimpi best muncul hahaa

Then.. percutian berakhir dengan 5.30 pm.. ambil Addinies kat rumah pengasuh dan sekolah.
Then.. back to normal.. hidup kami riuh rendah semula dek 4 addinies yang comel. Alhamdulillah!

So.. mane aktiviti dating di TC? Takpe.. bersama Addinies tu lagi berharga dari berdua-duan je. !

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini