Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, June 24, 2014

10 tip percutian bersama anak kecil

Kami .. 4 orang si kecil.. bermacam ragam. 
Itu baru ragam.. bab pakaian, ubatan, makanan.. pun macam ragam
So tips ni aku baca dalam Majalah Libur.. moga dapat membantu aku dan mereka yang akan bercuti bersama si kecil.

1. Rancang waktu perjalanan masa waktu tidur anak
Kami suka bertolak subuh hari.. or lepas maghrib untuk jimatkan masa...dan cepat sampai


2. Elakkan bercuti semasa cuti sekolah.
mmmm kami biasanya memang tak bercuti masa cuti sekolah. Biasanya balik kampung je sebab tak larat nak bercuti dengan orang ramai .. lagipun mahal .. hotel mahal.. barang mahal!

3. Bercuti bersama dengan rakan atau saudara.
Biasanya kami akan ajak adik, kakak or sedara terdekat untuk cuti bersama.. baru happening dan budak-budak pun seronok sebab ramai geng!

4. Sediakan keperluan anak secukupnya.
Haa..yang ni memang penting.. especially ubat gatal amna. Memang bawa siap-siap ubat alovera, gel alovera, bedak merah pureen, bedak gatal kuning, minyak gamat etc. Susu pun bawa siap-siap termasuklah pampers sebab tak tau sempat tak nak gi kedai dan tak tau maybe harga tempat bercuti lagi mahal ke kan..


5. Simpan keperluan utama anak dalam beg yang mudah dicapai.
Ohohooo yang ni normal! Backpack aku memang jadi beg doremon.. semua ada.. pampers, baju spare, wet tissue wajib ada.. Gomoklaa beg doremon aku. Tapi biasanya barang spare lain simpan dalam satu beg siap-siap dalam kereta. Dalam backpack cuma barang emergency jer.

6. Utamakan waktu rehat anak
Mmmm.. Durrah Khayla biasanya akan kepenatan dan tidur dalam stroller..senang. Dhia Zaara biasanya akan tidur dalam kereta. Kakak dan Amna memang jenis tak kan tidur.. malam baru diorang ni tidur.. wahhaaa 

7. Bawa bersama mainan or buku kegemaran anak
Mmm.. biasanya tak bawak sebab nak jimatkan ruang kereta. Yang wajib biasanya makanan kegemaran ... haaa bagi diorang kenyang selalu..

8. Pilih penginapan yang selesa
Ok.. homestay instead of hotel (untuk cut cost hehee). Or rumah sedara untuk mengeratkan silaturrahim..(ringkas kata untuk 'zero cost..hihii...)

9. Jangan bertangguh
Means.. kalau berkenan terus jer beli? Owhhh tidak.. aku tetap akan survey dulu.. untuk pilih yang terbaik dan menjimatkan..

10. Sentiasa berlapang dada
Ye.. kena be positif selalu dengan si kecil ni. Perlu banyak bersabar.. dan layanlah kehendah diorang ni. Biasanya aku upahla diorang ni untuk beli mainan or cenderahati supaya diorang happy sepanjang percutian ni.. janji yang murah-murah jer.. tak perlu yang mahal pun diorang mesti happy kann!

Next... ni tambahan dari pengalaman aku sendirila..

11. Duit poket 
Yang ni praktis untuk Kakak je dulu. Bercuti ke Cameron, Melaka, Kedah, dan Cameron lagi... kami sepakat beri duit poket RM5 sehari. Mula tu niat nak bagi RM10 sehari... tapi kakak kata..

... Kakak rasa 5 ringgit je dah cukup ibu.. 3 hari dah 15 ringgit. Bolehlah kakak beli keychain untuk kawan-kawan'
Tapi bab makan-makan, beli pakaian or mainan .. yang tu termasuk dalam our budget dah. Duit poket tu hanya untuk kakak beli untuk kawan-kawan atau untuk ibu ker ...hiii

Ok.. selamat merancang percutian!

Monday, June 23, 2014

Penjagaan baby ala-ala kanggaru!

Sumber : Harian Metro

Tengok gambar dulu ye..

Penjagaan kanggaru ni lebih kepada untuk membantu perkembangan bayi yang pra matang.

Peraturan penjagaan kanggaru: 
Ibu bapa tidak dibenarkan menukar posisi duduk kecuali apabila mahu memberi susu atau menukar lampin bayi. Malah pada waktu malam pun ibubapa tidak boleh berbaring kerana bayi perlu berada dalam keadaan tegak dan sentiasa bersentuhan dengan kulit ibu atau bapa mereka.

Pendek kata ... seolah-olah seperti mereka berada dalam kandungan ibu mereka lagi.

Kelebihan penjagaan kanggaru:
'Sentuhan kulit ke kulit rangsang perkembangan bayi dan galak penyusuan badan

Brazil sudah berjaya mengurangkan kadar kematian bayi di bawah usia lima tahun sebanyak 66% melalui kaedah penjagaan kanggaru.

Sila baca.. nice info tau..

Baca perenggan ke-2
'dapat merasai degupan jantungnya membuatkan saya rasa cukup terharu. Kadangkala saya tidak perlu melihat ke monitor untuk memastikan dia dalam keadaan baik.

Ops.. see anak kanggaru comel ni kacau saya baca paper

Mungkin cara ni amat membantu bayi pramatang tersebut untuk berjuang meneruskan kehidupan mereka.. 
Kalau perasan anak kecil kita memang suka tidur didakap kan.. tapi takdelah kita ni sampai kena tidur sambil duduk macam dalam gambar kat atas tu. Asalkan ada skin to skin basis.. memang mereka suka..kann




Sunday, June 22, 2014

Dhia Zaara Addini turns 1!

Happy birthday sayang..!
Moga menjadi anak yang solehah.. sihat.. berbakti pada ibu abah, kakak-kakak, tokma dan orang tua serta masyarakat.



Ibu sayangkan Dhia.. sepenuh hati ibu..!
Opss.. tak boleh penuh... kena bahagi 4 Addinies.. ehh tambah lagi sorang ..Abah.. eh tambah jugak lagi sorang.. Tokma!

We Love u so much dear!!

Saturday, June 21, 2014

Menunggu..

Waiting... yeahaa..!!

Moga dipermudahkan urusan hari ni dan diberkatiNya.. Insha Allah..

Friday, June 20, 2014

8 Hotel paling Romantis untuk anda dan si dia!

Sumber : Majalah Libur

Dalam majalah ni ada 10 hotel romantis, tapi sory baru perasan aku snap 8 jer hohooo.. 8 pun 8 la..janji romantis kan !

1. Shangri-La Rasa Ria Resort - Sabah

2. Pangkor Laut Resort - Perak

3. Seven Terraces - Penang

4. Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa - Penang

5. Casa del Mar - Langkawi

6. The Danna - Langkawi

7. The Datai - Langkawi

8. Shangri-La Hotel - KL

Mmmmm semua hotel aku tak pernah pergi.. Huuu sejak dah berenam ni, kami cuba jimatkan kos penginapan dengan stay kat homestay or rumah sedara  hehee

Dan kebanyakan hotel romantis ni kat Shangri-La Hotel.. maybe hotel dia sangat cantik dan romantis kut!

Mmmm awak.. nanti kita ke sini berdua je yek .. barulah romantis namanya kannn tapi tak taulah bila tuh huaa

Thursday, June 19, 2014

Menu udang galah biru nyum nyum!!

Harga : RM50 / kilo
Bilangan: 23 ekor
Tempat beli : Manir K. Trg

Ni rupa 23 ekor udang galah biru tu.. Wahhh tak sabar nak kerjakan si dia bergalah biru ni ..lalalaaa

Aku cuma potong janggut, potong tanduk depan dia yang tajam giler dan potong bahagian ekor yang tajam. Belakang kat bahagian atas dia tak perlu belah untuk buang yang itam macam udang biasa tu sebab memang takde urat itam tu (kata orang taik dia ekk)

Ni rupa udang yang dah siap bersih. Gạlah biru aku tak potong sebab nak gigit isi dia dalam galah tu...sedappp!

Dan yang bestnya mestilahh...
Ni dia.. telur udang.!!
Gemuk-gemuk udang ni..berebut aku makan dengan hubby. Sebbaik Hasya tak reti makan telur udang lagi.

Udang yang siap bersih semua..ready untuk dimasak dan ngap!! Haaa

Ni menu je tau..resepi sila tanya pakcik gugel ye..hehee..

Menu 1- Masak sambal udang galah Dhia
10 ekor


Menu 2 - Gulai kari udang galah Amna
8 ekor


Menu 3 - Udang galah masak lemak Hasya
2 ekor je


Menu 4 - Udang galah masak lemak cili api Khayla
Baki last 3 ekor udang
Cam biasa kena berebut ..hahaa.
 last-last dapat 1 1/2 ekor sorang.. tu bukan berebut namanya orkk huuu


Komen: 
- udang ni memang sangattttt manis
- masak lemak cili api memang menu paling meletop sekali (bagi kami laa)
- telur udang ni ummmpp memang sedap wallahh!!
- isi kat galah biru tu memang banyak dan tebal..jadi jangan potong buang

Wahh puas hati 3 hari makan menu udang galah. Seekor dah jatuh RM2.20 seekor. Kalau kat kedai.. tak taulah rege untuk lauk yang dah siap masak. Yang aku gugel RM25 unt 100 gram. So sekilo RM250..fuhhh berasappp jap rase!!

Thanks untuk ayah dhamirah yang tolong belikan. Lenkali kita berkelah kat teratak bonda púlak ek..


Wednesday, June 18, 2014

Makan-makan @ Sara Thai, Balok Kuantan

07.06.2014
Mmmm dah lama niat nak bawa bonda makan-makan kat Sara Thai ni.. Masa sebelum lahirkan Dhia Zaara, dah plan dengan hubby, nanti nak bawa bonda dan ciksu dan ayah su datang makan-makan kat sini. Tapi dah tiba-tiba Dhia lahir sebelum sempat bonda datang Kuantan aritu, jadi.. terpaksalah plan tu kena cancel.

Tak apa.. alhamdulillah masih ada rezeki untuk bawa bonda ke sini kali ni. 

Kali ni kita order special gitu! Jangan teless orang di sana hahaa!!

Ketam masam manis.. RM14.40 seekor
Rating : 4.5 ..
bestl-best!!

Menu lain..
Fresh oren
Tauhu masak cendawan
Kailan ikan masin
Telur dadar

Bonda kata tak nak makan nasik sebab lunch tadi dah makan kenduri nasi minyak. 
Jadi bonda order mihun sup!
Sedap juga katanya.

Okeh menu lain yang tak sempat di snap tapi dah di ngap..
Siakap stim limau
Tomyam seafood

Kali ni pilih makan di meja jepun sebab konon-konon senang nak handle si kecik dhia zaara dan dhamirah comel... tapi lagi horror jadiknya.. huhuu.. maklumlah orang dah start pandai bertatih masa ni..
Tengok.. bersepah meja huu

Cuba cari barang tersembunyi bawah kusyen.. huaa huaaa.. ni sume dhia zaara punye kerojer haahaa sorry tuan kedai


Amna.. minum milo jerk dia.. sebab tak makan nasi.. rugi ler sayang.
At least durrah makan nasik.. dhia pun makan nasik.. aku lenyek-lenyek bagi dia makan... laju jer dia bab makan nih

Sebelum balik.. selfie dulu...!!
Left: Mat+dhamirah, Kuja, Bonda, Amna, me

Moga kenyang makan tadi yer.. walaupun macam-macam ragam anak kita tadi hahaa.. normallah tuh kami mana ada makan tak bersepah kan kann..

Oh ye.. masa kami pergi malam tu, bola final Pahang lawang Felda. Tapi punyelah ramai orang datang makan malam tu...penuh meja! Walhal takde tv pun kat sini..

Overal.. macam aritu..
Rating makanan.. 4.5 bintang
Environment : 4.8 bintang
Layanan 4.5 bintang
Recommended : 5 bintang!!

Walaupun satu menu udang celup tepung tak sampai-sampai walaupun dah bagitau 2 kali.. tapi aku tetap recommend untuk datang lagi kat sini.
Menu udang yang tak sampai tu, bagitau jer kat cashier..pastu dia tolak harga bil untuk udang yang tak sampai tuh.

Sila datang lagi yer.

p/s : entry lepas pasal makan-makan di Sara Thai.... click sini

Tuesday, June 17, 2014

Baby Dhia Zaara berjalan @ 11 months

Kakak Hasya start jalan.. rasenya usia 1 taun +
Amna start berjalan.. 11 months kut
Baby Durrah .. 1 taun 3 months
Dhia Zaara.. 11 months!

Masa balik kg Cemomoi 30 Mei (usia 11 bulan seminggu).. start bertatih 3-4 langkah jer
Minggu berikutnya.. masa tokma datang Kuantan.. Dhia bertatih lagi dalam 6-7 langkah.
And this week.. mak aihhh satu rumah dah dia ronda
Cuma kadang-kadang badan dia akan liuk lentuk macam kena tiup angin then jatuh.. hahaaa lucu tengok!

This budak comel kali ni aku tak bagi dia naik walker langsung! No walker kali ni..
Hasilnya.. lagi cepat berjalan, lagi mantap kaki bertatih
Macam amna dulu.. 11 bulan bertatih.. pastu asyik jatuh jer.. lembik. pastu dia tak nak jalan.. 1 taun lebih pulak baru dia konfiden berjalan semula.. haha
Tapi dhia ni.. jatuh juga.. tapi macam kemas jer. 
Mmmm.. so maybe hasil latihan merangkak askar help her a lot untuk memperkuatkan otot kaki dan badan dalam misi meronda rumah.

Misi ronda rumah masa buat tahlil di rumah arwah cik long..
Al Fatihah.

Monday, June 16, 2014

Baby lari dari rumah!

Tengah syok main masak-masak gulai udang galah biru..tiba-tiba ehh baru teringat mana si kecik dhia zaara nih..

Kakakkkk.. yaya mana?

Tiba-tiba dengar orang bergendang ..ketuk-ketuk pintu gril..

Yaya sini ibu... (suara baby durrah ..)

Haaa.. terus bergegas ke pintu..

skodeng dulu.. (sempat lagi ambik henset hehee)

Oowww ini rghupernya keje awak berdua yer..? 
Erk.. nak marah terus cam tak jadi marah.. hahaa

Main pintu yer..?

Haa.. nak gi mane tu.. jom masuk jommmm!!

rilex aa ibu.. bestla lepak kat tepi ni.. ada angin sepoi-sepoi jer..

errr... takde... takde.. masuk jommm.. ibu dah sudah masak kan kita lepak sini.. 
aduihhh anak owhh anak..
aku dengan apron lagi gi tangkap diorang main kat tepi longkang ni..
Dhia zaara ni sejak dah boleh berjalan nih.. laju benor dia .. serata rumah dia pusing.

Dah..terus tangkap dia berdua masuk rumah.. tutup gril.. .. 
petang kan kita gi main beskal ye sayang!

Monday, June 9, 2014

Selamat Bertunang mis Yuzieta!!

Tarikh : 07 Jun 2014
Tempat : Cenderawasih Kuantan

Ehhh... cantiknya ita.. berseri2!!
Baju cantik, tudung cantik..make up pun sangat cantik!!
U look gojes today!!
Heheee...thanks akak

(Dialog rekaan semata...tapi seriously awak memang cantik berseri2 arini )

Tahniah dear!!
Moga majlis berjalan lancar dan dpermudahkan nanti insy..

Door gift isi coklat toblerone..pun cantik!! Bawak kat opis nak buat tabung.. mesti semangat nak menabung lepas ni sebab bekas cantik hahaaa!!

Friday, June 6, 2014

Happy 11th Anniversary Adayn + rtny!

Tarikh : 30 May 2014

Alhamdulillah .. syukur dikurniakan kehidupan suami isteri yang sederhana dan diserikan dengan 4 cahayamata yang sihat dan comel.
Moga jodoh kami berpanjangan ke akhir hayat dan dipertemukan semula di Jannah..
Amin..
Untuk awak..
terima kasih menerimaku seadanya dan memilihku sebagai isteri penyeri hidupmu..

Wednesday, June 4, 2014

Kedai joran / pancing di Kuantan

Nama kedai : Berjaya Anika Enterprise
Alamat : Tanjung Lumpur (sebelah Petronas)

Ni first time aku beli joran.. hahaaa.. terkial-kial. Last-last aku cakap kat abang kedai tu..

Cik.. saya nak beli set lengkap joran siap boleh guna untuk memancing
Ok.. bajet berapa dik
Mmmmm dalam 200.. atau 150 ker
Ok.. jap saya pilih ye

Tarraa... ni dia hasil tangkapanku kat sini. complete set lepas tolak diskaun semua jadi RM145.. terus aku bereskan jer..less dari bajet kan sengih sampai telinga laa aku nih.. hahaa

Jom tengok apa yang menarik kat kedai ni.

Ni signboard nama kedai. 
Kat FB pun ada ----> AE BAE
Tapi dari jalan tak berapa clear sangat signbord kedai tu.

Kalau anda dari Kuantan kedainya di sebelah kanan selepas Petronas Tanjung Lumpur
Tapi kalau datang dari Tanjung Lumpur, kedainya sebelah kiri, sebelum Petronas.

Nak lagi senang, cari kedai SINGER ni... Haaa signboard dia jelas nampak tau..

Kedai joran tu terletak betul-betul sebelah kedai SINGER ni ..(belah kanan gambar)

Ini adalah aksesori yang mahal jugalah.. dalam frame lagi mestilah mahal ratus-ratus kan. 
Tapi mesti jugak bagus kualiti tuu

Ni kat depan kedai.. kedai ni dari luar tak nampak apa-apa sebab cermin gelap. Jadi kena masuk dalam baru nampak barang dalam kedai.

Ni waktu kedai buka ye..

Ok jomm masuk kedai..

Antara barang yang di jual..
Ni ladung kan..??

Ni pulak beg kelengkapan mancing kut 

Ni aksesori kecik macam mata kail

branded aksesori dalam frame

Ni apa ehh.. tulis kat situ float... 

Ni pun ladung lagi.. banyak benor jenis ladung ehh

Monopod pun ada jual ok hahaaa.. bagus tuan kedai ni..
Fish eye lens tu apa pulak? lens untuk ikan ker? hahaaa ampunnnnn aku tak tau aksesori joran ni


Aksesori lagi..

branded lagi.. 

Dan ni dia batang joran... banyak sangat pilihan dan macam-macam harga ada.
 Aku tak tau nak pilih mana satu..jadi aku serahkan semua kat tuan kedai jer.

Overall...

Layanan : 4.5 bintang
Harga : tak sure murah ke mahal ke sebab aku tak servey harga. tapi rasanya okla..
Kebersihan kedai : 4 bintang
Alat / aksesori pilihan : 4.8 bintang .. sebab ada banyakkkk sangat pilihan untuk kaki pancing

Jadi, jemputlah datang beramai-ramai shoping di sini. 

Recommended : 5 bintang!


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini